Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Optimisme’

Assalamualaikum warahmatullah kawan-kawan,

Mesti semua orang tengok landslide punye berita kat Bukit Antarabangsa tu. Innalillahiwainna ilaihi raajiun…Takziah buat semua yang kehilangan ahli keluarga, tempat tinggal dan lain-lain harta benda terutama buat keluarga kawan baik Abi, Ungku Fazri sekeluarga. Semoga tabah.

ungku-fazri-family-residents

Terima kasih buat mama, papa, Hadi, Izzah, Wani, Nisa’ dan Rozie yang bertanya khabar keluarga Abi tercinta alias my beloved family in-law yang menetap di Bukit Antarabangsa. Dan terima kasih kepada Wanie, Sae dan Linda yang menolong mencarikan nombor telefon Riza untuk mengupdates kawan baik Abi yang keluarganya ditimpa bencana.

Everything was coming very fast. No time to even think. Begitulah tatkala bencana alam datang menjenguk. Setiap kali ia datang, ia memberi kita nuansa pemandangan, ” Entah macam mana Hari Kiamat? Kerana untuk yang sekecil dari hari Kiamat pun kita merasa sudah terlalu besar” Amat benarlah firman Allah, “Pada hari itu, tiada seorang pun yang mengazab sedahsyat azabNya.Dan tiada seorangpun yang mengikat sedahsyat ikatanNya” (Al Fajr 89: 25-26)

Maka setelah ini kawan-kawan, mari kita sama-sama kembali kepada Allah. Agar kelak tatkala kiamat datang menjenguk kita tak tergolong dari mereka yang diceritakan Al-Quran menyesal kerana tidak beramal : “Dan apabila pada hari itu dibawa ke neraka Jahannam, maka pada hari itulah baru manusia sedar, tetapi apalah gunanya kesedaran itu? . Dia akan merungut: Alangkah bagusnya jika aku telah sediakan amalan-amalan yang baik untuk hidupku di akhirat (Al Fajr 89: 23-24)

Biar kita bertaubat sekarang agar nanti kita tergolong yang dipanggil Allah, dijemput Allah masuk ke syurganya yang jauh lebih besar dari nikmat tinggal dibanglo mewah, makan makanan yang lebih lazat dari masakan chef manapun di dunia ini, tidur di tilam empuk yang lebih empuk daripada mana-mana tilam empuk dunia dan menaiki kereta yang lebih power dari mana-mana kereta  yang kita idamkan. In fact saya yakin di syurga kalau kita berkehendak kepada jet peribadi, maka pasti Allah ganjarkan asal saja kita beramal di dunia. Mari kita sama-sama memperbaharui taubat agar kita tergolong dari orang-orang yang dijemput ke syurga seperti yang diceritakan Al-Quran: “Wahai jiwa yang tenang! . Kembalilah kepada Tuhanmu dengan kepuasan dan mendapat keredhaan dariNya. Dan silalah masuk ke dalam kumpulan para hamba kesayangan-Ku. Dan silalah masuk ke dalam syurgaKu (Al Fajr 89: 27-30)

sunrise1

Sekali lagi takziah untuk semua yang ditimpa bencana. Semoga saja  kesemua yang terkena musibah kembali optimis melepasi trauma bencana. Ada tips Al-Quran untuk memulai hari baru untuk membina optimisme setelah mengharungi musibah. Tipsnya adalah dengan melakukan solat-solat malam (genap: tahajud, ganjil:witir) pada malam harinya agar when the next break of the day shining its sunrise, kita bangun penuh dengan azam untuk berjaya di dunia dan akhirat. Ini saya ambil dari pentafsiran Sy Qutb dalam kitab tafsirnya Tafsir Fi Zhilali Quran ketika mentafsirkan 5 ayat pertama surah Al-Fajr. ” Demi Fajar. Dan Demi malam-malam yang sepuluh. Dan demi (solat) yang genap dan ganjil. Dan demi malam ketika ia berlalu. Tidakkah sumpahku itu mengandungi hikmah bagi orang-orang yang berakal.” Dalam mentafsirkan ayat demi malam-malam yang sepuluh, mufassirin menklasifikasikan malam-malam yang sepuluh sebagai 1) Malam 10 Zulhijjah atau Malam Hari Raya Aidil Adha

2) Malam di antara 10 malam terakhir di bulan Ramadhan atau Malam Lailatul Qadr

3) Malam ke 10 dr bulan Muharam atau Malam Hari ‘Asyura.

Since kita dalam bulan Zulhijjah dan malam ini merupakan malam 10 Zulhijjah, mari kita sama-sama bangun tahajjud dan witir memperbaharui taubat, memulakan azam baru untuk menghadapi Aidil Adha 1429H esok. Mari kita bertahajjud mendoakan iman kita di masa hadapan. Mari kita bertahajjud mendoakan teman-teman rakyat Malaysia yang ditimpa bencana di Bukit Antarabangsa. Mari kita berdoa semua yang lain selamat dari landslide yang dipredict boleh berulang.

Sahabat…sungguh, untuk setiap bencana yang Allahlah main playernya, Dia jugalah yang paling tahu hikmah-hikmah Dia memberi kita bencana kepada kita dalam perjalanan mendaki puncak mardhatillah di akhirat yang abadi. Semoga semua kita kembali optimis menghadapi dunia terutama buat yang tertimpa musibah. Jangan kita sampai putus asa dengan kehidupan kerana berputus asa dengan takdir Allah bukanlah citra seorang Muslim. Allah berfirman: ” Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah hanyalah orang-orang yang kafir” (Yusuf 12: 87)

never-ever-ever-give-up

Semoga untuk setiap kesabaran saudara Malaysia kita yang tertimpa musibah, Allah mengganjarkan balasan syurga yang lebih baik buah dari kesabaran mereka. Amin.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1429H

MAAF ZAHIR BATIN

TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM

P/S:

Link for the stars pics of Bukit Antarabangsa Landslides
Link for Buletin Utama News


Read Full Post »