Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘God’

Assalamualaikum kawan-kawan,

alien

Harini saya nak cerite pasal Tuhan Alien sebab saya terbaca polling results which published last Monday (Nov 24, 2008) by Yahoo News “the poll of 3,000 people found that 58 percent believe in the supernatural, including paranormal encounters, while 54 percent believe God exists.”

Kebetulan hari Ahad lepas Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya dan suami menghadiri ceramah umum Yusuf Estes, bekas paderi asal Texas yang revert to Islam. Dalam salah satu selingan ceramah beliau bercerita tentang seorang lelaki (US citizen) yang mencari Tuhan Alien.

Lelaki ini pergi dari seorang paderi, ke sami, dan lain-lain tokoh berbagai agama bertanyakan, “Adakah agama kamu memprovide suatu cara hidup untuk Alien if UFO ever exist?” Kebanyakan tokoh-tokoh agama mengatakan dia mengarut dan hal tersebut luar akal. Beliau berkata, ” Pada pandangan saya, ia  masuk akal kerana berdasarkan sains kita mempunyai planet selain daripada bumi. Bagaimana kalau di planet tersebut ada makhluk yang kita tak nampak dengan pancaindera kita? Kalau kiranya memang ada Tuhan bg manusia yang menciptakan bumi, pasti ada Tuhan bagi mereka yang menciptakan Marikh, Zuhal atau lain-lain planet?”

Maka, terdiam tak terkatalah tokoh-tokoh agama yang dia jumpai. Pada suatu hari, dia dihadiahi Al-Quran oleh seorang lelaki. Beliau memandang rendah pada Al-Quran,’The Book of The Arabian God’ anggapnya.  Bagaimanapun, Allah menggerakkan hati dan tanggannya untuk membuka lembaran Al-Quran which start dengan Al-Fatihah, “In The name of God, most Gracious, Most Merciful(1). Praise be to God, the Cherisher and Sustainer of the Worlds(2).

Sampai pada ayat tersebut beliau berhenti tertanya-tanya, ” Is it true this word ‘alamiin in Arabic is translated as The Worlds and not The World? Is it true with ‘s”?” Dia cek kamus , orang-orang pandai languange and all which gives him a definite conclusion it is translated  with ‘s” as The Worlds and not The World. Sampai pada itu, tanpa ragu-ragu beliau mengucapkan syahadah 

syahadah

Begitulah, Allah memberikan hidayah kepada sesiapa saja dengan berbagai cara yang kadang luar dari sudut pemikiran kita. Moga-moga kita menjadi Muslim yang bersyukur dengan nikmat iman yang bersama dengan kita hingga apabila kita diberi peluang mengenal/menikmati Islam daripada mana-mana sumber pun, tidak pernah futur-putus asa dengan Allah untuk terus berusaha mencapai darjah muttaqun.

Bak kata seorang sahabat yang dekat di hati tapi jauh di mata, manusia itu selalu bercakap. 90% waktunya beliau bercakap. Adakah hari yang kita habiskan tanpa kita bercakap? Nah, kerana itu mengapa kita menolak untuk berdakwah? Kerana berdakwah adalah tangga untuk kita membalikkan 30% -50% daripada rutin harian percakapan yang mungkin membawa kita ke neraka, membawa pula kita ke syurga.

Dan manusia memang salah satu sikap imannya ‘yazid wa yanqus’ (naik dan turun), tapi bukankah seorang Muslim seharusnya memegang prinsip ‘Hari ini lebih baik dari semalam’ sehingga sekalipun hari ini imannya turun dia tak jatuh merundum lebih teruk dari kelmarin….

sifat-iman-muslim

Allah, ihdinassiratalmustaqiim…amin….

P/S: Link berita Yahoo Mail

Read Full Post »