Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Discussion about Islam’ Category

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Beberapa bulan yang lalu, Allah memberi izin untuk saya menghadiri Children’s Play Programme yang sangat memikat hati saya. Hingga hari ini, hati saya masih berbunga-bunga melihat gelagat anak-anak dari video yang saya rakam. Salah satu aktiviti semasa Children’s Play Programme ialah bola beracun. Anak-anak duduk dalam bulatan dan bola di pas-paskan sesama mereka sambil muzik dimainkan. Sampai pada waktu muzik dihentikan, anak tersebut dikehendaki berkongsi dari diri dia apa sahaja berupa nasyid/kisah Rasulullah saw/hafazan yang dia ingat. Saya paling suka kisah Rasulullah saw yang disampaikan oleh Adik Busyra dengan sungguh-sungguh sambil mendendangkan lagu Nabi Anak Yatim setelahnya. Saya di buat terkagum-kagum dengan Adik Bara’ yang mempunyai kekuatan hafazan yang sangat baik pada usianya. Makhraj dan tajwid hafazannya mungkin jauh lebih baik dari ramai Muslim yang telah dewasa. Subhanallah wal hamdulillah…

Anak-anak yang disemai dengan Islam tidak akan pernah sama dengan anak-anak yang tidak disemai dengan Islam. Kerana kalimah Lailahaillallah ini memang menempati hidup manusia-manusia yang dipilih Allah.Kalimah ini menempati tangga terpenting dalam kosa kata seorang manusia kerana hanya dengan kalimah ini seseorang dikatakan masuk ke dalam Islam. Dan masuknya seseorang ke dalam Islam satu-satunya kunci yang menjadikan kebaikan-kebaikan sekalipun sekecil-kecil senyuman menjadi bahagian amal soleh yang menjamin seseorang dari azab neraka. Tanpa kalimah ini, kebaikan-kebaikan menjadi suatu yang tidak diendahkan makhluk langit dan tidak dicatat sebagai bahagian amal kebaikan dalam kosa kata para malaikat pencatat amal.”Pada hari itu banyak wajah yang tertunduk hina, kerana bekerja keras lagi kepayahan.Mereka memasuki api yang sangat panas” (Al Ghasyiah 88:2-4). Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.

Setelah kita merasa sedih kerana melihat rakan non Muslim kita yang baik amalnya tapi amal baiknya tak dikenal para malaikat, mari melihat diri kita dan syahadah kita? Adakah syahadah kita yang kita ucapkan dalam tasyahud sewaktu solat kita adalah bentuk lentera iman yang mampu menjadi kunci untuk kita masuk ke syurga?

Dalam salah satu Raudhatul Jannah yang saya hadiri, ustaz bertanya kepada hadirin:

“Siapakah orang pertama yang akan dicampakkan ke dalam neraka?Saya beri kamu pilihan jawapan. A Abu Lahab, B Abu Jahal, C Firaun, D orang bukan muslim.”

Dewan kuliah menjadi sepi seketika. Masing-masing orang berfikir.

“Em.. A Abu Lahab!” Satu suara terpacul memecah sunyi.

“C Firaun!” Seorang lagi pelajar menjawab.

“Baik, saya nak tanya. Yang jawab A, kenapa Abu Lahab yang akan dicampakkan dulu? Kalau diikutkan, Firaunlah yang sepatutnya masuk neraka dulu, sebab Firaun hidup sebelum Abu Lahab kan?”

Suasana senyap kembali menyelimuti dewan kuliah. Ada beberapa orang pelajar mengangguk, setuju. Ada juga yang tidak memberi tindak balas apa-apa melainkan terus setia menadah telinga dengan dahi yang berkerut.

“Kalau Firaun yang dicampakkan dahulu ke neraka, atas sebab apa pula? Bukankah banyak lagi manusia yang hidup sebelum Firaun? Betul tak?” Ustaz menghalakan lagi soalan. Sengaja memprovokasi.

“Nanti kita lihat siapa orang pertama yang dicampakkan ke neraka. Orang itu ada di antara kita.”

Zappp! Darah gemuruh saya menjadi. Takut mendengar pernyataan yang dibuat oleh ustaz sebentar tadi. Tidak tahu bagaimana saya mahu menggambarkan rasa takut itu. Sungguh, hanya Allah sahaja yang tahu. Merasakan diri yang mungkin menjadi calon pertama dihisab dan dihumban ke dalam neraka, saya beristighfar. Terbayang api yang marak menyala disertai dengan binatang-binatang berbisa, ditambah pula dengan nanah yang busuk dan panas, Allah.. saya lemas. Sangat tidak mahu berada berdekatan pintunya, apatah lagi duduk baring di dalamnya.

“Hah! Sekarang mari kita lihat siapa orang pertama yang bakal dihumban ke dalam neraka.”

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dinyatakan bahawa:
“Sesungguhnya orang yang mula-mula diadili pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang telah mati syahid, setelah dia didatangkan kepada Allah s.w.t, Allah s.w.t memperingatkan nikmat-Nya dan dia mengakui nikmat-nikmat itu. Lalu Allah s.w.t bertanya, “Apakah yang telah kamu lakukan terhadap nikmat-nikmat itu?” Orang itu berkata ,“Saya berperang di jalan-Mu sehingga saya telah gugur syahid.” Allah berfirman, “Kamu dusta, sebaliknya kamu berperang supaya kamu dikatakan pahlawan dan perkara itu telah kamu peroleh.” Lalu Allah perintahkan dia diheret dengan muka terlangkup lalu dicampak ke dalam neraka.

Orang kedua yang diadili ialah seorang lelaki yang telah belajar ilmu pengetahuan, mengajarkannya dan membaca al-Quran, dia didatangkan ke hadapan Allah s.w.t dan Allah memperingatkan nikmat-nikmat yang telah diberi kepadanya dan dia mengakui nikmat-nikmat yang Allah berikan kepadanya. Allah berfirman, “Apakah yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat itu?” Lelaki itu berkata, “Saya belajar ilmu dan telah mengajarkannya dan saya membaca al-quran kerana-Mu.” Allah berfirman, “Kamu berdusta, sebaliknya kamu belajar supaya kamu dikatakan ‘alim dan kamu membaca al-Quran kerana ingin dikatakan Qari lalu kamu memperolehinya.” Lalu Allah perintahkan dia diheret dengan muka terlangkup lalu dicampak ke dalam neraka.

Orang ketiga ialah seorang lelaki yang Allah telah permudahkan rezeki dan mengurniakannya pelbagai harta, setelah didatangkan ke hadapan Allah s.w.t dan Allah memperingatkan nikmat-nikmat yang telah diberi kepadanya dan dia mengakui nikmat-nikmat yang Allah berikan itu. Allah berfirman, “Apakah yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat itu?” Lelaki itu berkata, “Saya telah membelanjakan pada jalan-jalan yang Engkau suka, untuk mendapatkan keredhaan-Mu.” Allah berfirman, “Kamu dusta, kamu membelanjakannya supaya kamu dikatakan seorang dermawan dan sesungguhnya kamu telah peroleh.”Lalu Allah perintahkan dia diheret dengan muka terlangkup lalu dicampak ke dalam neraka”.

Hurm, nampaknya, sesedih-sesedih keadaan orang non-Muslim, jauh lebih menyedihkan kalau kita menjadi Muslim yang bermain-main dengan syahadahnya. “Dan jika kamu tanyakan mereka, nescaya mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main sahaja” Katakanlah, “Mengapa kepada Allah, dan ayat-ayatNya serta rasul-rasulNya kamu selalu berolok-olok? Tidak perlu kamu meminta maaf kerana kamu telah kafir setelah kamu beriman. Jika Kami memaafkan sebahagian dari kamu (kerana telah bertaubat), nescaya Kami akan mengazab golongan yang lain kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa” (At Taubah 9:65-66) Huu~

***

Dari sini, kita dapat menyimpulkan bahawa syahadah adalah ihwal pengakuan sebuah hakikat yang mahaprinsip (dengan sepenuh kepercayaan tanpa bermain-main); tiada tuhan selain Allah, Muhammad adalah utusan Allah.

Kerana itu para ulama’ mengaitkan syahadah dengan iman.Dan iman itu hanyalah akan sempurna bilamana adanya (1) pembenaran dalam hati, (2) pernyataan dengan lisan dan (3)tindakan dengan anggota badan. Jadi, belumlah benar iman seseorang yang enggan menurut syariat Islam sekalipun dia mengucapkan kalimah syahadah. Rasulullah saw bersabda:”Tidaklah disebut iman bila hanya dengan angan-angan dan hiasan. Akan tetapi, iman adalah sesuatu yang tertanam dalam hati dan dibuktikan dengan amal” (HR Ibnu An-Najar dan Ad-Dailami)

(1) Pembenaran dalam hati (Tasdiq bi Al-Janan)

Pernah dengar kisah tentang Abdullah bin Ubai? Abdullah bin Ubai adalah seorang yang sepatutnya memegang tampuk kuasa di Madinah. Di singkat cerita, beliau terpilih pembesar Madinah yang tertinggi sebelum kedatangan Rasulullah saw. Tapi dengan peristiwa Bai’ah Aqobah, pengIslaman massal orang-orang Madinah, dan syuro untuk menerima kedatangan Rasulullah saw, keluarga dan sahabat Makkah Muhajirin yang beriman, akhirnya Rasulullah saw yang dipersetujui sebagai pembesar tertinggi Kota Madinah. Dalam keadaan tidak mahu kehilangan pengaruh kaum dan masyarakat Madinah amnya, Abdullah bin Ubai pun turut beriman dalam keadaan rasa enggan kerana merasakan Rasulullah saw seolah perampas kerusi kedudukan yang sepatutnya menjadi miliknya.

Lantas keimananya adalah iman yang diupayakan kesolehannya lewat keinginan peribadi yang tak ingin kehilangan pengaruh diri. Al hasil, sejarah mencatatkan upaya belot beliau dalam kisah orang-orang munafik tidak ikut serta Perang Uhud, rencana pembunuhan Rasulullah saw dll peristiwa.

Syahadah beliau adalah syahadah yang diupayakan dengan lidah dan tindakan tapi tanpa hati yang mengiringi. Hingga ketika Abdullah bin Ubai meninggal, Allah menurunkan firman – sekaligus mengiktiraf kemunafikan beliau, “Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan jenazah seorang yang mati di antara mereka dan janganlah kamu berdiri mendoakan di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan rasulNya dan mereka mati dalam keadaan fasik (At Taubah 9:84)

(2) Pernyataan dengan Lisan (Iqrar bi Al-Lisan)

Abu Tolib- pembesar Quraisy itu tidak lain adalah pakciknya Sang Rasul SAW yang sangat beliau kasihi. Sewaktu orang-orang menolak dakwah Sang Rasul saw, dia mengerahkan seluruh tenaga dan fikirannya untuk membela anak saudaranya yang Al-Amin, “Anak adikku, pergilah dan katakan apa saja yang kamu sukai. Demi Allah, kamu tidak akan kuserahkan kepada siapa pun juga selamanya”

Tetapi ketika sakaratul maut menghampiri dirinya dan Rasulullah saw berusaha menuntun lisannya, “Abang ayahku, ucapkan lailahaillallah, satu kalimat yang dapat aku jadikan hujah untuk membela anda di sisi Allah”, dia bersikukuh menolak hingga maut menjemputnya.

Rasulullah saw memohonkan doa dan ampunan buatnya hingga Allah menurunkan ayat, “Tidaklah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun kepada Allah bagi orang-orang musyrik walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabatNya, sesudah jelas bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah penghuni Neraka Jahannam” (At Taubah 9:113)

Dengan turunnya ayat tersebut, jelaslah bahawa seseorang yang tidak bersedia mengucapkan kalimah syahadah dgn lisannya akan tertolak amalannya, sebaik apa pun amalnya di dunia.

(3) Tindakan dengan Anggota Badan (‘Amal bil Al-Arkan)

Dalam sejarah kehidupan kita, kita pasti selalu mendengar cerita tentang iblis. Iblis yang merupakan makhluk ghaib, pernah bersama malaikat di alam langit bahkan pernah berkomunikasi langsung dengan Allah swt. “Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam!” Maka mereka pun sujud kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka dia mendurhakai perintah Tuhannya? Pantaskah kamu menjadikan dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku, padahal mereka adalah musuhmu? Sangat buruklah iblis itu sebagai pengganti Allah bagi orang yang zalim” (Al-Kahf 18:50).

Bila kita menelusuri tentang iblis, satu yang kita jelas ialah Iblis memang membenarkan kewujudan, bahkan keTuhanan dan kekuasaan Allah. Tapi pembenaran dalam hati dan lisan sahaja tentang kekuasaan Allah tanpa pembenaran dengan tindakan anggota badan – enggan sujudlah yang menjadikannya dikeluarkan dari syurga.

Jadi, mari kita recheck diri kita. Adakah dalam syahadah kita, kita juga ada dengan sengaja merasa enggan hati, lidah dan diri terhadap bingkai-bingkai syariat Islam? Mungkin saja, enggan memakai hijab, enggan memakai pakaian yang tidak menampakkan bentuk tubuh, enggan hati terhadap hak perwarisan dalam Islam, enggan hati terhadap hukum poligami yang ditetapkan Allah dll lagi? Mari memuhasabah syahadah kita untuk memastikan syahadah kita minima tidak menjadikan kita tersungkur di pintu syurga. Lailahailla anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin.

***

Cubaan, godaan, kesenangan, penderitaan, kesulitan dan berbagai nuansa kehidupan terus silih berganti menimpa manusia. Seperti mana dinamiknya kehidupan yang kita lalui, seperti itulah dinamiknya iman kita. Oleh itu, ada orang yang mengawali harinya dengan iman, tapi luntur di tengah hari. Di pagi hari hatinya mantap dengan syariat Allah, di waktu asar hatinya jauh dari syariat Allah. Kerana itu sifat iman disebut yazid wa yanqus (naik dan turun). Ada masanya iman kita di atas, lalu bertebarlah amal soleh buah dari iman yang baik. Ada masanya iman di bawah, lantas, berciciranlah amal soleh.

Kerana adanya pertentangan dan pergolakan diri setelah iman menancap, adalah juga sikap istiqamah. Kata Umar Al Khatab, istiqamah adalah konsistennya ketaatan. Pernah, Muadz bin Jabal menghadap Rasulullah saw dan berkata, “Wahai Rasulullah, katakan kepadaku tentang Islam yang saya tidak mendapatkannya dari yang lain”

Beliau menjawab, “Katakan, aku beriman kepada Allah, lalu istiqamahlah”

Dengan kata lain, yang dituntut dari kita bukan hanya sekali persaksian iman, akan tetapi diikuti dengan mujahadah untuk mempertahankan iman. Istiqamah atau konsisten dalam iman merupakan keharusan untuk menunjukkan keimanan telah merasuki jiwa dan menempati liang-liang roma pernafasan dan pengaliran darah kita. Dan iman hanya akan terbukti istiqamah pada masa ia tahan ujian dalam setiap perjalanan kehidupan kita. “Alif lam mim. Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar keimanannya dan Dia mengetahui orang-orang yang dusta (Al-Ankabut 1-3)

Sikap istiqamah ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah saw sewaktu menjalani kehidupan penuh tentangan di Makkah & Madinah. Pembelaan yang prima terhadap nilai keimanan mereka tunjukkan dalam ketegaran sikap menghadapi berbagai cubaan. Tidak goyah oleh rayuan dan godaan, tidak mundur oleh tekanan dan cercaan. Inilah iman yang istiqamah yang terukir dalam sejarah perjuangan generasi keemasan Islam. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar. (Al-Hujurat 15)

Istiqamah bukan sifat amal yang mudah dimujahadahkan. Hingga tidaklah menghairankan bila Allah berjanji untuk menghadirkan malaikat-malaikatnya buat mereka yang istiqamah sebagai pelayan-pelayan yang menghiburkan hati yang gundah dan ketakutan di samping syurga dan apa sahaja yang kita inginkan…”Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Tuhan kami adalah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka (istiqamah), maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu. Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh apa yang kamu minta” (Fussilat 41: 30-31)

Subhanallah wal hamdulillah. Cukuplah ayat ini menunjukkan betapa Allah memberikan penghargaan, perhatian dan kasih sayang kepada orang-orang beriman yang meneguhkan pendirian mereka, sekaligus janji yang pasti terpenuhi.

Allah, semoga Engkau sudi untuk melihat hati ini dan melihat jiwa ini. Bimbing dia untuk menguatkan tekad,bermujahadah dalam rangka yang Engkai redhai. Tiap jalan-jalanku kutempuh dengan simpang-simpang selain jalanMu, bantulah aku dengan menghadirkan malaikat-malaikat yang membimbing baik dalam rerupa sahabat-sahabat yang mengingatkan, bacaan-bacaan Al-Quran dan buku atau meski dari lintasan-lintasan hati yang mendidik. Sesungguhnya Allah, tanpaMu, tiadalah aku mempunyai daya apapun untuk beramal soleh. Ihdinassirotal mustaqim…

“Ya Allah kurniakan kami lisan yang lembut, basah mengingati dan menyebut namaMu,hati yang penuh segar mensyukuri NikmatMu, serta badan yang ringanmenyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang bermanfaat,keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakan kami diin- cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon, Allah kecukupan yang tidak kami memerlukan jasa orang lain. Berikanlah kami Ya Allah, iman yang sebenar-benarnya hingga kami tidak lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmaMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta siapa saja yang bersama-sama kami. Jangan Ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang memperkenankan doa, perkenankanlah.Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad, Nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda”.Amin..Ya Rabbal ‘Alamiin.

Diadaptasi dari buku: Syahadat  & Makrifatullah Cahyadi Takariawan, Wahid Amadi & Abdullah Sunono

Advertisements

Read Full Post »

“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang yang berinfaq, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal” (Ali Imran 3:133-136)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Semalam alhamdulillah Allah mengizinkan kami untuk berada dalam salah satu raudhatul jannahNya yang bercerita tentang Tajdidu Niat. Sebenarnya tajdidu niat atau memperbaharui niat ni suatu yang mudah diperkatakan tapi sangat sukar dalam amalannya.Dalam banyak keadaan, terutama ketika kita dalam keadaan letih dan penat, kita sukar mengawal emosi kita sehingga tajdidu niat menjadi suatu yang sepele dan terlupakan.

Kerana itu tidaklah begitu mengejutkan bila Abu Dawud, periwayat hadis terkemuka itu mengatakan, cukuplah agama seseorang itu berpegang kepada empat hadis:
1) “Setiap amalan itu bergantung pada niat”
2) “Antara kebaikan Islamnya seseorang itu adalah ia meninggalkan perkara yang tidak penting baginya”
3) “Seseorang itu tidak akan menjadi Mukmin yang sebenarnya sehinggalah dia tidak redha kepada saudaranya melainkan apa yang dia redha dengan dirinya sendiri”
4) “Perkara yang halal adalah jelas dan perkara yang haram juga jelas”

Daripada keempat-empat hadis ini, kita jelas bahawa implementasinya selalu kepada peranan kita dalam menata hati untuk cinta akhirat melebihi cinta dunia.

Kerana hati manusia selalu terikat kepada perkara silam yang dia cintai meski dia telah diberi segunung nikmat ilmu, tarbiyah, sahabat seangkatan dsb yang tidak diberikan kepada orang lain. Begtulah kata Syed Qutb ketika mentafsirkan surah Al-Baqarah. Ketika beliau menceritakan tentang Samiri dan Bani Israel yang sungguh-sungguh ingin menyembah suatu patung tatkala mereka menjumpai suatu kaum yang menyembah patung juga, padahal peristiwa itu berlaku tak lama selepas mereka menyeberangi Laut Merah dan diselamatkan Allah dari angkara Firaun.Pafahal Firaun itu bukanlah setakat menjajah kehidupan mereka dengan kerja keras, bahkan membunuh anak-anak lelaki mereka sesuka hati semata kerana sebuah mimpi. Jadi, kepada diri saya sendiri; “Wahai diri, tatkala anda sangat sudah merasa diri telah bertaubat berulangkali tapi masih sangat cinta akan perkara sia-sia yang tiada nilainya di sisi Allah, kuatkanlah niat dan azammu. Moga Allah sentiasa bersamamu. Amin”

Diriku,
Allah swt menegaskan, definisi al faalah = kejayaan adalah ketika kita selalu memperbaiki, menata dan membersihkan hati. Sedangkan kerugian adalah ketika kita membiarkan hati kotor, mendiamkan penyimpangannya, mengabaikan noda yang ada di dalamnya. “Sungguh telah menang orang yang mensucikan (hati)nya. Dan telah rugi orang yang mengotori (hati)nya (QS As-Syams 91: 9-10)

Diriku,
Perhatikan sekali lagi, ciri kemenangan dan kekalahan yang disampaikan Allah swt itu. Kerana para salafussoleh sering menekankan pentingnya muhasabah diri. Sedangkan diriku, apakah kita beristighfar secara mekanikal tanpa menghadirkan hati setiap hari hingga kita masih di sini di takuk iman yang tak mampu bermujahadah meninggalkan bahagian amal sia-sia yang lampau yang sangat kita cintai?Uhuu~ innalillahiwainnailaihi rojiun…

Diriku,
Seorang saleh yang serius mencari nilai diri di hadapan Allah lebih detail dalam menilai jiwanya. Ia mengibaratkan usianya, anggota tubuhnya, fikirannya, seluruh yang ada pada dirinya dalam hidup ini sebagai modal, asset dan harta yang harus dipelihara bahkan diberdayakan untuk kebahagiaan di dunia dan pasti di akhirat. Katanya, “Jiwa ini, seperti sekutu yang gemar berkhianat. Jka ia tidak diperiksa dan dievaluasi, ia pasti akan mencuri harta milikmu”. Bagaimanapun tinggi ilmu kita, luasnya pengetahuan yang kita milikii, atau banyaknya ibadah yang kita miliki, tetap saja hati kita mempunyai karakter yang tidak pernah berubah. Tetaplah sang hati menjadi “asy syariik al khawwaan”, sekutu yang gemar berkhianat. Persis ungkapan Al-Quran bahawa karakter jiwa kita adalah ‘ammaratun bis suu’, sering mengajak kepada keburukan.

Kerananya, Hasan Al Bashri menguraikan erti dari orang mukmin adalah,”orang yang selalu mencaci dirinya dalam setiap keadaannya. Orang yang selalu menganggap kekurangan diri, lalu menyesali dan mencaci dirinya sendiri”. Sedangkan orang yang banyak berbuat dosa adalah “orang yang terus berjalan tanpa mencaci dirinya sendiri” Astaghfirullahal ‘adzim.

Diriku,

Mari membersihkan dan meluruskan jiwa kita, sekarang! Mengembalikan niatan yang menyimpang, meluruskan kembali lintasan fikiran yang tidak sesuai keredhaan Allah swt, menyedarkan, mendidik dan memberitahu hati dan jiwa tentang kekurangan-kekurangannya dalam melaksanakan hak-hak Allah swt. Mari melihat Malik bin Dinar rahimahullah, ketika ia memuji orang yang meluruskan, membersihkan, mengingatkan dirinya sendiri dengan kekurangan dengan mengatakan, “Semoga Allah merahmati seorang hamba yang mengatakan kepada dirinya sendiri:”Bukankah kamu melakukan ini?” “Bukankah kamu melakukan itu?” Lalu orang itu menghina dan mencaci dirinya sendiri, kemudian mengikatnya dengan Kitabullah dan menjadikannya sebagai pemimpin jiwanya”.

Diriku,

Bila setiap orang Mukmin sangat memerlukan sikap meluruskan jiwanya, tentu saja sikap itu lebih diperlukan lagi bagi seorang pemimpin, seorang pendakwah atau seorang yang memiliki keterkaitan dengan kepentingan orang banyak. Seperti ungkapan Ali radhiallahu anhu yang menasihati para pemimpin, para pendakwah dan orang-orang yang melakukan perbaikan di antara manusia, “Barangsiapa yang menisbatkan dirinya sebagai pemimpin bagi manusia, hendaknya ia memulai dengan meluruskan dan mendidik orang lain. Hendaknya ia meluruskan sikapnya, sebelum meluruskan lisannya. Mengajarkan jiwa sendiri dan meluruskannya, itu lebih utama daripada mengajari orang lain dan meluruskan mereka”.

Diriku,

Kita, semua kita, adalah pemimpin. Kerana setiap diri kita memiliki tanggungjawab dalam tingkatan yang berbeza. Kita, semua kita, adalah pendakwah. Kerana setiap kita memang wajib menjadi pendakwah, mengajak kepada kebaikan, menghalangi kemungkaran di wilayah berbeza-beza. Kita, semua kita, adalah penggerak ke arah kebaikan, kerana kita memang selalu ingin kehidupan ini berubah ke arah yang lebih baik. Membina dan membimbing jiwa dan hati sendiri harus menjadi prioriti utama ketimbang membina dan membimbing orang lain.

Syaikh Ahmad Rasyid, seorang pendakwah yang banyak mendalami masalah jiwa berkata, “Seseorang yang bila engkau memandangnya tidak menjadikan jiwamu terbimbing dan tersedar, ketahuilah bahawa orang itu juga bukan orang yang pandai membimbing dan menyedarkan jiwanya sendiri” |(^:_:^)|

Orang-orang soleh terdahulu mempunyai perilaku yang begitu indah, sirah hidup yang harum, akhlak yang terpuji, sehingga mereka mampu membimbing, meluruskan orang lain sekadar mereka melihat dirinya. Itulah aura iman dari hati rabbani yang kita dapatkan dari Imam terdahulu, seperti Imam Malik dan Imam Hasan Al Bashri. Murid para imam mengatakan, bahawa melihat keduanya memberi manfaat bagi mereka, meski keduanya tidak mengucapkan kata-kata.

Allah, betapa jauhnya kita dari aura keimanan semacam mereka……(sob..sob..sob)

Allah, semoga Engkau sudi untuk melihat hati ini dan melihat jiwa ini. Bimbing dia untuk menguatkan tekad,bermujahadah dalam rangka yang Engkai redhai. Tiap jalan-jalanku kutempuh dengan simpang-simpang selain jalanMu, bantulah aku dengan menghadirkan malaikat-malaikat yang membimbing baik dalam rerupa sahabat-sahabat yang mengingatkan, bacaan-bacaan Al-Quran dan buku atau meski dari lintasan-lintasan hati yang mendidik. Sesungguhnya Allah, tanpaMu, tiadalah aku mempunyai daya apapun untuk beramal soleh. Ihdinassirotal mustaqim…

“Ya Allah kurniakan kami lisan yang lembut, basah mengingati dan menyebut namaMu,hati yang penuh segar mensyukuri NikmatMu, serta badan yang ringanmenyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang bermanfaat,keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakan kami diin- cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon, Allah kecukupan yang tidak kami memerlukan jasa orang lain. Berikanlah kami Ya Allah, iman yang sebenar-benarnya hingga kami tidak lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmaMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta siapa saja yang bersama-sama kami. Jangan Ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang memperkenankan doa, perkenankanlah.Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad, Nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda”.Amin..Ya Rabbal ‘Alamiin.

Diadaptasi dari buku: Allah, Kokohkan Kaki Kami di atas JalanMu, Muhammad Lili Nur Aulia, Tarbawi Press

Read Full Post »

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Apa khabar semua? Kaifa halukum? Diharap semuanya berada dalam keadaan sihat iman dan sihat kesihatan. Alhamdulillah, keluarga kami akhirnya menerima berita gembira yang besar sebulan yang lalu. Iaitu…jeng…jeng..jeng.. Fida’ & Faatih dapat adik baru!!!Hehe…best tak berita besar kami? Bestkan?? 😀

Alhamdulillah Allah menjadikan mujahidah comel kami lahir pada masa yang sangat sesuai. Masa tu, seminggu selepas abi selesai group project presentation untuk Master yang sedang beliau jalani, di tambah dengan musim cuti sekolah menjadikan abi boleh menjaga ummi tanpa terkalut-terkalut mengurusi Kakak Fida’ dan sekolahnya.Subhanallahi wa bihamdih…segala puji dan syukur hanyalah untuk Allah…

Alhamdulillah…Allah menghadirkan kelahiran ini pada suasana yang sangat tepat, hingga kelapangan abi dari urusan belajarnya menjadikan abi mampu menginfaqkan cinta dalam skala yang lebih besar. Memandikan ‘Iffah kecil, Faatih, Fida’; membawa Fida’ dan Faatih berjalan ke taman, mall, majlis ilmu, rumah opah; di samping membelikan keperluan-keperluan rumah yang kehabisan dari waktu ke waktu. Jazakallahu khairan kathira Cinta atas segala perhatiannya dan alhamdulillahi rabbil ‘alamin atas kurniaMu.

Alhamdulillahirabbil ‘alamin juga kerana Allah menghadirkan kelahiran ini pada waktu mama berada di Gombak, hingga makanan-makanan bergizi orang selepas bersalin dapat tersedia, di samping penyediaan-penyedian daun untuk mandi sehari-hari hingga ke maid training dan omelan-omelan nasihat tersedia dengan kadar tip top. Hihi. Jazakillahu khairan kathira mama atas semua jerih payah menjaga anak mama dari bayi hingga beranak pinak..huu…

***

Dan alhamdulillah hari ini adalah hari ke-47.Hari habis berpantang dr keluar rumah, makan makanan berminyak dll. Semalam, 2/5/2010 alhamdulillah ummi telah merayakan kemerdekaan dengan meraikan pernikahan ikhwan & akhwatifillah Mohd Ihsan & Nurul Alia. Pernikahan ini sekaligus upacaranya pada hemat saya sederhana, tidak bermegah-megah dan penuh cinta.

Sebelum upacara bermula, ayah pengantin sempat mengusik anak dara suntinya,”Siapa nama bakal suami kamu?” Malu-malu si bidadari menjawab soalan ayah. Sang ayah mengusik lagi, “Betul ini calon suami kamu?” …dan para hadirin pun terseyum, tertawa. Kemudian, sang ayah memulakan ucapan aqad penyerahan dan si bakal suami menyambut hingga sahlah ijab qabul yang memetrai mitsaqan ghaliza mereka. Subhanallah wal hamdulillah.

Selesai pernikahan, keluarga & sahabat handai mempelai sibuk mengajak pengantin bergambar. Comelnya, kedua-duanya malu-malu. Sahabat handai pengantin sibuk mengusik, “Pegang tangan-pegang tangan…sunnah Rasul”, siku pengantin lelaki ditolak-tolak.

Oh comelnya! Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fil khair.Semoga Allah memberkahimu ketika senang dan susah & sentiasa mengumpulkan kamu dlm kebaikan.Amin.

***

Saya mengetahui kewujudan doa ini semasa saya hendak menikah. Lambatkan? Padahal mesti orang lain lebih ramai dah menikah sebelum kami. Hehe. Tapi, maklumlah antara kawan-kawan sekolah juga kawan-kawan universiti, kami yang terawal menikah ditambah pula kedua-dua kami anak sulung menjadikan saya tidak pernah terbaca apalagi menghafal doa ini sebelum pernikahan sendiri. Hingga apabila dah tahu, saya naaakk sangat orang mendoakan saya cara Rasulullah tapi, mustahilkan saya boleh mengajar-ajar tetamu yang hadir ke majlis pernikahan saya? ;|. Jadi, saya menulis artikel untuk tetamu yang hadir, hingga apabila mereka membaca, sekaligus mereka mendoakan. Dan alhamdulillahirabbil ‘alamiin, the tricks played!Hehe 😀

For years, i was wondering kenapa doanya barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma yang apabila di translate berbunyi,”Semoga Allah limpahkan barakah kepadamu, dan semoga Allah limpahkan barakah atasmu”-baru disambung dengan wajama’a bainakuma fil khair. I was wondering kenapa Rasulullah mengajarkan pengulangan barakah kepadamu dan atasmu yang pada saya (waktu itu) tiada bezanya di antara kedua ayat.Dan kenapa pula ditranslate dengan ayat, “Semoga ALlah memberkahimu baik ketika senang dan susah..”

Rupanya Bahasa Syurga memang punya nilaian yang tak mungkin sama dengan bahasa manapun, hingga lakuma dan ‘alaikuma yang nampak sama dalam Bahasa Melayu tidak sama maksudnya dalam Bahasa Arab, Lughatul Jannah. Rupanya ‘ barakallahu lakuma’ membawa maksud barakah atas hal-hal kebaikan yang disukai oleh kedua mempelai, sedang baraka ‘alaikuma membawa maksud barakah atas hal-hal qada’ qadar yang tidak disukai oleh kedua mempelai.Hingga atas alasan tersebut, ianya di translate dalam Bahasa Melayu sebagai, “Semoga ALlah memberkahimu baik ketika senang dan susah..”

Tapi, persoalannya kemudiannya apakah maksud barakah yang sebenarnya ye? Kite dibuat bingung seketika. Hee~ Menurut Salim A. Fillah dalam bukunya, ‘Saksikanlah Bahawa Aku Seorang Muslim’ barakah adalah aneka harapan, yang kesimpulannya berakhir dengan kebaikan.

Bentuk-bentuk harapan boleh jadi bahagia dengan kehidupan baru, anak ramai, kekal dunia akhirat, sakinah mawaddah wa rahmah dll.Tetapi, aneka harapan ini tidak semestinya berakhir dengan kebaikan. Contohnya, ada yang kehidupan baru yang asalnya disebut pembinaan masjid-justeru menjadi semakin jauh dari Allah setelah pernikahan; ada yang anak ramai tapi justeru anak-anaknya yang ramai menjatuhkan air muka keluarga dengan akhlak yang tidak baik; ada yang kekal dunia akhirat tapi justeru abadi menggelegak di neraka Jahannam seperti Abu Lahab dan isterinya. Na’uzubillahi min dzalik.

Jadi, atas alasan beragamnya pengakhiran harapan, Rasulullah melarang kita mengucapkan doa.”Tahniah ye. Semoga dapat ramai anak” atau “Semoga Bahagia” dll.Dan cukuplah kita dengan mendoakan mereka barakah, iaitu bertambahnya kebaikan bagi sang mempelai dalam kehidupan mereka dari titik masa ini hingga mereka bertemu Allah. Mengutip ayat Salim A.Fillah,”Barakah adalah bertambahnya kebaikan dalam setiap kejadian yang kita alami waktu demi waktu.Ketika Allah mencintai hambaNya, maka ia berkenan membuat sang hamba begitu peka. Saat ditenggelamkan dalam lautan nikmat, sang hamba peka untuk mengenakan alat selamnya. Ia peka. Hatinya berbunga melihat berbagai rerupa, namun tak pernah melalaikan satu kata. Syukur. Lain sisi, Allah juga mengasah agar sang hamba peka, di saat gelombang musibah bertubi-tubi menghentam dan badai melantakkan harta kepunyaannya, dia tidak melupakan suatu kata. Sabar.Ia menapaki jalan-jalan Sulaiman a.s sekaligus menyusuri permatang-permatang Ayyub a.s.Hingga barakah, dalam pujian Rasulullah saw adalah keajaiban. Keajaiban yang menakjubkan!

“Menakjubkan sungguh urusan orang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan. Dan itu tidak terjadi kecuali pada orang yang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya” (HR Abu Dawud & AT Tirmidzi)

***

Selalu ada berbagai Kisah Cinta sebelum menanjak sebuah pernikahan. Ada kisah pertemuan. Ada kisah lamaran. Yang masing-masing punya kedekatan di hati kedua mempelai. Tapi, tahukah anda apakah cara membuat ‘Love Celebration’ sesuai sunnah menanjak sebuah pernikahan?Allah menerangkan caranya melalui firmannya dalam Ar Rum 30:21 yg berbunyi;

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu merasa cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan  diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”

1-Pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri : min anfusikum azwaajan;

Dari kata kunci pertama ini, kita mengetahui bahawa Allah menjadikan pernikahan terjadi di atas konsep keserasian jiwa. Memahami konsep Al-Quran, kita mengetahui bahawa keserasian jiwa hanya diukur oleh Al-Quran di atas konsep baik “thoyyib” dan keji “khobis” seperti yang tertera dalam surah An-Nur 24:26.Dan Al-Quran, seperti yang kita kenal tidak memaparkan konsep baik menurut kaca mata kita which are hensem, gaji lima angka, rumah banglo, kereta mewah dsb ;p . Tetapi Al-Quran memaparkan ukuran baik berdasarkan komitmen seseorang kepada Allah dan agamaNya “Sungguh yang termulia disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti” (Al-Hujurat 49:13).

Komitmen seseorang kepada Allah dan agamaNya jelas merupakan suatu yang sangat subjektif. Siapa yang dapat menilai ikhlas individu? Pasti saja, ia solely kepunyaan Allah. Atas alasan itu tidaklah keterlaluan bila kita mempercayakan Allah atas urusan jodoh kita.

Tapi, adakah, bila kita mempercayakan Allah atas urusan jodoh, kita tidak berusaha apa-apa? Pasti ramai yang mahu memarahi saya? Sebab, secara umum; mereka yang bercouple merasakan bercouple perlu sebagai bahagian usaha mendapatkan jodoh. Begitulah mereka berkira-kira.

Sahabatku, Islam adalah agama yang sentiasa menggalakkan usaha-usaha individu untuk mencapai objektif-objektif mereka bilamana objektif-objektif itu berada dalam bingkai syari’at Islam. Jadi, saya membenarkan anda, bahawa Islam menggalakkan usaha-usaha individu-individu Muslim yang ingin meraikan fitrah dirinya yang ingin dicintai.

Tapi sahabatku, sebagaimana Islam membingkai maksiat dengan pernikahan, Islam juga membingkai cara-cara untuk berusaha ke arah pernikahan, hingga kita mendapatkan pernikahan dan berada dalam pernikahan selamanya dalam perasaan mawaddah dan rahmah terhadap pasangan kita.Berdasarkan AnNur 24:26; Islam mengajarkan setiap individu lelaki atau perempuan supaya berusaha melakukan perbaikan, pengislahan kepada diri. Ya, sahabatku. Usaha yang diajarkan Al-Quran untuk mendapat suami atau isteri yang baik adalah mengubah diri menjadi yang terbaik. Yang terbaik dalam kaca mata Allah, bukan dalam kaca mata manusia biasa. Kerana perbaikan ini yang kemudian, akan menjadikan seseorang mendapat suami atau isteri yang juga baik sebaik dirinya, juga menjadikan dia tergolong di antara orang yang mendapat kemenangan”Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan” (AtTaubah 9:20) .Subhanallah.

Dan setelah itu, meyakinlah. Allah kan pasti mengganjar Putera/i terbaik untuk cinta terbaik yang pernah kau sembahkan untukNya. Yakinlah, bahawa sang Pangeran pasti hadir dari TuhanMu. Tidak di dunia, tapi pasti di akhirat. Sepertimana Maryam binti Imran yang dijanjikan Pangeran terbaik di syurga, Al-Mu’allim Muhammad s.a.w. Sang Pangeran yang tiada tolak bandingnya, dicintai semasa hidupnya, setelah ketiadaannya dan oleh manusia juga seantero langit dan bumi. Meyakinlah….InsyaAllah Allah pasti mengganjar yang terbaik dan luar jangkauan kita untuk perbaikan-perbaikan diri kita dalam mencari redha-Nya.InsyaAllah…. Amin.

2-kamu merasa cenderung dan merasa tenteram kepadanya: litaskunu ilaiha

Disini, Al-Quran menggunakan perkataan li, sebagai indikasi perasaan cinta automatik yang dijadikan Allah terhadap diri individu dengan pasangan yang dinikahinya.Dan cinta ini di sebut Al-Quran dengan kata sakinah. Sakinah tidak mempunyai perkataan/vocab yang sesuai dalam bahasa melayu. Itu yang pasti sehingga terjemahan Al-Quran dalam bahasa melayu/indonesia memberikan variasi kata untuk mendefinisikan sakinah. Sakinah didefinisikan sebagai cenderung dan tenteram juga tenang dan tenteram dan didefinisikan sebagai love and mercy dalam terjemahan Abdullah Yusuf Ali.

Menurut suatu website peribadi, sakinah berasal daripada perkataan sakana yang bererti diam/tenangnya sesuatu setelah bergejolak. Itulah sebabnya mengapa pisau dinamai sikkin karena ia adalah alat yang menjadikan binatang yang disembelih tenang, tidak bergerak, setelah tadinya ia meronta. Jadi, tepat sekali perkataan tenteram kerana gejolak syahwat telah menemukan saluran yang halal dan thoyyib dan tenang kerana ada pendamping yang siap mendukung perjuangan individu muslim menjadi “Yang Terbaik di Mata Allah”.Perjuangan dua individu yang menikah menjadi “Yang Terbaik di Mata Allah” inilah yang insyaAllah melahirkan keluarga sakinah. Dan sakinah inilah yang menyebabkan pernikahan disebut separuh agama seseorang.

Memahami ini, saya jadi memuhasabah diri, apakah saya dan suami sedang dalam usaha perjuangan membentuk keluarga sakinah yang mana kami dan pasangan sedang berjuang menjadi “Yang Terbaik di Mata Allah”? Adakah kami meluangkan masa cukup dalam mentarbiyahkan Islam untuk keluarga kami? Adakah ibu bapa kami merasa lebih nyaman “birrul walidain” kami buah dari pernikahan kami? Adakah kami keluarga yang mempunyai hubungan baik dengan jiran-jiran kami? Dan adakah kami keluarga yang tetamu merasa bahagia bertamu di rumah kami?

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah ia berbuat baik kepada tetangganya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah ia memuliakan tetamunya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berbicara yang baik atau diam” (HR Muslim)

Dan adakah kita yang berikrar untuk menjadi da’ie, tatkala dihadapkan dengan rumahtangga menolak untuk menjadi dai’e-da’ie yg berkhidmat utk masyarakatnya?

Memuhasabah diri membuat saya berasa “Have we actually celebrate our love according to Al-Quran and sunnah”?Dan ia membuat saya merasa, “Ah Allah..jauhnya lagi aku dalam menggapai syurga…”Innalillahiwainna ilaihi rajiun 😦

3-rasa kasih dan sayang: mawaddah wa rahmah

Mawaddah adalah rasa kasih yang bersifat romatisme yang diimpikan oleh perempuan dan lelaki. Romantisme dibawakan bunga, dibawakan cincin, dibelikan hadiah, dibisikkan kata-kata manis oleh yang tercinta.Romantisme dalam berpegangan tangan, bergurau senda yang menjadi antara moment-moment indah pasangan dua sejoli. Inilah mawaddah. Romantisme inilah yang dikarang dalam novel-novel cinta, dalam adegan-adegan filem atau drama bersiri yang bertemakan kisah cinta. Dan Islampun selaku agama yang mengiktiraf kisi-kisi manusia tidak menolak romantisme itu melainkan membingkainya dalam sebuah pernikahan. Atas sebab itu kita pernah mendengar kisah Sang Rasul Muhammad saw minum dari gelas yang sama dengan isterinya, sampai-sampai meminum dari sudut gelas yang sama. Kita juga pernah mendengar kisah Sang Rasul saw berlumba lari bersama, mandi bersama selain memberikan hadiah buat para ummahatul mukminin radiyallahuanhuma. Malah, Rasulullah saw bersabda:

“Apabila seseorang menyatakan, “Aku cinta padamu”, maka jawablah: “Ahabbaka llazi ahbabtaniy lah”- Semoga Allah mencintaimu, yang Dialah membuat engkau mencintaiku keranaNya”

(Diriwayatkan oleh Abu Daud, anNasaai dan Ibnu Hibban dari hadis Anas)

Rahmah pula adalah rasa sayang yang dengan sayang ini kita diizinkan oleh Allah untuk sentiasa memberi dengan keikhlasan. Maka perkataan tepat untuk menggambarkan rahmah adalah cinta keibuan yang tak pernah mengenal lelah dalam memberi, tak pernah mengungkit meski yang dicintai tidak mampu membalas pemberian dalam bentuk yang serupa atau lebih baik, rela berkorban dan banyak memaafkan. Kerana sifat rahmah, kita mendengar kisah Rasul saw yang pulang ke rumah dan menyiapkan sendiri makanan beliau bila tiada makanan di rumah, menjahit tampalan-tampalan baju sendiri yang tak sempat disiapkan sang isteri tercinta dan memaafkan dalam kisah mereka yang meminta jatah lebih dari harta rampasan perang yang telah diberikan Rasul saw.

Setelah anda mengetahui tentang rahmah, apakah pendapat anda mengenainya? Secara jujur, saya merasakan menghadirkan rahmah dalam rumahtangga bukan hal yang ‘kacang goreng’..Perlu usaha yang kadang tak kecil untuk senantiasa ikhlas dalam memberi. Dan saya yakin, rahmah ini memerlukan campur tangan pertolongan Allah dalam memegang kendali hati kedua mempelai untuk sentiasa mampu memberi cinta keibuan yang dalam masa yang sama mewarnai sisi-sisi rahmah dengan mawaddah. Allah, bantulah kami dalam menghadirkan mawaddah wa rahmah diantara kami.Dan bantulah kami Ya Allah dalam membina keluarga yang sakinah. Bantulah kami Ya Allah agar bahtera baitul muslim kami merupakan antara baitul muslim yang dinaungi sakinah,mawaddah wa rahmah.Amin.Amin Ya Rabbal ‘Alaamin.

***

Ada orang pernah bertanya, “Betulke dengan hanya sesi taaruf, ko yakin yang suami ko mencintai ko? Mana ko tahu dia pilih ko due to marriage of convenience”. Secara jujur, saya tidak tahu menilai apakah setiap pernikahan yang tidak berawal dengan “coupling” ini bermula dengan marriage of convenience, atau cinta pandang pertama. Tapi saya yakin ArRahim saya tidak akan menelantarkan orang-orang yang percaya kepadaNya dengan setulus hati. Atas dasar itu, saya rela memulakan My Love Celebration dengan cara Ar-Rum 30:21. Saya dengan rela menikah bila ArRahim memilihkan saya jodoh tersebut melalui sujud-sujud istikharah saya. Benarlah pepatah, cinta mampu membuat orang gila. Dan sejarah membuktikan, cinta kepada Allah memang mampu membuat orang-orang ‘gila’ menempuh pernikahan hanya dengan kepercayaan kepada ketenangan istikharah. Dan cinta kepada Allah jugalah yang membuat manusia-manusia itu mengejar kematian dengan seni-seni kematian di medan tempur.Siapakah yang memahami ini kecuali orang-orang yang beriman? Dan apakah benar kita perindu syahid, yang rindu bertemu TuhanNya dengan cara paling berseni di medan tempur andai untuk urusan jodoh saja kita bertapak ke belakang tidak mahu percaya dengan cara orang-orang beriman mempercayai jawapan istikharah mereka?


Benar juga Salim A.Fillah dalam “Saksikan bahawa Aku seorang Muslim” bahawa pernikahan hanya bermula sama ada dua hal. Menikahi orang yang dicintai atau mencintai orang yang dinikahi. Yang pertama hanyalah kemungkinan. Sedangkan yang kedua adalah kewajiban. Dan atas dasar ini, tatkala mereka orang-orang beriman tidak mampu menghadirkan mawaddah secara automatik, mereka berusaha ke atasnya. Dan pasti Allahkan membantu menghadirkan mawaddah bagi mereka kerana dia pun menjanjikan yang demikian bagi mereka…”…dan Dia menjadikan  diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”Wallahua’lam bissowab.

Read Full Post »

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Alhamdulillah Oktober 2009 mencatatkan tarikh pertama Fida’ dan Faatih mengenal sungai dalam erti sesungguhnya.Hee~.(Malu sungguh! Nampak sangat baru pertama kali bawa ke sungai-sungai).

Subhanallah! Diorang boleh berdiri tegak je dekat dalam air tu sebab takut jatuh. Hihu~.Last sekali, umminyalah yang mengerjakan diorang supaya diorang jatuh dalam sungai tu and merasa keseronokan bermain air yang sesungguhnya. “Don’t worry dear, harmless trick to make you learn akan nikmat Allah”Hehehe 😀

~1.00pm,11 Oct 09 – Saya sedang membelikan aiskrim untuk Fida’ n Faatih. Ada sekelompok adik-adik dari “Program Motivasi” di sekitar kami yang berada di antara sungai dan kafetaria.

Tiba-tiba, dari arah opposite penjual aiskrim, berlari seorang remaja lelaki ke arah area sekumpulan remaja Program Motivasi yang sama lalu, Bukk! Dia menumbuk kawannya sambil menjerit, “Kaulah! Aku bengang betul!….bla3. (I don’t remember)”

Keadaan gawat…remaja-remaja lain juga fasilitator program (based on warna/tulisan pada baju dan anggaran usia), berkerumun ke arah remaja yang bertumbuk, melerai pergaduhan. Suara orang-orang menjerit jelas memecah suasana.

Tiba-tiba, “Allahuakbar, allahuakbar….” panggilan azan Zohor berkumandang. Sebahagian fasilitator tidak mahu ikut campur pergaduhan. Mengambil posisi bersiap untuk solat. Dan mengumandangkan iqamah, untuk mempersiapkan peserta lain bersedia mendivert attention untuk solat berjemaah. Sebahagian masih disana, melerai pergaduhan. Yang pasti, bagaikan solat bukan perkara wajib-bagi Muslim, peserta-peserta bebas untuk solat atau untuk berlegar. Majoriti berlegar-legar melihat free-show sahabat mereka bergaduh. Minoriti  mendirikan solat.

Saya, sahabat saya yang menjadi punca kami sampai ke kawasan sungai dan anak-anak bergegas solat meninggalkan perkarangan gawat. Innlillahiwainnailaiirajiun. *Sigh*

***

Dia seorang lelaki yang insyaAllah dekat untuk saya selalu mendoakannya. Tika menulis tentangnya, saya masih mendoakannya, “Moga Allah memberikan dia jiwa besar untuk menjadi seorang yang selalu bersabar”.Amin.

Dia ingin mendirikan rumah tangga cara Islami. Dia ingin jadi orang berkaliber dalam kerjayanya. Dia mengaku daie ialah salah satu kerjaya hidupnya. Takdir Allah memainkan peranan hingga kesihatannya untuk usia semudanya tidak seperti kawan-kawan sebayanya. Dia bukan sakit tenat, tapi ini bukan operation kali pertama dalam diari kehidupannya.

Hari Besar untuk orang-orang yang nak mendirikan “Masjid” sudah dekat dengan dirinya. Kad-kad sudah bercetak, tempahan-tempahan terkait semua persediaan sudah dibuat. Pun tarikh telah disepakati. Tiba-tiba, Allah mentakdirkan dia harus sekali lagi dioperasi. Dan di ofis, kerjanya menimbun – memanggil-manggil. Dan, entah perasaan apa yang berkecamuk dia jadi kacau bilau, dan tak semena-mena dia berucap, “Rasanya, saya tak semangat nak meneruskan pernikahan ni. Macam belum bersedia. Bolehke kalau saya nak mintak tangguh lagi 2-3bulan?”, dia mengaju pertanyaan kepada keluarganya. Oh, secara general-keluarga yang siap menerima bakal menantu yang baik, menyuruh dia menetapkan pendirian. Innalillahiwainna ilailhi rajiun.

***

Di sela petang Oktober yang lain, mama bercerita tentang cerita dari kawannya, “Ada budak-budak baru masuk kerja, tension dengan kerja ofis sampai nak terjun bangunan, peliknya remaja zaman sekarang..”

Saya jadi terpana. Apa yang terjadi pada jatidiri anak Muslim kini. *Sigh*

Ingin saja saya mengambil bahagian hati, “Mungkin kawan-kawan mama exaggerate kut kes orang nak bunuh diri tension dengan ofis”, tapi mana mungkin saya menolak bahagian hati yang melihat kes ragut setiap hari, kes rompak setiap hari, dan kes bunuh orang, bunuh diri dengan pelbagai sebab yang saya rasa tak sebanding penderitaan saudara-saudara Muslim di Gaza, China, Kashmir, Afghanistan dll. Hingga, seluruh hati saya jadi membungkam, sedih, dan ingin menangis- menerima pernyataan simple tapi pahit, anak remaja kita majoritinya sudah tiada jatidiri seorang Muslim. Innalillahiwainnailaihi rajiun.

***

Saudara se-Islamku,

Apabila marah, yang menjadikan seorang manusia mampu  mencontrol amarahnya ialah sabar dalam dirinya. Apabila sedih, tension, bengang, yang menjadikan seorang manusia mampu mencontrol diri dari mencari kesalahan pada orang lain, hingga ke membunuh orang, itu adalah lantunan sifat sabar yang juga dalam dirinya. Apabila berjanji, apalagi dengan perjanjian yang berat – mitsaqan galiza seperti pernikahan, yang menjadikan seseorang mampu teguh dalam memegang perjanjian adalah juga kesabaran dalam dirinya.Hatta, ketika seorang manusia mampu istiqamah menunaikan ketaatan, itu kerana kesabaran yang ada dalam dirinya.

Kerana itu Al-Quran memaparkan Allah memberitahu kita, tatkala kita berhadapan dengan apa jua masalah pun, “Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu”(Ali Imran:200). Inilah fakta yang dikeluarkan Al-Quran. Dan fakta simple inilah yang menolak mentah kenyataan,”My patience has reach its maximum limits!” atau “Aku memang dah cukup bersabar dah dengan dia!Memang Tuhan je tau aku punye sabar dah tahap maksima”.

Pernah di ofis, dalam sela perbualan saya dgn sahabat Non-Muslim saya, kami bercerita tentang konsep sabar. Dan saya memaparkan konsep sabar menurut Al-Quran yang tidak mengenal batas sebuah kesabaran. Dia lalu mentertawakan saya. “Are you saying if anybody kills your mother, you’ll better be patience and do nothing about it?”. Masa tu saya jadi terdiam. Dalam hati saya terfikir semua jenis konsep hudud yang membenarkan kita membunuh kembali pembunuh yang membunuh saudara kita tanpa alasan tapi saya diam. Saya tidak mahu membicarakan hukum hudud Islam kepada orang yang tak percaya tentang Al-Quran. Akan panjang argument bila dia bertanya tentang sebatan, rejam kepada penzina, potong tangan kepada pencuri dll.

Tetapi semalam semasa session discussion, sahabat menyuruh kami membentangkan tentang Ukhuwwah Persis Sahabat Rasulullah. Setiap participant discussion disuruh membentangkan kisah yang menyentuh ukhuwwah Rasulullah yang benar-benar menyentuh hatinya. Saya kemudian membentangkan tentang Aus dan Khazraj.Dua puak Yathrib yang beratus-ratus tahun dalam perang saudara sampai anak-cucu mereka sudah tidak tahu atas alasan apa moyang mereka berperang tapi terus berperang. Saya selalu kagum dengan kemampuan mereka untuk memaafkan. Sehari sebelum mereka memeluk Islam, sebahagian mereka mungkin mengalami kematian saudara dekat dari tangan suku bertentangan. Malah memang ada kisah Saad bin Ubadah menghunus pedang kepada saudaranya beberapa jam sebelum beliau Islam ditangan pelerai pergaduhan, Mush’ab bin Umair r.a. Tapi, subhanallah dengan iman mereka, tatkala syahadah terlafaz, seolah peristiwa semalam-ibu yang dibunuh suku lawan atau sebagainya, tidak pernah berlaku. Subhanallah, iman gaya ini selalu membuat saya terkagum-kagum sendiri. Sewaktu membentang, saya jadi, teringat, maknanya sejarah pernah membuktikan wujud orang-orang yang tatkala dibunuh ibunya atau saudaranya, mampu bersabar dengan pembunuhnya semata atas dasar iman, dan mujahadah kesabaran, “Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu”(Ali Imran:200). Maha benar Allah bahawa sabar itu seperti yang difirmankanNya merupakan sesuatu yang tidak mempunyai batasan. Dan ini tanpa melupakan kenyataan Allah juga, yang setiap ujian adalah berkadar langsung dengan kemampuan penerima ujian. Subhanallah…

Kerana ini, saya kira saya sangat bersetuju dengan kenyataan Harun Yahya dalam The Importance of Patience in the Quran, “The Quran defines patience as one of the paths that lead people from darkness to light and as an attribute of morality that is superrior to, wide-ranging, and very different from the daily behaviour of many people. Thus patience is a moral characteristic displayed in the face of difficulty and in every moment of life.Moreover, it requires the demonstration of determination (jiddiyah) and consistency during times of ease and hardship, and is a lifelong endeavor that never goes astray even for a moment.(istiqamah,istimrar)”

Kerana itu, setiap saya melihat masyarakat yang semakin buruk akhlaknya-rasuah mengatasnamakan kebajikan, merompak atas alasan desakan hidup, membunuh atas alasan-alasan sepele, saya jadi tidak keruan. Kerana saya memahami yang hilang dalam jati diri Muslim hari ini adalah sifat sabar Muslim untuk menurut ajaran Al-Quran. Dan sebenarnya, yang menjadikan kita tidak mampu bersabar kerana kita merasa mampu melakukan sabar sendiri, padahal Allah sendiri menyuruh kita meminta pertolongan Allah dalam bersabar, “Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” (AlBaqarah 2:45).

Saudara se-Islamku,

Seandainya saja kita menyemak teks Al-Quran Ayat 2:45 tadi, kita akan mendapati Allah berfirman, “Wasta’inu bissobri was solat….” dan perkataan ista’inu itu bermula dari huruf alif, sin dan ta. Saya jadi teringat tazkirah seorang sahabat saya yang memang mengambil jurusan Bahasa Arab semasa menghurai ayat ini. Beliau berkata, “Perkataan yang bermula dengan huruf alif, sin, ta dalam konteks bahasa arab memaparkan sesuatu yang sukar/susah untuk dibuat/diamalkan. Jadi ayat ini menunjukkan sekalipun sabar & solat seolah perkara yang simple tapi sebenarnya Allah tahu ia adalah sesuatu yang sukar. Kan nak sabar waktu tengah bengang, nak khusyuk dalam solat, istiqamah solat awal waktu adalah suatu yang sukar untuk kita amalkan meskipun kita mengetahui kebaikan-kebaikannya sedari kecil. Dan sebab tu perkataan istiqamah pun bermula dengan alif, sin,ta sbb memang bukan hal yang mudah. Sebab tu juga, kalau kita meneliti Al-Quran, tak banyak perkataan yang menggunakan alif, sin,ta ni-nak menunjukkan, banyak yang Allah nak mudahkan dari memberatkan kita”. Subhanallah…

***

Harini kita melihat ramai masyarakat Malaysia culas dalam mendirikan solat. Malah, ada terjadi, seorang lelaki yang berkawan dengan sekelompok pekerja yang tidak solat diejek skema kerana solat. Jadi, pada keadaan ini, amat benar; untuk teguh dalam pendirian kita harus selalu meminta pertolongan Allah. Saya tidak mahu membincangkan statistik orang solat dan statistik orang yang tidak solat di Malaysia kerana saya tidak menjumpainya dari mana-mana sedutan akhbar atau pihak bertanggungjawab setelah mencari lebih dari seminggu, tetapi banyak sekali statistik jenayah, penceraian dan murtad yang tersenarai dikeluarkan JAKIM. Semua number berangka lebih dari 100 dan melibatkan individu dan keluarga Muslim.

Saudara se-Islamku,

Allah berfirman dalm surah Al-Ankabut 29:45,”Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”. Tapi dalam surah Al-Ma’un 107:4-7, Allah berfirman”Maka celakalah orang yang solat, iaitu orang yang lalai dalam solatnya, yang berbuat riya’ dan enggan memberikan bantuan”. Dari kedua ini jelas membuktikan Allah bukan menuntut amal solat kita dari pergerakan fizikal semata, tapi Allah menuntut ‘solat’; pelatihan khusyuk, ihsan, muraqabatullah dan lainnya dalam solat diimplementasi dalam seharian hidup kita. Kerananya orang yang solat tapi riya’ dan enggan memberi bantuan dikatakan celaka oleh ALlah, Yang Maha Kuasa. Jadi, seperti mana universiti mempunyai kuota minimum kelayakan untuk terus menjadi pelajar, seperti mana company mempunyai benchmark sebagai performing staff and under perform staff, Allah juga menuntut quality dari gerak solat, gerak ihsan, gerak muraqabatullah setiap Muslim semasa solat dan sepanjang dia melakukan aktiviti hariannya dalam kehidupannya.

Atas alasan quality control yang perlu dihasilkan bagi diri sendiri, kita nak tak nak memang perlu menjadikan diri kita berada dalam zon jiddiyah kesabaran untuk terus menerus berada di atas tali Allah. Jiddiyah kesabaran inilah saudaraku, yang kita perlukan untuk kita khusyuk dalam solat, solat tepat waktu, istiqamah mengejar solat berjemaah, istiqamah mengejar solat berjemaah di masjid, istiqamah melakukan sunat-sunat rawatib dsb. Melatih diri kita untuk jiddiyah kesabaran ini merupakan jihad. Itu yang pasti.

Allah sendiri berfirman dalam AlBalad 90:10-11,”Dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan). Tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki dan sukar?” Jadi, seperti yang Allah sendiri mengiktiraf atas kearifanNya tentang sifat-sifat manusia-jiddiyah untuk istiqamah dalam semua bentuk kebaikan memang merupakan hal yang sukar seperti pendakian yang melelahkan tapi merupakan jalan orang-orang beriman dan diberikan catatan amalan dari tangan kanan, “Kemudian dia termasuk orang-orang yang beriman, dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. Mereka adalah golongan kanan” (Al-Balad 90:17-18)

Jadi, apa pendapat anda tentang orang yang sabar untuk jiddiyah dalam semua bentuk kebaikan dalam solatnya demi menjaga quality solatnya di depan Allah?. Pelatihan khusyuk merupakan pelatihan untuk concentrate dalam suatu pekerjaan dengan kesungguhan yang luar biasa. Pelatihan untuk menjaga waktu solat merupakan pelatihan untuk pengurusan waktu yang paling efision.Pelatihan mengerjakannya secara berjemaah dan di masjid merupakan pelatihan untuk mempersembahkan kualiti kerja yang terbaik dan pelatihan untuk istiqamah dengan rawtib merupakan pelatihan untuk menjadi orang yang oppotunist; membuat alternatif yang sesuai dalam bekerja tanpa perlu pengarahan yang mendetail dari boss. Bukankah ini ciri manusia yang ingin di develop di semua company? Bukankah ciri-ciri ini merupakan ciri orang yang berjaya. Melihat hal ini, amat benar Allah ketika berfirman,”Sungguh berjaya orang-orang yang beriman. Iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya. Dan orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna. Dan orang yang menunaikan zakat, dan memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi, barangsiapa mencari sebalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan sungguh beruntung orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya”(AL-Mukmin 23:1-11)

***

Memahami hal ini, saya ingin sekali kiranya Allah mengizinkan saya untuk menjadi sebahagian dari hambanya yang punya sungai kesabaran dalam dirinya. Besar harapan saya, moga Allah mengizinkan saya untuk punya sungai kesabaran untuk menghadapi kehidupan dari hal yang paling kecil hingga hal yang paling besar dalam kehidupan saya.

Saya juga, selaku orang yang hidup dalam masyarakat, sangat ingin agar saudara-saudara se-Islam saya berusaha untuk mempertingkat jiddiyah kesabaran dalam urusan solat hingga hal ke hal kehidupan kita sehari-hari.Agar kita punya jati diri masyarakat terbaik sepertimana pernah tercatat dalam lembaran-lembaran sejarah dunia. Agar sifat masyarakat Muslim bukan ilusi tapi kenyataan seperti kenyatan Al-Quran dan sejarah.

Kerana sungai kesabaran milik para Nabi as, para sahabat Rasulullah saw dan salafussoleh membuktikan mereka menjadi orang-orang yang disiplinnya tak tertandingi sepanjang zaman. Inilah jalan orang-orang yang istiqamah. Kerana itu Ya Allah jadikan aku orang yang punya sungai kesabaran. Agar aku jadi Al-Mustaqim; orang yang istiqamah. Ihdinassiratal mustaqim. Amin.

Read Full Post »

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

eid_mubarak

Salam Eidul Fitri semua. Maaf zahir dan batin.

Taqabbalallahu minna wa minkum, taqabbalna Ya Kareem

Raya Syawal 1430H kami balik Johor dan Terengganu. Alhamdulillah.So, seperti biasa kalau balik Terengganu, aktiviti ziarah-menziarahi berlaku setiap hari. Tahun ni, alhamdulillah dapat bersilaturrahim dengan semua sanak-saudara yang biasa kami ziarah, termasuk causin-causin mama.

Entah cemana, boleh tertinggal rumah Mok (keterangan:emak saudara yang sulung, kakak kepada mama) kat Marang. Sebab Mok buat open house raya first day Syawal and we was at Johor 1st day Syawal. Hari raya seterusnya, mok pun takde kat rumah…dengan agenda silaturrahimnya bersama anak-anaknya.

***

Kat rumah Pok Abbas, waktu orang-orang dewasa meninggalkan anak-anak bermain sendiri kerana mereka menjamu juadah sambil bersembang-sembang ‘tanya khabar’, Fida’, Syarmine dan Haikal main kuda-kuda setelah seperti biasa refused untuk makan.

Dari kiri: Faatih, Syarmine, Haikal,Fida' - Syawal 1430H

“Naik atas Abang Haikal Fida’!,”Panggil Haikal sambil membongkok badan dengan gaya merangkak.

Fida’ gelak, “Cemana?”

“Alah, Fida’ naik, pastu pegang telinga Abang Haikal. Tarik telinga dia kuat-kuat. Putus pun takpe,”gesa Syarmine gelak-gelak menyuruh Fida’ mendajjal adiknya sendiri.

“Alah, tak putus pun. Tarik je…takkan sakit,”gesa Haikal yang sememangnya terkenal lasak dari kecil.

Fida’ naik belakang Haikal dengan bantuan Syarmine. Syarmine letak Fida’ atas badan Haikal sambil dia ikut berlari dari belakang mengikut rentak rangkak Haikal.Baru je Fida’ dan Syarmine stable, Haikal dengan nakal melajukan gerakan rangkak.

“Kuda dah laju. Kuda dah laju,” dia gelak meninggalkan Syarmine mendukung Fida’ tanpa support badannya.

“Haha..dah jatuh kuda!,”Dia menggelakkan kedua anak perempuan lincah yang tertinggal kat belakang.

“Adik ni!!!,”Syarmine jeritkan adiknya.

Mereka gelak beramai-ramai.

“Ok kakak pulak naik.Cepat adik!” gesa Syarmine yang berumur 12 tahun kepada Haikal yang berumur 7 tahun.

Dalam hati saya berkata, “kalau badan adiknya besar takpe.” Tapi, saya biarkan je sebab tau Haikal tu memang lasak. Kalau dia ok, takkan kita tak ok.

“Haa cepat kak!” gesa adiknya.

Dia naik, memberatkan badan sambil tergelak-gelak.Sengaja rasanya, membalas sikap adiknya yang membiarkan dia dan Fida’ terkontang-kanting waktu ‘kuda’ laju.

Baru berapa saat, Haikal dah jerit, “Kakak berat. Tak nak.Tak nak. Turun.”Kuda lumpuh beraksi.

Mereka bertiga gelak-gelak.

Kelakar betul budak-budak ni main kuda…..

***

wild-horses-01-615

Fida’ Afieqah tau tak…dalam Al-Quran, Allah pun ada bercerita tentang kuda. Hingga Allah menobatkan kuda menjadi salah satu nama surah- sebagai suatu tema dari surah-surah Al-Quran.

So, amacam? Kakak Fida’ yang pandai tau tak, surah apa yang bertemakan tema kuda? 5 minit dari sekarang, cuba teka…sapa kalah, dia kena tasmi’ hafazan surah kuda ni.

Cepat-cepat…pegang Al-Quran…semak-semak, mana surah yang cerita tentang kuda!

Occay!On your mark, wahid, isnain, tsalatsah.Go!!!! 😀

…1 minit

…2 minit

…………….5 minit…

……………..Teeettt! Masa tamat!!!! Sape kene tasmi’? Cepat-cepat!Hee~ ;D

***

Surah yang bertemakan kuda adalah Surah Al-‘Aadiyaat, iaitu Surah ke-100 dari 114 surah dalam Al-Quran. Dan Al-‘Aadiyaat specific menceritakan sifat kuda perang

Al-'Aadiyaat

Kuda perang ni belari kencang, lebih kencang dari ‘Kuda Abang Haikal’. Keseriusan kuda perang berlari hingga dadanya berombak-rombak dan dia pun terengah-engah. Kencangnya hingga, terlihat percikan bunga api tatkala tanah bergeser dengan kuku kakinya dan terbangan debu pasir yang berkepul-kepul sekalipun waktu masih Subuh, gelap. Dan kuda ini kata Allah, ia menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh, sangat taat kepada perintah tuannya meski tindakannya itu pasti saja membahayakan nyawanya sendiri.

Kalau anda pernah membaca novel-novel Perang sebelum inovasi enjin, anda akan dapati banyak penulis mengungkapkan kesetiaan kuda perang terhadap perintah tuannya.

Dalam salah satu novel yang pernah saya baca, si penunggang kuda tengah melarikan diri dari kawanan musuhnya. Kerana panic, dan malam gelap hitam pekat dalam hutan, si penunggang tidak nampak di depannya dia membawa dirinya dan kuda ke arah gaung dalam. Asalnya, si kuda refused untuk terjun tapi kerana di insist oleh tuannya, si kuda terjun ke gaung. Tapi sebelum terjun ke gaung dia mencampakkan tuannya ke bahagian tepian hutan. Itulah kesetiaan kuda perang, sanggup mengorbankan diri demi perintah tuannya.

Dalam national geographic site, diceritakan tentang Tuan Kuda yang kepenatan dan tidak lagi dapat berfikir jalan untuk pulang ke kem tenteranya. Dia pun lalu tidur di atas kuda dan berserah diri untuk tidak menguide dirinya dan kudanya untuk berjalan pulang. Esoknya, dia mendapati dirinya telah sampai ke kem tenteranya, di bawa pulang oleh sang kuda. Hal ini pernah juga saya baca dalam salah satu novel perang sebelum inovasi enjin.

Jadi, melihat hal ini..bukanlah suatu yang menghairankan, bilamana Allah Yang Maha Mengetahui bersumpah dengan kuda perang-ketangkasannya, kesungguhannya dan kesetiaannya dalam hal sang haiwan dan ketaatannya yang tidak berbelah bagi kepada tuannya. Ialah haiwan yang tidak menghargai nilai nyawanya sendiri bilamana berdepan dengan perintah, kesetiaan dan keperluan tuannya.

israMi3raj1

Kerana itu tak ayal bilamana dalam Tafseer Fi Zhilalil Quran, Sy Qutb menulis – inilah sikap orang Mukmin seharusnya apabila berdepan dengan hal-hal yang terkait dengan jati dirinya dengan urusan Islam yang mana merupakan urusan ukhrawinya. Kerana cita-cita kita adalah untuk hidup mulia dengan cara para nabi, dan para salafussoleh atau mati syahid sepertimana Nabi Yahya as, Nabi Zakaria as dan para sahabat Rasul saw.

Melihat hal ini, nak tak nak sepertimana yang digesa beliau dalam Ma’alim Fi At-Thariqnya, setiap mukmin harus menyertakan niat jihad dalam setiap hari kehidupannya. Baik, jihad itu berupa jihad dengan mengistiqamahkan diri dengan mutabaah amal untuk membuang karat-karat jahiliyah dalam diri menuju individu yang saalimul aqidah, menyampaikan ilmu, membimbing manusia ke jalan Allah atau berjihad Fi Sabilillah seperti saudara-saudara SeIslam kita di Palestin, Kashmir, Iraq, Afghanistan dll. Kerana kita percaya jihad ini akan tetap harus berlangsung hingga Iqamatud-deen iaitu Islam tegak di atas bumi ini.

***

Setelah Allah menceritakan tentang kuda perang, mempamerkan watak-watak ideal sang kuda, Allah kemudian memaparkan/menemplak sikap manusia yang berakal, lebih bijak dari sang kuda, di kurniai nilai-nilah khalifah, yet, bersikap dengan sikap jauh lebih rendah dalam hal ketaatan dan kesetiaan kepada Allah berbanding sang kuda terhadap tuannya.

ar12514923307294Dalam ayat 6-8 Surah Al-‘Aadiyat, Allah berfirman, “Sesungguhnya manusia itu sangat engkar, tidak bersyukur kepada Tuhannya.Dan sesungguhnya dia manusia menyaksikan (mengakui) ke-engkarannya, dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan”

Jadi, dari sini Allah memaparkan sikap manusia dalam hal ketaatan yang sangat contrast dengan kuda perang dan ketaatannya terhadap tuannya. Tambahan pula, kerana kelebihan akal yang diberikan kepadanya, manusia bukannya tak tahu dia sedang engkar dengan Tuhannya tapi dia tetap engkar lantaran sikapnya yang tidak mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhannya. Ini sangat ironi kan kawan-kawan. Ironi dan sangat menyedihkan. Kerana, kita tidak taat bukan lantaran kita tidak diberi ilmu tentang hal tersebut. Tapi kita tidak taat setelah ilmu itu sampai kepada kita dan yang lebih ironi, kita pun menyaksikan kita memang engkar. Sah-sah saja ini membuktikan sifat kita yang justeru sangat tidak bersyukur. Huu~

Kerana apa manusia ini sampai tidak bersyukur ye? Kata Allah, manusia tidak bersyukur kerana dia sangat cinta terhadap harta dengan kecintaan yang sangat berlebihan. Apabila kita memperhatikan ayat 8 surah Al-‘Aadiyaat ini dari teks Al-Quran yang asli, kita mendapati Allah menyinggung yang di-translate ahli tafsir sebagai harta ini dengan perkataan lihubbil khairi, bukan dengan perkataan tuhibbunal mal seperti dalm surah Al-Fajr. Jadi, yang disinggung sebagai harta ini sebenarnya merujuk kepada apa-apa saja kebaikan bagi diri kita yang sangat-sangat dicintai untuk diri kita. To girls, mb shopping, novel, drama korea, sinetron indon, movie hindustan…. To boyz, mb the electronic gadgets yang kadang-kadang suka untuk memiliki tapi alah membeli, tidak memakai, koleksi anime, manga, games….To student, its time with their books…To mothers, its their children and family…To fathers, its their wife, children, assets, cars…..dll. Tepuk hati sendiri, pasti sendiri tau apa yang kita sangat cinta sampai kita mengorbankan ketaatan kita kepada Allah…tak tepuk pun, pasti taukan..hehe 🙂

***

Setelah Allah menempelak manusia dengan sifat-sifatnya yang berakal tapi sangat contrast dengan kuda perang dalam hal ketaatan, kesetiaan dan sifat syukur, Allah membawa kita kepada pemandangan Hari Kebangkitan, “Maka tidakkah dia mengetahui apabila apa yang di dalam kubur dikeluarkan, dan apa yang tersimpan di dalam dada dilahirkan? Sungguh Tuhan mereka pada hari itu Maha Teliti terhadap keadaan mereka”

Disney-Princesses4

Kita akan dibangkitkan dari kubur dengan membawa pameran rupa amalan kita. Jadi, kalau rasa nak keluar dari kubur dengan rupa Hantu ala Princess dalam Disnep World/Misz World beramallah bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan dekat dunia. Kalau rasa nak keluar dengan rupa Hantu pontianak dalam cerita seram yang kita duk sibuk-sibuk nyorok belakang bantal masa zaman muda-muda tu, buatlah sesuka hati kita ;| …tapi as usual bila keluar kubur, tengok orang jadi Hantu lawa sure kite nyesalkan cam dalam surah Al-Fajr 89:24,”Dia berkata, “Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan kebajikan untuk hidupku ini”

Innershine…itulah yang akan dipamerkan Allah sewaktu membongkar dada kita andai kita beramal..tergolong dari golongan kanan. Tapi, andai saja kita tidak beramal, innershine, innerbeauty…adalah mimpi-mimpi kita seperti kita yang muka penuh jerawat di dunia kempunan nak pakai produk kecantikan innershine tu seumur hidup kita tapi tak dapat.”Sungguh beruntung orang yang menyucikan diri dengan beriman dan mengingat Tuhannya, lalu dia salat. Sedangkan kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan dunia, padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal” (Al-A’la 87: 14-17)

Sungguh Tuhan mereka pada hari itu Maha Teliti terhadap keadaan mereka. Jadi, jangan berani bermain-main dengan Allah. Dia memang Tuhan Yang Maha Rahman, penuh cinta terhadap hambaNya di dunia tapi bila di akhirat, tatkala Al-Muntaqim yang memainkan peranan..tatkala dengan penuh keadilan dia memberi kita balasan…”Pada hari itu banyak wajah yang tertunduk hina kerana bekerja keras lagi kepayahan Mereka memasuki api yang sangat panas” Al-Ghasyiyyah 88: 2-3. Na’udzubillahi min dzalik.

Maka kawan-kawan, marilah kita sama-sama meneruskan jiddiyah Ramadhan kita dengan berusaha menjadi setaat kuda perang hingga tatkala Allah menemukan kita dengan Ramadhan yang akan datang, kita memang benar-benar lebih taqwanya dari Ramadhan tahun ini. Amin.

Read Full Post »

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh…

because love we have an apple for a day

Sudah hampir 3 minggu abi tidak pulang ke rumah kerana berada dalam minggu-minggu peperiksaan. Maka, seperti biasa sayalah yang menghantar Fida’ pergi ke rumah Tok Chik sebelum dia ke sekolah. Satu pagi, seperti tak biasa dia bertanya kepada saya, “Ummi hantar kakak pegi sekolah ke? Pakai kereta merah? Tak pakai kereta hitam?”

“A ahlah pakai kereta merah. Mana ada kereta hitam. Abi kan dekat sekolah-office lagi, belum balik…”

***

Beberapa hari kemudian, sewaktu malam-saya dan Fida’ duduk bersama-sama bersandar pada dinding bilik. Fida’ bercakap, “Ummi, ummi, harini dekat sekolahkan seediih”

Dengan rasa agak pelik saya bertanya,”Kenapa harini dekat sekolah sedih? Apa jadi?”

“Harini kat sekolah ada banyak abi. Ada 5-6orang, diorang datang ambik kawan-kawan kakak balik sekolah. Kakak takdepun abi”

missing uSaya jadi terdiam. Tak tau macam mana nak explain. Rupanya, Fida’ sedang merindui abi yang sangat.

“Cemana kalau kite telefon abi?”

Dia geleng.

“Cemana kalau kite telefon abi yang ada gambar (video call)?”

Mengangguk.

….Tak dapat. Mb 3G kat tempat abi berada pada waktu tu tak berapa baik.Lepas beberapa ketika, abi video-call balik. Called pass through.Muka cembeng berubah senyum. Subhanallah.

Dia cuma sengih-senyum sambil mengalirkan air mata, tapi tak nak bercakap sepatah pun. Cuma nak tengok muka abi!

***

Semasa saya mendengar Fida’ meluah perasaan, saya jadi sayu, tapi dalam masa yang sama kagum. Sayu sebab anak saya dari kecil, sudah ditarbiyah Allah dengan moment-moment kecil untuk menjadikannya orang yang pandai memanage emosi. Tapi, alhamdulillahkan Kakak, meski abi jarang-jarang bersama kita, dia masih bersama kita. Ada orang yang Allah menarik nikmat keberadaan abi dia jauh waktu dia belum dilahirkan. In fact, Rasulullah saw sebagai seorang yang dicintai Allah melebihi semua manusia-diuji Allah dari sangat kecil, membesar tanpa abi dia, ummi dia di sisi. Semua ujian-ujian dalam kehidupan kita, apapun bentuknya merupakan cara Allah menunjukkan sifat Ar-Rahmannya tanpa kita yang menyedarinya.

***

Hayya bil Quran

Fida’ Afieqah, memahami sifat Ar-Rahman/Ar-Rahim Allah merupakan salah satu aqidah Islam yang sangat penting. Kerana dengan memahami sifat Ar-Rahman/Ar-Rahim Allah inilah kita akan selalu optimis terhadap Allah. Sehingga apapun bentuk ujian yang Allah timpakan kepada kita dalam  menjalani kehidupan, kita memahaminya sebagai sebahagian dari cinta Allah, simply kerana kita yakin atas sifat Ar-Rahman/Ar-RahimNya, Allah tidak mungkin mengkehendaki keburukan ke atas mana-mana hambaNya. “Allah berbuat demikian untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Dan Allah Maha Mengetahui isi hati”(Ali Imran 3:154).

***

Kakak Fida’, mari kita telusuri satu kisah dari Kisah-kisah dalam Al-Quran yang membuktikan ujian yang kita lalui di dunia merupakan sebahagian dari sifat Ar-Rahman/Ar-Rahim Allah bilamana kita memahaminya sebagaimana pemahaman aqidah Rasul-rasul a.s dan para salafussoleh.

3470191215_eba88205ba

Kisah Habbab An-Najjar

Dalam Surah Yaasin 36:13- 27, Allah merakamkan kisah Habbab bin An-Najjar yang mempertahankan keimanannya dan tetap berdakwah dengan berani sewaktu semua orang di kampungnya enggan beriman, malah mengancam beliau dan utusan-utusan ALlah kerana beriman kepada utusan-utusan Allah.

Dan buatlah satu perumpamaan bagi mereka, iaitu penduduk suatu negeri, ketika utusan-utusan datang kepada mereka: yaitu ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan utusan yang ketiga, maka ketiga (utusan itu) berkata, “Sungguh, kami adalah orang-orang yang diutus kepadamu”.

Mereka penduduk negeri menjawab“Kamu ini hanyalah manusia seperti kami, dan Allah Yang Maha Pengasih tidak menurunkan sesuatu apa pun; kamu hanyalah pendusta belaka”

Mereka berkata,”Tuhan kami mengetahui sesungguhnya kami adalah utusan-utusanNya kepada kamu. Dan kewajiban kami hanyalah menyampaikan perintah Allah dengan jelas.”

Mereka menjawab,”Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu. Sungguh, jika kamu tidak berhanti menyeru kami, nescaya kami rejam kamu dan kamu pasti merasakan siksaan yang pedih dari kami”

Mereka utusan-utusan itu berkata, “Kemalangan kamu itu adalah kerana kamu sendiri. Apakah kerana kamu diberi peringatan? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas”

Dan datanglah dari hujung kota, seorang lelaki (Habbab An-Najar) dengan bergegas dia berkata,”Wahai kaumku. Ikutilah utusan-utusan itu. Ikutilah orang yang tidak meminta imbalan kepadamu, dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. Dan tidak ada alasan bagiku untuk tidak menyembah Allah yang telah menciptakanku dan hanya kepadaNyalah kamu akan dikembalikan. Mengapa aku akan menyembah tuha-tuhan selainNya? Jika Allah yang Maha Pengasih mengkehendaki bencana terhadapku, pasti pertolongan mereka tidak berguna sama sekali bagi diriku dan mereka juga tidak dapat menyelamatkanku. Ssesungguhnya jika aku berbuat begitu, pasti aku berada dalam kesesatan yang nyata. Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhanmu, maka dengarkanlah pengakuan keimananku”

Dikatakan kepadanya, “Masuklah ke dalam syurga” (Setelah beliau mati dibunuh kaumnya kerana mengajak kaumnya kepada iman)

Lelaki itu berkata, “Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang telah dimuliakan”

Yaasin 36: 13-27

Jadi dari kisah Habbab bin An-Najjar kita dapat menyimpulkan pemahaman yang benar tentang bencana  yang menimpa kita – berpandukan ayat Habbab yang telah diberi ganjaran syurga- apa pun bentuk bencana, merupakan salah satu bentuk Allah dalam menunjukkan sifat Ar-Rahman/Ar-RahimNya kepada kita.

(Untuk lebih yakin, sila semak teks bahasa Arab 36:13-27 pada ayat Jika Allah yang Maha Pengasih mengkehendaki bencana terhadapku)

***

400322330_ef63486f16_o

Seseorang akan bertanya, tapi bukankah dalam 99 nama Allah, ada sifat Al-Muntaqim yang bermaksud Maha Memberi Balasan/Ancaman. Al-Muntaqim disebut 3kali dalam Al-Quran, iaitu pada 32:22, 43:41 dan 44:16.

Dari ketiga-tiga ayat yang mempamerkan perkataan Al-Muntaqim, kita mendapati ia tidak disebut dalam bentuk mufrad (singular), tapi selalu dalam bentuk jamak (plural). Ini kerana dalam memberi balasan Allah tidak melakukannya sendiri, tetapi dengan menggunakan bala tenteranya seperti malaikat, burung-burung (dalam kisah Al-Fil dan Abrahah), nyamuk (dalam kisah Namrud) dll makhluk/tenteraNya.

Contohnya, mari kita lihat As-Sajadah 32:20-22

Sajadah

Dari ayat ini kita dapati, Al-Muntaqim adalah balasan di akhirat dan bukan di dunia.Maka, ulama’ sepakat mengatakan Al-Muntaqim tidak berlaku di dunia tapi hanya di akhirat.

Dari Ibrahim 14:7,

Ibrahim

Allah menggunakan ‘la’ ketika menceritakan ‘la azidaannakum’ yang dalam kaedah Bahasa Arabnya mengatakan akan pasti- sebagai suatu janji-pasti ditambah nikmat apabila kamu bersyukur. Tapi dalam mengatakan tentang azab, Allah tidak menggunakan ‘la’, tetapi menggunakan ‘inna’ yang membawa maksud sesungguhnya atau sekadar suatu amaran yang Dia mampu melakukannya.

Maka dari lughah (bahasa/penggunaan perkataan), ulama’ menyimpulkan sifat Al-Muntaqim Allah hanyalah amaran dan bukan yang sesungguhnya sepertimana parents kita selalu memberi amaran ,”Jangan jerit-jerit, abi pukul nanti”(jangan mere abi :P)-bukan bermaksud nak sangat pukul, tapi sekadar amaran.

Maka seperti kata orang-orang bijak, “Sungguh rahmat Allah melebihi murkanya”. Dan bercontoh dari sifat Allah ini, tatkala kita ditimpa kesusahan akibat dari angkara seseorang, memaafkan adalah suatu yang lebih baik. Dan memaafkan bukan merupakan suatu bentuk keaiban kerana mana mungkin, meniru Allah dalam implementasi Al-MuntaqimNya merupakan suatu keaiban

***

Memahami bencana sebagai bentuk kasih sayang Allah menjadikan seorang mukmin lebih optimis terhadap Allah, baik dalam suasana simple seperti abi jarang-jarang bersama kakak, ummi balik lambat dari ofis hingga ke suasana besar seperti sakit kulit, sakit H1N1, kecurian, kematian orang tersayang, bencana alam dan sebagainya.

2549212335_3e34be7b33_o

Semoga dengan memahami sifat Ar-Rahman/Ar-Rahim Allah, untuk setiap ujian/bencana yang menimpa anak-anak ummi, kita akan lebih sabar kerana memahami ia minarrahman (dari cinta Allah) dan menjadi orang-orang yang lebih baik menahan diri dari marah (kerana memahami ia kerana cinta) dan lebih banyak memaafkan. Amin.

Ya Allah jika sekiranya ia telah menjadi qada’ dan qadarmu yang aku tidak mempunyai pilihan atasnya, maka jadikanlah aku redha dengannya. Jika sekiranya ia adalah ujian untuk menguji keimananku, jadikanlah hambamu ini sabar menerimanya. Jika sekiranya ia menjadi balasan bagi kederhakaanku padamu, jadikanlah ia penghapus segala salah dan dosaku. Dan jika ia menjadi salah satu tanda kasih sayangmu padaku, maka bantulah hambamu ini merasai pemberian kenikmatanku.Amin.

Apa yang baik dari Allah, dan yang buruk adalah dari kelemahan diri ummi sendiri sedang hakikatnya kedua-duanya dari Allah. Inilah – adab mukmin dalam memahami sifat Ar-Rahman/Ar-Rahim Allah kerana memahami-Kerana Cinta-Allah tidak mungkin memberikan kita keburukan apapun bentuknya.

Wallahua’lam bissowab.

Read Full Post »

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…

sambest

Minggu lepas amanah Allah mentakdirkan diri saya kembali ke sekolah tercinta S.A.M Bestari JAIS, Subang Jaya. Subhanallah..memasuki sekolah setelah berlalunya ~7-8 tahun, sungguh mengusik perasaan.Memori terutama berkenaan cikgu dan kawan-kawan menjenguk hadir dan membawa keharuan yang sungguh mendalam…jiwa-jiwa gitu…hohoho

***

Kami tak memulai sekolah seperti orang lain di Malaysia. Itulah secara ringkas yang boleh dikongsikan.

3242732270_954aa30e8c

Pada tahun 1998, SAMBEST belum semegah hari ini. Kami memulakan sekolah dengan keadaan letrik yang belum terpasang dan air yang belum sedia masuk ke bangunan sekolah. Malam gelap, kami hidup bersimbah dengan cahaya lilin atau torch light. Pagi, kami bangun pagi-pagi beratur mandi kat kantin kawasan sekolah.

Seorang sahabat pernah bertanya,”Mak ngko-ayah ngko tak kisah plak ek pegi sekolah yang takde facilities macam tu?”

Subhanallah wal hamdulillah walailahaillallah wallahu akbar, menanggap soalan itu saya jadi terkesima. Tak pernah dalam fikiran kami waktu tu untuk mengadu pada parents untuk pindah sekolah sekalipun kami dalam keadaan sedemikian. Yang ada adalah sebuah perasaan yang Allah berikan yang membuat kami berasa kami pelajar-pelajar yang hadir ke sekolah itu adalah pelajar-pelajar pilihan Allah.

Ustaz Ismail, PK HEM SAMBEST 1998-1999, selalu memujuk kami setiap kali Kuliah Subuh dan Maghribnya, “Antum percayalah Allahlah yang memilih keberadaan antum untuk terpilih menjadi sebahagian warga Sekolah Agama Menengah Bestari ini. Sekalipun kita berada dalam keadaan serba kekurangan-tanpa elektrik tanpa air-harungilah ini dengan sabar sebab Allah tau antum memang mampu melaluinya. Allah juga memilih antum – menjadikan antum orang-orang pilihanNya kerana terpilih melalui sesi pelajaran dengan penuh kesabaran”. Subhanallah, apa yang kami dapat fikir masa tu bahawa kami pelajar-pelajar pilihan Allah. Kami special, hingga tak pernah terfikir bagi saya untuk merungut-mengadu untuk dipindahkan sekolah.

sabar

***

SAMBEST adalah sekolah yang paling dekat dengan hati saya kerana bi’ahnya/environmentnya. Secara jujur saya tidak mengetahui keadaan sekolah tersebut pada hari ini, tapi setidaknya itulah sekolah tersebut bagi saya 10 tahun yang lalu.

Sebelum SAMBEST, saya memang ditakdirkan Allah belajar di sekolah agama JAIS. Dari form 1 sampai form 3. Tapi, berbeza dengan SAMBEST, SAM yang lain ini cuma mewajibkan pelajar solat jemaah pada waktu Asar, Maghrib dan Isya’ sedang SAMBEST mewajibkan solat jemaah untuk kelima-lima waktu solat. Malah, masbuq solat samapai imam kedua sampai je, nama terus dicatat pengawas sekolah.

Berbeza dengan semua sekolah yang pernah saya tahu, jadual waktu sekolah, prep petang dan malam (singkatan untuk preparation class atau study time untuk pelajar berasrama penuh), semua berubah mengikut jadual waktu solat. Kalau zohor awal, kami habis sekolah awal-kalau asar awal, automatik jadual waktu prep berubah habis awal. Tak pernah kami merasa hidup kami messy dengan jadual waktu yang berubah mengikut waktu solat yang berubah. Subhanallah dan Alhamdulillah atas nikmat Allah yang menjadikan kami merasa mudah untuk taat kepada waktu solat.

Pelajar-pelajarnya kebanyakannya dimudahkan Allah dengan amalan-amalan nafilah. Kami beramai-ramai puasa Isnin dan Khamis, setiap waktu yang bersamanya rawatib, hampir setiap dari kami melakukannya tanpa banyak songeh, setiap masa selepas habis solat di musolla, kami biasa dengan Al-Quran.Dan semua ini kami buat dengan rela hati tanpa denda ustaz atau kewajiban yang dikenakan pihak sekolah.

Allah, jadikan aku mudah untuk istiqamah dengan amalan nafilah seperti pada zaman-zaman sekolah di SAMBEST walaupun environmentnya telah berubah. Allah, jadikan aku tergolong dalam hambanya yang kuat menahan godaan dunia dalam mencari nilai diri hanya di hadapan-Mu. Amin.

zikrullah

Ustaz Ismail selalu memberi nasihat dalam kuliah subuh/maghribnya,”Ustaz tengok pelajar-pelajar puteri suka melatah.”Opps..mak..mak”-adalagi yang lebih kelakar,”Opocot..opocot”-Kenapa tidak semua latahan-latahan digantikan dengan zikrullah, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar, masyaAllah, astaghfirullahal ‘adzim dll lagi…Pelajar-pelajar puteri kesayangan ustaz, Allah memberi kita pahala atas setiap zikrullah kita. Dan pahala-pahala inilah yang bakal menjadi bekalan untuk kita masuk syurga, insyaAllah. Dalam perjalanan, naik ke tangga dari musolla ke bilik, zikrullah lah..dalam perjalanan ke sekolah, zikrullah lah. Tukarlah semua latahan-latahan tak bermakna kita menjadi latahan-latahan yang untuk setiap butirannya menghantarkan kita ke syurga. Antunna nak ke, kalau nanti dekat syurga, sahabat antunna dapat masuk syurga lebih tinggi dari antunna cuma kerana satu zikrullahmya lebih dari antunna?Jadi, rutinkanlah zikrullah dalam mencari redha ALlah untuk berjaya di dunia dan akhirat.”Masa tu, I always looking at what ustaz said, macam lagi satu marks je nak dapat 100%, satu marks je boleh menukarkan B ke A..kita mesti geram…

***

Setelah saya dewasa, saya kirakan nikmat sekolah di SAMBEST merupakan salah satu kurniaan Allah yang terbesar buat saya. Ia benar-benar implementasi atas ayat ALlah, “Dialah yang mengutus seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menyucikan jiwa mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah, meskipun sebelumnya mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata” (Al Jumuah 62:2). Cikgu-cikgu saya benar-benar meneruskan tugas-tugas kerasulan dengan membacakan ayat-ayat Al-Quran, membuatkan kami faham tentang AL-Quran dan membuat kami mengambil banyak hikmah dari Al-Quran padahal kami sebelum masuk ke SAMBEST bukanlah orang-orang yang sangat baik atau dalam kata lain, meskipun kami sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang terus menerus andai tidak diarahkan oleh guru-guru dengan ayat-ayat ALlah.Alhamdulillahi rabbil ‘alamin.

Student-student SAMBEST pada tahun 1998 bukanlah jemaah haji seperti yang digelarkan kepada kami oleh warga USJ, Subang Jaya pada tahun tersebut. Kami datang dari berbagai SAM dan diserapkan masuk ke SAMBEST kerana result peperiksaan PMR kami yang alhamdulillah menjadikan kami pilihan ALlah meski pada nilaian dunia pada waktu itu, taklah secanggih pelajar-pelajar MRSM atau SBP lainnya.

Disebabkan kami dimasukkan dari SAMTH Kg Jawa, SAMTEN Cheras, SAM Rawang, SAM Batu 40 dll ke dalam satu sekolah, kami berpuak-puak. Bergeng ikut sekolah. Guru-guru melihat masalah dalam ukhuwwah kami. Maka satu permainan jalinan kasih diadakan.

love_letter_by_ra3iatha

Semua pelajar dikehendaki meletakkan nama yang dituliskan pada satu kertas dalam satu balang. Balang pun diedarkan dan semua pelajar mesti mengambil satu nama yang mesti bukan nama diri sendiri.Nama yang kami ambil wajib dirahsiakan. Dalam masa satu bulan kami dikehendaki menulis surat kepada kawan kami secara rahsia. Surat dimasukkan ke dalam Kotak di Musollah berlabel surat masuk dan kami mengutip surat-surat kami dari kota berlabel surat keluar.Permainan ini menjadikan kami sangat semangat menulis surat cinta untuk sahabat. Saya ingat saudara saya yang pertama (Jalinan Kasih 1998) ialah Maya dan yang kedua (Jalinan Kasih 1999) ialah Mawarni. Saya ingat kami bertukar ais kerim, coklat, air tin dengan menumpangkan ais kerim di peti makcik dewan makan untuk kawan yang akan mengambilnya seusai dia membaca surat kami. Permainan ini bagi kami sungguh membahagiakan. Hingga usai permainan, kami masih sering mengirim kad good luck, happy birthday dan sebagainya seusai permainan. Malah kami melepak-lepak dibilik sahabat yang disaudarakan seusai permainan tamat hingga tamat sekolah.

Alhamdulillah berkat solat dan doa cikgu,permainan ini alhamdulillah merapatkan hubungan ukhuwwah kami. Memulihkan jurang-jurang ukhuwah yang lompong di antara kami.

***

teacherGuru-guru kami pada saya merupakan guru-guru gemilang, cemerlang dan terbilang kerana keikhlasan mereka. Tak pernah saya lebih semangat belajar dari tahun-tahun saya di SAMBEST. Saya kelas 5 Sains 2 tapi saya sanggup membuat kerja homework Cikgu yang mengajar 5 Sains 3 atau 5 Sains 1. Yang menarik, saya bukan saja buat, malah boleh meminta Cikgu 5 Sains 3 dan 5 Sains 1 tanda kerja sekolah saya dan cikgu akan tandakan meski saya bukan salah seorang dari pelajar beliau.

Waktu rehat SAMBEST penuh dengan pelajar-pelajar yang pergi ke musolla untuk solat dhuha atau pergi berjumpa cikgu di bilik guru. Tahun-tahun sebelum SAMBEST, bilik guru tak pernah se’friendlier environment’ dari SAMBEST. Saya mencintai guru-guru saya dengan sepenuh hati saya meski bukan tak pernah saya di denda jalan itik kerana lambat ke sekolah, di denda kuarantin dari latihan taekwando kerana tak pakai stokin waktu latihan dll.

Ustaz Ismail pernah ditanya,”Saya dengar denda merupakan suatu yang tak baik untuk perkembangan psikologi student-student sekolah. Contoh denda sebab masbuq solat Subuh..tapi kenapa ustaz mendenda sebagai satu approach dari pendidikan?”

Ustaz menjawab,”Saya percaya denda perlu kerana kita dalam fasa mendidik anak-anak yang sedang belajar untuk dewasa”.

Saya tak faham banyak pada masa tersebut, tapi denda-denda yang ustaz buat, untuk orang lambat Subuh dan sebgainya menjadikan saya orang yang lebih sensitif untuk bangun subuh awal, merasa bersalah bangun subuh lambat pada hari-hari saya selepas sekolah hinggalah hari ini. Setidaknya, inilah persaksian saya tentang mengapa mesti denda-denda itu diadakan meski dalam banyak keadaan ustaz bukan mendenda dengan denda-denda yang kami tak mampu menanggapinya.

***

Inilah setidaknya persaksian saya sendiri tentang SAMBEST 1998-1999. Saya ingin mengingatkan, yang membentuk hati-hati kita, yang memegang hati-hati kita adalah Allah. Harini, banyak sekolah agama ditubuhkan. Mereka mencari berbagai formula untuk mempamerkan mereka mempunyai syllyburs sekolah yang terbaik tanpa melihat aspek yang terpenting dari semua usaha pendidikan iaitu keberadaan Allah dalam sistem mereka sendiri. Para pelopor pendidikan, beristighfarlah dan kembalilah kepada Allah. Buatlah syllyburs yang terbaik tapi jangan lupa menerapkan yang terpenting dari semua yang terpenting i.e. memupuk student untuk menjaga rutin solat dan mengubah semua jadual kehidupan kita mengikut waktu solat kita. Dalam masa yang sama, guru-guru harus dipupuk untuk memberi dengan ikhlas dan sentiasa murah sifat kasih-sayang hingga selalu mendoakan para pelajarnya.

SOLAT

Saya bukan orang bijak dalam hal pendidikan, tapi saya yakin SAMBEST hari ini-kejayaannya tak luput dari aspek-aspek yang terpenting ini. Percayalah, kita mungkin mampu berbuat tapi tanpa pertolongan Allah, usaha kita takkan berhasil se mantop yang kita impikan.

Ya Allah, ihdinassiratal mustaqim, dan tetaplah pahala yang berpanjangan dari semua amal soleh kami atas semua guru-guru yang pernah mendidik kami dengan penuh keikhlasan. Amin

Read Full Post »

Older Posts »