Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Add new tag’

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Buat anak-anak ummi tersayang; Fida’ Afieqah & Faatihul Islaah….

Beberapa minggu kebelakangan ini ummi dihadapkan dengan peristiwa orang-orang dekat yang meninggalkan kita dari dunia ini menuju alam barzakh. Salah seorangnya Tok Long Fida’ & Faatih yang merupakan abang kepada Ayah Ki.

Malam hari dia meninggal kita sekeluarga bergegas ke Kahang, Johor melawat keluarga Tok Long. Sakit demam chikuguniya.Beliau dipanggil Allah ketika usia yang belumlah terlalu senja sekalipun sudah separuh abad.

Dalam perjalanan kita, hujan lebat membasahi jalan. Orang-orang kampung menceritakan hujan lebat sampai mereka serba salah nak mempercepatkan pengebumian. Tapi alhamdulillah, sewaktu orang-orang terpinga-pinga untuk sama ada meneruskan pengebumian dengan tidak, hujan berhenti. Pengebumian berjalan lancar. Selesai pengebumian, hujan kembali seperti sebelumnya. Ummi percaya tangan Allah berada dalam kelancaran proses pengebumian. Kerananya Tok Long adalah orang saleh yang selalu menempatkan dirinya di masjid, rumah Allah saat hidupnya. Beliau adalah mujahid yang mentablighkan Islam buat orang-orang sekitarnya. Moga-moga dengan ummi menyebut sebahagian kebaikan beliau, urusannya di barzakh dimudahkan Allah..amin.

Anak ummi tersayang, kematian adalah suatu yang ditentukan Allah tanpa mengira apa orang itu sudah bersedia menerima alam barzakh. Di rumah kita ada satu buku yang ditulis oleh 3 ulama’ yang salah seorangnya Dr ‘Aidh Al-Qarni bertajuk Malam Pertama di Alam Kubur. Dr Aidh Qarni menuliskan kematian memang sering datang dengan sebab-musabab dunia tetapi biasanya tidak terlepas dari tabiat si mati. Maksudnya sayang, ada orang yang suka minum arak, dia biasanya mati sewaktu minum arak atau disebabkan sakit berakibat dari meminum arak yang terlalu banyak. Ada orang selalu berbuat kebajikan matinya juga biasanya tanpa lepas dari kebajikan.

207_1good_deeds

Jadi Fida’ & Faatih, lantaran kita tak boleh mempredict bila masanya kematian datang…sentiasalah berbuat kebaikan. Kalau anak-anak ummi sedang memilih untuk apapun sentiasalah memilih yang dekat dengan kebaikan. Kebaikan sesuatu perkara kadang relatif berbeza bagi setiap manusia. Ada yang memilih bercouple kerana menurutnya itu kebaikan mendatang bagi dirinya agar berjodoh di masa mendatang. Sedang ada yang menolak bercouple dan dianggap kolot dan tak mengikuti perkembangan zaman.

Jadi di sini sayang, berhati-hati jugalah memilih sebuah yang dianggap kebaikan. Kebaikan tu sayang sebenarnya relatif berbeza kalau mengikut kepada pendapat-pendapat orang tetapi tak pernah berbeza menurut Allah & rasulNya. Jadi dalam memilih kebaikan, pilihlah kebaikan yang menghantar anak-anak ummi ke syurga dan bukan yang menghantarkan sebuah senyuman masyarakat dunia tetapi jauh dari redha Allah.

Semoga dengan kita sentiasa memilih kebaikan dari kaca mata Allah, kita dimudahkan urusan kematian sepertimana Tok Long semasa dikebumikan.

Untuk akhirnya, apabila anak ummi dah pandai baca doa, ummi memohon doa anak-anak ummi selama ummi hidup dan setelah ummi tiada kerana doa-doa anak ummilah yang insyaAllah menjadikan ummi terhijab dari sebahagian siksaan di alam barzakh.

Ya Allah, luruskan kami dalam setiap urusan kami agar kami terpilih dalam orang-orang yang mati dalam kebaikan. Amin…

Love,

Ummi

In memories of late Pak Long, Misran bin Rosdi 19/11/08

Advertisements

Read Full Post »

Assalamualaikum kawan-kawan,

alien

Harini saya nak cerite pasal Tuhan Alien sebab saya terbaca polling results which published last Monday (Nov 24, 2008) by Yahoo News “the poll of 3,000 people found that 58 percent believe in the supernatural, including paranormal encounters, while 54 percent believe God exists.”

Kebetulan hari Ahad lepas Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya dan suami menghadiri ceramah umum Yusuf Estes, bekas paderi asal Texas yang revert to Islam. Dalam salah satu selingan ceramah beliau bercerita tentang seorang lelaki (US citizen) yang mencari Tuhan Alien.

Lelaki ini pergi dari seorang paderi, ke sami, dan lain-lain tokoh berbagai agama bertanyakan, “Adakah agama kamu memprovide suatu cara hidup untuk Alien if UFO ever exist?” Kebanyakan tokoh-tokoh agama mengatakan dia mengarut dan hal tersebut luar akal. Beliau berkata, ” Pada pandangan saya, ia  masuk akal kerana berdasarkan sains kita mempunyai planet selain daripada bumi. Bagaimana kalau di planet tersebut ada makhluk yang kita tak nampak dengan pancaindera kita? Kalau kiranya memang ada Tuhan bg manusia yang menciptakan bumi, pasti ada Tuhan bagi mereka yang menciptakan Marikh, Zuhal atau lain-lain planet?”

Maka, terdiam tak terkatalah tokoh-tokoh agama yang dia jumpai. Pada suatu hari, dia dihadiahi Al-Quran oleh seorang lelaki. Beliau memandang rendah pada Al-Quran,’The Book of The Arabian God’ anggapnya.  Bagaimanapun, Allah menggerakkan hati dan tanggannya untuk membuka lembaran Al-Quran which start dengan Al-Fatihah, “In The name of God, most Gracious, Most Merciful(1). Praise be to God, the Cherisher and Sustainer of the Worlds(2).

Sampai pada ayat tersebut beliau berhenti tertanya-tanya, ” Is it true this word ‘alamiin in Arabic is translated as The Worlds and not The World? Is it true with ‘s”?” Dia cek kamus , orang-orang pandai languange and all which gives him a definite conclusion it is translated  with ‘s” as The Worlds and not The World. Sampai pada itu, tanpa ragu-ragu beliau mengucapkan syahadah 

syahadah

Begitulah, Allah memberikan hidayah kepada sesiapa saja dengan berbagai cara yang kadang luar dari sudut pemikiran kita. Moga-moga kita menjadi Muslim yang bersyukur dengan nikmat iman yang bersama dengan kita hingga apabila kita diberi peluang mengenal/menikmati Islam daripada mana-mana sumber pun, tidak pernah futur-putus asa dengan Allah untuk terus berusaha mencapai darjah muttaqun.

Bak kata seorang sahabat yang dekat di hati tapi jauh di mata, manusia itu selalu bercakap. 90% waktunya beliau bercakap. Adakah hari yang kita habiskan tanpa kita bercakap? Nah, kerana itu mengapa kita menolak untuk berdakwah? Kerana berdakwah adalah tangga untuk kita membalikkan 30% -50% daripada rutin harian percakapan yang mungkin membawa kita ke neraka, membawa pula kita ke syurga.

Dan manusia memang salah satu sikap imannya ‘yazid wa yanqus’ (naik dan turun), tapi bukankah seorang Muslim seharusnya memegang prinsip ‘Hari ini lebih baik dari semalam’ sehingga sekalipun hari ini imannya turun dia tak jatuh merundum lebih teruk dari kelmarin….

sifat-iman-muslim

Allah, ihdinassiratalmustaqiim…amin….

P/S: Link berita Yahoo Mail

Read Full Post »

sundaystar1

 Rabbighfirlana waliwalidayya warhamhuma kama rabbayana soghira..Ya Allah, ampunkanlah kami dan ibu bapa kami dan rahmati kami sebagaimana mereka memelihara kami sewaktu kami kecil.Amin

Read Full Post »

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum & hi again kawan-kawan!

Saya ke Petronas Permata di Bangi hari Khamis lepas, attended course. Since dalam list of participants tu ada nama Kak Nurzarlina kan, macam biasa ngendenglah nak menumpang.. ;p

Dalam perjalanan, Kak Nur bercerita tentang cerita dari sahabatnya seorang doktor. Doktor bercerita tentang pemergiannya ke PPIM (Persatuan Perubatan Islam Malaysia) conference.

Dalam conference tersebut, seorang O & G lelaki menceritakan tentang statistik case yg dirawatnya. Dia cerita, kebayakan pesakit yg dirawat sekarang terdiri daripada remaja perempuan belasan usia. Pastu, adik2 remaja yg direfer kepada dia kebanyakannya mempunyai penyakit berkaitan vagina. Didapati, dara pada adik2 perempuan belasan usia ni masih ada dan belum pecah tetapi ada kesan sesuatu telah dimasukkan ke bahagian tersebut yang menyebabkan sakit.Kes serupa berulangkali direfer ke doktor tersebut dan menurut beliau, perangkaan meningkat pada masa-masa cuti sekolah. Didapati, kebanyakan insiden dilakukan oleh adik-beradik kepada mangsa sendiri sewaktu parents bekerja semasa cuti sekolah atas alasan cuba-cuba dan ingin tahu. Innalillahi wa inna ilaihi raajiun…Allah, peliharalah anak-anakku sewaktu kami keluar dari rumah meninggalkan mereka..amin

Ada doktor yang menceritakan tentang seorang budak perempuan 13 tahun yang dtg mengandung. Bila ditanya, dia menjawab,”Minggu lepas saya mintak mak saya untuk kahwin tapi dia tak bagi, dah jadi macam ni, baru dia nak bagi”. Allah, jadikan anak-anak kami orang yang mengenal dan mengamalkan Islam, matangkan pemikiran kami sebagai parents dalam memberi keputusan untuk anak-anak kami… ihdinasshiraatal mustaqiim

Dalam Utusan Malaysia hari yang sama, terpampang berdasarkan rekod Jab Pendaftaran Negara 250,000 anak tanpa bapa dilahirkan dalam tempoh 8 tahun (2000- Julai 2008). Then, simple mathematic will give us an average of 30,000/yr babies were born without father. 

Whether the mother were paksa rela or raped; that give us indication betapa masyarakat kita sedang mengalami keruntuhan akhlak yang sangat teruk. Both of it, paksa rela or raped adalah akibat dr sikap manusia yg tidak mempunyai keupayaan menahan diri dari keinginan nafsu atau hilang sabar. 

Sabar adalah sifat yang sangat tinggi nilainya. Sabar tidak diajar dalam dunia yang material. Sabar cuma diajar oleh Allah, Tuhan sekalian alam. Whether the verbs are sabar, patience or any other language, saya percaya sabar cuma diajar oleh Allah melalui rasul-rasul a.s kepada nenek moyang kita sepertimana Allah mengajar kita sifat sabar melalui Al-Qur’an dengan bercerminkan Rasulullah saw. Dalam buku sabar dalam Islam tulisan Dr Yusuf Qardhawi, beliau mencatatkan “Sifat sabar adalah sifat yang selari dengan iman seseorang. Pentingnya sifat sabar bagi diri seorang mukmin sehingga kita mendapati perkataan sabar menempati lebih daripada 100 perkataan di dalam Al-Quran dan itu cuma sabar dengan sha-ba-ra dan belum dikira derivative2nya”. Saya juga percaya nikmat sabar cuma diperolehi oleh orang-orang yang berusaha ke arah sifat sabar. Percayalah juga usaha kita takkan kemana tanpa rahmat pertolongan Allah. Dan pertolongan Allah berat kepada orang-orang yang solat. Allah, jadikan aku, keluargaku, zuriatku dan sahabat-sahabatku orang yang sabar dalam menempuh episod-episod drama dunia. Jadikan kami pemegang kendala hati kami sehingga kami menjadi orang yang tergolong penyabar dan sentiasa memaafkan. Rabbij’alni muqiimas solati wa min zuriyyati,(AQ Ibrahim 14:40) …Rabbi, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap mendirikan solat. Semoga saja dengan solat kami, kami sentiasa terpelihara dari maksiat-maksiat besar….dan sentiasa dipelihara Allah oleh orang-orang yang dalam hatinya berkeinginan jahat terhadap kami. Hanya kepada-Mu pergantungan kami.Amin.

http://www.youtube.com/watch?v=iptEiebEy7s

Read Full Post »

Assalamu ‘alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh kawan-kawan 🙂

Hi kawan2 🙂 . Kalau nak taula kan (kalau xnak tau pun nak bg tau…hehe 🙂 ), it’s been due too long in my head to  share all my thinking into something which i can share but to put everything properly in words sangatla takes time n membuatkan everything not works as per in my head…jadi last2 tak buat…or dengan kata lain tak berkongsi lah kan…

Pastu as i think through kan, i think i better just write up. Anything which literaturely not sound, ku mintak ampun dr literature people. Everything which shows rojak-rojak languange, sorry kepada org2 yg passionate of languange sbb to have me perfect in languange mcm xkan dpt publish anything sampai tua sedangkan zakat bg setiap ilmu bak kata along harus ditunaikan kerana utk setiap ilmu yg Allah kurniakan, kita akan ditagih pd hari akhirat “Mengapa anda tidak menyampaikan?”. Allah juga mengingatkan kita dlm Al-Quran sumber segala galian yg lagi mahal dr minyak (kene tulis minyak sebab tiap2 hari kerja cari minyak kan…nak jugak…ambikk..) n emas or diamond, dalam surah Al-Imran ayat 79 “Jadilah kamu golongan Rabbani kerana kamu mengajarkan kitab dan mempelajarinya”

Thus to all friends, bear with me and do correct me if I publish wrong things. I’m apologize for all my shortcomings. Twinkle-twinkle reading & twinkle-twinkle sharing 🙂

Read Full Post »