Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘sabar’

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Alhamdulillah Oktober 2009 mencatatkan tarikh pertama Fida’ dan Faatih mengenal sungai dalam erti sesungguhnya.Hee~.(Malu sungguh! Nampak sangat baru pertama kali bawa ke sungai-sungai).

Subhanallah! Diorang boleh berdiri tegak je dekat dalam air tu sebab takut jatuh. Hihu~.Last sekali, umminyalah yang mengerjakan diorang supaya diorang jatuh dalam sungai tu and merasa keseronokan bermain air yang sesungguhnya. “Don’t worry dear, harmless trick to make you learn akan nikmat Allah”Hehehe šŸ˜€

~1.00pm,11 Oct 09 – Saya sedang membelikan aiskrim untuk Fida’ n Faatih. Ada sekelompok adik-adik dari “Program Motivasi” di sekitar kami yang berada di antara sungai dan kafetaria.

Tiba-tiba, dari arah opposite penjual aiskrim, berlari seorang remaja lelaki ke arah area sekumpulan remaja Program Motivasi yang sama lalu, Bukk! Dia menumbuk kawannya sambil menjerit, “Kaulah! Aku bengang betul!….bla3. (I don’t remember)”

Keadaan gawat…remaja-remaja lain juga fasilitator program (based on warna/tulisan pada baju dan anggaran usia), berkerumun ke arah remaja yang bertumbuk, melerai pergaduhan. Suara orang-orang menjerit jelas memecah suasana.

Tiba-tiba, “Allahuakbar, allahuakbar….” panggilan azan Zohor berkumandang. Sebahagian fasilitator tidak mahu ikut campur pergaduhan. Mengambil posisi bersiap untuk solat. Dan mengumandangkan iqamah, untuk mempersiapkan peserta lain bersedia mendivert attention untuk solat berjemaah. Sebahagian masih disana, melerai pergaduhan. Yang pasti, bagaikan solat bukan perkara wajib-bagi Muslim, peserta-peserta bebas untuk solat atau untuk berlegar. Majoriti berlegar-legar melihat free-show sahabat mereka bergaduh. MinoritiĀ  mendirikan solat.

Saya, sahabat saya yang menjadi punca kami sampai ke kawasan sungai dan anak-anak bergegas solat meninggalkan perkarangan gawat. Innlillahiwainnailaiirajiun. *Sigh*

***

Dia seorang lelaki yang insyaAllah dekat untuk saya selalu mendoakannya. Tika menulis tentangnya, saya masih mendoakannya, “Moga Allah memberikan dia jiwa besar untuk menjadi seorang yang selalu bersabar”.Amin.

Dia ingin mendirikan rumah tangga cara Islami. Dia ingin jadi orang berkaliber dalam kerjayanya. Dia mengaku daie ialah salah satu kerjaya hidupnya. Takdir Allah memainkan peranan hingga kesihatannya untuk usia semudanya tidak seperti kawan-kawan sebayanya. Dia bukan sakit tenat, tapi ini bukan operation kali pertama dalam diari kehidupannya.

Hari Besar untuk orang-orang yang nak mendirikan “Masjid” sudah dekat dengan dirinya. Kad-kad sudah bercetak, tempahan-tempahan terkait semua persediaan sudah dibuat. Pun tarikh telah disepakati. Tiba-tiba, Allah mentakdirkan dia harus sekali lagi dioperasi. Dan di ofis, kerjanya menimbun – memanggil-manggil. Dan, entah perasaan apa yang berkecamuk dia jadi kacau bilau, dan tak semena-mena dia berucap, “Rasanya, saya tak semangat nak meneruskan pernikahan ni. Macam belum bersedia. Bolehke kalau saya nak mintak tangguh lagi 2-3bulan?”, dia mengaju pertanyaan kepada keluarganya. Oh, secara general-keluarga yang siap menerima bakal menantu yang baik, menyuruh dia menetapkan pendirian. Innalillahiwainna ilailhi rajiun.

***

Di sela petang Oktober yang lain, mama bercerita tentang cerita dari kawannya, “Ada budak-budak baru masuk kerja, tension dengan kerja ofis sampai nak terjun bangunan, peliknya remaja zaman sekarang..”

Saya jadi terpana. Apa yang terjadi pada jatidiri anak Muslim kini. *Sigh*

Ingin saja saya mengambil bahagian hati, “Mungkin kawan-kawan mama exaggerate kut kes orang nak bunuh diri tension dengan ofis”, tapi mana mungkin saya menolak bahagian hati yang melihat kes ragut setiap hari, kes rompak setiap hari, dan kes bunuh orang, bunuh diri dengan pelbagai sebab yang saya rasa tak sebanding penderitaan saudara-saudara Muslim di Gaza, China, Kashmir, Afghanistan dll. Hingga, seluruh hati saya jadi membungkam, sedih, dan ingin menangis- menerima pernyataan simple tapi pahit, anak remaja kita majoritinya sudah tiada jatidiri seorang Muslim. Innalillahiwainnailaihi rajiun.

***

Saudara se-Islamku,

Apabila marah, yang menjadikan seorang manusia mampuĀ  mencontrol amarahnya ialah sabar dalam dirinya. Apabila sedih, tension, bengang, yang menjadikan seorang manusia mampu mencontrol diri dari mencari kesalahan pada orang lain, hingga ke membunuh orang, itu adalah lantunan sifat sabar yang juga dalam dirinya. Apabila berjanji, apalagi dengan perjanjian yang berat – mitsaqan galiza seperti pernikahan, yang menjadikan seseorang mampu teguh dalam memegang perjanjian adalah juga kesabaran dalam dirinya.Hatta, ketika seorang manusia mampu istiqamah menunaikan ketaatan, itu kerana kesabaran yang ada dalam dirinya.

Kerana itu Al-Quran memaparkan Allah memberitahu kita, tatkala kita berhadapan dengan apa jua masalah pun, “Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu”(Ali Imran:200). Inilah fakta yang dikeluarkan Al-Quran. Dan fakta simple inilah yang menolak mentah kenyataan,”My patience has reach its maximum limits!” atau “Aku memang dah cukup bersabar dah dengan dia!Memang Tuhan je tau aku punye sabar dah tahap maksima”.

Pernah di ofis, dalam sela perbualan saya dgn sahabat Non-Muslim saya, kami bercerita tentang konsep sabar. Dan saya memaparkan konsep sabar menurut Al-Quran yang tidak mengenal batas sebuah kesabaran. Dia lalu mentertawakan saya. “Are you saying if anybody kills your mother, you’ll better be patience and do nothing about it?”. Masa tu saya jadi terdiam. Dalam hati saya terfikir semua jenis konsep hudud yang membenarkan kita membunuh kembali pembunuh yang membunuh saudara kita tanpa alasan tapi saya diam. Saya tidak mahu membicarakan hukum hudud Islam kepada orang yang tak percaya tentang Al-Quran. Akan panjang argument bila dia bertanya tentang sebatan, rejam kepada penzina, potong tangan kepada pencuri dll.

Tetapi semalam semasa session discussion, sahabat menyuruh kami membentangkan tentang Ukhuwwah Persis Sahabat Rasulullah. Setiap participant discussion disuruh membentangkan kisah yang menyentuh ukhuwwah Rasulullah yang benar-benar menyentuh hatinya. Saya kemudian membentangkan tentang Aus dan Khazraj.Dua puak Yathrib yang beratus-ratus tahun dalam perang saudara sampai anak-cucu mereka sudah tidak tahu atas alasan apa moyang mereka berperang tapi terus berperang. Saya selalu kagum dengan kemampuan mereka untuk memaafkan. Sehari sebelum mereka memeluk Islam, sebahagian mereka mungkin mengalami kematian saudara dekat dari tangan suku bertentangan. Malah memang ada kisah Saad bin Ubadah menghunus pedang kepada saudaranya beberapa jam sebelum beliau Islam ditangan pelerai pergaduhan, Mush’ab bin Umair r.a. Tapi, subhanallah dengan iman mereka, tatkala syahadah terlafaz, seolah peristiwa semalam-ibu yang dibunuh suku lawan atau sebagainya, tidak pernah berlaku. Subhanallah, iman gaya ini selalu membuat saya terkagum-kagum sendiri. Sewaktu membentang, saya jadi, teringat, maknanya sejarah pernah membuktikan wujud orang-orang yang tatkala dibunuh ibunya atau saudaranya, mampu bersabar dengan pembunuhnya semata atas dasar iman, dan mujahadah kesabaran, “Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu”(Ali Imran:200). Maha benar Allah bahawa sabar itu seperti yang difirmankanNya merupakan sesuatu yang tidak mempunyai batasan. Dan ini tanpa melupakan kenyataan Allah juga, yang setiap ujian adalah berkadar langsung dengan kemampuan penerima ujian. Subhanallah…

Kerana ini, saya kira saya sangat bersetuju dengan kenyataan Harun Yahya dalam The Importance of Patience in the Quran, “The Quran defines patience as one of the paths that lead people from darkness to light and as an attribute of morality that is superrior to, wide-ranging, and very different from the daily behaviour of many people. Thus patience is a moral characteristic displayed in the face of difficulty and in every moment of life.Moreover, it requires the demonstration of determination (jiddiyah) and consistency during times of ease and hardship, and is a lifelong endeavor that never goes astray even for a moment.(istiqamah,istimrar)”

Kerana itu, setiap saya melihat masyarakat yang semakin buruk akhlaknya-rasuah mengatasnamakan kebajikan, merompak atas alasan desakan hidup, membunuh atas alasan-alasan sepele, saya jadi tidak keruan. Kerana saya memahami yang hilang dalam jati diri Muslim hari ini adalah sifat sabar Muslim untuk menurut ajaran Al-Quran. Dan sebenarnya, yang menjadikan kita tidak mampu bersabar kerana kita merasa mampu melakukan sabar sendiri, padahal Allah sendiri menyuruh kita meminta pertolongan Allah dalam bersabar, “Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” (AlBaqarah 2:45).

Saudara se-Islamku,

Seandainya saja kita menyemak teks Al-Quran Ayat 2:45 tadi, kita akan mendapati Allah berfirman, “Wasta’inu bissobri was solat….” dan perkataan ista’inu itu bermula dari huruf alif, sin dan ta. Saya jadi teringat tazkirah seorang sahabat saya yang memang mengambil jurusan Bahasa Arab semasa menghurai ayat ini. Beliau berkata, “Perkataan yang bermula dengan huruf alif, sin, ta dalam konteks bahasa arab memaparkan sesuatu yang sukar/susah untuk dibuat/diamalkan. Jadi ayat ini menunjukkan sekalipun sabar & solat seolah perkara yang simple tapi sebenarnya Allah tahu ia adalah sesuatu yang sukar. Kan nak sabar waktu tengah bengang, nak khusyuk dalam solat, istiqamah solat awal waktu adalah suatu yang sukar untuk kita amalkan meskipun kita mengetahui kebaikan-kebaikannya sedari kecil. Dan sebab tu perkataan istiqamah pun bermula dengan alif, sin,ta sbb memang bukan hal yang mudah. Sebab tu juga, kalau kita meneliti Al-Quran, tak banyak perkataan yang menggunakan alif, sin,ta ni-nak menunjukkan, banyak yang Allah nak mudahkan dari memberatkan kita”. Subhanallah…

***

Harini kita melihat ramai masyarakat Malaysia culas dalam mendirikan solat. Malah, ada terjadi, seorang lelaki yang berkawan dengan sekelompok pekerja yang tidak solat diejek skema kerana solat. Jadi, pada keadaan ini, amat benar; untuk teguh dalam pendirian kita harus selalu meminta pertolongan Allah. Saya tidak mahu membincangkan statistik orang solat dan statistik orang yang tidak solat di Malaysia kerana saya tidak menjumpainya dari mana-mana sedutan akhbar atau pihak bertanggungjawab setelah mencari lebih dari seminggu, tetapi banyak sekali statistik jenayah, penceraian dan murtad yang tersenarai dikeluarkan JAKIM. Semua number berangka lebih dari 100 dan melibatkan individu dan keluarga Muslim.

Saudara se-Islamku,

Allah berfirman dalm surah Al-Ankabut 29:45,”Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”. Tapi dalam surah Al-Ma’un 107:4-7, Allah berfirman”Maka celakalah orang yang solat, iaitu orang yang lalai dalam solatnya, yang berbuat riya’ dan enggan memberikan bantuan”. Dari kedua ini jelas membuktikan Allah bukan menuntut amal solat kita dari pergerakan fizikal semata, tapi Allah menuntut ‘solat’; pelatihan khusyuk, ihsan, muraqabatullah dan lainnya dalam solat diimplementasi dalam seharian hidup kita. Kerananya orang yang solat tapi riya’ dan enggan memberi bantuan dikatakan celaka oleh ALlah, Yang Maha Kuasa. Jadi, seperti mana universiti mempunyai kuota minimum kelayakan untuk terus menjadi pelajar, seperti mana company mempunyai benchmark sebagai performing staff and under perform staff, Allah juga menuntut quality dari gerak solat, gerak ihsan, gerak muraqabatullah setiap Muslim semasa solat dan sepanjang dia melakukan aktiviti hariannya dalam kehidupannya.

Atas alasan quality control yang perlu dihasilkan bagi diri sendiri, kita nak tak nak memang perlu menjadikan diri kita berada dalam zon jiddiyah kesabaran untuk terus menerus berada di atas tali Allah. Jiddiyah kesabaran inilah saudaraku, yang kita perlukan untuk kita khusyuk dalam solat, solat tepat waktu, istiqamah mengejar solat berjemaah, istiqamah mengejar solat berjemaah di masjid, istiqamah melakukan sunat-sunat rawatib dsb. Melatih diri kita untuk jiddiyah kesabaran ini merupakan jihad. Itu yang pasti.

Allah sendiri berfirman dalam AlBalad 90:10-11,”Dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan). Tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki dan sukar?” Jadi, seperti yang Allah sendiri mengiktiraf atas kearifanNya tentang sifat-sifat manusia-jiddiyah untuk istiqamah dalam semua bentuk kebaikan memang merupakan hal yang sukar seperti pendakian yang melelahkan tapi merupakan jalan orang-orang beriman dan diberikan catatan amalan dari tangan kanan, “Kemudian dia termasuk orang-orang yang beriman, dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. Mereka adalah golongan kanan” (Al-Balad 90:17-18)

Jadi, apa pendapat anda tentang orang yang sabar untuk jiddiyah dalam semua bentuk kebaikan dalam solatnya demi menjaga quality solatnya di depan Allah?. Pelatihan khusyuk merupakan pelatihan untuk concentrate dalam suatu pekerjaan dengan kesungguhan yang luar biasa. Pelatihan untuk menjaga waktu solat merupakan pelatihan untuk pengurusan waktu yang paling efision.Pelatihan mengerjakannya secara berjemaah dan di masjid merupakan pelatihan untuk mempersembahkan kualiti kerja yang terbaik dan pelatihan untuk istiqamah dengan rawtib merupakan pelatihan untuk menjadi orang yang oppotunist; membuat alternatif yang sesuai dalam bekerja tanpa perlu pengarahan yang mendetail dari boss. Bukankah ini ciri manusia yang ingin di develop di semua company? Bukankah ciri-ciri ini merupakan ciri orang yang berjaya. Melihat hal ini, amat benar Allah ketika berfirman,”Sungguh berjaya orang-orang yang beriman. Iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya. Dan orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna. Dan orang yang menunaikan zakat, dan memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi, barangsiapa mencari sebalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan sungguh beruntung orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya”(AL-Mukmin 23:1-11)

***

Memahami hal ini, saya ingin sekali kiranya Allah mengizinkan saya untuk menjadi sebahagian dari hambanya yang punya sungai kesabaran dalam dirinya. Besar harapan saya, moga Allah mengizinkan saya untuk punya sungai kesabaran untuk menghadapi kehidupan dari hal yang paling kecil hingga hal yang paling besar dalam kehidupan saya.

Saya juga, selaku orang yang hidup dalam masyarakat, sangat ingin agar saudara-saudara se-Islam saya berusaha untuk mempertingkat jiddiyah kesabaran dalam urusan solat hingga hal ke hal kehidupan kita sehari-hari.Agar kita punya jati diri masyarakat terbaik sepertimana pernah tercatat dalam lembaran-lembaran sejarah dunia. Agar sifat masyarakat Muslim bukan ilusi tapi kenyataan seperti kenyatan Al-Quran dan sejarah.

Kerana sungai kesabaran milik para Nabi as, para sahabat Rasulullah saw dan salafussoleh membuktikan mereka menjadi orang-orang yang disiplinnya tak tertandingi sepanjang zaman. Inilah jalan orang-orang yang istiqamah. Kerana itu Ya Allah jadikan aku orang yang punya sungai kesabaran. Agar aku jadi Al-Mustaqim; orang yang istiqamah. Ihdinassiratal mustaqim. Amin.

Advertisements

Read Full Post »

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh…

because love we have an apple for a day

Sudah hampir 3 minggu abi tidak pulang ke rumah kerana berada dalam minggu-minggu peperiksaan. Maka, seperti biasa sayalah yang menghantar Fida’ pergi ke rumah Tok Chik sebelum dia ke sekolah. Satu pagi, seperti tak biasa dia bertanya kepada saya, “Ummi hantar kakak pegi sekolah ke? Pakai kereta merah? Tak pakai kereta hitam?”

“A ahlah pakai kereta merah. Mana ada kereta hitam. Abi kan dekat sekolah-office lagi, belum balik…”

***

Beberapa hari kemudian, sewaktu malam-saya dan Fida’ duduk bersama-sama bersandar pada dinding bilik. Fida’ bercakap, “Ummi, ummi, harini dekat sekolahkan seediih”

Dengan rasa agak pelik saya bertanya,”Kenapa harini dekat sekolah sedih? Apa jadi?”

“Harini kat sekolah ada banyak abi. Ada 5-6orang, diorang datang ambik kawan-kawan kakak balik sekolah. Kakak takdepun abi”

missing uSaya jadi terdiam. Tak tau macam mana nak explain. Rupanya, Fida’ sedang merindui abi yang sangat.

“Cemana kalau kite telefon abi?”

Dia geleng.

“Cemana kalau kite telefon abi yang ada gambar (video call)?”

Mengangguk.

….Tak dapat. Mb 3G kat tempat abi berada pada waktu tu tak berapa baik.Lepas beberapa ketika, abi video-call balik. Called pass through.Muka cembeng berubah senyum. Subhanallah.

Dia cuma sengih-senyum sambil mengalirkan air mata, tapi tak nak bercakap sepatah pun. Cuma nak tengok muka abi!

***

Semasa saya mendengar Fida’ meluah perasaan, saya jadi sayu, tapi dalam masa yang sama kagum. Sayu sebab anak saya dari kecil, sudah ditarbiyah Allah dengan moment-moment kecil untuk menjadikannya orang yang pandai memanage emosi. Tapi, alhamdulillahkan Kakak, meski abi jarang-jarang bersama kita, dia masih bersama kita. Ada orang yang Allah menarik nikmat keberadaan abi dia jauh waktu dia belum dilahirkan. In fact, Rasulullah saw sebagai seorang yang dicintai Allah melebihi semua manusia-diuji Allah dari sangat kecil, membesar tanpa abi dia, ummi dia di sisi. Semua ujian-ujian dalam kehidupan kita, apapun bentuknya merupakan cara Allah menunjukkan sifat Ar-Rahmannya tanpa kita yang menyedarinya.

***

Hayya bil Quran

Fida’ Afieqah, memahami sifat Ar-Rahman/Ar-Rahim Allah merupakan salah satu aqidah Islam yang sangat penting. Kerana dengan memahami sifat Ar-Rahman/Ar-Rahim Allah inilah kita akan selalu optimis terhadap Allah. Sehingga apapun bentuk ujian yang Allah timpakan kepada kita dalamĀ  menjalani kehidupan, kita memahaminya sebagai sebahagian dari cinta Allah, simply kerana kita yakin atas sifat Ar-Rahman/Ar-RahimNya, Allah tidak mungkin mengkehendaki keburukan ke atas mana-mana hambaNya. “Allah berbuat demikian untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Dan Allah Maha Mengetahui isi hati”(Ali Imran 3:154).

***

Kakak Fida’, mari kita telusuri satu kisah dari Kisah-kisah dalam Al-Quran yang membuktikan ujian yang kita lalui di dunia merupakan sebahagian dari sifat Ar-Rahman/Ar-Rahim Allah bilamana kita memahaminya sebagaimana pemahaman aqidah Rasul-rasul a.s dan para salafussoleh.

3470191215_eba88205ba

Kisah Habbab An-Najjar

Dalam Surah Yaasin 36:13- 27, Allah merakamkan kisah Habbab bin An-Najjar yang mempertahankan keimanannya dan tetap berdakwah dengan berani sewaktu semua orang di kampungnya enggan beriman, malah mengancam beliau dan utusan-utusan ALlah kerana beriman kepada utusan-utusan Allah.

Dan buatlah satu perumpamaan bagi mereka, iaitu penduduk suatu negeri, ketika utusan-utusan datang kepada mereka: yaitu ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan utusan yang ketiga, maka ketiga (utusan itu) berkata, “Sungguh, kami adalah orang-orang yang diutus kepadamu”.

Mereka penduduk negeri menjawab“Kamu ini hanyalah manusia seperti kami, dan Allah Yang Maha Pengasih tidak menurunkan sesuatu apa pun; kamu hanyalah pendusta belaka”

Mereka berkata,”Tuhan kami mengetahui sesungguhnya kami adalah utusan-utusanNya kepada kamu. Dan kewajiban kami hanyalah menyampaikan perintah Allah dengan jelas.”

Mereka menjawab,”Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu. Sungguh, jika kamu tidak berhanti menyeru kami, nescaya kami rejam kamu dan kamu pasti merasakan siksaan yang pedih dari kami”

Mereka utusan-utusan itu berkata, “Kemalangan kamu itu adalah kerana kamu sendiri. Apakah kerana kamu diberi peringatan? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas”

Dan datanglah dari hujung kota, seorang lelaki (Habbab An-Najar) dengan bergegas dia berkata,”Wahai kaumku. Ikutilah utusan-utusan itu. Ikutilah orang yang tidak meminta imbalan kepadamu, dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. Dan tidak ada alasan bagiku untuk tidak menyembah Allah yang telah menciptakanku dan hanya kepadaNyalah kamu akan dikembalikan. Mengapa aku akan menyembah tuha-tuhan selainNya? Jika Allah yang Maha Pengasih mengkehendaki bencana terhadapku, pasti pertolongan mereka tidak berguna sama sekali bagi diriku dan mereka juga tidak dapat menyelamatkanku. Ssesungguhnya jika aku berbuat begitu, pasti aku berada dalam kesesatan yang nyata. Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhanmu, maka dengarkanlah pengakuan keimananku”

Dikatakan kepadanya, “Masuklah ke dalam syurga” (Setelah beliau mati dibunuh kaumnya kerana mengajak kaumnya kepada iman)

Lelaki itu berkata, “Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang telah dimuliakan”

Yaasin 36: 13-27

Jadi dari kisah Habbab bin An-Najjar kita dapat menyimpulkan pemahaman yang benar tentang bencanaĀ  yang menimpa kita – berpandukan ayat Habbab yang telah diberi ganjaran syurga- apa pun bentuk bencana, merupakan salah satu bentuk Allah dalam menunjukkan sifat Ar-Rahman/Ar-RahimNya kepada kita.

(Untuk lebih yakin, sila semak teks bahasa Arab 36:13-27 pada ayat Jika Allah yang Maha Pengasih mengkehendaki bencana terhadapku)

***

400322330_ef63486f16_o

Seseorang akan bertanya, tapi bukankah dalam 99 nama Allah, ada sifat Al-Muntaqim yang bermaksud Maha Memberi Balasan/Ancaman. Al-Muntaqim disebut 3kali dalam Al-Quran, iaitu pada 32:22, 43:41 dan 44:16.

Dari ketiga-tiga ayat yang mempamerkan perkataan Al-Muntaqim, kita mendapati ia tidak disebut dalam bentuk mufrad (singular), tapi selalu dalam bentuk jamak (plural). Ini kerana dalam memberi balasan Allah tidak melakukannya sendiri, tetapi dengan menggunakan bala tenteranya seperti malaikat, burung-burung (dalam kisah Al-Fil dan Abrahah), nyamuk (dalam kisah Namrud) dll makhluk/tenteraNya.

Contohnya, mari kita lihat As-Sajadah 32:20-22

Sajadah

Dari ayat ini kita dapati, Al-Muntaqim adalah balasan di akhirat dan bukan di dunia.Maka, ulama’ sepakat mengatakan Al-Muntaqim tidak berlaku di dunia tapi hanya di akhirat.

Dari Ibrahim 14:7,

Ibrahim

Allah menggunakan ‘la’ ketika menceritakan ‘la azidaannakum’ yang dalam kaedah Bahasa Arabnya mengatakan akan pasti- sebagai suatu janji-pasti ditambah nikmat apabila kamu bersyukur. Tapi dalam mengatakan tentang azab, Allah tidak menggunakan ‘la’, tetapi menggunakan ‘inna’ yang membawa maksud sesungguhnya atau sekadar suatu amaran yang Dia mampu melakukannya.

Maka dari lughah (bahasa/penggunaan perkataan), ulama’ menyimpulkan sifat Al-Muntaqim Allah hanyalah amaran dan bukan yang sesungguhnya sepertimana parents kita selalu memberi amaran ,”Jangan jerit-jerit, abi pukul nanti”(jangan mere abi :P)-bukan bermaksud nak sangat pukul, tapi sekadar amaran.

Maka seperti kata orang-orang bijak, “Sungguh rahmat Allah melebihi murkanya”. Dan bercontoh dari sifat Allah ini, tatkala kita ditimpa kesusahan akibat dari angkara seseorang, memaafkan adalah suatu yang lebih baik. Dan memaafkan bukan merupakan suatu bentuk keaiban kerana mana mungkin, meniru Allah dalam implementasi Al-MuntaqimNya merupakan suatu keaiban

***

Memahami bencana sebagai bentuk kasih sayang Allah menjadikan seorang mukmin lebih optimis terhadap Allah, baik dalam suasana simple seperti abi jarang-jarang bersama kakak, ummi balik lambat dari ofis hingga ke suasana besar seperti sakit kulit, sakit H1N1, kecurian, kematian orang tersayang, bencana alam dan sebagainya.

2549212335_3e34be7b33_o

Semoga dengan memahami sifat Ar-Rahman/Ar-Rahim Allah, untuk setiap ujian/bencana yang menimpa anak-anak ummi, kita akan lebih sabar kerana memahami ia minarrahman (dari cinta Allah) dan menjadi orang-orang yang lebih baik menahan diri dari marah (kerana memahami ia kerana cinta) dan lebih banyak memaafkan. Amin.

Ya Allah jika sekiranya ia telah menjadi qada’ dan qadarmu yang aku tidak mempunyai pilihan atasnya, maka jadikanlah aku redha dengannya. Jika sekiranya ia adalah ujian untuk menguji keimananku, jadikanlah hambamu ini sabar menerimanya. Jika sekiranya ia menjadi balasan bagi kederhakaanku padamu, jadikanlah ia penghapus segala salah dan dosaku. Dan jika ia menjadi salah satu tanda kasih sayangmu padaku, maka bantulah hambamu ini merasai pemberian kenikmatanku.Amin.

Apa yang baik dari Allah, dan yang buruk adalah dari kelemahan diri ummi sendiri sedang hakikatnya kedua-duanya dari Allah. Inilah – adab mukmin dalam memahami sifat Ar-Rahman/Ar-Rahim Allah kerana memahami-Kerana Cinta-Allah tidak mungkin memberikan kita keburukan apapun bentuknya.

Wallahua’lam bissowab.

Read Full Post »

Assalamualaikum kawan-kawan,

5 December 2008 yang lepas saya menerima sms salah seorang sahabat yang beberapa minggu sebelum tu kerap mengalami contraction padahal usia kandungan baru berusia 28 minggu (Notes: kandungan matang pd umur 37-40minggu), ” Alhamdulillah.. I had safely delivered a premature baby boy, weigh 1.2kg @6.55pm this evening at Hospital Miri, Sarawak” Tahniah sahabatku atas jawatan baru yang besar bergelar Mommy of 2! šŸ™‚

Bayi sahabat saya yang special ni memang seorang bayi yang insyaAllah akan menjadi teladan bagi orang-orang yang mencari erti ‘sabar dan tabah’ kerana sejak dari dalam kandungan beliau ditakdirkan Allah melalui pengalaman “amniotic band syndrome” yang menyebabkan bayi sahabatku special hingga sebelah kaki beliau di ambil Allah di dunia untuk diganti dengan yang lebih baik di syurga yang abadi, amin

fahry-al-hazeemFahry Al-Hazeem

Selepas lahir, beliau sekali lagi menjadi bayi yang belajar erti ‘sabar dan tabah’ yang sesungguhnya kerana terpaksa memulakan kehidupan dalam inkubator, dengan 24/7 bergantung kepada bekalan oksigen dan makanan yang sama ada ‘air’ atau susu ibu masuk melalui tiub-tiub yang di sambung ke hidung untuk oksigen dan tali pusat untuk makanan. Semoga untuk setiap sabar baby yang dinamakan Fahry Al-Hazeem ini Allah memberikan kesabaran berlipat ganda untuk mummynya yang bertungkus lumus mengepam untuk memastikan yang disalurkan ke tali pusat Fahry adalah susu ibu dan bukan ‘air’.

Semoga untuk setiap sabar mummy Fahry, abi Fahry, Hafiy yang terpaksa ditinggalkan mummy dan Fahry bermula dari lahir hingga dia dewasa untuk menghadapi masyarakat, Allah menggantikannya dengan syurga buah dari kesabaran dan ketabahan menghadapi setiap detik ujian dunia. ” Maka bersabarlah dengan kesabaran yang baik (Al-Ma’arij 70:5)””Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan (Hud 11:115)””Orang-orang yang sabar dan mengerjakan kebajikan, mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar (Hud 11:11)”

A special song dedicated for special Fahry & his family;

Kawan-kawan yang lain, mari kita sama-sama mendoakan keluarga Fahry dan belajar dari kesabaran juga ketabahan mereka. Semoga dari setiap usaha kita mengambil pelajaran dari keluarga Fahry, hati kita semakin mendekati kebaikan dan syurga menanti kita di penghujung perjalanan hidup kita di dunia. Allah, pandulah kami ke jalan yang lurus. Amin.

Read Full Post »