Feeds:
Posts
Comments

Archive for December, 2008

Buntu

Assalamualaikum warahmatullah…

Semalam saya menerima sms dari salah seorang sahabat akrab saya, meminta saya menulis tentang parenting~mengasuh anak-anak. Saya sebenarnya masih jauh dari perkataan ‘perfect parents’ dan lain-lain yang semaksud dengannya. Pada pendapat saya, pendidikan anak relatif berbeza dari seorang anak ke anak yang lain. Kerana setiap mereka merupakan individu yang unik dan parentsnya juga merupakan orang-orang unik yang berbeza. Bukan saja berbeza DNA, cap jari dan jenis darah bahkan setiap kita mempunyai perbezaan dalam cara berfikir dan bertindak sehingga setiap kali kita melihat keletah anak-anak kita, kita akan teringat firman Allah, “Dan di dalam bumi terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang meyakini. Dan di dalam dirimu sendiri, tidakkah kamu perhatikan?” (Adz-Dzariyaat 51:20-21)

familyillustration

Dan di pasaran pun, tak kalah banyak buku-buku pendidikan anak-anak ditulis; ceramah-ceramah parenting di adakan seluruh dunia dan tak lupa website2 yang tertuang mengenai parenting. Apapun yang tertulis, diceritakan; tetaplah ia hanya dapat dijadikan guidelines tetapi tidak 100% applicable untuk anak-anak kita. Lantas, kawan saya meminta tips pengalaman kalaupun bukan teori. Maka sekalipun kerdil, bagaimana mungkin saya menolak sedang saya membaca Rasulullah saw pernah bersabda, ” Apabila seseorang meminta nasihat daripada saudaranya, maka hendaklah saudaranya memberikan nasihat yang di pintanya”.

Sedari saya kecil, bapa saya adalah seorang yang suka membaca Al-Quran. Saya kira obsession saya untuk memahami setiap ayat dari Al-Quran adalah warisan beliau. Sampai hari ini, setiap hari beliau mesti memperuntukkan harinya untuk membaca Al-Quran. Baik yang dibaca Al-Quran atau terjemahannya. Setiap malam, kalau orang putih sibuk menidurkan anak-anak dengan ‘bed time story telling’, kami biasa tidur dari alunan ayat-ayat Al-Quran beliau.

Tapi yang namanya keunikan setiap anak, maka hasilnya anda tetap melihat perwatakan berbeza dari kelima-lima kami adik beradik. Suatu waktu dulu, adik saya K pernah mencuri duit bapa saya. Dalam sela sembang bapa saya dengan saya, bapa saya bercerita, “Adik awak K mungkin curi duri papa kerana menganggap semua harta dalam rumah adalah hak milik bersama ahli keluarga, tiada yang dinamakan hak milik persendirian, sebab tu dia ambik duit papa”. Untuk hal yang kali itu, K meminta maaf dengan bapa saya. Tapi, tahun lain berlalu dan beliau mencuri lagi. Sampai harini, duit mama, papa, saya dan abangnya S pernah menjadi mangsa. Mungkin sebab saya dan S dibiayai PETRONAS semasa belajar jadi dia merasa kami kaya berbanding adik beradiknya yang lain 🙂 Waktu tu, K sudah menginjak usia sekolah menengah, bukan sahaja mumayyiz tapi sudah cukup dewasa untuk membina jati diri sebagai seorang syabab contoh untuk adiknya. Pada usia begini, saya kira nasihat yang panjang mengenai mencuri itu berdosa, hukum mencuri kene potong tangan dan lain-lain tak lagi ‘ngam’. Saya kira sama seperti ayah saya, kalau saya di tempat beliau, saya dah tak tau bagaimana harus memberi nasihat.

Tapi setiap hari saya melihat ayah saya masuk ke bilik beliau sewaktu beliau sudah tidur. Duduk di meja belajar bilik beliau lantas membacakan ayat-ayat Al-Quran. Satu hari, S masuk dan duduk di samping K atas katil K. Saya keluar dari bilik waktu tu dan terdengar buah bicara mereka.

S berkata kepada K, ” Awak tau tak kenapa papa selalu baca Al-Quran untuk awak bila awak dah tidur? ”

K diam.

“Papa baca Al-Quran supaya awak lembut hati dengan kebaikan. Supaya titik hitam dalam hati awak tu semakin berkurang…..”

Saya yakin saya sempat mendengar lebih daripada tu tapi sampai sekarang cuma ini yang berada dalam memori saya dan dekat di hati saya. Hari itu, saya memahami kenapa papa selalu baca Al-Quran untuk kami waktu kami kecil. Supaya kami lembut hati dengan kebaikan. Dan, alhamdulillah sejak detik itu sampai hari ini K tak pernah lagi mencuri barang-barang ahli keluarga yang lain.

inmyfathersfootsteps140x100

Lantas hari ini sewaktu saya buntu menghadapi kerenah anak saya, sewaktu dia menjerit meminta A dan tatkala ditunaikan A dia tak nak dan nak B, saya melakukan praktis yang sama. Setiap dia sudah tertidur, saya membacakan Al-Quran untuknya. Agar hatinya lembut dan dekat dengan kebaikan. Tatkala keadaan tersebut berlaku dalam kegelapan malam travelling dalam kereta, saya bacakan ma’thurat dan hafalan-hafalan yang ada bersama saya.

Mungkin ada yang memperleceh saya sengan tips ini tapi percayalah, tatkala anda buntu menghadapi kerenah anak, berbaliklah kepada Allah. Kerana hanya Allah yang mengenal setiap hamba-hambanya yang unik. Hanya Dia yang berupaya melembutkan hati anak-anak kita dengan cara yang tersendiri sebagaimana Allah memberikan hidayah Islam dengan cara berbeza-beza buat semua hamba-hambaNya. “Katakanlah,’AlQuran itu petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman’ “(Fussilat: 44)

Inilah sebahagian tips parenting yang dapat saya kongsikan. Semoga dengan sahabat-sahabat mengamalkan amalan bapa saya, pahala beliau lebih bertambah dan menjadi penghijab beliau di hari hanya amalan-amalan yang berpanjangan dapat menyelamatkan beliau. Amin.

Rabbighfirlana dzunubana waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani soghira…

Read Full Post »

Assalamualaikum warahmatullah…

Weekend haritu abi balik rumah nenek kat Penang sorang-sorang. Tinggallah kami tiga beranak kat rumah. Hari Sabtu, Yani, anak Makcik Salmah bertunang. Hari Ahad pulak Makcik Zakiah buat aqiqah cucu. Hari Jumaat petang,orang pasang khemah dah sibuk pasang memasang. Cantik khemah pertunangan Yani. Siap scallop2 warna purple.

Kakak Fida’ tegur,” Ummi, orang tu cantik-cantik kenapa? Nak Selamat Hari Raya ke?”

“Bukan, anak nenek tu nak bertunang”

“Oo bertunang tu apa ummi?”

“Ermm…bertunang tu maknanya orang tu nak kawenlah tak lama lagi”

“Ooo”

Esoknya, Sabtu kami pergi makan kat majlis tunang Yani…congrats Yani 🙂 . Petang hari pertunangan Yani, orang khemah datang buka khemah dan pasang pulak khemah lain, untuk cucu  Makcik Zakiah punya aqiqah. Yang ni pun tak kalah cantik. Scallop2 jugak, warna pink pulak. Hari Ahad tengah hari kami keluar rumah menuju rumah Makcik Zakiah.

Fida’ tegur, “Ummi, ada orang kawen lagi ke?”

“Bukan, harini kita nak tengok baby”

“Ooo…baby kawen”

Hahahah… 😀

Bila kakak cakap pasal baby kawen, ummi teringatkan article yang ummi edarkan masa ummi&abi kawen. Softcopynyer entah kat mana. Yang ada cuma hardcopy yang dimasukkan dalam album. I thought, I better re-type it back for your future references, my dear. 🙂 (Jauhnyerlah ummi pikir…pakcik-pakcik awak pun takde sorang yang dah kawen..hihih )

Btw, nilah isi article tu…

nikah-muda

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh…saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari Allah, yang baik dan diberkahi.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan alhamdulillah; syukur kepada Allah baik andai pernikahan saya yang dirancang esok berjalan lancar, atau andai maut menjemput saya sebelum Allah memberi izin untuk saya menikah. Pernikahan ini hanya rancangan kita, dan Allah, Penguasa kita tentu lebih berhak merancang atas kita. ” Dan kepunyaanNyalah siapa saja yang berada di langit dan di bumi. Semuanya hanya kepadanya tunduk” (Ar-Rum 30:26)

Terima kasih tak terhingga saya buat mama dan papa atas segala keterpayahan, atas segala usaha mendidik saya dari hari pertama saya dilahirkan ke bumi ini, hinggalah hari ini. Saya meminta ampun atas dosa saya dari dulu hingga sekarang  dan yang akan datang dalam membesarkan saya. Sungguh, menghormati mama dan papa merupakan perkara kedua selepas iman..tapi saya amat yakin, terkadang dalam mengharungi hidup; saya terlanjur berbahasa, terlanjur dalam mengatur adab yang semuanya tulus lahir dari saya yang amat lemah dalam membuat perbaikan diri.

Terima kasih juga buat sahabat-sahabat seusrah mama dan jiran tetangga yang berpenat lelah menyiapkan persiapan yang takkan mampu dilakukan berseorangan. Sungguh ukhuwwah kerana Allah adalah kecintaan yang tiada tandingannya,”Jikapun kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada dibumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allahlah yang mempersatukan hati mereka” (Al Anfal 8:63)

Sebenarnya, saya sengaja menulis untuk semua saudara seIslam saya yang hadir dari seluruh pelosok Malaysia manapun untuk meraikan saya menikah hari esok, as a souvenir gitu 🙂 sesuai hadis Rasulullah ” Saling memberi hadiahlah, maka kamu akan saling menyayangi”

Hari ini saya ingin berbicara tentang keluarga dalam pandangan Islam kerana dalam Islam terkandung petunjuk-petunjuk yang memadai bagi kita. Saya tidak ingin menganjurkan seseorang hidup menyendiri dan terus membujang sebagaimana yang di kehendaki dalam ajaran rahbaniyyah yang terdapat dalam agama-agama dahulu, yang diadakan oleh pemeluk-pemeluknya. Sesungguhnya mereka tidak mampu memelihara ajaran agama mereka dengan pemeliharaan yang semestinya. Saya juga tidak menganjurkan kehidupan membujang yang diwarnai dengan kerosakan, mudarat yang banyak terjadi  di zaman materialisme moden ini, yang timbul lantaran motivasi untuk melarikan diri dari tanggungjawab kehidupan suami isteri atau untuk memuaskan nafsu syahwat. Saya hanya menganjurkan kehidupan keluarga yang terhormat dan sesuai dengan naluri manusia. ” Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isterimu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepoadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar-Rum 30:21)

Pernikahan merupakan salah satu sunnah Nabi saw “Pernikahan adalah bahagian dari sunnahku, barangsiapa membenci sunnahku, ia bukan dari golonganku”

Inilah agama fitrah, yang di atas fitrah itu Allah menciptakan manusia. Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawabnya adalah orang-orang yang tersesat, sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang cacat. “Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa” (Thaha 30:21) Nabi saw menyatakan bahawa nafkah kepada keluarga merupakan nafkah yang paling dicintai Allah swt.

Tercatat dalam catatan sirah, Ali bin Abi Thalib datang untuk meminang Fatimah. ” Aku mendatangi Rasulullah untuk meminang puteri beliau, yaitu Fatimah. Aku berkata : Demi Allah aku tidak memiliki apa-apa, namun aku ingat kebaikan Rasulullah, maka aku beranikan diri untuk meminangnya.” Akhirnya, Rasulullah saw pun menerima pinangan Ali meski hanya mempersembahkan baju besi al khutaimah (yang juga merupakan pemberian Rasul saw kepadanya suatu waktu dahulu).

Lihat disana, Rasulullah saw sanggup menerima seorang lelaki untuk anaknya yang tersayang yang paling dicintainya kepada seorang lelaki yang tidak mempunyai satu sen wang pun, kerana keyakinannya kepada Allah dalam soal rezeki anaknya. Dalam hal yang lain seorang sahabat mahu menikah tapi tidak mempunyai apapun kecuali hafazan Al-qurannya. Maka hal itu dijadikan mahar. Begitulah Islam memudahkan nikah kerana menikah adalah satu cabang pembinaan masyarakat dan menolak pergaulan bebas lelaki dan perempuan, apalagi “bercouple” kerana hal itu adalah satu cabang yang merosakkan malah mampu meruntuhkan masyarakat.

Ada orang berkata, kite kene berusaha mencari boyfriend atau girlfriend, kalau tidak masakan kita akan menikah kerana tidak mempunyai pasangan hidup. Nikah adalah termasuk empat rahsia Allah. Islam tidak mengatakan statement berusaha untuk mendapat pasangan hidup yang baik adalah suatu yang salah tetapi Islam mengatakan berusaha mencari boyfriend atau girlfriend adalah salah. Juga dalam hal ini, Islam melarang ibubapa membiarkan anak mereka berduaan dengan lelaki atau perempuan kerana Islam takut hal itu boleh menjatuhkan aib keluarga. Rasulullah saw bersabda, “Tidaklah di antara perempuan dan lelaki itu berdua, melainkan syaitan ada bersama mereka”

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik (pula) ” (An-Nur 24:26)

Disitu Islam mengajarkan individunya meletakkan suatu usaha. Islam mengajarkan setiap individu lelaki atau perempuan supaya berusaha melakukan perbaikan, pengislahan kepada diri. Kerana perbaikan ini yang kemudian, akan menjadikan seseorang mendapat suami atau isteri yang juga baik sebaik dirinya, juga menjadikan dia tergolong di antara orang yang mendapat kemenangan”Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan” (AtTaubah 9:20) Oleh kerana itu, jangan pernah berharap akan datangnya seseorang istimewa jika tidak pernah menjadikan diri istimewa.

Untuk akhirnya, saya memohon doa daripada semua saudara seIslam saya yang hadir pada hari ini dan yang membaca tulisan saya agar mendoakan pernikahan kami tergolong sebagai pernikahan yang barakah. Yang dengan pernikahan ini, akan lebih baik Islam kami, iman kami, amal kami, akhlak kami dan pelajaran kami sesuai doa yang di ajarkan Rasulullah saw kepada kita, “Mudah-mudahan Allah memberkahimu, baik ketika senang maupun susah, dan selalu mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan” (Riwayat Abu Daud, Tarmidzi dan Ibnu Majjah)

Jazakumullah khairan kathira wa Allahua’lambissowab.

thanks-of-wedding

Rujukan: Hadis Tsulatsa’ Ceramah-Ceramah Hasan Al-Banna ; Pandangan Islam tentang Kehidupan Keluarga

Read Full Post »

Assalamualaikum warahmatullah…

Harini Fida’ & Faatih main pistol bubble dengan Abi. Fida’ & Faatih sukaaa sangat-sangat main bubble, especially kakak Fida’. Kalau xnak mandi, ajak je main bubble dalam toilet sure laju je nak mandi. Dah mandi, sampai tak nak keluar dari bilik air.

main-bubble

Cikgu yang mengajar buat bubble dalam mangkuk pastu main guna straw ialah Aunt Una. Cikgu yang main bubble buat pakai tangan pun Aunt Una. Rasanya kalau ada Pertandingan Siapa Paling Suka Main Sabun dalam keluarga, Aunt Unalah juaranya ^Wink^. Naib johan main bubble pulak ialah Abi. ^Wink.Wink^. Menurut Aunt Una& Aunt Ein yang ajar diorang main bubble ni Opah mereka atau Onyang kepada Fida’ & Faatih. Interesting kan Onyang mase muda-muda. Hehe 🙂 Btw, Fida’ & Faatih jangan risau, Opah n Jiddah Fida’ & Faatih pun masih kategori ‘Nenek-nenek Muda’.Tu yang Opah boleh main masak-masak sama Kakak and jiddah boleh ajar Kakak jahit butang, buat kuih pakai tepung uli karipap dan lain-lain aktiviti.Dadadadada Fun-fun to have Nenek-nenek Muda 🙂 Alhamdulillahirabbil ‘alamiin, be blessed with those Gift.

Seronok betul main bubble. Tapi sebab bubble jugak, Bibi’  Yayuk terpaksa pindahkan sabun kepada beberapa container sabun mandi yang lama dan yang baru supaya kakak Fida’ tak membankrupkan Abi&Ummi dari asyik membeli sabun mandi….

Bercerita pasal buih sabun, Kakak Fida’ & Faatih tau tak Allah pun ada bercerita tentang buih dalam Al-Quran. Interestingkan? Hehe 🙂 Allah berfirman: “Dialah yang telah menurunkan hujan dari langit lalu mengalir di lembah-lembah mengikut kadar yang ditentukanNya, kemudian banjir membawa buih-buih yang kembang, dan dari logam-logam yang mereka leburkannya di dalam api untuk membuat perhiasan dan perkakas-perkakas itu juga terdapat buih-buih yang sama dengannya. Demikianlah Allah membuat perbandingan di antara kebenaran dan kebatilan. Adapun buih, maka ia akan hilang lenyap terbuang, dan adapun yang bermanfaat kepada manusia, maka ia akan tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perbandingan-perbandingan” (Ar-Ra’du 13:17)

Ketika Allah menurunkan hujan dari langit lalu mengalir di lembah-lembah mengikut kadar yang ditentukanNya, Allah sebenarnya juga memberitahu kita tentang bukti betapa rapinya pentadbiran Allah sehingga air yang mengalir di lembah-lembah mengalir mengikut kadar tenaga dan keperluannya masing-masing. Dan setiap tenaga ini di pengaruhi oleh pressure gradient sehingga setiap air yang mengalir sangat bergantung kepada pressure dari atas lembah waterfall bermula hingga ke cerunannya. Kalau bekalan pressure yang dibekalkan terlebih, batu-batu dalam sungai akan pecah berderai, tapi kalau bersesuaian dengan kadarnya, maka ia menjadi sebahagian dari proses luluhawa bumi yang membuatkan terbentuk lembah-lembah baru selepas beribu-ribu tahun. Jadi, betulkan Allah sangat-sangatlah pandai dan amat rapi dalam pentadbirannya? 🙂

waterfallKakak & Faatih tengok gambar waterfall ni. Untuk setiap air yang turun, ada buih-buih yang terapung-apung di permukaan air. Buih-buih ni kembang & bertambah banyak tapi tetap tidak membawa apa-apa manfaat  sedang air yang mengalir di bawahnya membawa rahmat dan hayat sehingga pokok-pokok disekitarnya hidup subur dan kitapun mampu menghirup udara yang segar dari kesinambungan proses fotosintesis pokok-pokok.

Dalam ayat ni, Allah juga menceritakan tentang proses peleburan logam. Logam boleh jadi rantai opah, ummi dan jiddah dan boleh jadi periuk-periuk yang Kakak & Faatih tengok jiddah, ummi  dan opah guna untuk memasak. Allah menceritakan semasa proses peleburan logam pun, ada buih-buih (wap) hasil dari pengewapan bahan pejal logam atau menurut bahasa pancaindera kita habuk-habuk yang lenyap dari permukaan udara dan logam-logam yang terbentuk dari proses peleburan akan tinggal sebagai rantai, periuk, jambatan besi, pagar rumah dan lain-lain.

iron-pourDi sini Allah membuat perbandingan air yang bersih atau logam yang terhasil sebagai sebuah kebenaran dan buih-buih air serta habuk-habuk logam sebagai kebatilan. Itulah perbandingan di antara kebenaran dan kebatilan dalam hidup kita. Di mana yang batil boleh jadi timbul, mengembang dan terapung-apung seperti habuk dan buih-buih hingga kadang-kadang menutup mata hati kita dari kebenaran tapi pasti ia akan hilang lenyap ditelan arus zaman kerana tidak memiliki daya tahan yang padu, sedangkan kebenaran tetap tenang sekalipun tersorok, tenggelam, hilang atau mati, namun ia tetap teguh di bumi seperti air dan logam tulen yang bermanfaat kepada manusia.

Jadi Fida’ & Faatih, dalam meniti kehidupan sentiasalah berusaha mempelajari untuk memahami Al-Quran, hadis & sunnah Rasulullah saw agar Fida’ & Faatih mengenal kebenaran dengan mata hati hingga insyaAllah perjalanan Fida’ & Faatih sehai-hari sentiasa berada dalam arus kebenaran dan akhirnya hasil istiqamah dengan kebenaran bakal menghantarkan Fida’ & Faatih ke syurga di akhirat yang abadi.

Dalam konteks air&buih juga logam&habuk pula, jadilah orang yang bermanfaat dan bukan orang yang diklasifikasikan Allah berada dalam kerugian sehingga kita bukan saja berada dalam kebenaran sendiri-sendiri, tetapi sentiasa menjadi sahabat yang bermanfaat buat sahabat kita dan orang-orang di sekitar kita. “Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran” (Al-Asr 103:3)

Semoga Allah menunjukkan kita jalan kebenaran selama kita berada di dunia menuju akhirat yang abadi. Ihdinassiratal mustaqiim. Amin.

Courtesy kepada Sy Qutb rahimahullah atas buku tafsirnya Tafseer Fi Zilalil Quran dan courtesy kepada Ayah Ki kerana meminjamkan kitab tafsir 🙂

Read Full Post »

Assalamualaikum kawan-kawan,

5 December 2008 yang lepas saya menerima sms salah seorang sahabat yang beberapa minggu sebelum tu kerap mengalami contraction padahal usia kandungan baru berusia 28 minggu (Notes: kandungan matang pd umur 37-40minggu), ” Alhamdulillah.. I had safely delivered a premature baby boy, weigh 1.2kg @6.55pm this evening at Hospital Miri, Sarawak” Tahniah sahabatku atas jawatan baru yang besar bergelar Mommy of 2! 🙂

Bayi sahabat saya yang special ni memang seorang bayi yang insyaAllah akan menjadi teladan bagi orang-orang yang mencari erti ‘sabar dan tabah’ kerana sejak dari dalam kandungan beliau ditakdirkan Allah melalui pengalaman “amniotic band syndrome” yang menyebabkan bayi sahabatku special hingga sebelah kaki beliau di ambil Allah di dunia untuk diganti dengan yang lebih baik di syurga yang abadi, amin

fahry-al-hazeemFahry Al-Hazeem

Selepas lahir, beliau sekali lagi menjadi bayi yang belajar erti ‘sabar dan tabah’ yang sesungguhnya kerana terpaksa memulakan kehidupan dalam inkubator, dengan 24/7 bergantung kepada bekalan oksigen dan makanan yang sama ada ‘air’ atau susu ibu masuk melalui tiub-tiub yang di sambung ke hidung untuk oksigen dan tali pusat untuk makanan. Semoga untuk setiap sabar baby yang dinamakan Fahry Al-Hazeem ini Allah memberikan kesabaran berlipat ganda untuk mummynya yang bertungkus lumus mengepam untuk memastikan yang disalurkan ke tali pusat Fahry adalah susu ibu dan bukan ‘air’.

Semoga untuk setiap sabar mummy Fahry, abi Fahry, Hafiy yang terpaksa ditinggalkan mummy dan Fahry bermula dari lahir hingga dia dewasa untuk menghadapi masyarakat, Allah menggantikannya dengan syurga buah dari kesabaran dan ketabahan menghadapi setiap detik ujian dunia. ” Maka bersabarlah dengan kesabaran yang baik (Al-Ma’arij 70:5)””Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan (Hud 11:115)””Orang-orang yang sabar dan mengerjakan kebajikan, mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar (Hud 11:11)”

A special song dedicated for special Fahry & his family;

Kawan-kawan yang lain, mari kita sama-sama mendoakan keluarga Fahry dan belajar dari kesabaran juga ketabahan mereka. Semoga dari setiap usaha kita mengambil pelajaran dari keluarga Fahry, hati kita semakin mendekati kebaikan dan syurga menanti kita di penghujung perjalanan hidup kita di dunia. Allah, pandulah kami ke jalan yang lurus. Amin.

Read Full Post »

Assalamualaikum warahmatullah kawan-kawan,

Mesti semua orang tengok landslide punye berita kat Bukit Antarabangsa tu. Innalillahiwainna ilaihi raajiun…Takziah buat semua yang kehilangan ahli keluarga, tempat tinggal dan lain-lain harta benda terutama buat keluarga kawan baik Abi, Ungku Fazri sekeluarga. Semoga tabah.

ungku-fazri-family-residents

Terima kasih buat mama, papa, Hadi, Izzah, Wani, Nisa’ dan Rozie yang bertanya khabar keluarga Abi tercinta alias my beloved family in-law yang menetap di Bukit Antarabangsa. Dan terima kasih kepada Wanie, Sae dan Linda yang menolong mencarikan nombor telefon Riza untuk mengupdates kawan baik Abi yang keluarganya ditimpa bencana.

Everything was coming very fast. No time to even think. Begitulah tatkala bencana alam datang menjenguk. Setiap kali ia datang, ia memberi kita nuansa pemandangan, ” Entah macam mana Hari Kiamat? Kerana untuk yang sekecil dari hari Kiamat pun kita merasa sudah terlalu besar” Amat benarlah firman Allah, “Pada hari itu, tiada seorang pun yang mengazab sedahsyat azabNya.Dan tiada seorangpun yang mengikat sedahsyat ikatanNya” (Al Fajr 89: 25-26)

Maka setelah ini kawan-kawan, mari kita sama-sama kembali kepada Allah. Agar kelak tatkala kiamat datang menjenguk kita tak tergolong dari mereka yang diceritakan Al-Quran menyesal kerana tidak beramal : “Dan apabila pada hari itu dibawa ke neraka Jahannam, maka pada hari itulah baru manusia sedar, tetapi apalah gunanya kesedaran itu? . Dia akan merungut: Alangkah bagusnya jika aku telah sediakan amalan-amalan yang baik untuk hidupku di akhirat (Al Fajr 89: 23-24)

Biar kita bertaubat sekarang agar nanti kita tergolong yang dipanggil Allah, dijemput Allah masuk ke syurganya yang jauh lebih besar dari nikmat tinggal dibanglo mewah, makan makanan yang lebih lazat dari masakan chef manapun di dunia ini, tidur di tilam empuk yang lebih empuk daripada mana-mana tilam empuk dunia dan menaiki kereta yang lebih power dari mana-mana kereta  yang kita idamkan. In fact saya yakin di syurga kalau kita berkehendak kepada jet peribadi, maka pasti Allah ganjarkan asal saja kita beramal di dunia. Mari kita sama-sama memperbaharui taubat agar kita tergolong dari orang-orang yang dijemput ke syurga seperti yang diceritakan Al-Quran: “Wahai jiwa yang tenang! . Kembalilah kepada Tuhanmu dengan kepuasan dan mendapat keredhaan dariNya. Dan silalah masuk ke dalam kumpulan para hamba kesayangan-Ku. Dan silalah masuk ke dalam syurgaKu (Al Fajr 89: 27-30)

sunrise1

Sekali lagi takziah untuk semua yang ditimpa bencana. Semoga saja  kesemua yang terkena musibah kembali optimis melepasi trauma bencana. Ada tips Al-Quran untuk memulai hari baru untuk membina optimisme setelah mengharungi musibah. Tipsnya adalah dengan melakukan solat-solat malam (genap: tahajud, ganjil:witir) pada malam harinya agar when the next break of the day shining its sunrise, kita bangun penuh dengan azam untuk berjaya di dunia dan akhirat. Ini saya ambil dari pentafsiran Sy Qutb dalam kitab tafsirnya Tafsir Fi Zhilali Quran ketika mentafsirkan 5 ayat pertama surah Al-Fajr. ” Demi Fajar. Dan Demi malam-malam yang sepuluh. Dan demi (solat) yang genap dan ganjil. Dan demi malam ketika ia berlalu. Tidakkah sumpahku itu mengandungi hikmah bagi orang-orang yang berakal.” Dalam mentafsirkan ayat demi malam-malam yang sepuluh, mufassirin menklasifikasikan malam-malam yang sepuluh sebagai 1) Malam 10 Zulhijjah atau Malam Hari Raya Aidil Adha

2) Malam di antara 10 malam terakhir di bulan Ramadhan atau Malam Lailatul Qadr

3) Malam ke 10 dr bulan Muharam atau Malam Hari ‘Asyura.

Since kita dalam bulan Zulhijjah dan malam ini merupakan malam 10 Zulhijjah, mari kita sama-sama bangun tahajjud dan witir memperbaharui taubat, memulakan azam baru untuk menghadapi Aidil Adha 1429H esok. Mari kita bertahajjud mendoakan iman kita di masa hadapan. Mari kita bertahajjud mendoakan teman-teman rakyat Malaysia yang ditimpa bencana di Bukit Antarabangsa. Mari kita berdoa semua yang lain selamat dari landslide yang dipredict boleh berulang.

Sahabat…sungguh, untuk setiap bencana yang Allahlah main playernya, Dia jugalah yang paling tahu hikmah-hikmah Dia memberi kita bencana kepada kita dalam perjalanan mendaki puncak mardhatillah di akhirat yang abadi. Semoga semua kita kembali optimis menghadapi dunia terutama buat yang tertimpa musibah. Jangan kita sampai putus asa dengan kehidupan kerana berputus asa dengan takdir Allah bukanlah citra seorang Muslim. Allah berfirman: ” Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah hanyalah orang-orang yang kafir” (Yusuf 12: 87)

never-ever-ever-give-up

Semoga untuk setiap kesabaran saudara Malaysia kita yang tertimpa musibah, Allah mengganjarkan balasan syurga yang lebih baik buah dari kesabaran mereka. Amin.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1429H

MAAF ZAHIR BATIN

TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM

P/S:

Link for the stars pics of Bukit Antarabangsa Landslides
Link for Buletin Utama News


Read Full Post »