Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2009

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh…

because love we have an apple for a day

Sudah hampir 3 minggu abi tidak pulang ke rumah kerana berada dalam minggu-minggu peperiksaan. Maka, seperti biasa sayalah yang menghantar Fida’ pergi ke rumah Tok Chik sebelum dia ke sekolah. Satu pagi, seperti tak biasa dia bertanya kepada saya, “Ummi hantar kakak pegi sekolah ke? Pakai kereta merah? Tak pakai kereta hitam?”

“A ahlah pakai kereta merah. Mana ada kereta hitam. Abi kan dekat sekolah-office lagi, belum balik…”

***

Beberapa hari kemudian, sewaktu malam-saya dan Fida’ duduk bersama-sama bersandar pada dinding bilik. Fida’ bercakap, “Ummi, ummi, harini dekat sekolahkan seediih”

Dengan rasa agak pelik saya bertanya,”Kenapa harini dekat sekolah sedih? Apa jadi?”

“Harini kat sekolah ada banyak abi. Ada 5-6orang, diorang datang ambik kawan-kawan kakak balik sekolah. Kakak takdepun abi”

missing uSaya jadi terdiam. Tak tau macam mana nak explain. Rupanya, Fida’ sedang merindui abi yang sangat.

“Cemana kalau kite telefon abi?”

Dia geleng.

“Cemana kalau kite telefon abi yang ada gambar (video call)?”

Mengangguk.

….Tak dapat. Mb 3G kat tempat abi berada pada waktu tu tak berapa baik.Lepas beberapa ketika, abi video-call balik. Called pass through.Muka cembeng berubah senyum. Subhanallah.

Dia cuma sengih-senyum sambil mengalirkan air mata, tapi tak nak bercakap sepatah pun. Cuma nak tengok muka abi!

***

Semasa saya mendengar Fida’ meluah perasaan, saya jadi sayu, tapi dalam masa yang sama kagum. Sayu sebab anak saya dari kecil, sudah ditarbiyah Allah dengan moment-moment kecil untuk menjadikannya orang yang pandai memanage emosi. Tapi, alhamdulillahkan Kakak, meski abi jarang-jarang bersama kita, dia masih bersama kita. Ada orang yang Allah menarik nikmat keberadaan abi dia jauh waktu dia belum dilahirkan. In fact, Rasulullah saw sebagai seorang yang dicintai Allah melebihi semua manusia-diuji Allah dari sangat kecil, membesar tanpa abi dia, ummi dia di sisi. Semua ujian-ujian dalam kehidupan kita, apapun bentuknya merupakan cara Allah menunjukkan sifat Ar-Rahmannya tanpa kita yang menyedarinya.

***

Hayya bil Quran

Fida’ Afieqah, memahami sifat Ar-Rahman/Ar-Rahim Allah merupakan salah satu aqidah Islam yang sangat penting. Kerana dengan memahami sifat Ar-Rahman/Ar-Rahim Allah inilah kita akan selalu optimis terhadap Allah. Sehingga apapun bentuk ujian yang Allah timpakan kepada kita dalam¬† menjalani kehidupan, kita memahaminya sebagai sebahagian dari cinta Allah, simply kerana kita yakin atas sifat Ar-Rahman/Ar-RahimNya, Allah tidak mungkin mengkehendaki keburukan ke atas mana-mana hambaNya. “Allah berbuat demikian untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Dan Allah Maha Mengetahui isi hati”(Ali Imran 3:154).

***

Kakak Fida’, mari kita telusuri satu kisah dari Kisah-kisah dalam Al-Quran yang membuktikan ujian yang kita lalui di dunia merupakan sebahagian dari sifat Ar-Rahman/Ar-Rahim Allah bilamana kita memahaminya sebagaimana pemahaman aqidah Rasul-rasul a.s dan para salafussoleh.

3470191215_eba88205ba

Kisah Habbab An-Najjar

Dalam Surah Yaasin 36:13- 27, Allah merakamkan kisah Habbab bin An-Najjar yang mempertahankan keimanannya dan tetap berdakwah dengan berani sewaktu semua orang di kampungnya enggan beriman, malah mengancam beliau dan utusan-utusan ALlah kerana beriman kepada utusan-utusan Allah.

Dan buatlah satu perumpamaan bagi mereka, iaitu penduduk suatu negeri, ketika utusan-utusan datang kepada mereka: yaitu ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan utusan yang ketiga, maka ketiga (utusan itu) berkata, “Sungguh, kami adalah orang-orang yang diutus kepadamu”.

Mereka penduduk negeri menjawab“Kamu ini hanyalah manusia seperti kami, dan Allah Yang Maha Pengasih tidak menurunkan sesuatu apa pun; kamu hanyalah pendusta belaka”

Mereka berkata,”Tuhan kami mengetahui sesungguhnya kami adalah utusan-utusanNya kepada kamu. Dan kewajiban kami hanyalah menyampaikan perintah Allah dengan jelas.”

Mereka menjawab,”Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu. Sungguh, jika kamu tidak berhanti menyeru kami, nescaya kami rejam kamu dan kamu pasti merasakan siksaan yang pedih dari kami”

Mereka utusan-utusan itu berkata, “Kemalangan kamu itu adalah kerana kamu sendiri. Apakah kerana kamu diberi peringatan? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas”

Dan datanglah dari hujung kota, seorang lelaki (Habbab An-Najar) dengan bergegas dia berkata,”Wahai kaumku. Ikutilah utusan-utusan itu. Ikutilah orang yang tidak meminta imbalan kepadamu, dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. Dan tidak ada alasan bagiku untuk tidak menyembah Allah yang telah menciptakanku dan hanya kepadaNyalah kamu akan dikembalikan. Mengapa aku akan menyembah tuha-tuhan selainNya? Jika Allah yang Maha Pengasih mengkehendaki bencana terhadapku, pasti pertolongan mereka tidak berguna sama sekali bagi diriku dan mereka juga tidak dapat menyelamatkanku. Ssesungguhnya jika aku berbuat begitu, pasti aku berada dalam kesesatan yang nyata. Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhanmu, maka dengarkanlah pengakuan keimananku”

Dikatakan kepadanya, “Masuklah ke dalam syurga” (Setelah beliau mati dibunuh kaumnya kerana mengajak kaumnya kepada iman)

Lelaki itu berkata, “Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang telah dimuliakan”

Yaasin 36: 13-27

Jadi dari kisah Habbab bin An-Najjar kita dapat menyimpulkan pemahaman yang benar tentang bencana  yang menimpa kita Рberpandukan ayat Habbab yang telah diberi ganjaran syurga- apa pun bentuk bencana, merupakan salah satu bentuk Allah dalam menunjukkan sifat Ar-Rahman/Ar-RahimNya kepada kita.

(Untuk lebih yakin, sila semak teks bahasa Arab 36:13-27 pada ayat Jika Allah yang Maha Pengasih mengkehendaki bencana terhadapku)

***

400322330_ef63486f16_o

Seseorang akan bertanya, tapi bukankah dalam 99 nama Allah, ada sifat Al-Muntaqim yang bermaksud Maha Memberi Balasan/Ancaman. Al-Muntaqim disebut 3kali dalam Al-Quran, iaitu pada 32:22, 43:41 dan 44:16.

Dari ketiga-tiga ayat yang mempamerkan perkataan Al-Muntaqim, kita mendapati ia tidak disebut dalam bentuk mufrad (singular), tapi selalu dalam bentuk jamak (plural). Ini kerana dalam memberi balasan Allah tidak melakukannya sendiri, tetapi dengan menggunakan bala tenteranya seperti malaikat, burung-burung (dalam kisah Al-Fil dan Abrahah), nyamuk (dalam kisah Namrud) dll makhluk/tenteraNya.

Contohnya, mari kita lihat As-Sajadah 32:20-22

Sajadah

Dari ayat ini kita dapati, Al-Muntaqim adalah balasan di akhirat dan bukan di dunia.Maka, ulama’ sepakat mengatakan Al-Muntaqim tidak berlaku di dunia tapi hanya di akhirat.

Dari Ibrahim 14:7,

Ibrahim

Allah menggunakan ‘la’ ketika menceritakan ‘la azidaannakum’ yang dalam kaedah Bahasa Arabnya mengatakan akan pasti- sebagai suatu janji-pasti ditambah nikmat apabila kamu bersyukur. Tapi dalam mengatakan tentang azab, Allah tidak menggunakan ‘la’, tetapi menggunakan ‘inna’ yang membawa maksud sesungguhnya atau sekadar suatu amaran yang Dia mampu melakukannya.

Maka dari lughah (bahasa/penggunaan perkataan), ulama’ menyimpulkan sifat Al-Muntaqim Allah hanyalah amaran dan bukan yang sesungguhnya sepertimana parents kita selalu memberi amaran ,”Jangan jerit-jerit, abi pukul nanti”(jangan mere abi :P)-bukan bermaksud nak sangat pukul, tapi sekadar amaran.

Maka seperti kata orang-orang bijak, “Sungguh rahmat Allah melebihi murkanya”. Dan bercontoh dari sifat Allah ini, tatkala kita ditimpa kesusahan akibat dari angkara seseorang, memaafkan adalah suatu yang lebih baik. Dan memaafkan bukan merupakan suatu bentuk keaiban kerana mana mungkin, meniru Allah dalam implementasi Al-MuntaqimNya merupakan suatu keaiban

***

Memahami bencana sebagai bentuk kasih sayang Allah menjadikan seorang mukmin lebih optimis terhadap Allah, baik dalam suasana simple seperti abi jarang-jarang bersama kakak, ummi balik lambat dari ofis hingga ke suasana besar seperti sakit kulit, sakit H1N1, kecurian, kematian orang tersayang, bencana alam dan sebagainya.

2549212335_3e34be7b33_o

Semoga dengan memahami sifat Ar-Rahman/Ar-Rahim Allah, untuk setiap ujian/bencana yang menimpa anak-anak ummi, kita akan lebih sabar kerana memahami ia minarrahman (dari cinta Allah) dan menjadi orang-orang yang lebih baik menahan diri dari marah (kerana memahami ia kerana cinta) dan lebih banyak memaafkan. Amin.

Ya Allah jika sekiranya ia telah menjadi qada’ dan qadarmu yang aku tidak mempunyai pilihan atasnya, maka jadikanlah aku redha dengannya. Jika sekiranya ia adalah ujian untuk menguji keimananku, jadikanlah hambamu ini sabar menerimanya. Jika sekiranya ia menjadi balasan bagi kederhakaanku padamu, jadikanlah ia penghapus segala salah dan dosaku. Dan jika ia menjadi salah satu tanda kasih sayangmu padaku, maka bantulah hambamu ini merasai pemberian kenikmatanku.Amin.

Apa yang baik dari Allah, dan yang buruk adalah dari kelemahan diri ummi sendiri sedang hakikatnya kedua-duanya dari Allah. Inilah – adab mukmin dalam memahami sifat Ar-Rahman/Ar-Rahim Allah kerana memahami-Kerana Cinta-Allah tidak mungkin memberikan kita keburukan apapun bentuknya.

Wallahua’lam bissowab.

Read Full Post »