Feeds:
Posts
Comments

Archive for July, 2009

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…

sambest

Minggu lepas amanah Allah mentakdirkan diri saya kembali ke sekolah tercinta S.A.M Bestari JAIS, Subang Jaya. Subhanallah..memasuki sekolah setelah berlalunya ~7-8 tahun, sungguh mengusik perasaan.Memori terutama berkenaan cikgu dan kawan-kawan menjenguk hadir dan membawa keharuan yang sungguh mendalam…jiwa-jiwa gitu…hohoho

***

Kami tak memulai sekolah seperti orang lain di Malaysia. Itulah secara ringkas yang boleh dikongsikan.

3242732270_954aa30e8c

Pada tahun 1998, SAMBEST belum semegah hari ini. Kami memulakan sekolah dengan keadaan letrik yang belum terpasang dan air yang belum sedia masuk ke bangunan sekolah. Malam gelap, kami hidup bersimbah dengan cahaya lilin atau torch light. Pagi, kami bangun pagi-pagi beratur mandi kat kantin kawasan sekolah.

Seorang sahabat pernah bertanya,”Mak ngko-ayah ngko tak kisah plak ek pegi sekolah yang takde facilities macam tu?”

Subhanallah wal hamdulillah walailahaillallah wallahu akbar, menanggap soalan itu saya jadi terkesima. Tak pernah dalam fikiran kami waktu tu untuk mengadu pada parents untuk pindah sekolah sekalipun kami dalam keadaan sedemikian. Yang ada adalah sebuah perasaan yang Allah berikan yang membuat kami berasa kami pelajar-pelajar yang hadir ke sekolah itu adalah pelajar-pelajar pilihan Allah.

Ustaz Ismail, PK HEM SAMBEST 1998-1999, selalu memujuk kami setiap kali Kuliah Subuh dan Maghribnya, “Antum percayalah Allahlah yang memilih keberadaan antum untuk terpilih menjadi sebahagian warga Sekolah Agama Menengah Bestari ini. Sekalipun kita berada dalam keadaan serba kekurangan-tanpa elektrik tanpa air-harungilah ini dengan sabar sebab Allah tau antum memang mampu melaluinya. Allah juga memilih antum – menjadikan antum orang-orang pilihanNya kerana terpilih melalui sesi pelajaran dengan penuh kesabaran”. Subhanallah, apa yang kami dapat fikir masa tu bahawa kami pelajar-pelajar pilihan Allah. Kami special, hingga tak pernah terfikir bagi saya untuk merungut-mengadu untuk dipindahkan sekolah.

sabar

***

SAMBEST adalah sekolah yang paling dekat dengan hati saya kerana bi’ahnya/environmentnya. Secara jujur saya tidak mengetahui keadaan sekolah tersebut pada hari ini, tapi setidaknya itulah sekolah tersebut bagi saya 10 tahun yang lalu.

Sebelum SAMBEST, saya memang ditakdirkan Allah belajar di sekolah agama JAIS. Dari form 1 sampai form 3. Tapi, berbeza dengan SAMBEST, SAM yang lain ini cuma mewajibkan pelajar solat jemaah pada waktu Asar, Maghrib dan Isya’ sedang SAMBEST mewajibkan solat jemaah untuk kelima-lima waktu solat. Malah, masbuq solat samapai imam kedua sampai je, nama terus dicatat pengawas sekolah.

Berbeza dengan semua sekolah yang pernah saya tahu, jadual waktu sekolah, prep petang dan malam (singkatan untuk preparation class atau study time untuk pelajar berasrama penuh), semua berubah mengikut jadual waktu solat. Kalau zohor awal, kami habis sekolah awal-kalau asar awal, automatik jadual waktu prep berubah habis awal. Tak pernah kami merasa hidup kami messy dengan jadual waktu yang berubah mengikut waktu solat yang berubah. Subhanallah dan Alhamdulillah atas nikmat Allah yang menjadikan kami merasa mudah untuk taat kepada waktu solat.

Pelajar-pelajarnya kebanyakannya dimudahkan Allah dengan amalan-amalan nafilah. Kami beramai-ramai puasa Isnin dan Khamis, setiap waktu yang bersamanya rawatib, hampir setiap dari kami melakukannya tanpa banyak songeh, setiap masa selepas habis solat di musolla, kami biasa dengan Al-Quran.Dan semua ini kami buat dengan rela hati tanpa denda ustaz atau kewajiban yang dikenakan pihak sekolah.

Allah, jadikan aku mudah untuk istiqamah dengan amalan nafilah seperti pada zaman-zaman sekolah di SAMBEST walaupun environmentnya telah berubah. Allah, jadikan aku tergolong dalam hambanya yang kuat menahan godaan dunia dalam mencari nilai diri hanya di hadapan-Mu. Amin.

zikrullah

Ustaz Ismail selalu memberi nasihat dalam kuliah subuh/maghribnya,”Ustaz tengok pelajar-pelajar puteri suka melatah.”Opps..mak..mak”-adalagi yang lebih kelakar,”Opocot..opocot”-Kenapa tidak semua latahan-latahan digantikan dengan zikrullah, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar, masyaAllah, astaghfirullahal ‘adzim dll lagi…Pelajar-pelajar puteri kesayangan ustaz, Allah memberi kita pahala atas setiap zikrullah kita. Dan pahala-pahala inilah yang bakal menjadi bekalan untuk kita masuk syurga, insyaAllah. Dalam perjalanan, naik ke tangga dari musolla ke bilik, zikrullah lah..dalam perjalanan ke sekolah, zikrullah lah. Tukarlah semua latahan-latahan tak bermakna kita menjadi latahan-latahan yang untuk setiap butirannya menghantarkan kita ke syurga. Antunna nak ke, kalau nanti dekat syurga, sahabat antunna dapat masuk syurga lebih tinggi dari antunna cuma kerana satu zikrullahmya lebih dari antunna?Jadi, rutinkanlah zikrullah dalam mencari redha ALlah untuk berjaya di dunia dan akhirat.”Masa tu, I always looking at what ustaz said, macam lagi satu marks je nak dapat 100%, satu marks je boleh menukarkan B ke A..kita mesti geram…

***

Setelah saya dewasa, saya kirakan nikmat sekolah di SAMBEST merupakan salah satu kurniaan Allah yang terbesar buat saya. Ia benar-benar implementasi atas ayat ALlah, “Dialah yang mengutus seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menyucikan jiwa mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah, meskipun sebelumnya mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata” (Al Jumuah 62:2). Cikgu-cikgu saya benar-benar meneruskan tugas-tugas kerasulan dengan membacakan ayat-ayat Al-Quran, membuatkan kami faham tentang AL-Quran dan membuat kami mengambil banyak hikmah dari Al-Quran padahal kami sebelum masuk ke SAMBEST bukanlah orang-orang yang sangat baik atau dalam kata lain, meskipun kami sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang terus menerus andai tidak diarahkan oleh guru-guru dengan ayat-ayat ALlah.Alhamdulillahi rabbil ‘alamin.

Student-student SAMBEST pada tahun 1998 bukanlah jemaah haji seperti yang digelarkan kepada kami oleh warga USJ, Subang Jaya pada tahun tersebut. Kami datang dari berbagai SAM dan diserapkan masuk ke SAMBEST kerana result peperiksaan PMR kami yang alhamdulillah menjadikan kami pilihan ALlah meski pada nilaian dunia pada waktu itu, taklah secanggih pelajar-pelajar MRSM atau SBP lainnya.

Disebabkan kami dimasukkan dari SAMTH Kg Jawa, SAMTEN Cheras, SAM Rawang, SAM Batu 40 dll ke dalam satu sekolah, kami berpuak-puak. Bergeng ikut sekolah. Guru-guru melihat masalah dalam ukhuwwah kami. Maka satu permainan jalinan kasih diadakan.

love_letter_by_ra3iatha

Semua pelajar dikehendaki meletakkan nama yang dituliskan pada satu kertas dalam satu balang. Balang pun diedarkan dan semua pelajar mesti mengambil satu nama yang mesti bukan nama diri sendiri.Nama yang kami ambil wajib dirahsiakan. Dalam masa satu bulan kami dikehendaki menulis surat kepada kawan kami secara rahsia. Surat dimasukkan ke dalam Kotak di Musollah berlabel surat masuk dan kami mengutip surat-surat kami dari kota berlabel surat keluar.Permainan ini menjadikan kami sangat semangat menulis surat cinta untuk sahabat. Saya ingat saudara saya yang pertama (Jalinan Kasih 1998) ialah Maya dan yang kedua (Jalinan Kasih 1999) ialah Mawarni. Saya ingat kami bertukar ais kerim, coklat, air tin dengan menumpangkan ais kerim di peti makcik dewan makan untuk kawan yang akan mengambilnya seusai dia membaca surat kami. Permainan ini bagi kami sungguh membahagiakan. Hingga usai permainan, kami masih sering mengirim kad good luck, happy birthday dan sebagainya seusai permainan. Malah kami melepak-lepak dibilik sahabat yang disaudarakan seusai permainan tamat hingga tamat sekolah.

Alhamdulillah berkat solat dan doa cikgu,permainan ini alhamdulillah merapatkan hubungan ukhuwwah kami. Memulihkan jurang-jurang ukhuwah yang lompong di antara kami.

***

teacherGuru-guru kami pada saya merupakan guru-guru gemilang, cemerlang dan terbilang kerana keikhlasan mereka. Tak pernah saya lebih semangat belajar dari tahun-tahun saya di SAMBEST. Saya kelas 5 Sains 2 tapi saya sanggup membuat kerja homework Cikgu yang mengajar 5 Sains 3 atau 5 Sains 1. Yang menarik, saya bukan saja buat, malah boleh meminta Cikgu 5 Sains 3 dan 5 Sains 1 tanda kerja sekolah saya dan cikgu akan tandakan meski saya bukan salah seorang dari pelajar beliau.

Waktu rehat SAMBEST penuh dengan pelajar-pelajar yang pergi ke musolla untuk solat dhuha atau pergi berjumpa cikgu di bilik guru. Tahun-tahun sebelum SAMBEST, bilik guru tak pernah se’friendlier environment’ dari SAMBEST. Saya mencintai guru-guru saya dengan sepenuh hati saya meski bukan tak pernah saya di denda jalan itik kerana lambat ke sekolah, di denda kuarantin dari latihan taekwando kerana tak pakai stokin waktu latihan dll.

Ustaz Ismail pernah ditanya,”Saya dengar denda merupakan suatu yang tak baik untuk perkembangan psikologi student-student sekolah. Contoh denda sebab masbuq solat Subuh..tapi kenapa ustaz mendenda sebagai satu approach dari pendidikan?”

Ustaz menjawab,”Saya percaya denda perlu kerana kita dalam fasa mendidik anak-anak yang sedang belajar untuk dewasa”.

Saya tak faham banyak pada masa tersebut, tapi denda-denda yang ustaz buat, untuk orang lambat Subuh dan sebgainya menjadikan saya orang yang lebih sensitif untuk bangun subuh awal, merasa bersalah bangun subuh lambat pada hari-hari saya selepas sekolah hinggalah hari ini. Setidaknya, inilah persaksian saya tentang mengapa mesti denda-denda itu diadakan meski dalam banyak keadaan ustaz bukan mendenda dengan denda-denda yang kami tak mampu menanggapinya.

***

Inilah setidaknya persaksian saya sendiri tentang SAMBEST 1998-1999. Saya ingin mengingatkan, yang membentuk hati-hati kita, yang memegang hati-hati kita adalah Allah. Harini, banyak sekolah agama ditubuhkan. Mereka mencari berbagai formula untuk mempamerkan mereka mempunyai syllyburs sekolah yang terbaik tanpa melihat aspek yang terpenting dari semua usaha pendidikan iaitu keberadaan Allah dalam sistem mereka sendiri. Para pelopor pendidikan, beristighfarlah dan kembalilah kepada Allah. Buatlah syllyburs yang terbaik tapi jangan lupa menerapkan yang terpenting dari semua yang terpenting i.e. memupuk student untuk menjaga rutin solat dan mengubah semua jadual kehidupan kita mengikut waktu solat kita. Dalam masa yang sama, guru-guru harus dipupuk untuk memberi dengan ikhlas dan sentiasa murah sifat kasih-sayang hingga selalu mendoakan para pelajarnya.

SOLAT

Saya bukan orang bijak dalam hal pendidikan, tapi saya yakin SAMBEST hari ini-kejayaannya tak luput dari aspek-aspek yang terpenting ini. Percayalah, kita mungkin mampu berbuat tapi tanpa pertolongan Allah, usaha kita takkan berhasil se mantop yang kita impikan.

Ya Allah, ihdinassiratal mustaqim, dan tetaplah pahala yang berpanjangan dari semua amal soleh kami atas semua guru-guru yang pernah mendidik kami dengan penuh keikhlasan. Amin

Read Full Post »