Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2008

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Buat anak-anak ummi tersayang; Fida’ Afieqah & Faatihul Islaah….

Beberapa minggu kebelakangan ini ummi dihadapkan dengan peristiwa orang-orang dekat yang meninggalkan kita dari dunia ini menuju alam barzakh. Salah seorangnya Tok Long Fida’ & Faatih yang merupakan abang kepada Ayah Ki.

Malam hari dia meninggal kita sekeluarga bergegas ke Kahang, Johor melawat keluarga Tok Long. Sakit demam chikuguniya.Beliau dipanggil Allah ketika usia yang belumlah terlalu senja sekalipun sudah separuh abad.

Dalam perjalanan kita, hujan lebat membasahi jalan. Orang-orang kampung menceritakan hujan lebat sampai mereka serba salah nak mempercepatkan pengebumian. Tapi alhamdulillah, sewaktu orang-orang terpinga-pinga untuk sama ada meneruskan pengebumian dengan tidak, hujan berhenti. Pengebumian berjalan lancar. Selesai pengebumian, hujan kembali seperti sebelumnya. Ummi percaya tangan Allah berada dalam kelancaran proses pengebumian. Kerananya Tok Long adalah orang saleh yang selalu menempatkan dirinya di masjid, rumah Allah saat hidupnya. Beliau adalah mujahid yang mentablighkan Islam buat orang-orang sekitarnya. Moga-moga dengan ummi menyebut sebahagian kebaikan beliau, urusannya di barzakh dimudahkan Allah..amin.

Anak ummi tersayang, kematian adalah suatu yang ditentukan Allah tanpa mengira apa orang itu sudah bersedia menerima alam barzakh. Di rumah kita ada satu buku yang ditulis oleh 3 ulama’ yang salah seorangnya Dr ‘Aidh Al-Qarni bertajuk Malam Pertama di Alam Kubur. Dr Aidh Qarni menuliskan kematian memang sering datang dengan sebab-musabab dunia tetapi biasanya tidak terlepas dari tabiat si mati. Maksudnya sayang, ada orang yang suka minum arak, dia biasanya mati sewaktu minum arak atau disebabkan sakit berakibat dari meminum arak yang terlalu banyak. Ada orang selalu berbuat kebajikan matinya juga biasanya tanpa lepas dari kebajikan.

207_1good_deeds

Jadi Fida’ & Faatih, lantaran kita tak boleh mempredict bila masanya kematian datang…sentiasalah berbuat kebaikan. Kalau anak-anak ummi sedang memilih untuk apapun sentiasalah memilih yang dekat dengan kebaikan. Kebaikan sesuatu perkara kadang relatif berbeza bagi setiap manusia. Ada yang memilih bercouple kerana menurutnya itu kebaikan mendatang bagi dirinya agar berjodoh di masa mendatang. Sedang ada yang menolak bercouple dan dianggap kolot dan tak mengikuti perkembangan zaman.

Jadi di sini sayang, berhati-hati jugalah memilih sebuah yang dianggap kebaikan. Kebaikan tu sayang sebenarnya relatif berbeza kalau mengikut kepada pendapat-pendapat orang tetapi tak pernah berbeza menurut Allah & rasulNya. Jadi dalam memilih kebaikan, pilihlah kebaikan yang menghantar anak-anak ummi ke syurga dan bukan yang menghantarkan sebuah senyuman masyarakat dunia tetapi jauh dari redha Allah.

Semoga dengan kita sentiasa memilih kebaikan dari kaca mata Allah, kita dimudahkan urusan kematian sepertimana Tok Long semasa dikebumikan.

Untuk akhirnya, apabila anak ummi dah pandai baca doa, ummi memohon doa anak-anak ummi selama ummi hidup dan setelah ummi tiada kerana doa-doa anak ummilah yang insyaAllah menjadikan ummi terhijab dari sebahagian siksaan di alam barzakh.

Ya Allah, luruskan kami dalam setiap urusan kami agar kami terpilih dalam orang-orang yang mati dalam kebaikan. Amin…

Love,

Ummi

In memories of late Pak Long, Misran bin Rosdi 19/11/08

Read Full Post »

Assalamualaikum kawan-kawan,

alien

Harini saya nak cerite pasal Tuhan Alien sebab saya terbaca polling results which published last Monday (Nov 24, 2008) by Yahoo News “the poll of 3,000 people found that 58 percent believe in the supernatural, including paranormal encounters, while 54 percent believe God exists.”

Kebetulan hari Ahad lepas Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya dan suami menghadiri ceramah umum Yusuf Estes, bekas paderi asal Texas yang revert to Islam. Dalam salah satu selingan ceramah beliau bercerita tentang seorang lelaki (US citizen) yang mencari Tuhan Alien.

Lelaki ini pergi dari seorang paderi, ke sami, dan lain-lain tokoh berbagai agama bertanyakan, “Adakah agama kamu memprovide suatu cara hidup untuk Alien if UFO ever exist?” Kebanyakan tokoh-tokoh agama mengatakan dia mengarut dan hal tersebut luar akal. Beliau berkata, ” Pada pandangan saya, ia  masuk akal kerana berdasarkan sains kita mempunyai planet selain daripada bumi. Bagaimana kalau di planet tersebut ada makhluk yang kita tak nampak dengan pancaindera kita? Kalau kiranya memang ada Tuhan bg manusia yang menciptakan bumi, pasti ada Tuhan bagi mereka yang menciptakan Marikh, Zuhal atau lain-lain planet?”

Maka, terdiam tak terkatalah tokoh-tokoh agama yang dia jumpai. Pada suatu hari, dia dihadiahi Al-Quran oleh seorang lelaki. Beliau memandang rendah pada Al-Quran,’The Book of The Arabian God’ anggapnya.  Bagaimanapun, Allah menggerakkan hati dan tanggannya untuk membuka lembaran Al-Quran which start dengan Al-Fatihah, “In The name of God, most Gracious, Most Merciful(1). Praise be to God, the Cherisher and Sustainer of the Worlds(2).

Sampai pada ayat tersebut beliau berhenti tertanya-tanya, ” Is it true this word ‘alamiin in Arabic is translated as The Worlds and not The World? Is it true with ‘s”?” Dia cek kamus , orang-orang pandai languange and all which gives him a definite conclusion it is translated  with ‘s” as The Worlds and not The World. Sampai pada itu, tanpa ragu-ragu beliau mengucapkan syahadah 

syahadah

Begitulah, Allah memberikan hidayah kepada sesiapa saja dengan berbagai cara yang kadang luar dari sudut pemikiran kita. Moga-moga kita menjadi Muslim yang bersyukur dengan nikmat iman yang bersama dengan kita hingga apabila kita diberi peluang mengenal/menikmati Islam daripada mana-mana sumber pun, tidak pernah futur-putus asa dengan Allah untuk terus berusaha mencapai darjah muttaqun.

Bak kata seorang sahabat yang dekat di hati tapi jauh di mata, manusia itu selalu bercakap. 90% waktunya beliau bercakap. Adakah hari yang kita habiskan tanpa kita bercakap? Nah, kerana itu mengapa kita menolak untuk berdakwah? Kerana berdakwah adalah tangga untuk kita membalikkan 30% -50% daripada rutin harian percakapan yang mungkin membawa kita ke neraka, membawa pula kita ke syurga.

Dan manusia memang salah satu sikap imannya ‘yazid wa yanqus’ (naik dan turun), tapi bukankah seorang Muslim seharusnya memegang prinsip ‘Hari ini lebih baik dari semalam’ sehingga sekalipun hari ini imannya turun dia tak jatuh merundum lebih teruk dari kelmarin….

sifat-iman-muslim

Allah, ihdinassiratalmustaqiim…amin….

P/S: Link berita Yahoo Mail

Read Full Post »

“Sharing is caring” – that is so far one of the strong reason for friends to always open their heart to one another. That is also one of the reason for a man to give mahar when they want to marry a woman. Its also a reason for parents to nurture their babies. All of them is an act of sharing to show caring.

images

The reason I’m writing this blog is I’m caring to my children future, my siblings future and all of world population in particular Malaysian Muslim, simply being I’m one of them. and simply because today’s bi’ah (environment) in my perspective is far from Al-Qur’an and hazardous to our iman and ukhrawi undertakings.

 

I hope with these writings,my Malaysian-Muslim community, my children in particular understand what I hope of them going to-be, and work for it. The results may be minimal, small coming from me but I believe hizbullah, people who works to strive for muttaqun are lots out there apart from me.

 

I may publish a wrong things during me being myself with me writing on my understanding of a particular subject far from my expertise.Thus, i hope there will be comments from all to make me also learning through me purely being me.

 

Twinkle-twinkle reading and twinkle-twinkle sharing 🙂

 

May Allah rewards us in the day only our deeds can save us.

Read Full Post »

Al-Fateh 2007

Assalamualaikum kawan-kawan.

Have you ever read about Muhammad Al-Fateh?

Sesiapa yg pernah pergi ke Istanbul hari ini yg dahulu kotanya bernama Constantinople pastinye mengetahui fakta ini. Kenapa? It was written bersepah-sepah dalam monumen sejarah dunia.

Tapi ramai terlupa mengenal peribadi beliau dan ramai juga yang tak pernah menyingkap hadis Rasulullah saw yg pernah mengiktiraf jasa beliau terhadap Islam sekalipun beliau belum lahir. Rasulullah saw bersabda 

“Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan” (HR Ahmad bin Hanbal)

Semasa saya terbaca hadis tersebut, saya jadi teruja. Wah, sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik pasukan? Tahukah anda kriteria bagaimana yg Rasulullah katakan sebagai sebaik-baik pemimpin dan pasukan?

Sultan Muhammad Al-Fateh adalah seorang expertise dalam banyak bidang. Beliau adalah seorang lelaki yang memahami dan menguasai ilmu Al-Quran, keterampilan fizik, geografi, falak dan sejarah dunia disamping menguasai dengan baik bahasa Turki, Arab, Persia, Yunani, Latin dan Hebrew. Subhanallah. Beliau adalah orang yang updates dengan teknologi which exist pada zamannya. To cut it short, meriam yg besar-besar yang kita tengok pada zaman pemerintahan Melaka semuanya berasal dr innovative beliau.

640px-byzantine_constantinople_eng

Kebijakan beliau sangat ketara semasa mengaturkan taktik2 peperangan untuk menakluk Constantinople. Tak semudah sekali jalan terus dapat takluk, anda melihat beliau sebagai peribadi yang kuat azamnya dan bijak dalam berstrategi. Sehingga hari ini, it remains a big question in head of every people Muslim and Non-Muslim, bagaimana beliau memindahkan 70 buah kapal-kapal perang melalui jalan darat sejauh 3 batu untuk masuk ke Golden Horn dalam satu malam. Sesungguhnya saya percaya Allah dan tentera malaikatnya berada di belakang kemenangan mereka.

Semasa penaklukan Islam di Constantinople, semua harta rampasan perang tidak dikaut untuk kepentingan peribadi beliau dan anak-anak buahnya semata. Beliau mendistributekan kebanyakannya untuk orang-orang Islam di Makkah, Madinah, Iran, dan Mesir.

Apabila Islam masuk ke Constantinople, orang-orang Kristian sangat marah dan membenci beliau. Why? For a simple reason he is being a Muslim. Adalah salah memandang figur Muhammad Al-Fateh sebagai seorang yang mementingkan penaklukan semata-mata. Beliau dalam Deed of Trust for Istanbul mencatatkan pembangunan Istanbul sebagai, “From lesser wars to the mightiest wars”. Maka, kita dapati banyak infrustruktur pendidikan, klinik dan masjid dibina pada zaman pemerintahan beliau. Semua itu sebagai sarana pendidikan kepada rakyat Turki agar mengenal Islam, Istanbul selepas pendudukan Muhammad Al-Fateh mencatatkan keamanan yang terharum sepanjang sejarah,yang mana diakui oleh  Kristen Ortodoks sebagai ” Turki lebih baik daripada Latin”.

Dari kesimpulan ini anda melihat sosok peribadi yang dipilih Allah sebagai pemimpin terbaik bukan dari kalangan orang yang bodoh ilmu dunia dan pandai ilmu akhirat sahaja. Pemimpin terbaik bukan pula orang yang mengaut kepentingan peribadi tetapi tetap menjadi orang tawadhu’ dengan kemenangan. Pemimpin yang terbaik juga adalah yang mengeducatekan kesemuanya supaya berada di bawah lembayung iman dan damainya Islam agar setiap manusia damai di dunia dan damai di akhirat.

Atas kerana terkesan dengan peribadi Muhammad Al-Fateh, anak kami yang lahir pada tahun 2007 bernama Faatihul Islaah. Kerana Faatihul Islah bermaksud Pembuka/Peneroka Perbaikan yang mengambil karakter peribadi Sultan Muhammad Al-Fateh. Semoga dengan ini, setiap langkah Faatihul Islah kami sentiasa memberi kebaikan buat dirinya dan orang-orang sekitarnya. Amin.

…Courtesy buat Ustaz Alwi Al-Atas atas buku Muhammad Al-Fateh, Sang Penakluk Constantinople…

Read Full Post »

sundaystar1

 Rabbighfirlana waliwalidayya warhamhuma kama rabbayana soghira..Ya Allah, ampunkanlah kami dan ibu bapa kami dan rahmati kami sebagaimana mereka memelihara kami sewaktu kami kecil.Amin

Read Full Post »

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum kawan-kawan…

I am a breastfeeding mum eventhough i am a working mother. Alhamdulillah be blessed with that gift of knowledge and resource to implement that.

breastfeeding

In office we will express the milk and store in the fridge to be given tomorrow during our working hours. That basically what every mother who choose to breastfed their children did in the office. Alhamdulillah, we have dedicated room to implement the daily routine.(Back in 2005 when i breastfed Fida’ the room was still unexist). Month by month, from early 2008, the mums community increases as many babies of Carigali born. Now, we have more than 10 members. The mummies hot topics are their children, maid, nany and also grandmother stories…

 

Last three weeks, Allah menjemput anak salah seorang dari kawan2 kami secara mengejut. The baby was 4 month old. Third child of the friend. Pagi sebelum ke ofis baby sihat-sihat je. No problem. Suddenly waktu tgh hari camtu, both of the parents got emergency call dr pengasuh, beritahu anak diorang bernafas tersekat-sekat. The pengasuh was running towards klinik at the same moment. The clinics terus refer ke hospital. Kat hospital meninggal. Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun

Sampai dekat hospital, the pengasuh was terjelepuk kat kaki my friend…mintak maaf gile2 for the incident. Katanya beberapa kali pengasuh tu pengsan. Katanye before meninggal the baby was asleep…cuma breathing dia haritu tak macam normal breathing of sleep baby.After post mortem, doc record was written as Dying reason: Undetermined . Cuma dr hasil bedah siasat ade buble dekat lung the baby. Why ada bubble-cuma Allah yg tahu.

The family was very tabah dalam menerima qada’ n qadar Allah. Both of my friend and hubby chose tidak membuat dakwaan ape pun terhadap pengasuh mereka. Mereka tetap menghantar dua orang anak lagi ke rumah pengasuh tersebut supaya jiran-jiran lain yang hantar anak diorang ke pengasuh tu tak berhentikan anak-anak mereka dr jagaan the pengasuh. Dan mereka berusaha menerima memang ini suratan Allah dengan keadaan yg tidak dapat dielakkan. 

Kawan-kawan breastfeed yg lain byk kali terserempak the friends menangis sorang-sorang. Dia orang Serawak. Family jauh kat seberang. Dia setiap kali teringat, tiba2 menangis. Kami yg kawan dia je mendengar cerite rasa nak menangis. Yelah, bende which we unanticipated. Semua kawan2 lain kat breastfeeding room tak tau nak buat macam mana. Semua orang doakan je sebab kan memang ada hadis yang kalau kita doakan kawan kita tanpa pengetahuan dia, insyaAllah Allah makbulkan…thats all we can do. Selain dr tu, kami beli kad and tulis kata semangat kat dia. Sebabnya, dalam buku ‘who moved my cheese’ it stated yg people yg mengalami trauma kadang2 mengalaminya bertahun2 tanpa sedar yg dia belum get over with the traumatized event. Tapi katanya juga, if the person around them help to motivate them, insyaAllah dia akan lebih recover dr trauma tu jauh lagi cepat tanpa motivasi dr kawan2.

 

kucing-berdoa

Kawan-kawan, tolong perpanjangkan doa bila baca tulisan ni semoga our friend and family tabah mengahadapi dugaan Allah ni sebagaimana tabahnya Ummu Sulaim dan Abu Talhah. Amin…

Read Full Post »

Our Lesen P Son

Assalamualaikum kengkawan 🙂

 

 My Faatihul Islaah telah boleh berjalan a week before Syawal haritu dengan motivasi Kakak Fida’ yang paling giat menepuk tangan untuk setiap langkah adik Faatih. Bravo my Lesen P walking son! (By the time ummi tulis blog our son is already an expert). Thanks for support from Ayah Ngah, Kakak Fida’, Jiddah, Bibi’ Yayuk, Ayah Su, Abi & Ayah Ki!!! Alhamdulillah!! 🙂

 

 

Gambar kat atas ni mase dia dah expert walker. Mase balik Terengganu dekat rumah Mok kat Marang. Sampai terjatuh2 nak pi tengok ayam. Anak orang bandar, gitulaa. Masuk kampung baru berpeluang tengok ayam. “Hoah..hoah” dia buat bunyi…(very cute u know 🙂 )

Pastu beberapa minggu dah boleh jalan, he was very confident in himself sampai try naik tangga berdiri macam orang besar. Pastu tak nak pegang. Apalagi, jatuh ke belakang. Alhamdulillah ada Ayah Cik tukang sambut. And now berkat usaha yg gigih telah berjaya naik beberapa anak tangga dengan memegang dinding. Yang ni baru Lesen L. Ummi belum confident even Faatih is very confident of himself. Takpe Faatih, self-confident mature determination! Chaiyo!!

Lepas tu malam kakak main lompat-lompat dekat tilam. Bilik kami pakai 2 queen bed. Satu katil n satu tilam both dirapatkan. Jadi satu tinggi, satu rendah sikit- macam satu anak tangga size height of tilam. Dia lompat2 sambil nyanyi “Lompat si katak lompat….lompatla tinggi2….”, then she make herself jatuh dengan sound “bung…bung..kakak jatuh” dr tilam tinggi ke tilam rendah. Faatih suka, gelak besar…kakak repeat her action sebab gembira adik gelak. Then, another moment he try to make himself jump tapi tak boleh..so dia try to jump from tepi tilam ke lantai. Haa..apalagi, tergolek n mengangislah sebab dia tak boleh estimate cemana nk landing bila melompat.

Subhanallah Faatih. Your confident level amazes ummi very much. It means, in everything people did, you try soo hard to make yourself success eventhough you’re far from berkemampuan untuk waktu ni. Abi pernah bercerita lesen ni ada macam2 lesen, cam contoh lesen motor kereta – Lesen D, lesen bas/lori huruf lain lagi pastu lesen orang pegi racing kereta pun lain lagi….Jadi as much as banyaknya lesen untuk each car dependant upon its expertise, kejarlah knowledge and experience as much as possible to become expertise in every episodes of your future undertakings. And with your gain expertise, ummi hope you will see light of Allah in everyway of the episodes. Allah, tunjukkan anakku Faatihul Islaah (dan Fida’ Afieqah) jalan yang lurus. Amin…..

http://www.youtube.com/watch?v=UgrtEEhCbv0

(Lagu ni i think the best related to my writing tapi dia punye gambar tak best…nanti if i’ve time insyaAllah i’ll develop letak gambar faatih, baru best!..berangan je keje, buatnye tidak…huhuhahahuhu)

Read Full Post »

Fida’s Way of Potty Training

Assalamualaikum again 🙂

This is my Fida’ updates for everybody who always care especially to ayah lang yang jauh di Perth, OZ.

Alhamdulillah kakak Fida’ berjaya mencompletekan training dia within 3 weeks time!

Actually, kitorang dah start dah before that ikut cara Kauthar. Kak Su cerita dia tak bukak pun pampers Kauthar. All she did was asking Kauthar, ” Kalau Kauthar nak kencing, Kauthar bg tau ummi ok. Kalau Kauthar kencing dalam pampers ummi babab kaki”. Pastu 1st, 2nd time Kauthar kencing jugak dalam pampers. Tapi pas dah berapa kali sedih-sedih kene marah – dah ok. Masa dengar cerita Kak Su, i was devastated. Wah, senang betul! Tak pernah dengar cara sesenang ni!

Pastu we start up Kakak Fida’ dengan cara ni. Tapi of courselah kan our Fida’ can’t be their Kauthar. Bila abi marah sebab dah kencing dalam pampers, dia buat tak tau je…hurm :(. Ummi pulak membebel je becoz i kinda of tak sampai hati nak marah. Sebabnya, i don’t think it is completely her fault…sebabnya, i thought if i was at her place, i will be a bit confused. Sebabnye, lepas mandi, we ask her to pakai pampers saying, “Kakak, meh pakai pampers nanti kencing merata.” Then we get angry just becoz of her kencing kat pampers. In my mind, cara ni macam tak jive jugak dengan konsep pendidikan yang secara sedar kite develop dr first day dia lahir. Yelah, memakaikan pampers memang keperluan but secara sedar it also pendidikan yang kita terapkan dr kecik sebab we set her up kan untuk pakai pampers. I kinda of get this into my brain eversince I read about mother in China and Taiwan start train their babies from the day they were born…tapi baca jela kan sebab nak tiru macam ‘sangat rajin’ hehehuhuhu….

Pastu, kakak Fida’ dah pandai cerita macam-macam. Contohnyelahkan, satu haritu dia turun tangga dalam keadaan sangat ngantuk sebab dia tanak2 tidur…nak main saje…sekali mase dia nak turun tangga rumah ayah ki dia terjatuh sebab terlangkau satu anak tangga. I was at office during the incident. Balik dr office, she told me herself,” Tadi umi, kakak turun tangga. Pastu, kakak jatuh pumm (siap buat gaya kat tepi tangga n bongkokkan badan dia). Pastu kakak sakit. Pastu, kakak nangis…”.

Plus, ayah ki pun dah bising, “Bila awak nak train anak awak sampai pandai pegi toilet? Macam-macam dah pandai, takkan pegi toilet tak pandai”. It was in my mind for now and then jugak before that cuma memikirkan nak kene ngelap2 bila bocor, kisah terkencing kat carpet dll ummi’s imagination yg buat i never really start. Start gitu-gitu adala but never deal with it until she succeed. Then, i told abi of papa’s remark and we decided we will perjuangkan potty train kakak sampai dia graduate…(ayat…macamla nak gi berjihad kat palestin..hahaha ;p)

Our 1st day is Wednesday of week time lepas balik ofis sampai before tidur (1st week of August 2008). Balik dr ambik kakak dr rumah ayah ki kitorg pun buka pampers dia n remind dia every berapa minutes supaya cakap bila nak kencing. The first day was fine sebab dia tak kencing langsung kecuali sebelum tidur. Nak berak dia cakap n takde bocor. So kitorang hantar dia pi bilik air the next day morn (tapi dia ckp dia xnak kencing-so dia xkencinglah) n barulah hantar rumah mama. Tengok2 not ok sebab dia dah kencing habis kat carpet mama pagi2 sampai rumah mama. Whoa! As a result, since that day, mama refuse train dia sampai dia memang betul2 pandai. Huhuhuh 😦

Abi cerita dekat Tebat pasal potty training Fida’ by phone. Tebat bagi tau abi ada video cartoon potty training kat YouTube, Balik tu, abi terus search kat YouTube n download untuk kakak. Bermulalah sesi potty training dengan brainwash pakai kartun ni.

 

Weekend tu dia adalah bocor 2kali; dah bocor baru cakap nak pegi toilet. Then I realized as if dia xpernah tau pun dia kencing selama ni sebab pampers selalu keringkan lepas kencing. Pastu, setiap kali bocor, we made her sit and watch again the video. We explain to her, the cat feels funny here means want to wee-wee, and if it feels funny there means it wants to poo-poo. Pastu dia dah tak bocor dah, alhamdulillah. And jiddah willing to continue training during day-care at jiddah’s home.

Then, eversince even dia pakai pampers malam, pampers tu kosong2 aje.1 malam,dia sendiri bangun kejut ummi untuk pegi toilet. Wah, ini sudah well done. But abi still risau dia bocor malam which makes us keep her with pampers at night.

Next weeknyer, papa sms bg tau yang atuk suruh semua orang balik kampung. Thus, we decide to keep her with pampers sepanjang dr  Gombak ke Batu Pahat. Dia tanya, ” Takut kakak bocor ke?”. Ummi cakap,”A ah. Tapi sebab kakak dah pandai kencing sendiri kan, bila kakak nak pegi toilet, kakak suruh je abi berhenti ok”. Tapi, alhamdulillah, sepanjang perjalanan, dia tak kencing sekalipun kat pampers. 2kali abi kene berhenti pegi toilet.

Lepas pada tu, kami dah tak pakaikan dia pampers langsung, baik siang atau malam. Well done, my daughter! We were very proud of you!! Alhamdulillah 🙂

Read Full Post »

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum & hi again kawan-kawan!

Saya ke Petronas Permata di Bangi hari Khamis lepas, attended course. Since dalam list of participants tu ada nama Kak Nurzarlina kan, macam biasa ngendenglah nak menumpang.. ;p

Dalam perjalanan, Kak Nur bercerita tentang cerita dari sahabatnya seorang doktor. Doktor bercerita tentang pemergiannya ke PPIM (Persatuan Perubatan Islam Malaysia) conference.

Dalam conference tersebut, seorang O & G lelaki menceritakan tentang statistik case yg dirawatnya. Dia cerita, kebayakan pesakit yg dirawat sekarang terdiri daripada remaja perempuan belasan usia. Pastu, adik2 remaja yg direfer kepada dia kebanyakannya mempunyai penyakit berkaitan vagina. Didapati, dara pada adik2 perempuan belasan usia ni masih ada dan belum pecah tetapi ada kesan sesuatu telah dimasukkan ke bahagian tersebut yang menyebabkan sakit.Kes serupa berulangkali direfer ke doktor tersebut dan menurut beliau, perangkaan meningkat pada masa-masa cuti sekolah. Didapati, kebanyakan insiden dilakukan oleh adik-beradik kepada mangsa sendiri sewaktu parents bekerja semasa cuti sekolah atas alasan cuba-cuba dan ingin tahu. Innalillahi wa inna ilaihi raajiun…Allah, peliharalah anak-anakku sewaktu kami keluar dari rumah meninggalkan mereka..amin

Ada doktor yang menceritakan tentang seorang budak perempuan 13 tahun yang dtg mengandung. Bila ditanya, dia menjawab,”Minggu lepas saya mintak mak saya untuk kahwin tapi dia tak bagi, dah jadi macam ni, baru dia nak bagi”. Allah, jadikan anak-anak kami orang yang mengenal dan mengamalkan Islam, matangkan pemikiran kami sebagai parents dalam memberi keputusan untuk anak-anak kami… ihdinasshiraatal mustaqiim

Dalam Utusan Malaysia hari yang sama, terpampang berdasarkan rekod Jab Pendaftaran Negara 250,000 anak tanpa bapa dilahirkan dalam tempoh 8 tahun (2000- Julai 2008). Then, simple mathematic will give us an average of 30,000/yr babies were born without father. 

Whether the mother were paksa rela or raped; that give us indication betapa masyarakat kita sedang mengalami keruntuhan akhlak yang sangat teruk. Both of it, paksa rela or raped adalah akibat dr sikap manusia yg tidak mempunyai keupayaan menahan diri dari keinginan nafsu atau hilang sabar. 

Sabar adalah sifat yang sangat tinggi nilainya. Sabar tidak diajar dalam dunia yang material. Sabar cuma diajar oleh Allah, Tuhan sekalian alam. Whether the verbs are sabar, patience or any other language, saya percaya sabar cuma diajar oleh Allah melalui rasul-rasul a.s kepada nenek moyang kita sepertimana Allah mengajar kita sifat sabar melalui Al-Qur’an dengan bercerminkan Rasulullah saw. Dalam buku sabar dalam Islam tulisan Dr Yusuf Qardhawi, beliau mencatatkan “Sifat sabar adalah sifat yang selari dengan iman seseorang. Pentingnya sifat sabar bagi diri seorang mukmin sehingga kita mendapati perkataan sabar menempati lebih daripada 100 perkataan di dalam Al-Quran dan itu cuma sabar dengan sha-ba-ra dan belum dikira derivative2nya”. Saya juga percaya nikmat sabar cuma diperolehi oleh orang-orang yang berusaha ke arah sifat sabar. Percayalah juga usaha kita takkan kemana tanpa rahmat pertolongan Allah. Dan pertolongan Allah berat kepada orang-orang yang solat. Allah, jadikan aku, keluargaku, zuriatku dan sahabat-sahabatku orang yang sabar dalam menempuh episod-episod drama dunia. Jadikan kami pemegang kendala hati kami sehingga kami menjadi orang yang tergolong penyabar dan sentiasa memaafkan. Rabbij’alni muqiimas solati wa min zuriyyati,(AQ Ibrahim 14:40) …Rabbi, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap mendirikan solat. Semoga saja dengan solat kami, kami sentiasa terpelihara dari maksiat-maksiat besar….dan sentiasa dipelihara Allah oleh orang-orang yang dalam hatinya berkeinginan jahat terhadap kami. Hanya kepada-Mu pergantungan kami.Amin.

http://www.youtube.com/watch?v=iptEiebEy7s

Read Full Post »