Feeds:
Posts
Comments

Archive for September, 2009

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

eid_mubarak

Salam Eidul Fitri semua. Maaf zahir dan batin.

Taqabbalallahu minna wa minkum, taqabbalna Ya Kareem

Raya Syawal 1430H kami balik Johor dan Terengganu. Alhamdulillah.So, seperti biasa kalau balik Terengganu, aktiviti ziarah-menziarahi berlaku setiap hari. Tahun ni, alhamdulillah dapat bersilaturrahim dengan semua sanak-saudara yang biasa kami ziarah, termasuk causin-causin mama.

Entah cemana, boleh tertinggal rumah Mok (keterangan:emak saudara yang sulung, kakak kepada mama) kat Marang. Sebab Mok buat open house raya first day Syawal and we was at Johor 1st day Syawal. Hari raya seterusnya, mok pun takde kat rumah…dengan agenda silaturrahimnya bersama anak-anaknya.

***

Kat rumah Pok Abbas, waktu orang-orang dewasa meninggalkan anak-anak bermain sendiri kerana mereka menjamu juadah sambil bersembang-sembang ‘tanya khabar’, Fida’, Syarmine dan Haikal main kuda-kuda setelah seperti biasa refused untuk makan.

Dari kiri: Faatih, Syarmine, Haikal,Fida' - Syawal 1430H

“Naik atas Abang Haikal Fida’!,”Panggil Haikal sambil membongkok badan dengan gaya merangkak.

Fida’ gelak, “Cemana?”

“Alah, Fida’ naik, pastu pegang telinga Abang Haikal. Tarik telinga dia kuat-kuat. Putus pun takpe,”gesa Syarmine gelak-gelak menyuruh Fida’ mendajjal adiknya sendiri.

“Alah, tak putus pun. Tarik je…takkan sakit,”gesa Haikal yang sememangnya terkenal lasak dari kecil.

Fida’ naik belakang Haikal dengan bantuan Syarmine. Syarmine letak Fida’ atas badan Haikal sambil dia ikut berlari dari belakang mengikut rentak rangkak Haikal.Baru je Fida’ dan Syarmine stable, Haikal dengan nakal melajukan gerakan rangkak.

“Kuda dah laju. Kuda dah laju,” dia gelak meninggalkan Syarmine mendukung Fida’ tanpa support badannya.

“Haha..dah jatuh kuda!,”Dia menggelakkan kedua anak perempuan lincah yang tertinggal kat belakang.

“Adik ni!!!,”Syarmine jeritkan adiknya.

Mereka gelak beramai-ramai.

“Ok kakak pulak naik.Cepat adik!” gesa Syarmine yang berumur 12 tahun kepada Haikal yang berumur 7 tahun.

Dalam hati saya berkata, “kalau badan adiknya besar takpe.” Tapi, saya biarkan je sebab tau Haikal tu memang lasak. Kalau dia ok, takkan kita tak ok.

“Haa cepat kak!” gesa adiknya.

Dia naik, memberatkan badan sambil tergelak-gelak.Sengaja rasanya, membalas sikap adiknya yang membiarkan dia dan Fida’ terkontang-kanting waktu ‘kuda’ laju.

Baru berapa saat, Haikal dah jerit, “Kakak berat. Tak nak.Tak nak. Turun.”Kuda lumpuh beraksi.

Mereka bertiga gelak-gelak.

Kelakar betul budak-budak ni main kuda…..

***

wild-horses-01-615

Fida’ Afieqah tau tak…dalam Al-Quran, Allah pun ada bercerita tentang kuda. Hingga Allah menobatkan kuda menjadi salah satu nama surah- sebagai suatu tema dari surah-surah Al-Quran.

So, amacam? Kakak Fida’ yang pandai tau tak, surah apa yang bertemakan tema kuda? 5 minit dari sekarang, cuba teka…sapa kalah, dia kena tasmi’ hafazan surah kuda ni.

Cepat-cepat…pegang Al-Quran…semak-semak, mana surah yang cerita tentang kuda!

Occay!On your mark, wahid, isnain, tsalatsah.Go!!!! 😀

…1 minit

…2 minit

…………….5 minit…

……………..Teeettt! Masa tamat!!!! Sape kene tasmi’? Cepat-cepat!Hee~ ;D

***

Surah yang bertemakan kuda adalah Surah Al-‘Aadiyaat, iaitu Surah ke-100 dari 114 surah dalam Al-Quran. Dan Al-‘Aadiyaat specific menceritakan sifat kuda perang

Al-'Aadiyaat

Kuda perang ni belari kencang, lebih kencang dari ‘Kuda Abang Haikal’. Keseriusan kuda perang berlari hingga dadanya berombak-rombak dan dia pun terengah-engah. Kencangnya hingga, terlihat percikan bunga api tatkala tanah bergeser dengan kuku kakinya dan terbangan debu pasir yang berkepul-kepul sekalipun waktu masih Subuh, gelap. Dan kuda ini kata Allah, ia menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh, sangat taat kepada perintah tuannya meski tindakannya itu pasti saja membahayakan nyawanya sendiri.

Kalau anda pernah membaca novel-novel Perang sebelum inovasi enjin, anda akan dapati banyak penulis mengungkapkan kesetiaan kuda perang terhadap perintah tuannya.

Dalam salah satu novel yang pernah saya baca, si penunggang kuda tengah melarikan diri dari kawanan musuhnya. Kerana panic, dan malam gelap hitam pekat dalam hutan, si penunggang tidak nampak di depannya dia membawa dirinya dan kuda ke arah gaung dalam. Asalnya, si kuda refused untuk terjun tapi kerana di insist oleh tuannya, si kuda terjun ke gaung. Tapi sebelum terjun ke gaung dia mencampakkan tuannya ke bahagian tepian hutan. Itulah kesetiaan kuda perang, sanggup mengorbankan diri demi perintah tuannya.

Dalam national geographic site, diceritakan tentang Tuan Kuda yang kepenatan dan tidak lagi dapat berfikir jalan untuk pulang ke kem tenteranya. Dia pun lalu tidur di atas kuda dan berserah diri untuk tidak menguide dirinya dan kudanya untuk berjalan pulang. Esoknya, dia mendapati dirinya telah sampai ke kem tenteranya, di bawa pulang oleh sang kuda. Hal ini pernah juga saya baca dalam salah satu novel perang sebelum inovasi enjin.

Jadi, melihat hal ini..bukanlah suatu yang menghairankan, bilamana Allah Yang Maha Mengetahui bersumpah dengan kuda perang-ketangkasannya, kesungguhannya dan kesetiaannya dalam hal sang haiwan dan ketaatannya yang tidak berbelah bagi kepada tuannya. Ialah haiwan yang tidak menghargai nilai nyawanya sendiri bilamana berdepan dengan perintah, kesetiaan dan keperluan tuannya.

israMi3raj1

Kerana itu tak ayal bilamana dalam Tafseer Fi Zhilalil Quran, Sy Qutb menulis – inilah sikap orang Mukmin seharusnya apabila berdepan dengan hal-hal yang terkait dengan jati dirinya dengan urusan Islam yang mana merupakan urusan ukhrawinya. Kerana cita-cita kita adalah untuk hidup mulia dengan cara para nabi, dan para salafussoleh atau mati syahid sepertimana Nabi Yahya as, Nabi Zakaria as dan para sahabat Rasul saw.

Melihat hal ini, nak tak nak sepertimana yang digesa beliau dalam Ma’alim Fi At-Thariqnya, setiap mukmin harus menyertakan niat jihad dalam setiap hari kehidupannya. Baik, jihad itu berupa jihad dengan mengistiqamahkan diri dengan mutabaah amal untuk membuang karat-karat jahiliyah dalam diri menuju individu yang saalimul aqidah, menyampaikan ilmu, membimbing manusia ke jalan Allah atau berjihad Fi Sabilillah seperti saudara-saudara SeIslam kita di Palestin, Kashmir, Iraq, Afghanistan dll. Kerana kita percaya jihad ini akan tetap harus berlangsung hingga Iqamatud-deen iaitu Islam tegak di atas bumi ini.

***

Setelah Allah menceritakan tentang kuda perang, mempamerkan watak-watak ideal sang kuda, Allah kemudian memaparkan/menemplak sikap manusia yang berakal, lebih bijak dari sang kuda, di kurniai nilai-nilah khalifah, yet, bersikap dengan sikap jauh lebih rendah dalam hal ketaatan dan kesetiaan kepada Allah berbanding sang kuda terhadap tuannya.

ar12514923307294Dalam ayat 6-8 Surah Al-‘Aadiyat, Allah berfirman, “Sesungguhnya manusia itu sangat engkar, tidak bersyukur kepada Tuhannya.Dan sesungguhnya dia manusia menyaksikan (mengakui) ke-engkarannya, dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan”

Jadi, dari sini Allah memaparkan sikap manusia dalam hal ketaatan yang sangat contrast dengan kuda perang dan ketaatannya terhadap tuannya. Tambahan pula, kerana kelebihan akal yang diberikan kepadanya, manusia bukannya tak tahu dia sedang engkar dengan Tuhannya tapi dia tetap engkar lantaran sikapnya yang tidak mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhannya. Ini sangat ironi kan kawan-kawan. Ironi dan sangat menyedihkan. Kerana, kita tidak taat bukan lantaran kita tidak diberi ilmu tentang hal tersebut. Tapi kita tidak taat setelah ilmu itu sampai kepada kita dan yang lebih ironi, kita pun menyaksikan kita memang engkar. Sah-sah saja ini membuktikan sifat kita yang justeru sangat tidak bersyukur. Huu~

Kerana apa manusia ini sampai tidak bersyukur ye? Kata Allah, manusia tidak bersyukur kerana dia sangat cinta terhadap harta dengan kecintaan yang sangat berlebihan. Apabila kita memperhatikan ayat 8 surah Al-‘Aadiyaat ini dari teks Al-Quran yang asli, kita mendapati Allah menyinggung yang di-translate ahli tafsir sebagai harta ini dengan perkataan lihubbil khairi, bukan dengan perkataan tuhibbunal mal seperti dalm surah Al-Fajr. Jadi, yang disinggung sebagai harta ini sebenarnya merujuk kepada apa-apa saja kebaikan bagi diri kita yang sangat-sangat dicintai untuk diri kita. To girls, mb shopping, novel, drama korea, sinetron indon, movie hindustan…. To boyz, mb the electronic gadgets yang kadang-kadang suka untuk memiliki tapi alah membeli, tidak memakai, koleksi anime, manga, games….To student, its time with their books…To mothers, its their children and family…To fathers, its their wife, children, assets, cars…..dll. Tepuk hati sendiri, pasti sendiri tau apa yang kita sangat cinta sampai kita mengorbankan ketaatan kita kepada Allah…tak tepuk pun, pasti taukan..hehe 🙂

***

Setelah Allah menempelak manusia dengan sifat-sifatnya yang berakal tapi sangat contrast dengan kuda perang dalam hal ketaatan, kesetiaan dan sifat syukur, Allah membawa kita kepada pemandangan Hari Kebangkitan, “Maka tidakkah dia mengetahui apabila apa yang di dalam kubur dikeluarkan, dan apa yang tersimpan di dalam dada dilahirkan? Sungguh Tuhan mereka pada hari itu Maha Teliti terhadap keadaan mereka”

Disney-Princesses4

Kita akan dibangkitkan dari kubur dengan membawa pameran rupa amalan kita. Jadi, kalau rasa nak keluar dari kubur dengan rupa Hantu ala Princess dalam Disnep World/Misz World beramallah bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan dekat dunia. Kalau rasa nak keluar dengan rupa Hantu pontianak dalam cerita seram yang kita duk sibuk-sibuk nyorok belakang bantal masa zaman muda-muda tu, buatlah sesuka hati kita ;| …tapi as usual bila keluar kubur, tengok orang jadi Hantu lawa sure kite nyesalkan cam dalam surah Al-Fajr 89:24,”Dia berkata, “Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan kebajikan untuk hidupku ini”

Innershine…itulah yang akan dipamerkan Allah sewaktu membongkar dada kita andai kita beramal..tergolong dari golongan kanan. Tapi, andai saja kita tidak beramal, innershine, innerbeauty…adalah mimpi-mimpi kita seperti kita yang muka penuh jerawat di dunia kempunan nak pakai produk kecantikan innershine tu seumur hidup kita tapi tak dapat.”Sungguh beruntung orang yang menyucikan diri dengan beriman dan mengingat Tuhannya, lalu dia salat. Sedangkan kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan dunia, padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal” (Al-A’la 87: 14-17)

Sungguh Tuhan mereka pada hari itu Maha Teliti terhadap keadaan mereka. Jadi, jangan berani bermain-main dengan Allah. Dia memang Tuhan Yang Maha Rahman, penuh cinta terhadap hambaNya di dunia tapi bila di akhirat, tatkala Al-Muntaqim yang memainkan peranan..tatkala dengan penuh keadilan dia memberi kita balasan…”Pada hari itu banyak wajah yang tertunduk hina kerana bekerja keras lagi kepayahan Mereka memasuki api yang sangat panas” Al-Ghasyiyyah 88: 2-3. Na’udzubillahi min dzalik.

Maka kawan-kawan, marilah kita sama-sama meneruskan jiddiyah Ramadhan kita dengan berusaha menjadi setaat kuda perang hingga tatkala Allah menemukan kita dengan Ramadhan yang akan datang, kita memang benar-benar lebih taqwanya dari Ramadhan tahun ini. Amin.

Read Full Post »