Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘syirik’

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan saya nikmat seorang suami dan para  sahabat yang insyaAllah bergerak menuju keredhaan Ilahi. Kerana tanpa kurniaan ini, mana mungkin saya mampu melihat dunia dengan pandangan mata hati. Alhamdulillahi rabbil ‘alamiin.

Pertamanya, assalamualaikum warahmatullah buat kawan-kawan pembaca. Entry kali ini lebih merupakan sebuah catatan peribadi sebagai peringatan buat diri saya sendiri. Semoga di masa lain, tatkala saya terlupakan hakikat diri saya, saya akan kembali di ingatkan dengan peringatan ini.

2547841532_47aa03d568_o

Beberapa minggu yang lalu, Izwan menulis tentang remark khatib solat Jumaat yang berkata, “Yang Tak Berkelubung  Pasti Tak ke Syurga, Yang Berkelubung Tak Pasti Ke Syurga”. He was shocked…His exact words was, “I’m not denying for women to cover parts of their body but I was shocked! We are human, and the judging for heaven or hell is 4JJI’s not ours.”

Melihat hal ini saya tidaklah begitu terperanjat. Kerana syaitan selalu melupakan keberadaan diri kita hingga kita berada dalam kondisi perasan benar. Ya, kita memang benar bila kawan kita tak bertudung, dia berdosa kerana tidak menutup aurat. Konsep simple was berdosa, masuk neraka. That was what been thought by us. Tapi persoalannya, (1)apakah boleh seorang dai’e mengambil singkap melabel A akan masuk neraka dan B akan masuk syurga. Itu suatu hal yang lain pula. (2) Adakah kita memang pasti dia tidak mempunyai amal-amal baik yang boleh menghantarkan dia ke syurga?

Apa kata kita kaji hal (1) ini bersama-sama?

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullullah saw bersabda: “Pada zaman Bani Israil dahulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza. Lelaki yang pertama suka berbuat dosa, sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah ini melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya.

Suatu ketika, ahli ibadah itu berkata lagi, “Berhentilah daripada perbuatan dosa.” Ahli maksiat pun menjawab, “Jangan pedulikan aku, terserah kepada Allah yang akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi setiap apa yang aku lakukan?” Ahli ibadah membalas, “Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah.” Setelah kedua-dua ahli ibadah dan ahli maksiat itu mati, Allah swt telah menghakimi kedua-dua mereka di hadapan-Nya. Allah swt menyoal ahli ibadah, “Adakah kamu lebih mengetahui daripadaku? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang berada dalam kekuasaan-Ku?” Kemudian, Allah berfirman kepada ahli maksiat, “Masuklah kamu ke dalam syurga Berkat rahmat-Ku.” Sementara kepada ahli ibadah dikatakan, “Masukkan orang ini ke dalam neraka.”[1]

Saya pernah mendengar tazkirah seorang sahabat yang mengupas hadis ini. Kata sahabat saya, Allah menghukum ahli ibadah tersebut masuk ke neraka kerana dia telah berbuat syirik kepada Allah dengan menentukan seseorang masuk ke neraka. Ini kerana kuasa menghukum mutlak milik Allah dan bukan sekali-kali hak manusia yang tidak berkuasa atas makhluk yang lain.

Melihat hal ini, saya yakin, Mustafa Masyhur menulis buku “Kami Pendakwah, bukan Penghukum” kerana kecenderungan kebanyakan Muslim yang mengaku dai’e melakukan hal seperti imam dalam khutbah Jumaat tersebut. Seumur hidup saya menjadi seorang Muslim, bukan ini kali pertama saya mendengar komentar-komentar dai’e penghukum.

Melihat hal ini, saya sangat yakin seorang daie yang terpelihara dari sikap menghukum pastilah seorang daie yang dipelihara Allah. Melihat hal ini, saya ingin sekali agar saya tergolong daripada daie yang Allah memberi saya penglihatan dari mata hati agar saya mampu melihat dari perspektif rabbani dan bukan dari perspektif saya sendiri-sendiri. Amat beruntung orang-orang yang mengamalkan doa akhir ma’thurat, “wala takkilna ila anfusina torfata aini wa aqolla min zalika ya ni’mal mujiib-Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah memperkenankan permintaan (perkenankanlah).”

Menurut pendidik saya yang amat saya kasihi, golongan rabbani yang mampu melihat dari perspektif rabbani hanya lahir daripada orang-orang yang mukhlis. Dan menjadi orang yang mukhlis walaupun merupakan impian banyak orang bukanlah perkara yang mudah. Salah satu perkara yang mesti dibuat untuk tetap menjadi ikhlas kerana Allah adalah memperbaharui niat dengan beristighfar.Dari Abu Hurairah ra, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku mohon ampun dan bertaubat kepada Allah lebih dari 70kali dalam sehari” (HR Bukhari)

renovation

Bercerita tentang memperbaharui niat, mari kita sama-sama menyemak Hadis 1/Hadis 40 yang dikumpulkan oleh Imam Nawawi rahimahullah.

hadis1

Daripada hadis ini, kita mendapat kesimpulan bahawa meniatkan sesuatu kerana Allah & rasul menjadikan pekerjaan harian kita menjadi ibadah yang dalam kata lain menjadi nilai tambah bagi seorang yang tergolong Muslim. Dengan niat kerana Allah & rasul, mandi, makan, minum, tidur kita sehari-hari, pekerjaan rumah/ofis sehari-hari menjadi ibadah dan tidak sekadar sebuah adat. Maka, niat menjadikan suatu yang kecil menjadi besar. Subhanallah 🙂

Dalam masa yang sama, niat boleh menjadikan suatu yang besar menjadi kecil. Tercatat dalam Kisah Sirah tentang si fulan yang gugur dalam medan jihad. Para sahabat Rasul saw merasa cemburu melihat  si fulan yang gugur sebagai syahid. Rasulullah saw kemudian memberitakan si fulan masuk neraka. Terkejut para sahabat ra. Rasulullah saw kemudian menjelaskan beliau tidak masuk syurga kerana niat dia berjihad adalah untuk menunjukkan keberanian dan kepahlawannya dan bukan kerana Allah & RasulNya. Maka, niat menjadikan suatu yang besar menjadi kecil – tak bermakna. Huhuhu 😦

Niat adalah sesuatu yang berkait antara keikhlasan individu dengan Allah swt sahaja. Tidak ada seorang pun yang dapat menjangka/mengukur/menilai keikhlasan seseorang. Oleh kerana niat terkait dengan diri kita dengan amal soleh kita hanya untuk Allah, kita mesti mengetahui barometer amal soleh sehingga suatu amal digelar amal soleh. Bak kata Fudhail bin ‘Iyadh, “Sesungguhnya amal perbuatan jika sudah ikhlas namun tidak benar, tidak akan diterima. Jika benar, namun tidak ikhlas, juga tidak diterima, sebelum menjadi amal yang ikhlas dan benar.Ikhlas jika hanya kerana Allah, sedangkan benar jika mengikut Sunnah Rasulullah saw”.

Jadi bagaimana kita mengetahui sama ada amal soleh kita benar-benar dikatakan amal soleh? Menurut Yusuf  Qardhawi, ada 5 syarat sehingga suatu amal boleh digelar suatu amal yang soleh.

  1. Diniatkan kerana Allah
  2. Amal yang disyariatkan-sama ada yang disyariatkan itu wajib, sunat atau harus.
  3. Amal itu dilakukan dengan tekun dan sungguh-sungguh (itqan)
  4. Tidak mempunyai unsur-unsur yang bertentangan syariat
  5. Kalau itu urusan dunia- ia tidak harus melebihi urusan akhirat seperti solat.

Maka, itulah dia syarat amal kita dikira sebagai amal soleh menurut kacamata ulama’ besar, Yusuf Qardhawi. Semoga dengan kita sentiasa memelihara rutin istighfar, memperbaharui niat dalam beramal dan memelihara solat, Allah berkenan menuntun kita untuk sentiasa ikhlas dalam beramal di dunia untuk kehidupan akhirat yang abadi. Amin.

Untuk akhirnya, saya sampaikan berita gembira dari Rasulullah saw buat orang-orang yang tulus ikhlas dengan syahadah mereka, “Rasulullah saw bersabda, “Orang yang paling berbahagia dengan syafaatku adalah orang yang mengucapkan  la ilaha illallah secara tulus ikhlas dari hatinya”(HR Muslim)

Semoga ALlah berkenan menggolongkan kita sebagai orang-orang yang ikhlas kerana Allah hingga ke titisan akhir hayat kita. Amin.

Advertisements

Read Full Post »

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kawan-kawan…

dsc00510

Harini saya nak share about chicken pox setelah both of my kids dijangkiti virus chicken pox. Orang kata, “Chicken pox ni kene sekali je seumur hidup. Kalau dah kena sekali, biasa tak kene lagi dah”.

Tau tak kenapa? Well, this is because chicken pox is an infection caused by the varicella-zoster virus. The immune system makes antibodies during the infection. These fight the virus and then provide lifelong immunity. Therefore, it is rare to have more than one time of chickenpox. Subhanallah, hebat betul immunity system yang Allah jadikan dalam tubuh kita. “Wa fi anfusihum afala tubsirun-dan di dalam dirimu sendiri, tidakkah kamu memperhatikan?” (Adz-Dzariyat 51:21)

CHICKEN POX TREATMENTS

A. Medical Doctors

Masa Fida’ kene chicken pox, paedetrician Ampang Puteri, Dr Kumari cuma beri calamine lotion dan ubat untuk itchiness sebab dia chicken pox tanpa any fever.

Bila Faatih kene chicken pox, we go to nearby clinics, doktor tu prescribes antibiotics yang dia claim untuk keringkan bintat-bintat yang berair selain dari calamine lotion, ubat untuk alahan/gatal, dan ubat demam. I am not a doctor, but my studies reveal our immune system develops antibodies during the infection (1), and paedetrician did not prescribe antibodies for Fida’ (2), so, I do believe we don’t need antibiotics for our chicken pox’s kids.

From my experiences, I know they’re two types of calamine lotion; i.e. with menthol and without menthol. They’re also lotion types and cream type of calamine. Without menthol works better for my children since Fida’ not complained and Faatih tak nangis-nangis masa dipakaikan ke badannya. With menthol makes Fida’ complained panas and Faatih menangis-nangis selama proses calamine lotion dipakaikan sampai dia kering.

faatih with calamine lotion

Thus, kesimpulannya based on my experiences, what we need from doctors are:

1) Calamine cream/lotion without menthol

2) Medicine for their itchiness

3) Ubat demam sekiranya demam.

Pada zaman sekarang, alhamdulillah kita mempunyai vaccine terhadap chicken pox menyebabkan anak-anak ramai yang terhindar dari chicken pox. Tapi, vaccine merupakan usaha yang tidak menjamin 100% anak kita bebas dari chicken pox seumur hidup. Contohnya Fida’. Fida’ mengambil chicken pox pada usia 1tahun 4bulan, tapi dia tetap terkena jangkitan chicken pox. Bezanya berbanding Faatih yang tak pernah ambil chicken pox immunisation, Fida’ dijangkiti chicken pox tanpa demam sedang Faatih bersamaan demam serentak. Fida’ juga tak naik banyak pada muka tapi Faatih naik penuh kat muka sampai mukanya sembab dengan bisul chicken pox dan kepala terpaksa dibotakkan sebab penuh satu kepala.

Jadi kepada parents, saya sarankan ambillah chicken pox immunisation sekiranya berkemampuan. Menurut kidshealth.org, chicken pox immunisation boleh juga di ambil untuk kanak-kanak berumur lebih 1tahun sebagai prevention act for our children from severity of chicken pox.

B. HOMEOPATHY

As all aware, our family is homeopathy consumers. For chicken pox, homeopathy offers:

1) Syampu Mandian Herba yang digunakan untuk mengurangkan gatal-gatal.

2) Bedak sejuk herba which is clamine lotion siblings.

3) Chicken pox tablets untuk keluarkan semua virus chicken pox (varicella-zoster)

4) Cuci darah tablets untuk hilangkan semua parut pada kulit at the same moment virus chicken pox keluar.

Menurut kawan-kawan, virus chicken pox setelah sembuh meninggalkan bintat-bintat berwarna hitam pada kulit. Alhamdulillah dengan ubat cuci darah, Fida’ punya parut chicken pox dissapear as soon as dia sembuh dari chicken pox. Thus, for hoemopathy medicine I will recommend item 1,3 & 4 to be consumed by parents.

C. TRADITIONAL WAYS

Dari perubatan traditional,

1) Minum air kelapa untuk keluarkan semua virus chicken pox.

2) Mandi air rendaman beras yang direbus bersama daun semambu (untuk menghilangkan gatal according to petua nenek/untuk mengeringkan bisul chicken pox according to K. Suhaila mak Aqilah)

3) Blend daun semambu dan campurkan dengan air rendaman beras dan bedak sejuk (untul gatal/keringkan bisul chicken pox juga)

faatih dan daun semambu

Ketiga ini adalah yang saya buat dengan bantuan mama kepada anak-anak saya.

Dari petua nenek,

1) daun semambu boleh digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal dengan diminum air rebusannya dan digunakan untuk menghilangkan parut hitam chicken pox dengan menumbuk lumat dan diletakkan je pada kawasan yang dikehendaki seperti pakai inai cara traditional.

2) jagung muda di parut lumat dan diletakkan pada parut demam campak untuk emnghilangkan parutnya.

Dari kidshealth.org,

1) Oatmeal yang diblender hingga lumat boleh dimasukkan dalam air suam dan dijadikan ubat gatal chicken pox

Tips oatmeal ni mb bagi Malaysian pasti high cost tips tapi bagi Malaysian yang berada luar Malaysia macam Joely, Sis Nurul, Kak Da pasti berguna.

SEVERITY CHICKEN POX BETWEEN ADULTS & CHILDREN

Chicken pox dikatakan severe apabila terkena orang dewasa lebih dari kanak-kanak. Lebih-lebih lagi kalau the adults dalam preganancy period. Saya menyaksikan sendiri apabila pembantu rumah kami dijangkiti chicken pox selepas terjangkit dari Fida’. Ini membuatkan abi sedikit bimbang kalau dia dijangkiti chicken pox sebab dia tak ingat kalau dia pernah dijangkiti chicken pox atau tak. Alhamdulillah pernah menurut ibu dan mak long, orang-orang yang berjasa besar dalam membesarkan abi.

Mak Long kata, “Kalaupun dah kena sekalipun, yang dapat menjamin kita dari betul-batul tak dijangkiti sekali lagi hanyalah Allah. Bacalah “Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fissama’i wa huwassamiul ‘alim” banyak-banyak. InsyaAllah tidak dijangkiti lagi” [Rasulullah bersabda kalau kita baca zikir ni kita akan terhindar dr segala mudarat/malapetaka]

“Oh ya tak ya. Terima kasih Mak Long”

Inilah sedikit sebanyak mengenai chicken pox yang saya kongsikan bersama kawan-kawan. Apapun ingatlah selalu setiap penyakit datangnya dari Allah dan kepada Allahlah kembali semua urusan menyembuhkan. Jadi setiap kali berusaha untuk menyembuhkan diri atau ahli keluarga selalulah membaca doa Nabi Ibrahim, “Rabbana ‘alaika tawakkalna wa ilaika anabna wailaikal masir-Ya Tuhan kami hanya kepadamu kami bertawakal dan hanya kepadaMu kami bertaubat dan hanya kepadaMu kami kembali” (Al-Mumtahanah 60:4). Semoga dengannya kita terhindar dari melupakan keberadaan Allah dalam usaha berubat especially bila kita dalam usaha mengubati penyakit yang membawa maut seperti kanser, sakit jantung kritikal dll.

Seorang sahabat yang jauh di mata dekat di hati pernah bercerita tentang ayahnya yang sakit jantung berlubang, buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis sekaligus yang didiagnose doktor kritikal dan tak dapat diubati lagi.

“Doktor suruh ayah operate jantung 3 tahun lepas tapi ayah tak nak. Mb waktu tu masih boleh bergerak bebas, jadi takdelah rasa significant untuk buat operation. Sekarang, doktor pulak tak bagi operate. Kata doktor, operate pun dah tak boleh buat apa-apa lagi.”

“Homeopathy dah try?”

“Dah, tapi tak de kesan. Maybe dah teruk sangat kut. Saya risau sebenarnya sebab mak dan ayah skrg ni berusaha jumpa bomoh. Takut syirik. Tempat tu macam pakai jin. Sebab lepas pada operation tu, mak suruh adik pergi Sungai Gombak buang telur dll untuk pengeras bomoh tu. Mintak bantuan jin syirikkan? Yang biasa ustaz-ustaz buat tu halau jin kan bukan mintak bantuan jin?”

Kami yang berada kat situ cuma mengiyakan.

“Saya sedih. Maklumlah ayah orang terpelajar. Dulu, ayah waktu tak sakit selalu mengutuk orang-orang yang berjumpa bomoh. Kata beliau, syirik, perbuatan orang tak berfikir dan orang tak berpelajaran. Sekarang dia pula yang buat. Bila kami adik beradik menasihati, kami malah dimarahi. Mak cakap, “Habis kamu nak ayah pergi ye?” Bukan saya nak diri saya tak berayah, tapi kita ni Muslim. Apapun usaha kita, kalau ajal datang takde yang dapat menghalang. Saya cuma nak dia mati dalam redha Allah. Tolong doakan ayah saya ya”.

Semoga beliau sempat bertaubat sebelum beliau meninggal dunia tempoh hari….

Begitulah luahan hati sahabat saya. setiap mengingat peristiwa itu, saya selalu ingat hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud r.a, “Demi Allah yang tiada Tuhan selainNya, sesungguhnya ada seorang di antara kalian yang sentiasa beramal dengan amalan penghuni syurga, hingga jarak antara keduanya tinggal sehasta, namun ketetapan Allah mendahuluinya, lalu ia melakukan amalan penghuni neraka hingga ia masuk ke dalamnya, dan sesungguhnya ada seorang di antara kalian yang sentiasa beramal dengan amalan penghuni neraka, hingga jarak antara keduanya tingga sehasta, namun ketetapan Allah mendahuluinya, lalu ia melakukan amalan penghuni syurga hingga ia pun masuk ke dalamnya” (HR Bukhari & Muslim)

Semoga Allah berkenan memelihara kita dari syirik. Allahumma inna na’uzubika min an-nusyrika bika syai-an na’lamuhu wa nastaghfiruka lima la na’lamuhu– Allahumma, kami berlindung dari mensyirikkanmu dari sesuatu yang kami tahu, dan kami memohon ampun dari mensyirikkanmu dari sesuatu yang kami tidak ketahui [Doa yang diajar Rasulullah saw untuk menghindari syirik]. Allah, ihdinassiratal mustaqim. Amin.

Read Full Post »