Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Buntu’

Buntu

Assalamualaikum warahmatullah…

Semalam saya menerima sms dari salah seorang sahabat akrab saya, meminta saya menulis tentang parenting~mengasuh anak-anak. Saya sebenarnya masih jauh dari perkataan ‘perfect parents’ dan lain-lain yang semaksud dengannya. Pada pendapat saya, pendidikan anak relatif berbeza dari seorang anak ke anak yang lain. Kerana setiap mereka merupakan individu yang unik dan parentsnya juga merupakan orang-orang unik yang berbeza. Bukan saja berbeza DNA, cap jari dan jenis darah bahkan setiap kita mempunyai perbezaan dalam cara berfikir dan bertindak sehingga setiap kali kita melihat keletah anak-anak kita, kita akan teringat firman Allah, “Dan di dalam bumi terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang meyakini. Dan di dalam dirimu sendiri, tidakkah kamu perhatikan?” (Adz-Dzariyaat 51:20-21)

familyillustration

Dan di pasaran pun, tak kalah banyak buku-buku pendidikan anak-anak ditulis; ceramah-ceramah parenting di adakan seluruh dunia dan tak lupa website2 yang tertuang mengenai parenting. Apapun yang tertulis, diceritakan; tetaplah ia hanya dapat dijadikan guidelines tetapi tidak 100% applicable untuk anak-anak kita. Lantas, kawan saya meminta tips pengalaman kalaupun bukan teori. Maka sekalipun kerdil, bagaimana mungkin saya menolak sedang saya membaca Rasulullah saw pernah bersabda, ” Apabila seseorang meminta nasihat daripada saudaranya, maka hendaklah saudaranya memberikan nasihat yang di pintanya”.

Sedari saya kecil, bapa saya adalah seorang yang suka membaca Al-Quran. Saya kira obsession saya untuk memahami setiap ayat dari Al-Quran adalah warisan beliau. Sampai hari ini, setiap hari beliau mesti memperuntukkan harinya untuk membaca Al-Quran. Baik yang dibaca Al-Quran atau terjemahannya. Setiap malam, kalau orang putih sibuk menidurkan anak-anak dengan ‘bed time story telling’, kami biasa tidur dari alunan ayat-ayat Al-Quran beliau.

Tapi yang namanya keunikan setiap anak, maka hasilnya anda tetap melihat perwatakan berbeza dari kelima-lima kami adik beradik. Suatu waktu dulu, adik saya K pernah mencuri duit bapa saya. Dalam sela sembang bapa saya dengan saya, bapa saya bercerita, “Adik awak K mungkin curi duri papa kerana menganggap semua harta dalam rumah adalah hak milik bersama ahli keluarga, tiada yang dinamakan hak milik persendirian, sebab tu dia ambik duit papa”. Untuk hal yang kali itu, K meminta maaf dengan bapa saya. Tapi, tahun lain berlalu dan beliau mencuri lagi. Sampai harini, duit mama, papa, saya dan abangnya S pernah menjadi mangsa. Mungkin sebab saya dan S dibiayai PETRONAS semasa belajar jadi dia merasa kami kaya berbanding adik beradiknya yang lain 🙂 Waktu tu, K sudah menginjak usia sekolah menengah, bukan sahaja mumayyiz tapi sudah cukup dewasa untuk membina jati diri sebagai seorang syabab contoh untuk adiknya. Pada usia begini, saya kira nasihat yang panjang mengenai mencuri itu berdosa, hukum mencuri kene potong tangan dan lain-lain tak lagi ‘ngam’. Saya kira sama seperti ayah saya, kalau saya di tempat beliau, saya dah tak tau bagaimana harus memberi nasihat.

Tapi setiap hari saya melihat ayah saya masuk ke bilik beliau sewaktu beliau sudah tidur. Duduk di meja belajar bilik beliau lantas membacakan ayat-ayat Al-Quran. Satu hari, S masuk dan duduk di samping K atas katil K. Saya keluar dari bilik waktu tu dan terdengar buah bicara mereka.

S berkata kepada K, ” Awak tau tak kenapa papa selalu baca Al-Quran untuk awak bila awak dah tidur? ”

K diam.

“Papa baca Al-Quran supaya awak lembut hati dengan kebaikan. Supaya titik hitam dalam hati awak tu semakin berkurang…..”

Saya yakin saya sempat mendengar lebih daripada tu tapi sampai sekarang cuma ini yang berada dalam memori saya dan dekat di hati saya. Hari itu, saya memahami kenapa papa selalu baca Al-Quran untuk kami waktu kami kecil. Supaya kami lembut hati dengan kebaikan. Dan, alhamdulillah sejak detik itu sampai hari ini K tak pernah lagi mencuri barang-barang ahli keluarga yang lain.

inmyfathersfootsteps140x100

Lantas hari ini sewaktu saya buntu menghadapi kerenah anak saya, sewaktu dia menjerit meminta A dan tatkala ditunaikan A dia tak nak dan nak B, saya melakukan praktis yang sama. Setiap dia sudah tertidur, saya membacakan Al-Quran untuknya. Agar hatinya lembut dan dekat dengan kebaikan. Tatkala keadaan tersebut berlaku dalam kegelapan malam travelling dalam kereta, saya bacakan ma’thurat dan hafalan-hafalan yang ada bersama saya.

Mungkin ada yang memperleceh saya sengan tips ini tapi percayalah, tatkala anda buntu menghadapi kerenah anak, berbaliklah kepada Allah. Kerana hanya Allah yang mengenal setiap hamba-hambanya yang unik. Hanya Dia yang berupaya melembutkan hati anak-anak kita dengan cara yang tersendiri sebagaimana Allah memberikan hidayah Islam dengan cara berbeza-beza buat semua hamba-hambaNya. “Katakanlah,’AlQuran itu petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman’ “(Fussilat: 44)

Inilah sebahagian tips parenting yang dapat saya kongsikan. Semoga dengan sahabat-sahabat mengamalkan amalan bapa saya, pahala beliau lebih bertambah dan menjadi penghijab beliau di hari hanya amalan-amalan yang berpanjangan dapat menyelamatkan beliau. Amin.

Rabbighfirlana dzunubana waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani soghira…

Advertisements

Read Full Post »