Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Doa’

Travelog Haji

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Semoga Allah mengukuhkan hati dan menetapkan niat dan semoga perkongsian ini merupakan perkongsian yang memberi pelajaran kepada kita semua. Amin InsyaAllah.

labbayk-allaahumma-labbayk-labbayk-laa-shareeka-laka

Keberangkatan

Alhamdulillahirabbil ‘alamin atas limpah rahmatNya kami tiba di Masjidil Haram ba’da Maghrib 2 Zulhijjah 1433H/16 November 2012. Perjalanan kami dari Malaysia menaiki Emirates, transit di Dubai dan tiba di Jeddah pada Subuh 2 Zulhijjah. Atas urusan bas masuk ke Masjidil Haram, akhirnya alhamdulillah kami tiba Maghrib 2 Zulhijjah di bumi Bakkah yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia *1

Berangkat ke Makkah pada musim haji bukan semudah kita menempah tiket untuk pergi pada musim umrah. Setidaknya, itulah pelajaran yang Allah berikan kepada kami. Usaha yang kami curahkan untuk pergi ke haji menggunakan medium berbeza dengan medium rezeki kami tapi insyaAllah inilah medium terbaik buat kami menurut penilaian Allah, Tuhan yang memegang segala kunci taqdir.

Sahabat baik saya dan suaminya cuma terdetik hati untuk pergi ke haji pada bulan Ramadhan 1433H. Sewaktu mereka menjelajah agen-agen swasta haji yang sanggup menguruskan haji bagi mereka, semua agen-agen menolak kerana proses menghantar surat rayuan telah pun ditutup oleh pihak pengurusan tabung haji. Tapi kerana memang Allah menetapkan rezeki haji bagi mereka pada 1433H, alhamdulillah mereka mendapat tempat ke sana pada 20 Zulkaedah 1433H, lebih awal dari kami yang meletakkan usaha untuk pergi dari awal tahun. Jadi benar kata kebanyakan orang, bahawa orang ke haji adalah tetamu Allah.

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: ”Tiga golongan manusia yang paling dibenci oleh Allah:

  1. Orang yang melakukan ilhad (kejahatan) di Tanah Haram
  2.  Orang yang mahu mengekalkan amalan jahiliyah dalam Islam
  3.  Orang yang menuntut darah manusia tanpa hak untuk menumpahkannya

                                                                                             (Sahih Bukhari No 6882)

06-doa-safar

Memulai perjalanan dengan doa safar, kami berdoa agar Allah melimpahkan kami kesabaran. “Wahai Tuhan kami, Limpahkan sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir (dalam hati, saya menujukannya untuk syaitan)” (Al Baqarah 2:250)

Makkah

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah Negeri Makkah ini negeri yang aman dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari menyembah berhala” (Ibrahim 14:35)

Bumi  Makkah sewaktu kami tiba berada dalam average temperature of 40oC dalam cuaca yang kering. Bentuk muka bumi Makkah adalah bebatuan besar dan pepasir halus. Dalam cuaca kering, berangin dan panas, pasir terbang ke mana-mana. Pasir memasuki mata saya walaupun bercermin mata hitam. Jadi, selepas beberapa hari di Makkah, saya dan teman sebilik membeli dan memakai Burqa’ demi kesihatan mata. Walaupun mereka memakai abaya hitam yang bersifat  menyerap haba, kita selesa dalam haba matahari.

Cuaca yang kering dan panas menjadikan kita haus immediate keluar dari masjid dan manusia berebut-rebut minum air zam-zam. Kulit kita memerlukan extra moisturizer dan lotion. Sekiranya tidak, kulit akan kering, menggelupas dan pedih.

Matahari memancarkan sinar terik

Membahang sehingga 50 darjah celcius*2

Tenggorokan kering, pedih

Terbayang susuk ibu

Yang berlari gundah kerana ditinggal bersama anak

Di kawasan gersang

Anaknya sudah meraung kehausan

Sedang tiada siapa di sini

Dia berlari-lari 500m

Tujuh pusingan

Sambil hatinya berdoa terus-terusan

Dengan keyakinan dan tawakkal

Kalau Allah yang memerintahkan ini, Dia pasti takkan pernah mensia-siakan kami

Allahumma solli ala Ibrahim

Wa ‘ala ali Ibrahim

Matahari memancarkan sinar terik

Angin menderu laju, mengeringkan kulit

Pasir-pasir menyinggah mata, pedih

Lalu hatiku terganggu

Kerana ini bumimu memulai sejarah

Berbaring dikepanasan ini, ditindih batu, diseret atas dasar iman kepada Allah

Apa khabar kulitmu tika diseret?

Apa khabar kerongkongmu saat kepanasan?

Apa khabar matamu saat pasir berterbangan?*3

Matahari memancarkan sinar terik

Besi dipanaskan

Ibnu Awwam dipanggang*4

Apa khabar kulitmu tika dipanggang?

Assalamualaikum  Ya Sohabal Muhajirin

Assalamualaikum  Ya Sohabal Ansar

Pengorbanan apakah ini yang pernah kalian lakukan

Untuk akidah ini sampai pada kami

Pantaslah Allah menggolongkan kalian sebagai golongan tambahan

Dari golongan kanan

Dan diganjar syurga lebih awal dari yang lain

Lalu disebut Allah sebagai muqarrabun*5

 

Masjidil Haram

SANYO DIGITAL CAMERA

Masjidil Haram punya kapasiti jamaah yang sentiasa ramai. Oleh kerana kadar kesesakannya tinggi, sukar mencari ruang tawaf/solat atau even ruang berjalan menuju tempat tawaf/solat. Kepada diri saya dan semua, amalkanlah doa “Rabbi Yassir Wala Tu’assir Robbi Tamimil Khair” *6 kemudian niatlah untuk dimudahkan laluan perjalanan dan diberikan tempat untuk solat. InsyaAllah, semuanya akan dimakbulkan.

Even seorang officemate saya yang berfikir, “Manalah Si Hanis ni?” dijawab Allah dengan kadar pusingan badan dan kamipun bertemu di Masjidil Haram.

Di dalam Masjidil Haram, Allah serasa sangat dekat dan sentiasa bersama kita. Jadi berdoalah. Mulailah kebiasaan berdoa dari saat ini sebelum berangkat, hingga kebiasaan menjadikan kita tidak lupa berdoa pada waktu kita memerlukan tangan Allah dalam kehidupan kita

Suatu hari, suami saya berkongsi pandangan beliau,”Cuba tengok tempat tawaf ni Ummi. Cuma ada 3 tingkat dan ruang yang limited tapi tak pulak overflow. Sebab Allah telah menetapkan dalam jutaan jemaah berapa sahaja yang diberikan kekuatan, kesihatan dan keinginan untuk bertawaf dalam setiap pusingan masa”.Subhanallah…

Sekalipun Masjidil Haram sentiasa penuh sesak, kadar kesesakannya berbeza dalam setiap kali waktu solat dari pemehatian saya dan suami. Misalnya, waktu Maghrib dan Isya’; kadar kesesakan lebih tinggi berbanding waktu Subuh, Zuhur dan Asar. Bermakna secara analisa, tidak semua yang berada di sekitar Makkah akan pergi solat berjemaah di masjid setiap waktu atas uzur-uzur tertentu.

Ibu saya pernah berkongsi,”Kata Ustaz, sebenarnya berangkat ke haji adalah pilihan kita. Alasannya, kan kita yang mengisi borang, membayar, mengemas pakaian dsb. Jadi, menghadapi apa juga takdir di sana dengan besar hati atau rungutan, itu juga pilihan kita.” Jadi, atas dasar tersebut, selalulah berdoa agar Allah memberikan kekuatan kesihatan badan dan keinginan hati yang kuat untuk mengejar kelebihan solat dalam masjidil haram.

Yang lebih baik adalah membiasakan diri mengejar kelebihan solat berjemaah dari di Malaysia sehingga ia menjadi kebiasaan yang tak mampu hati meninggalkan tanpa rasa janggal. Dan, setiap kali, bacalah doa-doa seperti dalam video di atas, hingga insyaAllah, tatkala apabila diizinkan Allah menuju Masjidil Haram/Masjid Nabawi/Masjidil Aqsa, kita tidak luput dari kebiasaan mengamalkan doa-doa ini. Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad atas ajaran doa-doa yang baik.

Infaq

Kawasan Masjidil Haram sentiasa dibersihkan. Pekerja-pekerja pembersihan mempunyai kadar kecekapan yang luar biasa mengagumkan. Saya berdoa semoga Allah melimpahkan mereka barakah atas kerja-kerja mereka dan mengampunkan saya atas keterbatasan diri dalam berinfaq kepada mereka. Robbana innana amanna faghfirlana zunubana wa qina ‘azabannar*7

Tatkala kita terbatas berinfaq dengan duit, mari berinfaq dengan amal-amal ringan seperti membuang sampah ke dalam tong sampah, senyum juga memberi salam, memberikan ruang solat, mengambil air zam-zam untuk orang-orang tua, melazimkan zikir dalam perjalanan ke masjid, membaca Al-Quran di dalam masjid, solat dhuha dengan semuanya atas niat kerana Allah swt.*8

Air Zam-Zam

Cuaca yang panas dan kering membawa kami melihat manusia yang berebut-rebut meminum air zam-zam. Dan kami pun berdoa, Semoga suatu masa tarbiyah mampu menjadikan Muslim haus beratur dengan sabar untuk air zam-zam di masa akan datang. Amin.

Matahari memancarkan sinar terik

Membahang sehingga 50 darjah celcius

Tenggorokan kering, pedih

Menghilangkan sabar

Berebut air zam-zam

Mana pergi sosok Puteri Syu’aib*9

Rabbana afrigh alaina sobran

Wa tsabbit aqdamana*10

Makkah bukan kawasan yang dekat dengan tasik atau sungai. Malah bentuk muka buminya yang bebatuan besar dan pasir membuatkan negara-negara Arab di Asia Tengah (terkecuali Libya) belum mempunyai kepakaran membuat paip air yang boleh menyalurkan air bersih ke rumah-rumah secara direct macam di Malaysia. Jadinya mereka mempunyai banyak lori untuk urusan pengurusan air dan najis. Lori ditanda dengan badan hijau membawa air bersih yang boleh digunakan untuk mandi dan memasak. Sedang lori merah untuk membuang kumbahan najis dari kawasan kediaman, rumah atau hotel. Sumber air terdekat adalah Laut Merah dan Arab Saudi menggunakan desalinization process yang sangat mahal untuk merawat air sebelum dihantar ke kawasan-kawasan rumah. Melihat bentuk muka buminya yang kering membuat kita takjub dengan wujudnya Telaga Zam-Zam yang tidak pernah kering hingga kini dari masa masa bayi Nabi Ismail a.s. Menurut buku Makkah Al Mukarramah Kelebihan dan Sejarah yang ditulis oleh Ustaz Abd Basit Abd Rahman, usia telaga zam-zam dianggarkan 4847tahun.*11Wallahua’lam

Usia telaga dengan jutaan peminum tanpa kering sejak dari Zaman Nabi Ismail a.s benar-benar membuat kami berdua tertanya-tanya geological study air zam-zam. Subhanallah walhamdulillah atas nikmat Allah yang mengizinkan air zam-zam berada di Tanah Haram Makkah.Sehingga dia harus menjadi tempat kita mendapat petunjuk sekiranya kita berfikir.

air-zam-zam-keajaiban-allah-sepanjang-masa

Hari ini, di sekeliling Masjidil Haram, ada banyak air zam-zam yang dipaipkan bersama chiller mechanism build in pipe untuk semua jemaah umrah/haji. Sehingga ia melegakan tenggorokan kita tatkala kita meminumnya di tengah kepanasan. Rasulullah saw bersabda:”Sesungguhnya zamzam merupakan air yang diberkati. Sesungguhnya ia mengandungi zat makanan” (Sahih Muslim No 2473)

Dan yang paling menjadikan hati kita terharu, Rasulullah saw bersabda:”Air zamzam itu untuk sebarang niat orang yang meminumnya dengan izin Allah” Lalu tak hairan, Ibnu Abbas r.a berdoa dengan doa ini tiap beliau meminum air zamzam “Allahumma inni asaluka ‘ilman nafi’a, wa rizqan nafi’a, wa rizqan wasi’a, wa syifaan min kulli da’” *12

Arafah, Muzdalifah, Mina

Antara wajib haji adalah bergerak ke Arafah pada 9 Zulhijjah, bermalam di Muzdalifah, dan bermalam di Mina serta membaling 7 biji batu di Jamratul Sughra, Wusta dan Kubro.

550064_307506515989403_1561640604_n

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman berbeza di sini sebab setiap orang diuji dengan ujian yang berbeza. Ada yang dimudahkan dan ada yang diberatkan. Membina diri dari sebelum pergi untuk sentiasa menerima takdir dengan sabar dan syukur adalah suatu yang membenteng diri dari ujian-ujian di sini *13. Dan percayalah membenteng diri dengan sabar dan syukur bukan perkara yang mudah tanpa bantuan Allah dalam langkah perjalanan kita.

Secara kesimpulan, sepanjang berada pada musim haji, banyakkanlah berdoa. Sebelum ke Arafah, berdoalah semoga Allah menyampaikan kita di Arafah awal-awal supaya kita dapat berada di Arafah sepanjang tempoh Zuhur-Maghrib yang merupakan tempoh doa dimakbulkan*14. Rancanglah doa-doa anda dan sentiasalah berdoa dimudahkan urusan dan perjalanan sepanjang ke Muzdalifah, Mina dan sewaktu membaling batu di jamarat.

Doa yang paling baik adalah doa daripada Al-Quran kemudian doa dari hadis-hadis dan kemudian doa yang terbit dari hati yang paling dalam*15. Ada dua buku yang menjadi rekomendasi saya untuk doa-doa sepanjang tempoh haji.

Sepanjang berada disini ada tiga doa yang sangat mengikat hati saya.

1) Doa musafir dalam setiap perjalanan/hentian. Kerana doa musafir sentiasa membalikkan niat kita untuk menjadikan perjalan ini dalam kebaikan dan taqwa. Disamping mengingatkan kita untuk menjadikan Allah sahabat kita sepanjang perjalanan kita. Juga jagaan Allah terhadap harta dan keluarga yang kita tinggalkan.

2) Doa yang kedua adalah ayat dalam surah mukminun ayat 29 yang isinya memohon tempat tinggal yang baik selama bermabit

3) Doa rabbi yassir wala tu’assir robbi tamimil khair yang semoga dengannya kita dimudahkan urusan selama di sana

Sebelum berangkat, siapkanlah diri dengan ilmu. Persiapkanlah dengan ilmu tentang aqidah hingga kita tak terjerumus dalam kesyirikan sedang lidah mengucapkan bait-bait talbiyah. Ilmu tentang berhaji, ilmu tentang solat tika dalam musafir dan dalam kenderaan, ilmu tentang iman kepada Allah, Malaikat, Al-Quran, Kitab-kitab, Kiamat, Qada’ dan Qadar. Ilmu tentang sirah Rasulullah saw dan para sahabat. Ilmu tentang Al-Quran. Ilmu tentang Bahasa Arab. Persiapkanlah diri dengan ilmu hingga insyaAllah perjalanan ini bertambah makna dan nilainya di sisi Allah. Persiapkan target-target ibadah hingga kita sibuk dengan target-target dan tidak terjerumus dengan sembang-sembang kosong. Berbekallah dan sebaik-baik bekal adalah taqwa.

Rasanya sampai di sini dahulu perkongsian saya tentang Travelog Haji di Makkah. Semoga Allah memberikan kekuatan untuk saya berkongsi tentang Madinah Munawwarah.

Allahumma solli ala Muhammad

Wa ala ali Muhammad

Allahummaghfirlana zunubana wa isrofana fi amrina

wa tsabit aqdamana

watawaffana ma’al abrar*16

Nota kaki:

*1(refer Ali Imran 3:96).

*2 Cuaca maksima bagi Makkah

*3(refer sirah hidup Bilal bin Rabah r.a di awal Islam)

*4 (refer sirah hidup Zubair bin Awwam r.a di awal Islam)

*5 (refer Al Waqi’ah 56: 7-11)

*6 Ya Allah, mudahkan, dan janganlah Engkau susahkan. Ya Allah sempurnakanlah (semua hajatku) dengan sebaik-baiknya

*7 Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman. Oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka (Ali Imran 3:16)

*8 “Dalam tubuh manusia terdapat 360 persendian (ruas tulang), maka wajib bagi setiap persendian diberi sedekah. Lalu mereka bertanya, siapa yang mampu melaksanakan semua itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab, kamu cukup menutup (membersihkan) air ludah yang ada di dalam masjid dan menyingkirkan sesuatu yang menghalangi jalan …. lanjutannya …. Jika itu semua tidak mampu engkau laksanakan, cukuplah bagimu melaksanakan 2 rakaat shalat dhuha” (H.R. Abu Daud, Kitab Shalat no. 1285, 1286, 5243).

*9 (refer Al Qasas 28:23)

*10 (refer Al Baqarah 2:250)

*11 Makkah Al Mukarramah Kelebihan dan Sejarah /Abd Basit Abd Rahman/Telaga Biru/Cetakan Pertama Julai 2008/Mukasurat 48

*12 “Ya Allah, aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada semua penyakit”

*13 Ajaibnya perihal seorang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya baik-baik belaka. Dan tiadalah memiliki ciri yang seperti ini melainkan hanya kepada seorang yang mukmin. Sekiranya dia diuji dengan kesenangan, lalu dia bersyukur. Maka syukur itu adalah yang terbaik baginya. Sekiranya dia diuji dengan kesusahan, lalu dia bersabar. Maka sabar itu adalah yang terbaik baginya. [Rw Muslim]

*14 Dari Amr bin Syuaib bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Doa terbaik adalah doa di hari Arafah. Dan ucapan terbaik yang saya dan para nabi sebelumku ucapkan adalah laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syay`in qadir. (Tidak ada sembahan yang hak selain Allah semata tidak ada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya semua kekuasaan, hanya milik-Nya semua pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu). (HR. At-Tirmizi no. 3585 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih At-Tirmizi: 3/184)

*15 Dr Tariq Suwaidan/Misteri Haji dan Umrah  

*16 Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami dan teguhkan tapak pendirian kami (3:147) dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbuat kebaikan (3:193)

Read Full Post »

doa

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…salam penghormatan syurga buat semua muslim 🙂

Pada suatu malam dekat rumah, kami cuma bertiga beranak, tiba-tiba ada ketukan dekat pintu rumah. Lepas tu ada bunyi orang tekan loceng. Jam sudah hampir menunjukkan pukul 1am. Saya memberanikan diri untuk pergi ke pintu (untuk mengintai dari lubang), tiada orang. Fida’ yang terjaga juga mendengar bunyi ketukan pintu. Dia mengengsot ke arah saya, “Ummi, kakak takut”. Saya terus membaca, “Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ard wala fissama’ wa huwassami’ul ‘alim”. Melihat ketakutan Fida’, saya pegang tangan dia, guiding her to put her own doa to soothe herself, “Ya Allah. Kakak Takut. Tolong jaga kakak, ummi, Faatih dari orang jahat. Jaga kami dari orang-orang jahat. Amin”. Selepas beberapa kata, she keeps repeating, “Kakak dah doakan ummi. Allah dah buat orang jahat pegikan.” I just nod..for hopes they already gone. Alhamdulillah nothing happened to us that night.

***

Baru-baru ni, kulit dia naik some bisul…which menurut doctor homeopathy disebabkan allergy kepada telur, which as per our prediction sebab setiap kali dia makan telur, kulit dia gatal-gatal kat certain parts of her body. So, Fida’ dikuarantin dari makan telur, kek, aiskerim, muffin dan segala jenis yang bertelur….

Selama more than a month kakak tak makan telur and setiap kali tengok orang lain makan telur/makanan berasas telur she kept repeating herself, “Ummi, kakak tak boleh makan telur kan..nanti sakitkan..pastu kakak kene makan ubat pati (homeopathy) kan..nanti baik boleh makan telurkan?”.”Pandai.InsyaAllah nanti baikkan.”

Kesian sebenarnye tengok dia teringin. Apalagi dia memang suka makan telur. Satu hari selepas lebih dari sebulan tak makan telur, kakak pergi rumah jiddah macam biasa waktu ummi pergi ofis. Haritu, seisi rumah jiddah makan nasi lemak. Sepinggan telur goreng terhidang atas meja. Fida’ macam biasa, sampai rumah jiddah, panjat meja, buka tudung saji. “Jiddah masak telur? Kakak nak!”. Okey, takde siapa sempat sorokkan telur. Dia sudah sangat teringin. Soooooooo, even jiddah explaining things, dia dah tak kuasa nak dengar. Dia menjerit-jerit, meraung-raung-“Kakak nak makan telur jugak!!Nak telur…nak telur…”; which at last jiddahlah yang kalah…uhuhu…and kakak dapat telur! Well, when mama deliberate the story, mengenali Fida’ bila dia mengamuk-meraung, apalagi nak cakap…plus, it already happens kan… 😦

DSC00147

Pastu, the next time when it happens semasa dia dengan ummi, I just ask her to read doa makan, then bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ard wala fissama’ wa huwassami’ul ‘alim[1] followed by simple doa “Ya Allah, jangan bagi kakak sakit bila kakak makan telur. Amin.”

Alhamdulillah, things goes well. Setelah dua-tiga kali, setiap kali dia makan telur, sama ada dia tak naik atau kalau naik taklah sesevere dulu.

Tapi, seboleh mungkin, semua telur siblings masih perlu disorokkan daripada dia. Yelah, sebab allergy insyaAllah can re occur again bila kita full blast kan…. 🙂

****

Whether you believe it or not..doa memang menjadi senjata  orang-orang mukmin. Saya percaya, doalah yang menjadikan ibu-ibu Muslim kuat semasa bersalin. Kalau anda ada masa, cubalah bersembang dengan ibu anda atau nurse-nurse di wad labour room, pasti anda akan temui kesimpulan yang sama.

Ibu bercerita, “Masa ibu bersalin abang dulu. Ibu bersalin dekat sebelah bilik seorang Hindu. Masa dia bersalin, dia menjerit melolong sampai kita yang belum bersalin jadi takut tak pasal-pasal. Kita orang Islam jangan macam tulah. Bila sakit nak bersalin, ibu baca ayat kursi..qul huwallah semua. Setengah orang biasa ambil epidural, kalau ibu, tak payahlah. Kitakan orang Islam. The natural it goes, insyaAllah lebih baik.”

Mama pulak, “Bila mama sakit nak bersalin, mama and papa sama-sama baca ayat kursi, rabbi yassir wala tu’assir dan doa-doa lain sendiri-sendiri.” “Amik epidural ke?” “Tak payahlah. Entahlah, memang takde dalil cakap tak salah ambil…tapi rasanya macam as Muslim, better tak ambil”

Dari Wabishah bin Ma’bad ra dia berkata: Saya mendatangi Rasulullah saw lalu beliau bersabda, “Engkau datang ingin menanyakan kebaikan?” Saya menjawab “Ya”. Beliau bersabda,”Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan adalah apa yang jiwa dan hati tenang kerananya, dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwa dan menimbulkan keragu-raguan dalam dada, meskipun orang memberi fatwa kepadamu dan menegaskannya” (HR Ahmad dan Ad-darimi dengan sanad hasan)

Kadangkala, ilmu yang tebatas menjadikan kita tidak tahu memilih yang terbaik.Maka doalah ubatnya. Doa adalah ibadah sekaligus senjata orang-orang mukmin yang berfungsi membina jiwa dan keperibadian ibu-ibu Muslim yang melahirkan hingga mereka tidak meraung-raung sewaktu proses melahirkan bayi. Alangkah, bersyukurnya- alhamdulillahi rabbil ‘alamin- kerana kita menjadi Muslim. Adakah orang yang lebih sabar, lebih tabah, lebih beretika/berakhlak hatta ketika menghadapi saat-saat melahirkan bayi melebihi ibu-ibu Muslim yang berdoa?

Adakah orang-orang yang lebih beretika/berakhlak hatta ketika menghadapi saat-saat sakaratul maut yang dahsyat kecuali orang-orang Muslim yang berdoa-yang ditunjuki oleh ALlah? Hingga tatkala orang lain menjerit-jerit, atau risau meninggalkan harta dan orang-orang kecintaan tatkala menghadapi sakaratul maut, orang Islam cuma mengucapkan lafaz syahadah “Asyhadu anlailahaillah wa asyhadu anna Muhammadar rasulullah”, seolah mengatakan…telah tamat riwayat sementaraku. Aku menuju ke barzakh dan bertawakal kepada Allah atas urusan orang-orang kecintaan dan harta-hartaku.

zikir

Semoga Allah menunjuki jalan yang yang lurus, agar kita mampu dengan tenang menghadapi sakaratul maut dengan syahadah. Amin.

****

A. SIFAT ALLAH AL-MUJIB

almujibDalam asma’ Allah yang 99, yang paling terkait dengan doa ialah sifat Allah Al-Mujib. Al-Mujib bermaksud Yang Menjawab/Yang Memperkenankan/Yang Memakbulkan/Yang Memotong hingga hamba tidak perlu lagi terus meminta. Al-Mujib cuma disebut sekali dalam AQ. Iaitu dalam Surah AlBaqarah 2:186.

2_186 AlMujib

Dari ayat “Wa iza sa alaka ‘anni fa inni qariib – Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku, maka sesungguhnya aku dekat”-Allah memberi pelajaran kepada kita tentang tidak perlunya perantara dalam kita berdoa kepada Allah krn Allah dekat :). Subhanallah walhamdulillah wallahuakbar, nice isn’t it to feel close to our loved ones? 🙂

Ai. CARA BERTAWASSUL MENURUT RASULULLAH SAW

Bagaimanapun, dari kisah-kisah manusia seluruh dunia kita mengetahui sebahagian orang suka bertawassul, menggunakan sesuatu sebagai cara bodek (ayat rocknya :))  agar Allah memakbulkan permintaannya. Bolehke yek?..jeng jeng jeng 🙂

Daripada hadis kita mengetahui ada 3 cara bertawassul yang dibolehkan oleh syarak.

1- Dengan menyebut asma’ Allah sebelum memulakan doa.

Diriwayatkan drp Anas bin Malik ra katanya: Suatu ketika Nabi saw masuk masjid. Ketika itu terdapat seorang lelaki yang baru selesai menunaikan solat sedang berdoa. Dalam doanya dia berkata: Ya Allah, tiada Tuhan melainkan Engkau, Tuhan yang mengurniakan, Engkau Tuhan yang mencipta langit dan bumi, Engkau Tuhan yang memiliki keagungan dan penghormatan. Lantas Nabi saw bersabda: Adakah kamu tahu dia menyeru Allah dengan apa? Dia menyeru Allah dgn namaNya yang teragung. Apabila nama ini diseru, doanya akan diperkenankan dan apabila di minta dengannya, akan diberikan

(HR Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai dan Ibnu Majah)

2- Bertawassul dengan amal soleh

Dari Abu Abdirrahman bin Abdullah bin Umar bin Khattab ra, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bercerita:

“Sebelum kalian, ada 3 orang sedang berjalan-jalan, kemudian mereka menemukan sebuah gua yang dapat digunakan untuk berteduh dan mereka pun masuk. Tiba-tiba ada batu yang yang besar dari atas bukit bergolek dan menutupi pintu gua, hingga menyebabkan mereka tidak dapat keluar. Salah seorang di antara mereka berkata: “Sungguh tidak ada yang dapat menyelamatkan kalian dari bahaya ini kecuali bila kalian berdoa kepada Allah SWT dgn menyebutkan amal-amal soleh yang kamu perbuat

Kemudian, salah seorang di antara mereka berdoa: “Ya Allah, saya mempunyai orang tua yang sudah renta. Kebiasaanku, mendahulukan mereka minum susu sebelum saya berikan kepada anak, isteri dan budakku. Suatu hari, saya terlambat pulang kerana mencari kayu dan keduanya sudah tertidur. Aku tidak sampai hati membangunkannya, tapi aku tetap memerah susu untuk persediaan minum keduanya. Walaupun begitu, saya tetap tidak memberikan susu kepada keluargaku maupun budakku sebelum keduanya minum. Dan saya menunggu mereka bangun hingga terbit fajar. Ketika keduanya bangun, saya berikan susu itu kepada mereka, padahal malam semalam anakku menangis terisak-isak meminta susu sambil memegang kakiku. Ya Allah, jika aku berbuat itu kerana mengharap redha-Mu, maka geserkanlah batu yang menutupi gua ini”.

Kemudian, bergeserlah sedikit batu itu, tetapi mereka masih terperangkap dalam gua tersebut.

Orang kedua pun melanjutkan doanya:”Ya Allah, sesungguhnya saya mempunyai saudara sepupu yang sangat saya cintai. Saya sangat mencintainya sebagaimana seorang lelaki mencintai seorang perempuan. Saya selalu ingin berbuat zina dengannya, tetapi ia selalu menolaknya. Beberapa tahun kemudian, ia tertimpa kesulitan. Ia pun datang meminta bantuanku, dan saya berikan kepadanya 120 dinar dengan syarat menyerahkan dirinya bila saya menginginkannya.Ketika saya berada di antara kedua kakinya, ia berkata: “Takutlah kamu kepada Allah. Jangan kamu pecahkan delaput darahku kecuali dengan jalan yang benar”. Mendengar yang demikian saya meninggalkannya dan merelakan emas yang aku berikan, padahal dia orang yang sangat saya cintai. Ya Allah, jika perbuatan itu kerana mengharapkan redhaMu, maka geserkanlah batu yang menutupi gua ini”

Kemudian, bergeserlah batu itu, tapi belum dapat membuat mereka keluar dari gua tersebut.

Orang yang ketiga melanjutkan doanya: “Ya Allah, saya menggajikan beberapa pekerja dan semuanya digaji dengan gaji yang sempurna kecuali seorang kerana dia meninggalkan saya dan tidak mahu mengambil gajinya terlebih dahulu. Kemudian gaji itu saya laburkan hingga menjadi banyak. Selang beberapa tahun, dia datangdan berkata: “Wahai hamba Allah, berikanlah gajiku!”. Saya berkata,”Semua yang kamu lihat baik unta, lembu, kambing mahupun budak yang mengembalakannya, semuanya adalah gajimu.” Ia berkata, “Wahai hamba Allah, janganlah engkau mempermainkan aku”. Saya menjawab:”Saya tidak mempermainkanmu”. Kemudian diapun mengambil kesemuanya itu tanpa meninggalkan sedikitpun. Ya Allah, jika perbuatan itu kerana mengharap redhaMu, maka singkirkanlah batu yang menutupi pintu gua ini”

Kemudian, bergeserlah batu itu dan merekapun dapat keluar dari dalam gua.

(HR Bukhari dan Muslim)

3. Bertawassul dengan orang soleh (mesti hidup dan wujud – bukan kubur atau orang soleh yang dah mati)

Rasulullah saw bersabda,”Sebaik-baik tabiin adalah lelaki yang bernama Uways. Dia punya seorang ibu yang dia perlakukan dengan baik. Kalau dia bersumpah atas nama Allah, pasti dia menepatinya. Ciri-cirinya: ada warna putih bekas kusta di tubuhnya. Temuilah dia, dan pintalah dia untuk memohonkan ampun untuk kalian.”

(HR Muslim)

Aii. SYARAT DIKABULKAN DOA

Shooting Your Weapon

Dari Al-Baqarah 2: 186 juga, Allah kemudian berfirman “Ujiibu da’watad da’i iza da’an – Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku”-which makes we smile happily 🙂

Tapi, ayat tu tidak berhenti di situ…Allah kemudian menyambung ayat tersebut dengan “falyastaajiibuli wal yu’minu bi la’allahum yarsyudun-Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran”

Maka disini Allah memberitahu kita-Yes, I will granted whatever your wish are tapi dengan 2 syarat i.e. 1-kamu memenuhi perintahKu dan 2-kamu beriman kepadaKu

Inilah 2 syarat yang as we read, it looks simple but in reality, it isn’t as simple as we thought. Substansi iman kita yang turun naik selalu membawa kita ke realiti yang memaparkan kualiti dan kuantiti amal yang turun naik juga dalam rangka memenuhi perintah Allah. Sekaligus menjadikan kita terpaksa mengintropeksi/memuhasabah diri dan sentiasa membetulkan diri kita setiap hari dalam perjalanan hidup kita agar insyaAllah dengan keistiqamahan kita memuhasabah, beristighfar dan memperbaharui niat, Allah berkenan memakbulkan permintaan-permintaan kita. Terutama permintaan untuk kekal dalam iman, istiqamah dengan iman dan mendapat pengakhiran husnul khatimah. Rabbana, innana sami’na munadiyay yunadi lil iman an aminu birabbikum fa amanna. Rabbanaghfirlana zunubana wa kaffir ‘anna sayyiatina wa tawaffana ma’al abrar-Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang menyeru kepada iman iaitu “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu ” maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami beserta orang-orang yang berbakti-Ali Imran 3:193. Amin.

B. KONSEP PEMAKBULAN DOA

Dalam Surah Mukmin 40:60, Allah sekali lagi menggalakkan kita berdoa,”Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembahKu akan masuk neraka dalam keadaan hina dina”

Dari ayat ini, Allah berjanji memperkenankan doa orang-orang yang menyembahNya. Ulama’ menggariskan 3 konsep pemakbulan doa.

1) Allah mengabulkan permintaan si peminta

2) Allah tangguh pemakbulan doa si peminta hingga dia beroleh permintaannya di akhirat. Sahabat Rasulullah saw Khabab bin Arat r.a adalah seorang yang sangat mengimpikan nikmat berlimpah ruah di syurga, hingga dia mengatakan, “Sungguh aku bimbang dengan banyaknya nikmat di dunia, hingga nikmat di syurga dikurangkan”. Subhanallah atas imannya. Kite? Hehe…berharap dapat dua-dua…kadang sampai kalau boleh Allah tidak memberi any ujian pun terhadap keimanan kita. Deng!!! 😀

3) Allah tahan keburukan yang bakal menimpa kita sebanyak permintaan kita. Ni contohnya macam Fida’ punye cerite tadi. Mungkin, kalau dia tak baca doa, banyak bisul yang naik sebab allergy terhadap telur. Tapi subhanallah bila dia baca doa, bisul yang naik selalu tak banyak sangat. Like 1-2 bisul compared to kalau dia tak baca doa.

Dari Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda:” Akan dikabulkan permintaan setiap orang dari kalian, asalkan ia tidak tergesa-gesa dengan mengucap (pada lisan/hatinya): Aku telah berdoa kepada Tuhanku, tetapi tidak juga dikabulkan.”

(HR Bukhari dan Muslim)

C. ADAB-ADAB KITA BERDOA

Dalam Surah Al-A’raf 7:55, Allah berfirman, “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”

Maka, dari ayat ini kita mengetahui adab-adab berdoa menurut Al-Quran ialah (1)rendah hati i.e. rasa berhajat yang sampai pada sifat penuh harap tapi tidak melupakan tawakal dan dan redha terhadap ketentuan terhadap permintaan kita.

Yang ke(2)-suara yang lembut sebagai ikutan dari pengharapan, penuh adab, rasa takut dan hormat. Bukan jerit-jerit atau mengugut macam hero hindustan ;p.

D. WAKTU-WAKTU SPECIAL – DOA DIMAKBULKAN

Kat sini ialah collection-collection special time for Muslim to shoot their weapon berdasarkan informer yang paling jujur- Al-Amin, Rasulullah saw. 🙂

1. Antara Azan dan Iqamah

Dari Anas bin Malik ra, ia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:”Doa yang tidak akan ditolak adalah doa antara azan dan iqamah” (HR Tirmidzi)

2. Ketika Sujud Yang Terakhir

Dari Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda:”Sedekat-dekat seorang hamba kepada Tuhannya adalah ketika ia sujud, maka perbanyakkanlah doa sewaktu bersujud” (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda:”Adapun pada waktu ruku’ maka agungkanlah nama Tuhan, dan pada waktu sujud maka bersungguh-sungguhlah dalam berdoa kerana sudah sepantasnya doamu pada waktu sujud dikabulkan” (HR Muslim)

3. Pertengahan Malam

Dari Umamah ra ia berkata: Rasulullah saw pernah ditanya: “Pada waktu apakah doa itu sangat didengar? Beliau menjawab: “Yaitu pada waktu tengah malam yang akhir dan sesudah solat fardhu”  (HR Tirmidzi)

Jabir ra berkata bahawa ia mendengar Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya pada waktu malam itu ada waktu yang jika seorang Muslim menemukannya dan memohon kepada Allah swt kebaikan untuk semua urusan dunia dan akhiratnya, nescaya Allah akan mengabulkan permohonannya itu. Waktu itu ada pada setiap malam” (HR Muslim)

4. Berbuka Puasa

Abdullah bin Amr bin AL-Ash ra berkata, Rasulullah saw bersabda, “Bagi orang yang berpuasa ada waktu berdoa yang tidak akan di tolak” (HR Ibnu Majah)

5. Hari Jumaat antara 2 Khutbah

Dari Abu Hurairah ra bahawasanya ketika Rasulullah saw membicarakan Hari Jumaat, beliau bersabda: “Pada hari itu ada suatu saat, apabila ada seorang Muslim yang sedang solat bertepatan dengan saat itu kemudian ia memohon kepada Allah, nescaya Allah mengabulkan permohonannya”. Dan beliau berisyarat dengan tangannya menunjukkan bahawa saat itu sangat sebentar” (HR Bukhari & Muslim)

6. Bulan Ramadhan dan Malam Laylatul Qadr

Barangsiapa yang berdiri melaksanakan solat pada malam laylatul qadr disertai dengan keimanan dan keihlasan hanya kerana Allah, maka semua dosanya yang pernah ia lakukan diampuni” (HR Bukhari & Muslim)

7. Pada Hari Arafah i.e. pada hari jemaah haji berkumpul melaksanakan wukuf di Padang Arafah. Rasulullah saw bersabda: ” Sebaik-baiknya doa adalah pada waktu Hari Arafah” (HR Tirmidzi)

8. Dalam Peperangan

Dari Sahl bin Sa’ad ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “Ada 2 macam doa yang tidak tertolak atau sedikit sekali akan tertolak, iaitu doa sewaktu azan, dan doa di waktu kemuncak peperangan, yakni ketika pasukan yang satu menyerang pasukan yang lain (musuhnya)” (HR Abu Dawud)

doa

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, nampaknya selesai perkongsian saya tentang doa. Semoga selepas ini, Allah berkenan melorongkan kita peluang untuk lebih banyak berdoa dan kita akan lebih committed untuk mengambil manfaat berdoa pada waktu-waktu peak yang mana our weapon surely shooting its target. Ihdinassiratal mustaqim. Amin.

Rujukan: Nota Taman-Taman Syurga, Riyadhus Shaliheen Imam Nawawi, Taman untuk Anak Soleh Muhammad As Shayim, Indahnya Ramadhan di rumah kita Dr Akram Ridha, Keutamaan Birrul Walidayn Ibrahim al-Hazimiy

[1] “Siapa yang membaca bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ard wala fissama’ wa huwassami’ul ‘alim 3 kali pagi dan 3 kali petang nescaya Allah akan menjauhkan daripadanya segala perkara yang berbahaya dan dia tidak akan ditimpa oleh musibah yang mengejut atau tiba tiba” (HR Abu Daud dengan sanad Hasan)


Read Full Post »