Feeds:
Posts
Comments

Archive for April, 2009

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Keceriaan melihat perkembangan positif anak-anak merupakan anugerah Ilahi yang tiada tandingannya (Memang kalahlah motto ceria NTV 7..hehe). Alhamdulillah harini Fida’ dah pandai membaca 2 sukukata dari huruf b dan n selain a,i,u dan mengenal a(alif baris fathah), ba(ba baris fathah), ta (ta baris fathah) . Jazakumullahu khairan kathira kepada tenaga pengajar Iman Readers terutama buat Cikgu Rozie, guru kelas Fida’ Afieqah.

Sejak sekolah, buku adalah teman akrab pilihan Fida’ hingga waktu dijangkiti viral fever pun, yang dia sibuk nak bawa ke hospital ialah buku dan pencil box yang berisi colour pencils, gunting dan gam. Subhanallah atas semangatnya :D.

Iman readers menggunakan syllabus Bacalah Anakku untuk pengajaran teknik membaca Bahasa Malaysia. Yang menarik ialah lagu yang disusun untuk mengajar anak-anak mengenal huruf…sangat comel…

ayam

Abu ada ayam a a a

Itik ikut ibu i i i

Ular usik ulat u u u

Bobo main bola b b b

Sani hisap susu s s s

Kakak suka ketawa k k k

Faatih pun enjoy nyanyian Fida’ sampai satu harituh pada waktu malam yang semua orang sangka dia dah tidur, bila Fida’ menyanyi abu ada ayam, tiba-tiba dia sambung a a a :D. As a result, ummi have to restart process menidurkan Faatih yang bertukar mood tidur ke bermain. Huhu

**

Fida’ dan Faatih tau tak yang beberapa surah dalam Al-Quran pun dimulakan dengan huruf. Contohnya Al-Baqarah dan Ali Imran dimulakan dengan alif-lam-mim, Maryam dimulakan dengan kaf-ha-ya-‘ain-shod dan To-Ha dimulakan dengan To-Ha. Apa ye hikmah Allah memulakan surah-surah ni dengan huruf yang belum membentuk huruf? Tertanya-tanyakan? Jeng..jeng…jeng… šŸ˜€

Kakak Fida’ dan Faatih tau tak…ada banyak ulama’ tafsir membahas apa yang dimaksudkan Allah dengan huruf-huruf Al-Quran yang tidak membentuk perkataan ni. Selain bersetuju itu termasuk dari rahsia Allah, kesemuanya bersetuju itu adalah cara Allah untuk menarik perhatian manusia untuk mengambil pelajaran dari Al-Quran-the way our teacher ask us to begin essay paragraph with questions..

**

Menurut Sy Qutb dalam Tafsirnya Fi Zhilalil Quran, Allah sengaja menggunakan huruf-huruf ini untuk memberi mesej kepada bangsa Arab secara khusus dan manusia seluruh dunia amnya;

1) Al-Quran itu tidak diturunkan dari bahasa yang baru tetapi diturunkan dengan bahasa yang kamu gunakan setiap hari. Dan huruf-huruf ini bukanlah huruf-huruf baru yang belum pernah kamu dengar, bahkan merupakan huruf yang kamu gunakannya sehari-hari.

2) Untuk membandingkan kebolehan Allah berbanding kebolehan manusia dalam mengatur huruf.

Pada zaman Rasulullah saw hidup, ilmu sastera adalah ilmu yang paling dipuja masyarakat. Dari catatan sirah, kita mendapati cinta mereka kepada syair menyebabkan banyak pertandingan-pertandingan di langsungkan untuk mengangkat mereka yang paling hebat dalam mengatur bait-bait syair. Mendewanya syair hingga menyebabkan tidak sedikit dari masyarakat Arab yang pergi ke pasar bukan untuk membeli barang keperluan tetapi kerana cinta untuk mendengar bait syair-syair dari penyair pujaan mereka.

Allah dalam hal memfirmankan huruf-huruf yang tidak membentuk perkataan menggambarkan kekuasaanNya membentuk Al-Quran yang sasteranya tidak mempunyai tandingan dari hari ia diwahyukan sampai hari ini, bahkan ummi percaya insyaAllah hingga ke Hari Kebangkitan.

Berbeza dengan syair yang merupakan sebuah hiburan yang lapuk setelah berlalunya zaman kemegahan seni sastera, Al-Quran hadir sebagai suatu risalah yang hidup hingga ke hari ini-1400 tahun selepas zaman kehadiran Rasulullah saw kepada seluruh ummat manusia.

Al-Quran bukan hanya hidup sebagai sebuah karya tetapi hidup sebagai manusia seperti yang digambarkan Aisyah r.a ketika ditanya tentang akhlak Rasulullah saw- maka beliau r.a menjawab, “Akhlak Rasulullah saw merupakan akhlak Al-Quran”. Figur-figur manusia yang tersibghah (tercelup) dalam celupan Al-Quran sungguh merupakan figur-figur agung sepanjang zaman sejarah dunia baik dari sudut akhlak mahupun dari sudut amalnya.

Telusurilah sirah kedermawanan Abu Bakr As-Siddiq maka kakak dan Faatih akan kagum dengan sikap tawakalnya kepada Allah ketika berinfaq di jalan Allah ketika dia menebus setiap hamba sahaya Muslim yang diseksa seperti Bilal, Ammar dll hingga tatkala tiba waktu untuk hijrah dari Makkah ke Madinah, Abu Bakr yang sebelum Islamnya kaya tidak lagi berharta. Dalam kisah berinfaq untuk Perang Tabuk, tatkala dia mahu menginfaqkan seluruh hartanya ke jalan Allah, Rasulullah saw yang baik hati dengan concern bertanya kepada Abu Bakr, “Maka setelah ini, apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu Ya Abu Bakr?”. Maka jawapan beliau sungguh mencerminkan seorang yang kuat tertancap keimanan ke dalam hatinya dan kuat kepercayaannya kepada Allah dalam bertawakal tentang sifat Ar-Razzaq; Allah Yang Maha Memberikan Rezeki.”Allah dan RasulNya”

Telusurilah sirah. Maka kelumba-lumbaan mereka mengejar pangkat syuhada’ sungguh mampu menggetarkan musuh-musuh Allah. Allahumma, tsabbit qulubana ‘ala diini wa thoatik. Jadikan kami tergolong dalam orang-orang yang beriman. Amin.

Maka Allah memberi tahu kita, dari huruf-huruf sama yang kamu gunakan, Aku malah lebih berkuasa kerana mampu menciptakan Al-Quran yang hidup sekalipun kamu melihat ia hanya sebuah naskhah bertulis seperti syair-syair kamu. Subhanallah wal hamdulillah wa lailahaillallah wallahu akbar! Sangat mengagumkan.

3) Untuk menunjukkan kekuasaan Allah agar manusia mengakui rububiyah Allah swt.

Dari perbandingan berhubung penggunaan huruf, Allah memaparkan kekuasaanya yang AL-Haya’- Maha Menghidupkan, hingga tatkala manusia hanya mampu mencipta tembikar dari tanah, Allah mencipta manusia yang bernyawa dari tanah. Ketika manusia hanya mampu menciptakan sesuatu yang bergerak bergantung kepada prinsip solar, bateri atau spring, Allah malah menciptakan benda hidup dengan ruhnya.Sekalipun teknologi moden menyebabkan manusia mampu membuat manusia klon, takkan mampu mereka mencipta klon tanpa bahan baku sel yang akhirnya merupakan bahan baku ciptaan Allah swt.

Maka tatkala melihat ini, nak tak nak Allah membawa kita kepada kepada keterpaksaan untuk mengakui rububiyah Allah. Dan beruntunglah orang yang kemudiannya mengucapkan syahadah tatkala menundukkan hatinya, badannya dan lidahnya untuk mengakui Allah sebagai Ilah dan Muhammad saw sebagai RasulNya. Asyhadu an lailahaillallah wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah. Moga-moga ALlah berkenan menuntun kita dengan syahadah ini untuk menjadi orang-orang yang beriman pada hari ini dan tetap dalam iman hingga ke akhir hayat. Allhumma tsabbit qulubana ‘ala diini wa tho’athik. Ihdinassiratal mutaqiim.Amin.

Bak kesimpulan lagu Barney The Alphabet Parade and I Love to Read , alphabets forms words and words help us to readĀ  and make we learn new things, Allah pun sebenarnya memberi kita kesimpulan yang lebih mendalam tatkala menurunkan wahyu pertama Iqra’ bismirabbikallazi khalaq; Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan seluruh makhluk.

Iqra'

Allah menyuruh kita membaca dengan nama Allah Yang Menciptakan yang dalam kata lain menyuruh kita membaca dengan sikap ihsan agar dengan ilmu yang kita peroleh, kita bukan sahaja belajar perkara baru, tapi yang lebih penting mengenal Allah sebagai Al-Khaliq dan menjadi orang yang lebih beriman setiap menyingkap rahsia-rahsia ilmu yang baru. Subhanallah walhamdulillah wa lailahaillallah wallahu akbar.

Semoga saja setelah memahami penjelasan ini, setiap kali anak-anak ummi belajar perkara baru, akan lebih taqwanya kepada Allah. Amin ya Rabbal ‘Alamiin.

Read Full Post »

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan saya nikmat seorang suami dan paraĀ  sahabat yang insyaAllah bergerak menuju keredhaan Ilahi. Kerana tanpa kurniaan ini, mana mungkin saya mampu melihat dunia dengan pandangan mata hati. Alhamdulillahi rabbil ‘alamiin.

Pertamanya, assalamualaikum warahmatullah buat kawan-kawan pembaca. Entry kali ini lebih merupakan sebuah catatan peribadi sebagai peringatan buat diri saya sendiri. Semoga di masa lain, tatkala saya terlupakan hakikat diri saya, saya akan kembali di ingatkan dengan peringatan ini.

2547841532_47aa03d568_o

Beberapa minggu yang lalu, Izwan menulis tentang remark khatib solat Jumaat yang berkata, “Yang Tak BerkelubungĀ  Pasti Tak ke Syurga, Yang Berkelubung Tak Pasti Ke Syurga”. He was shocked…His exact words was, “I’m not denying for women to cover parts of their body but I was shocked! We are human, and the judging for heaven or hell is 4JJIā€™s not ours.”

Melihat hal ini saya tidaklah begitu terperanjat. Kerana syaitan selalu melupakan keberadaan diri kita hingga kita berada dalam kondisi perasan benar. Ya, kita memang benar bila kawan kita tak bertudung, dia berdosa kerana tidak menutup aurat. Konsep simple was berdosa, masuk neraka. That was what been thought by us. Tapi persoalannya, (1)apakah boleh seorang dai’e mengambil singkap melabel A akan masuk neraka dan B akan masuk syurga. Itu suatu hal yang lain pula. (2) Adakah kita memang pasti dia tidak mempunyai amal-amal baik yang boleh menghantarkan dia ke syurga?

Apa kata kita kaji hal (1) ini bersama-sama?

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullullah saw bersabda: ā€œPada zaman Bani Israil dahulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza. Lelaki yang pertama suka berbuat dosa, sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah ini melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya.

Suatu ketika, ahli ibadah itu berkata lagi, ā€œBerhentilah daripada perbuatan dosa.ā€ Ahli maksiat pun menjawab, ā€œJangan pedulikan aku, terserah kepada Allah yang akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi setiap apa yang aku lakukan?ā€ Ahli ibadah membalas, ā€œDemi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah.ā€ Setelah kedua-dua ahli ibadah dan ahli maksiat itu mati, Allah swt telah menghakimi kedua-dua mereka di hadapan-Nya. Allah swt menyoal ahli ibadah, ā€œAdakah kamu lebih mengetahui daripadaku? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang berada dalam kekuasaan-Ku?ā€ Kemudian, Allah berfirman kepada ahli maksiat, ā€œMasuklah kamu ke dalam syurga Berkat rahmat-Ku.ā€ Sementara kepada ahli ibadah dikatakan, ā€œMasukkan orang ini ke dalam neraka.ā€[1]

Saya pernah mendengar tazkirah seorang sahabat yang mengupas hadis ini. Kata sahabat saya, Allah menghukum ahli ibadah tersebut masuk ke neraka kerana dia telah berbuat syirik kepada Allah dengan menentukan seseorang masuk ke neraka. Ini kerana kuasa menghukum mutlak milik Allah dan bukan sekali-kali hak manusia yang tidak berkuasa atas makhluk yang lain.

Melihat hal ini, saya yakin, Mustafa Masyhur menulis buku “Kami Pendakwah, bukan Penghukum” kerana kecenderungan kebanyakan Muslim yang mengaku dai’e melakukan hal seperti imam dalam khutbah Jumaat tersebut. Seumur hidup saya menjadi seorang Muslim, bukan ini kali pertama saya mendengar komentar-komentar dai’e penghukum.

Melihat hal ini, saya sangat yakin seorang daie yang terpelihara dari sikap menghukum pastilah seorang daie yang dipelihara Allah. Melihat hal ini, saya ingin sekali agar saya tergolong daripada daie yang Allah memberi saya penglihatan dari mata hati agar saya mampu melihat dari perspektif rabbani dan bukan dari perspektif saya sendiri-sendiri. Amat beruntung orang-orang yang mengamalkan doa akhir ma’thurat, “wala takkilna ila anfusina torfata aini wa aqolla min zalika ya ni’mal mujiib-Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah memperkenankan permintaan (perkenankanlah).”

Menurut pendidik saya yang amat saya kasihi, golongan rabbani yang mampu melihat dari perspektif rabbani hanya lahir daripada orang-orang yang mukhlis. Dan menjadi orang yang mukhlis walaupun merupakan impian banyak orang bukanlah perkara yang mudah. Salah satu perkara yang mesti dibuat untuk tetap menjadi ikhlas kerana Allah adalah memperbaharui niat dengan beristighfar.Dari Abu Hurairah ra, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku mohon ampun dan bertaubat kepada Allah lebih dari 70kali dalam sehari” (HR Bukhari)

renovation

Bercerita tentang memperbaharui niat, mari kita sama-sama menyemak Hadis 1/Hadis 40 yang dikumpulkan oleh Imam Nawawi rahimahullah.

hadis1

Daripada hadis ini, kita mendapat kesimpulan bahawa meniatkan sesuatu kerana Allah & rasul menjadikan pekerjaan harian kita menjadi ibadah yang dalam kata lain menjadi nilai tambah bagi seorang yang tergolong Muslim. Dengan niat kerana Allah & rasul, mandi, makan, minum, tidur kita sehari-hari, pekerjaan rumah/ofis sehari-hari menjadi ibadah dan tidak sekadar sebuah adat. Maka, niat menjadikan suatu yang kecil menjadi besar. Subhanallah šŸ™‚

Dalam masa yang sama, niat boleh menjadikan suatu yang besar menjadi kecil. Tercatat dalam Kisah Sirah tentang si fulan yang gugur dalam medan jihad. Para sahabat Rasul saw merasa cemburu melihatĀ  si fulan yang gugur sebagai syahid. Rasulullah saw kemudian memberitakan si fulan masuk neraka. Terkejut para sahabat ra. Rasulullah saw kemudian menjelaskan beliau tidak masuk syurga kerana niat dia berjihad adalah untuk menunjukkan keberanian dan kepahlawannya dan bukan kerana Allah & RasulNya. Maka, niat menjadikan suatu yang besar menjadi kecil – tak bermakna. Huhuhu šŸ˜¦

Niat adalah sesuatu yang berkait antara keikhlasan individu dengan Allah swt sahaja. Tidak ada seorang pun yang dapat menjangka/mengukur/menilai keikhlasan seseorang. Oleh kerana niat terkait dengan diri kita dengan amal soleh kita hanya untuk Allah, kita mesti mengetahui barometer amal soleh sehingga suatu amal digelar amal soleh. Bak kata Fudhail bin ‘Iyadh, “Sesungguhnya amal perbuatan jika sudah ikhlas namun tidak benar, tidak akan diterima. Jika benar, namun tidak ikhlas, juga tidak diterima, sebelum menjadi amal yang ikhlas dan benar.Ikhlas jika hanya kerana Allah, sedangkan benar jika mengikut Sunnah Rasulullah saw”.

Jadi bagaimana kita mengetahui sama ada amal soleh kita benar-benar dikatakan amal soleh? Menurut YusufĀ  Qardhawi, ada 5 syarat sehingga suatu amal boleh digelar suatu amal yang soleh.

  1. Diniatkan kerana Allah
  2. Amal yang disyariatkan-sama ada yang disyariatkan itu wajib, sunat atau harus.
  3. Amal itu dilakukan dengan tekun dan sungguh-sungguh (itqan)
  4. Tidak mempunyai unsur-unsur yang bertentangan syariat
  5. Kalau itu urusan dunia- ia tidak harus melebihi urusan akhirat seperti solat.

Maka, itulah dia syarat amal kita dikira sebagai amal soleh menurut kacamata ulama’ besar, Yusuf Qardhawi. Semoga dengan kita sentiasa memelihara rutin istighfar, memperbaharui niat dalam beramal dan memelihara solat, Allah berkenan menuntun kita untuk sentiasa ikhlas dalam beramal di dunia untuk kehidupan akhirat yang abadi. Amin.

Untuk akhirnya, saya sampaikan berita gembira dari Rasulullah saw buat orang-orang yang tulus ikhlas dengan syahadah mereka, “Rasulullah saw bersabda, “Orang yang paling berbahagia dengan syafaatku adalah orang yang mengucapkanĀ  la ilaha illallah secara tulus ikhlas dari hatinya”(HR Muslim)

Semoga ALlah berkenan menggolongkan kita sebagai orang-orang yang ikhlas kerana Allah hingga ke titisan akhir hayat kita. Amin.

Read Full Post »