Feeds:
Posts
Comments

Archive for December 19th, 2008

Assalamualaikum warahmatullah…

Harini Fida’ & Faatih main pistol bubble dengan Abi. Fida’ & Faatih sukaaa sangat-sangat main bubble, especially kakak Fida’. Kalau xnak mandi, ajak je main bubble dalam toilet sure laju je nak mandi. Dah mandi, sampai tak nak keluar dari bilik air.

main-bubble

Cikgu yang mengajar buat bubble dalam mangkuk pastu main guna straw ialah Aunt Una. Cikgu yang main bubble buat pakai tangan pun Aunt Una. Rasanya kalau ada Pertandingan Siapa Paling Suka Main Sabun dalam keluarga, Aunt Unalah juaranya ^Wink^. Naib johan main bubble pulak ialah Abi. ^Wink.Wink^. Menurut Aunt Una& Aunt Ein yang ajar diorang main bubble ni Opah mereka atau Onyang kepada Fida’ & Faatih. Interesting kan Onyang mase muda-muda. Hehe ๐Ÿ™‚ Btw, Fida’ & Faatih jangan risau, Opah n Jiddah Fida’ & Faatih pun masih kategori ‘Nenek-nenek Muda’.Tu yang Opah boleh main masak-masak sama Kakak and jiddah boleh ajar Kakak jahit butang, buat kuih pakai tepung uli karipap dan lain-lain aktiviti.Dadadadada Fun-fun to have Nenek-nenek Muda ๐Ÿ™‚ Alhamdulillahirabbil ‘alamiin, be blessed with those Gift.

Seronok betul main bubble. Tapi sebab bubble jugak, Bibi’ย  Yayuk terpaksa pindahkan sabun kepada beberapa container sabun mandi yang lama dan yang baru supaya kakak Fida’ tak membankrupkan Abi&Ummi dari asyik membeli sabun mandi….

Bercerita pasal buih sabun, Kakak Fida’ & Faatih tau tak Allah pun ada bercerita tentang buih dalam Al-Quran. Interestingkan? Hehe ๐Ÿ™‚ Allah berfirman: “Dialah yang telah menurunkan hujan dari langit lalu mengalir di lembah-lembah mengikut kadar yang ditentukanNya, kemudian banjir membawa buih-buih yang kembang, dan dari logam-logam yang mereka leburkannya di dalam api untuk membuat perhiasan dan perkakas-perkakas itu juga terdapat buih-buih yang sama dengannya. Demikianlah Allah membuat perbandingan di antara kebenaran dan kebatilan. Adapun buih, maka ia akan hilang lenyap terbuang, dan adapun yang bermanfaat kepada manusia, maka ia akan tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perbandingan-perbandingan” (Ar-Ra’du 13:17)

Ketika Allah menurunkan hujan dari langit lalu mengalir di lembah-lembah mengikut kadar yang ditentukanNya, Allah sebenarnya juga memberitahu kita tentang bukti betapa rapinya pentadbiran Allah sehingga air yang mengalir di lembah-lembah mengalir mengikut kadar tenaga dan keperluannya masing-masing. Dan setiap tenaga ini di pengaruhi oleh pressure gradient sehingga setiap air yang mengalir sangat bergantung kepada pressure dari atas lembah waterfall bermula hingga ke cerunannya. Kalau bekalan pressure yang dibekalkan terlebih, batu-batu dalam sungai akan pecah berderai, tapi kalau bersesuaian dengan kadarnya, maka ia menjadi sebahagian dari proses luluhawa bumi yang membuatkan terbentuk lembah-lembah baru selepas beribu-ribu tahun. Jadi, betulkan Allah sangat-sangatlah pandai dan amat rapi dalam pentadbirannya? ๐Ÿ™‚

waterfallKakak & Faatih tengok gambar waterfall ni. Untuk setiap air yang turun, ada buih-buih yang terapung-apung di permukaan air. Buih-buih ni kembang & bertambah banyak tapi tetap tidak membawa apa-apa manfaatย  sedang air yang mengalir di bawahnya membawa rahmat dan hayat sehingga pokok-pokok disekitarnya hidup subur dan kitapun mampu menghirup udara yang segar dari kesinambungan proses fotosintesis pokok-pokok.

Dalam ayat ni, Allah juga menceritakan tentang proses peleburan logam. Logam boleh jadi rantai opah, ummi dan jiddah dan boleh jadi periuk-periuk yang Kakak & Faatih tengok jiddah, ummiย  dan opah guna untuk memasak. Allah menceritakan semasa proses peleburan logam pun, ada buih-buih (wap) hasil dari pengewapan bahan pejal logam atau menurut bahasa pancaindera kita habuk-habuk yang lenyap dari permukaan udara dan logam-logam yang terbentuk dari proses peleburan akan tinggal sebagai rantai, periuk, jambatan besi, pagar rumah dan lain-lain.

iron-pourDi sini Allah membuat perbandingan air yang bersih atau logam yang terhasil sebagai sebuah kebenaran dan buih-buih air serta habuk-habuk logam sebagai kebatilan. Itulah perbandingan di antara kebenaran dan kebatilan dalam hidup kita. Di mana yang batil boleh jadi timbul, mengembang dan terapung-apung seperti habuk dan buih-buih hingga kadang-kadang menutup mata hati kita dari kebenaran tapi pasti ia akan hilang lenyap ditelan arus zaman kerana tidak memiliki daya tahan yang padu, sedangkan kebenaran tetap tenang sekalipun tersorok, tenggelam, hilang atau mati, namun ia tetap teguh di bumi seperti air dan logam tulen yang bermanfaat kepada manusia.

Jadi Fida’ & Faatih, dalam meniti kehidupan sentiasalah berusaha mempelajari untuk memahami Al-Quran, hadis & sunnah Rasulullah saw agar Fida’ & Faatih mengenal kebenaran dengan mata hati hingga insyaAllah perjalanan Fida’ & Faatih sehai-hari sentiasa berada dalam arus kebenaran dan akhirnya hasil istiqamah dengan kebenaran bakal menghantarkan Fida’ & Faatih ke syurga di akhirat yang abadi.

Dalam konteks air&buih juga logam&habuk pula, jadilah orang yang bermanfaat dan bukan orang yang diklasifikasikan Allah berada dalam kerugian sehingga kita bukan saja berada dalam kebenaran sendiri-sendiri, tetapi sentiasa menjadi sahabat yang bermanfaat buat sahabat kita dan orang-orang di sekitar kita. “Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran” (Al-Asr 103:3)

Semoga Allah menunjukkan kita jalan kebenaran selama kita berada di dunia menuju akhirat yang abadi. Ihdinassiratal mustaqiim. Amin.

Courtesy kepada Sy Qutb rahimahullah atas buku tafsirnya Tafseer Fi Zilalil Quran dan courtesy kepada Ayah Ki kerana meminjamkan kitab tafsir ๐Ÿ™‚

Read Full Post »