Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2008

Puasa 2 in 1

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullah kawan-kawan 🙂

Masa awal-awal syawal haritu, semua orang berlumba-lumba untuk puasa enam. Biasalah tu kan….sebab nak mengutip pahala puasa ‘seolah berpuasa setahun’ berdasarkan sabda Rasulullah saw’ ” Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dan diikuti 6 hari pada bulan Syawal, maka seolah dia berpuasa selama setahun lamanya”Jadi, subhanallah…alangkah beruntung mereka yg berjaya mentop-up 6 hari di bulan Syawal.

Minggu pertama lepas cuti raya, saya menerima email bertajuk “Tiada 2 dalam 1” which writes dalam puasa sunat, kita tak boleh sekalikan dengan mengganti puasa wajib. Dari artkel tersebut, tiada dalil yang menyokong statement “Tiada 2 dalam 1” tersebut kecuali analogi. Jadi, dari terus menerima saya mambuat research. Kenapa saya tak terus menerima?

  1. Kerana prinsip saya sebagai Muslim adalah : Ikutan kita adalah Rasulullah s.a.w dan bukan mana-mana mufti/ustazah sekalipun. Jadi, kalau mufti/ustaz/ustazah menyertakan dalil dari Al-Quran atau hadis Rasulullah saw yg kita cintai maka thumbs-up for them, my heart will follow them eventually-insyaAllah
  2. Kerana prinsip saya sebagai Muslim adalah: Saya mesti menjadi MUslim berilmu dalam setiap amal dan tidak boleh ikut-ikutan kerana ikut-ikutanlah yg menyebabkan nenek moyang kita terjerumus menyembah berhala tanpa mencari Tuhan yg selayaknya disembah. Atau, kerana ikut-ikutanlah ramai Muslim tak memegang tali Islam dengan teguh dan tak berbangga menjadi Muslim

Ya Allah, ihdinasshiratal mustaqiim… tunjukkanlah kami jalan yang lurus pada setiap langkah perjalanan hidup kami…

Sahabat-sahabat handai yang dirahmati Allah, pasti semua tertunggu-tunggu hasil researchnyakan?

Especially a person likes me, who has deliver babies in end of Sya’ban dan berada dalam nifas selama 30hari di bulan Ramadhan. Tiada orang kecuali yang pernah merasa nifas 30 hari yang akan lebih nak menangis dengan isi artikel 2 dalam 1 yang mengatakan tidak boleh berpuasa sunat 6 syawal selagi tak habis mengganti puasa wajib…dan tidak boleh puasa sunat bersama-sama puasa wajib alias tiada 2 dalam 1.

Sahabat, saya adalah orang yang sangat percaya akan sifat rahman dan rahim Allah sehingga saya percaya Allah Tuhan yg paling memahami kondisi per-hamba yg diciptakanNya takkan pernah membuat kita merasa sangat berat untuk menjadi hamba yang taat. Kenapa? Kerana Allah sendiri berjanji dalam surah Al-baqarah..layukallifullah illa wus’aha..Tidak kami beri kamu beban lebih dr kemampuan yang kamu miliki…dan Alhamdulillah disinilah cantiknya Islam apabila masalah puasa sunat boleh disekalikan dengan puasa ganti wajib masih menjadi masalah khilaf ulama’.

Dalil yang dipegang ulama’ yang mengatakan:

  1. Boleh berpuasa sunat sekalipun belum habis mengganti puasa wajib adalah; isteri-isteri Rasulullah berpuasa 6 dibulan Syawal dan kemudian mengganti puasa wajib yang tertinggal pada bulan Rejab dan Sya’ban
  2. Boleh berpuasa ganti wajib dan disekalikan dengan puasa sunat adalah berdasarkan qiyas praktis haji tamattu’ yang mensekalikan umrah dan haji. Since Rasulullah saw membolehkan umrah disekalikan dengan haji semasa haji tamattu’ (tapi kene bayar dam) maka ulama’ menqiyaskan hukum tersebut dengan mengatakan boleh mengganti puasa wajib bersama-sama puasa sunat.

Begitulah hasil research yang telah dikongsikan. Semoga kita sentiasa tergolong dari orang-orang yang dimudahkan dalam menempuh jalan menuju keredhaan Allah.Amin.

Untuk akhirnya, terimalah lagu anak-anak saya untuk menceriakan hari sahabat2

Ola-oli kuberi nama saudara saudari … Cikebung-cikebung

Siang-siang hari malam-malam minggu … solat-solat

Putih-putih melati … ali baba

Merah-merah jelita … miaw2

Siapa yang baik hati … Rasulullah  🙂 

Read Full Post »

List of Balik Kampung

Esok insyaAllah kami sekeluarga nak balik ke Terengganu for a week. Kat sini ummi nak buat list as permanent balik kampung list..sebab dah byk kali ummu faatih n fida’ kene buat list yg sama setiap kali balik kampung…so, ummi ingat untuk buat ummi tak buat keje byk2 kali lagi ummi nak buat listla…pastu simpan je dlm blog. senang. bila2 perlu edit dr sini jadi takdelah buat keje 2-3 kali, insyaAllah 🙂

Untuk future references; Excel file yg Ummi buat ni disimpan di D:\Documents\Balik Kampung List 🙂

Read Full Post »

Assalamu ‘alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh kawan-kawan 🙂

Hi kawan2 🙂 . Kalau nak taula kan (kalau xnak tau pun nak bg tau…hehe 🙂 ), it’s been due too long in my head to  share all my thinking into something which i can share but to put everything properly in words sangatla takes time n membuatkan everything not works as per in my head…jadi last2 tak buat…or dengan kata lain tak berkongsi lah kan…

Pastu as i think through kan, i think i better just write up. Anything which literaturely not sound, ku mintak ampun dr literature people. Everything which shows rojak-rojak languange, sorry kepada org2 yg passionate of languange sbb to have me perfect in languange mcm xkan dpt publish anything sampai tua sedangkan zakat bg setiap ilmu bak kata along harus ditunaikan kerana utk setiap ilmu yg Allah kurniakan, kita akan ditagih pd hari akhirat “Mengapa anda tidak menyampaikan?”. Allah juga mengingatkan kita dlm Al-Quran sumber segala galian yg lagi mahal dr minyak (kene tulis minyak sebab tiap2 hari kerja cari minyak kan…nak jugak…ambikk..) n emas or diamond, dalam surah Al-Imran ayat 79 “Jadilah kamu golongan Rabbani kerana kamu mengajarkan kitab dan mempelajarinya”

Thus to all friends, bear with me and do correct me if I publish wrong things. I’m apologize for all my shortcomings. Twinkle-twinkle reading & twinkle-twinkle sharing 🙂

Read Full Post »