Feeds:
Posts
Comments

Hati Rabbani

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan saya nikmat seorang suami dan para  sahabat yang insyaAllah bergerak menuju keredhaan Ilahi. Kerana tanpa kurniaan ini, mana mungkin saya mampu melihat dunia dengan pandangan mata hati. Alhamdulillahi rabbil ‘alamiin.

Pertamanya, assalamualaikum warahmatullah buat kawan-kawan pembaca. Entry kali ini lebih merupakan sebuah catatan peribadi sebagai peringatan buat diri saya sendiri. Semoga di masa lain, tatkala saya terlupakan hakikat diri saya, saya akan kembali di ingatkan dengan peringatan ini.

2547841532_47aa03d568_o

Beberapa minggu yang lalu, Izwan menulis tentang remark khatib solat Jumaat yang berkata, “Yang Tak Berkelubung  Pasti Tak ke Syurga, Yang Berkelubung Tak Pasti Ke Syurga”. He was shocked…His exact words was, “I’m not denying for women to cover parts of their body but I was shocked! We are human, and the judging for heaven or hell is 4JJI’s not ours.”

Melihat hal ini saya tidaklah begitu terperanjat. Kerana syaitan selalu melupakan keberadaan diri kita hingga kita berada dalam kondisi perasan benar. Ya, kita memang benar bila kawan kita tak bertudung, dia berdosa kerana tidak menutup aurat. Konsep simple was berdosa, masuk neraka. That was what been thought by us. Tapi persoalannya, (1)apakah boleh seorang dai’e mengambil singkap melabel A akan masuk neraka dan B akan masuk syurga. Itu suatu hal yang lain pula. (2) Adakah kita memang pasti dia tidak mempunyai amal-amal baik yang boleh menghantarkan dia ke syurga?

Apa kata kita kaji hal (1) ini bersama-sama?

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullullah saw bersabda: “Pada zaman Bani Israil dahulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza. Lelaki yang pertama suka berbuat dosa, sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah ini melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya.

Suatu ketika, ahli ibadah itu berkata lagi, “Berhentilah daripada perbuatan dosa.” Ahli maksiat pun menjawab, “Jangan pedulikan aku, terserah kepada Allah yang akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi setiap apa yang aku lakukan?” Ahli ibadah membalas, “Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah.” Setelah kedua-dua ahli ibadah dan ahli maksiat itu mati, Allah swt telah menghakimi kedua-dua mereka di hadapan-Nya. Allah swt menyoal ahli ibadah, “Adakah kamu lebih mengetahui daripadaku? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang berada dalam kekuasaan-Ku?” Kemudian, Allah berfirman kepada ahli maksiat, “Masuklah kamu ke dalam syurga Berkat rahmat-Ku.” Sementara kepada ahli ibadah dikatakan, “Masukkan orang ini ke dalam neraka.”[1]

Saya pernah mendengar tazkirah seorang sahabat yang mengupas hadis ini. Kata sahabat saya, Allah menghukum ahli ibadah tersebut masuk ke neraka kerana dia telah berbuat syirik kepada Allah dengan menentukan seseorang masuk ke neraka. Ini kerana kuasa menghukum mutlak milik Allah dan bukan sekali-kali hak manusia yang tidak berkuasa atas makhluk yang lain.

Melihat hal ini, saya yakin, Mustafa Masyhur menulis buku “Kami Pendakwah, bukan Penghukum” kerana kecenderungan kebanyakan Muslim yang mengaku dai’e melakukan hal seperti imam dalam khutbah Jumaat tersebut. Seumur hidup saya menjadi seorang Muslim, bukan ini kali pertama saya mendengar komentar-komentar dai’e penghukum.

Melihat hal ini, saya sangat yakin seorang daie yang terpelihara dari sikap menghukum pastilah seorang daie yang dipelihara Allah. Melihat hal ini, saya ingin sekali agar saya tergolong daripada daie yang Allah memberi saya penglihatan dari mata hati agar saya mampu melihat dari perspektif rabbani dan bukan dari perspektif saya sendiri-sendiri. Amat beruntung orang-orang yang mengamalkan doa akhir ma’thurat, “wala takkilna ila anfusina torfata aini wa aqolla min zalika ya ni’mal mujiib-Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah memperkenankan permintaan (perkenankanlah).”

Menurut pendidik saya yang amat saya kasihi, golongan rabbani yang mampu melihat dari perspektif rabbani hanya lahir daripada orang-orang yang mukhlis. Dan menjadi orang yang mukhlis walaupun merupakan impian banyak orang bukanlah perkara yang mudah. Salah satu perkara yang mesti dibuat untuk tetap menjadi ikhlas kerana Allah adalah memperbaharui niat dengan beristighfar.Dari Abu Hurairah ra, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku mohon ampun dan bertaubat kepada Allah lebih dari 70kali dalam sehari” (HR Bukhari)

renovation

Bercerita tentang memperbaharui niat, mari kita sama-sama menyemak Hadis 1/Hadis 40 yang dikumpulkan oleh Imam Nawawi rahimahullah.

hadis1

Daripada hadis ini, kita mendapat kesimpulan bahawa meniatkan sesuatu kerana Allah & rasul menjadikan pekerjaan harian kita menjadi ibadah yang dalam kata lain menjadi nilai tambah bagi seorang yang tergolong Muslim. Dengan niat kerana Allah & rasul, mandi, makan, minum, tidur kita sehari-hari, pekerjaan rumah/ofis sehari-hari menjadi ibadah dan tidak sekadar sebuah adat. Maka, niat menjadikan suatu yang kecil menjadi besar. Subhanallah 🙂

Dalam masa yang sama, niat boleh menjadikan suatu yang besar menjadi kecil. Tercatat dalam Kisah Sirah tentang si fulan yang gugur dalam medan jihad. Para sahabat Rasul saw merasa cemburu melihat  si fulan yang gugur sebagai syahid. Rasulullah saw kemudian memberitakan si fulan masuk neraka. Terkejut para sahabat ra. Rasulullah saw kemudian menjelaskan beliau tidak masuk syurga kerana niat dia berjihad adalah untuk menunjukkan keberanian dan kepahlawannya dan bukan kerana Allah & RasulNya. Maka, niat menjadikan suatu yang besar menjadi kecil – tak bermakna. Huhuhu 😦

Niat adalah sesuatu yang berkait antara keikhlasan individu dengan Allah swt sahaja. Tidak ada seorang pun yang dapat menjangka/mengukur/menilai keikhlasan seseorang. Oleh kerana niat terkait dengan diri kita dengan amal soleh kita hanya untuk Allah, kita mesti mengetahui barometer amal soleh sehingga suatu amal digelar amal soleh. Bak kata Fudhail bin ‘Iyadh, “Sesungguhnya amal perbuatan jika sudah ikhlas namun tidak benar, tidak akan diterima. Jika benar, namun tidak ikhlas, juga tidak diterima, sebelum menjadi amal yang ikhlas dan benar.Ikhlas jika hanya kerana Allah, sedangkan benar jika mengikut Sunnah Rasulullah saw”.

Jadi bagaimana kita mengetahui sama ada amal soleh kita benar-benar dikatakan amal soleh? Menurut Yusuf  Qardhawi, ada 5 syarat sehingga suatu amal boleh digelar suatu amal yang soleh.

  1. Diniatkan kerana Allah
  2. Amal yang disyariatkan-sama ada yang disyariatkan itu wajib, sunat atau harus.
  3. Amal itu dilakukan dengan tekun dan sungguh-sungguh (itqan)
  4. Tidak mempunyai unsur-unsur yang bertentangan syariat
  5. Kalau itu urusan dunia- ia tidak harus melebihi urusan akhirat seperti solat.

Maka, itulah dia syarat amal kita dikira sebagai amal soleh menurut kacamata ulama’ besar, Yusuf Qardhawi. Semoga dengan kita sentiasa memelihara rutin istighfar, memperbaharui niat dalam beramal dan memelihara solat, Allah berkenan menuntun kita untuk sentiasa ikhlas dalam beramal di dunia untuk kehidupan akhirat yang abadi. Amin.

Untuk akhirnya, saya sampaikan berita gembira dari Rasulullah saw buat orang-orang yang tulus ikhlas dengan syahadah mereka, “Rasulullah saw bersabda, “Orang yang paling berbahagia dengan syafaatku adalah orang yang mengucapkan  la ilaha illallah secara tulus ikhlas dari hatinya”(HR Muslim)

Semoga ALlah berkenan menggolongkan kita sebagai orang-orang yang ikhlas kerana Allah hingga ke titisan akhir hayat kita. Amin.

Chicken Pox

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kawan-kawan…

dsc00510

Harini saya nak share about chicken pox setelah both of my kids dijangkiti virus chicken pox. Orang kata, “Chicken pox ni kene sekali je seumur hidup. Kalau dah kena sekali, biasa tak kene lagi dah”.

Tau tak kenapa? Well, this is because chicken pox is an infection caused by the varicella-zoster virus. The immune system makes antibodies during the infection. These fight the virus and then provide lifelong immunity. Therefore, it is rare to have more than one time of chickenpox. Subhanallah, hebat betul immunity system yang Allah jadikan dalam tubuh kita. “Wa fi anfusihum afala tubsirun-dan di dalam dirimu sendiri, tidakkah kamu memperhatikan?” (Adz-Dzariyat 51:21)

CHICKEN POX TREATMENTS

A. Medical Doctors

Masa Fida’ kene chicken pox, paedetrician Ampang Puteri, Dr Kumari cuma beri calamine lotion dan ubat untuk itchiness sebab dia chicken pox tanpa any fever.

Bila Faatih kene chicken pox, we go to nearby clinics, doktor tu prescribes antibiotics yang dia claim untuk keringkan bintat-bintat yang berair selain dari calamine lotion, ubat untuk alahan/gatal, dan ubat demam. I am not a doctor, but my studies reveal our immune system develops antibodies during the infection (1), and paedetrician did not prescribe antibodies for Fida’ (2), so, I do believe we don’t need antibiotics for our chicken pox’s kids.

From my experiences, I know they’re two types of calamine lotion; i.e. with menthol and without menthol. They’re also lotion types and cream type of calamine. Without menthol works better for my children since Fida’ not complained and Faatih tak nangis-nangis masa dipakaikan ke badannya. With menthol makes Fida’ complained panas and Faatih menangis-nangis selama proses calamine lotion dipakaikan sampai dia kering.

faatih with calamine lotion

Thus, kesimpulannya based on my experiences, what we need from doctors are:

1) Calamine cream/lotion without menthol

2) Medicine for their itchiness

3) Ubat demam sekiranya demam.

Pada zaman sekarang, alhamdulillah kita mempunyai vaccine terhadap chicken pox menyebabkan anak-anak ramai yang terhindar dari chicken pox. Tapi, vaccine merupakan usaha yang tidak menjamin 100% anak kita bebas dari chicken pox seumur hidup. Contohnya Fida’. Fida’ mengambil chicken pox pada usia 1tahun 4bulan, tapi dia tetap terkena jangkitan chicken pox. Bezanya berbanding Faatih yang tak pernah ambil chicken pox immunisation, Fida’ dijangkiti chicken pox tanpa demam sedang Faatih bersamaan demam serentak. Fida’ juga tak naik banyak pada muka tapi Faatih naik penuh kat muka sampai mukanya sembab dengan bisul chicken pox dan kepala terpaksa dibotakkan sebab penuh satu kepala.

Jadi kepada parents, saya sarankan ambillah chicken pox immunisation sekiranya berkemampuan. Menurut kidshealth.org, chicken pox immunisation boleh juga di ambil untuk kanak-kanak berumur lebih 1tahun sebagai prevention act for our children from severity of chicken pox.

B. HOMEOPATHY

As all aware, our family is homeopathy consumers. For chicken pox, homeopathy offers:

1) Syampu Mandian Herba yang digunakan untuk mengurangkan gatal-gatal.

2) Bedak sejuk herba which is clamine lotion siblings.

3) Chicken pox tablets untuk keluarkan semua virus chicken pox (varicella-zoster)

4) Cuci darah tablets untuk hilangkan semua parut pada kulit at the same moment virus chicken pox keluar.

Menurut kawan-kawan, virus chicken pox setelah sembuh meninggalkan bintat-bintat berwarna hitam pada kulit. Alhamdulillah dengan ubat cuci darah, Fida’ punya parut chicken pox dissapear as soon as dia sembuh dari chicken pox. Thus, for hoemopathy medicine I will recommend item 1,3 & 4 to be consumed by parents.

C. TRADITIONAL WAYS

Dari perubatan traditional,

1) Minum air kelapa untuk keluarkan semua virus chicken pox.

2) Mandi air rendaman beras yang direbus bersama daun semambu (untuk menghilangkan gatal according to petua nenek/untuk mengeringkan bisul chicken pox according to K. Suhaila mak Aqilah)

3) Blend daun semambu dan campurkan dengan air rendaman beras dan bedak sejuk (untul gatal/keringkan bisul chicken pox juga)

faatih dan daun semambu

Ketiga ini adalah yang saya buat dengan bantuan mama kepada anak-anak saya.

Dari petua nenek,

1) daun semambu boleh digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal dengan diminum air rebusannya dan digunakan untuk menghilangkan parut hitam chicken pox dengan menumbuk lumat dan diletakkan je pada kawasan yang dikehendaki seperti pakai inai cara traditional.

2) jagung muda di parut lumat dan diletakkan pada parut demam campak untuk emnghilangkan parutnya.

Dari kidshealth.org,

1) Oatmeal yang diblender hingga lumat boleh dimasukkan dalam air suam dan dijadikan ubat gatal chicken pox

Tips oatmeal ni mb bagi Malaysian pasti high cost tips tapi bagi Malaysian yang berada luar Malaysia macam Joely, Sis Nurul, Kak Da pasti berguna.

SEVERITY CHICKEN POX BETWEEN ADULTS & CHILDREN

Chicken pox dikatakan severe apabila terkena orang dewasa lebih dari kanak-kanak. Lebih-lebih lagi kalau the adults dalam preganancy period. Saya menyaksikan sendiri apabila pembantu rumah kami dijangkiti chicken pox selepas terjangkit dari Fida’. Ini membuatkan abi sedikit bimbang kalau dia dijangkiti chicken pox sebab dia tak ingat kalau dia pernah dijangkiti chicken pox atau tak. Alhamdulillah pernah menurut ibu dan mak long, orang-orang yang berjasa besar dalam membesarkan abi.

Mak Long kata, “Kalaupun dah kena sekalipun, yang dapat menjamin kita dari betul-batul tak dijangkiti sekali lagi hanyalah Allah. Bacalah “Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fissama’i wa huwassamiul ‘alim” banyak-banyak. InsyaAllah tidak dijangkiti lagi” [Rasulullah bersabda kalau kita baca zikir ni kita akan terhindar dr segala mudarat/malapetaka]

“Oh ya tak ya. Terima kasih Mak Long”

Inilah sedikit sebanyak mengenai chicken pox yang saya kongsikan bersama kawan-kawan. Apapun ingatlah selalu setiap penyakit datangnya dari Allah dan kepada Allahlah kembali semua urusan menyembuhkan. Jadi setiap kali berusaha untuk menyembuhkan diri atau ahli keluarga selalulah membaca doa Nabi Ibrahim, “Rabbana ‘alaika tawakkalna wa ilaika anabna wailaikal masir-Ya Tuhan kami hanya kepadamu kami bertawakal dan hanya kepadaMu kami bertaubat dan hanya kepadaMu kami kembali” (Al-Mumtahanah 60:4). Semoga dengannya kita terhindar dari melupakan keberadaan Allah dalam usaha berubat especially bila kita dalam usaha mengubati penyakit yang membawa maut seperti kanser, sakit jantung kritikal dll.

Seorang sahabat yang jauh di mata dekat di hati pernah bercerita tentang ayahnya yang sakit jantung berlubang, buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis sekaligus yang didiagnose doktor kritikal dan tak dapat diubati lagi.

“Doktor suruh ayah operate jantung 3 tahun lepas tapi ayah tak nak. Mb waktu tu masih boleh bergerak bebas, jadi takdelah rasa significant untuk buat operation. Sekarang, doktor pulak tak bagi operate. Kata doktor, operate pun dah tak boleh buat apa-apa lagi.”

“Homeopathy dah try?”

“Dah, tapi tak de kesan. Maybe dah teruk sangat kut. Saya risau sebenarnya sebab mak dan ayah skrg ni berusaha jumpa bomoh. Takut syirik. Tempat tu macam pakai jin. Sebab lepas pada operation tu, mak suruh adik pergi Sungai Gombak buang telur dll untuk pengeras bomoh tu. Mintak bantuan jin syirikkan? Yang biasa ustaz-ustaz buat tu halau jin kan bukan mintak bantuan jin?”

Kami yang berada kat situ cuma mengiyakan.

“Saya sedih. Maklumlah ayah orang terpelajar. Dulu, ayah waktu tak sakit selalu mengutuk orang-orang yang berjumpa bomoh. Kata beliau, syirik, perbuatan orang tak berfikir dan orang tak berpelajaran. Sekarang dia pula yang buat. Bila kami adik beradik menasihati, kami malah dimarahi. Mak cakap, “Habis kamu nak ayah pergi ye?” Bukan saya nak diri saya tak berayah, tapi kita ni Muslim. Apapun usaha kita, kalau ajal datang takde yang dapat menghalang. Saya cuma nak dia mati dalam redha Allah. Tolong doakan ayah saya ya”.

Semoga beliau sempat bertaubat sebelum beliau meninggal dunia tempoh hari….

Begitulah luahan hati sahabat saya. setiap mengingat peristiwa itu, saya selalu ingat hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud r.a, “Demi Allah yang tiada Tuhan selainNya, sesungguhnya ada seorang di antara kalian yang sentiasa beramal dengan amalan penghuni syurga, hingga jarak antara keduanya tinggal sehasta, namun ketetapan Allah mendahuluinya, lalu ia melakukan amalan penghuni neraka hingga ia masuk ke dalamnya, dan sesungguhnya ada seorang di antara kalian yang sentiasa beramal dengan amalan penghuni neraka, hingga jarak antara keduanya tingga sehasta, namun ketetapan Allah mendahuluinya, lalu ia melakukan amalan penghuni syurga hingga ia pun masuk ke dalamnya” (HR Bukhari & Muslim)

Semoga Allah berkenan memelihara kita dari syirik. Allahumma inna na’uzubika min an-nusyrika bika syai-an na’lamuhu wa nastaghfiruka lima la na’lamuhu– Allahumma, kami berlindung dari mensyirikkanmu dari sesuatu yang kami tahu, dan kami memohon ampun dari mensyirikkanmu dari sesuatu yang kami tidak ketahui [Doa yang diajar Rasulullah saw untuk menghindari syirik]. Allah, ihdinassiratal mustaqim. Amin.

Performance Review

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Apa khabar kengkawan…sekarang ni kat ofis tengah YEPR (Year End Performance Review) cycle. Uhuh…tak best langsung. Bagi sesiapa yang tak tau, YEPR cycle tu ialah cycle yang tengok our yearly performance. Saya secara jujur selalu berharap saya bekerja kat company yang tak perform YEPR tapi i never found one yet. Downzz 😦

Or at least one YEPR yang tulus suci dari hal-hal selain dari pekerjaan. In my opinion, YEPR ni kan kadang-kadang mcm involve ‘political office’ where you’ve to be known to your senior managers, general managers n whatever kind of managers. Tak cukup kalau cuma our manager yang memang boss kite tu je yang kenal kita dan menjadi saksi terhadap kerja kita. Oh, whats a life….

performance-rev

Kadang-kadang rasa bagus kan kalau kita tak perlu buat YEPR, cukup je malaikat yang bawak turun spesifik amalan kita waktu office hour tu tunjuk kat boss. Ha there you see… I really performing my job ok. Tapi kadang-kadang seram jugak kalau malaikat yang bawak turun spesifik amalan kita kat boss kita. Habis semua rasa tak puas hati kat sesiapa kat ofis terbongkar. Hoah. Agaknya sebab tu HR suruh creates YEPR sendiri-sendiri where in many cases menyebabkan orang-orang yang writing skills dia bagus menonjol even die tak delah perform pun that job. Huhuh. Itulah dunia dan tipu dayanya.

Pada tahun 2008 yang lepas, bulan Ramadhan jatuh pada 1 September menjadikan kita have long weekend untuk menyambut merdeka menurut kalendar Malaysia. Teringat perbualan saya dengan seorang Kristian US Citizen, “So what is your plan for your holiday?”.

“Oh nothing much…I just want to change everything. My hang curtains to clean curtains, the used bed sheets to clean bed sheets, mop the floors, clean the toilets, tidy up everything so I will be happier”

“And all of those for celebrating Merdeka?”

“Oh, you may say that. But, to be honest with you, I never that eager celebrating Merdeka. Actually, I just want to make my family happier in celebrating Ramadhan”

“It will be tiring month next month for everybody”

“Hehe. Maybe, but I don’t want it to be that way. Because we believed Ramadhan is a Holy Month. We celebrate it with digesting ourselves with affordable good deeds that we can. Erm, because we believed we will be rewarded more for every deeds we did in this Holy Month. Perhaps with that, we may enter heaven.”

“Perhaps I may see you in heaven in the after-life”

At that point, I felt a bit uncomfortable. Yelah, I may answer “Yah, I guess so” but it does means saya berbohong. Cemana kalau nanti kat akhirat dia menuntut pada Allah kerana saya tipu. Hoh…habislah…At last a bit awkward saya menjawab,”Erm I don’t mean to offend you (sambil angkat tangan tunjuk mintak maaf), but I don’t believe it that way”

“Perhaps it will be two heavens in the after-life world?” He laughed

“Haha. I’m sorry but I don’t believe it so”

“Yah, its really a sensitive issue on this topics. But I believe God is soooo huge you know. Soo huge that he cannot afford to look for everybody. That’s y at the end people may do whatever they want. And then that’s y come this Jesus to save us for God already neglect us”

Terbelalak mata saya sambil saya tanpa sengaja menggeleng-geleng kepala. “I’m sorry M. But I don’t believe God is like that. You see this OFM software. We are the user of this software. Then, sometimes we encounter problem with this software. What did you do? You contact customer service office right? Why did you care to contact them? Because we think they should know since they’re the engineers who made up this software right? I believed our God is soo clever to creates differentiation in everyone of us…like in our DNA and thumb prints?..which means I don’t believe He is a bad manager at all.

You must encounter soo many managers in your life.You see a good managers care for every staff under his supervisions and bad managers let their staff did whatever they want. You as a father have sets of regulations for your kids. Don’t this, don’t that. Why we do that? Because we want the best out of our children. I believe a good God have to sets regulations to make us a good human. That’s y i wear hijab. That’s y I’m fasting. I am doing all of it because I know my God sets the best rules ever. ”

He then looks at me and said, “Oh…I see your point. Hurm, when you want to go offshore then?”

Hah..tukar topicslah tuh.Hehe….

Sahabat, apabila melihat YEPR dari sudut ini, nak tak nak saya terpaksa mengakui YEPR adalah a good way to manage a company. It makes the president may observe performances of his staff and ensure quality deliverabilities out of his staff. Yalah, of course it wouldn’t be as perfect as catatan malaikat, and full of politicsal office, but we have to accept it as human error if we in the president shoes. “Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (AlBaqarah 2:216)

Setiap kali saya merasa unappreciated dari company tempat saya bekerja kerana overworked due to shortage of manpower dan tidak mendapat reward dari YEPR, saya selalu alhamdulillah merasa bersyukur diizinkan Allah lahir dan tetap sebagai Muslim. Kerana sebagai Muslim sekalipun saya tidak mendapat reward dari YEPR saya di dunia, Allah masih berjanji akan membalas setiap kebaikan sekalipun hanya sebesar zarrah, “Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah nescaya dia akan melihat balasannya” (Al-Zalzalah 99:7). “Hal jazaul ihsani illal ihsaan- Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan pula””(Ar Rahman 55:60). Alhamdulillahkan kawan-kawan sebab kita diizinkan Allah menjadi Muslim? 🙂

Sahabat, mari kita sama-sama meluruskan niat. Agar setiap amal menjadi ibadah dan bukan rutin. Dan agar kita lebih tenang melalui kehidupan dunia kerana percaya keniscayaan balasan akhirat.

Untuk akhirnya, buat Mr M, I dedicate this song for you. May Allah open your heart for Islam. Amin.

There were once some people who all saw their lives like empty boxes.
They looked around the world, collecting up the things they liked.
They filled their lives in boxes with the goodies that they gathered
And they all felt in control, content, and they all felt alright.
They climbed inside their boxes, they settled with their trinkets.
They neither looked, nor learned much more and closed their lids up tight.
Once they’d fastened up their boxes they smiled there inside,
and they all thought in their darkness that the world was clear and bright.
But the world is not a box.
There’s no lid, no doors, no cardboard flaps or locks,
and everything in nature from the clouds to the rocks
is a piece of the puzzle of the purpose of man.
It’s a piece of the peace of Islam.

Along came a wondering wise man whispering such words of truth,
who stumbled on these boxes, so separate side by side.
He knocked upon the first one saying, “Please come out and feel the day”
An answer came from deep within, “You’re not of us please go away.”
He approached the second box and tapped thrice on the lid saying,
“Peace to you inside, shall I show you a new way?”
Someone peeked out from a crack and said, “You may just have a point,
but it’s so comfy in my box, in my box here I will stay”
But the world is not a box.
There’s no lid, no doors, no cardboard flaps or locks,
and everything in nature from the clouds to the rocks
is a piece of the puzzle of the purpose of man.
It’s a piece of the peace of Islam

He stood before the final box, a hiding face peeked out to him,
and much to his surprise, he said “I recognize those eyes!
I see you and you see me, why not come out and be free?
Faith and flowers wilt and die if they are hidden from the sky!
`Cause the world is not a box.
There’s no lid, no doors, no cardboard flaps or locks,
and everything in nature from the clouds to the rocks
is a piece of the puzzle of the purpose of man
It’s a piece of the peace of Islam.

Now centuries lie between all the prophets and you and I.
Civilizations are born and die each and every day.
We see good and bad and happy-sad and mad mistakes
we wish we hadn’t made in our attempt to try and live up to their way.
But if we hide ourselves away, afraid to grow and learn,
we might wake up in the flames of the ignorance that burns,
and we’ll never be much more than only casualties of war
in a struggle we can’t win if we have no faith to begin.
We’ve got to tip the lid and let some sunlight in,
`Cause the world is not a box.
There’s no lid, no doors, no cardboard flaps or locks,
and everything in nature from the clouds to the rocks
is a piece of the puzzle of the purpose of man
It’s a piece of the peace of Islam.

Assalamualaikum kawan-kawan,

Lama tak post-up anything. Abi sekarang sambung belajar, buat master kat UTP, Perak. Tinggallah 4 beranak menjadi 3 beranak. To make it more complete, Mama, orang yang selalu menjadi tempat pergantungan ummi dari kecik (sampai dah beranak dua…haha ;p) pulak pindah Kelantan. Meninggalkan ummi belajar sendiri-sendiri. Setiap hari dalam kepala macam ade motivational talk. You can do it, la yukallifullahu nafsan illa wus’aha (Allah tak memberatkan seseorang luar dari kemampuannya-ayat dalam AlBaqarah). Mesti untuk Kak Sya yang dah years have to survive without husband yang almost forever attached to other states/country rasa small matters je…dug!

home2

CABARAN 1: KAKAK & SEKOLAH

To be honest, at first I thought sangaat susah, especially sebab Kakak Fida’ still demand di hantar pergi ke sekolah every morning by orang-orang yang dia kenal, macam ummi/abi/jiddah. And since dia sekolah macam tulah, sama ada abi/jiddah/ummi kene hantar dia sekolah. As a result, ummi/abi sampai dekat LRT Putra pada waktu yang sangat memberangsangkan. Waktu favorit orang ramai-menjadikan kami kene tunggu 3-4 train sebelum dapat naik untuk ke ofis.Nak drive, traffic jem sebelum pagi dan petang sungguh menarikkan? Huhu. Now, leaving with the options kene hantar Fida’ sendiri ke sekolah, membuatku rasa tidak begitu happy. And ummi pun doa-doa harap-harap Kakak Fida’ nak pegi sekolah dengan Tok Chik, nenek Aqilah as intially arranged.

Before mama pegi, alhamdulillah mama sempat ke nagoya beli kain untuk jahit tudung sekolah Fida’ yang baru. Sebabnya, tudung yang sekolah jual sangat mahal. Satu tudung cost us RM20 with quality yang xbegitu membanggakan. The tudung materials is made of kain licin menyebabkan panas dan tak terletak kat bahu Fida’. We’ve to cut the tudung sebab labuh macam telekong, mak aih! Belum lagi jahit and adjust getah untuk make it fit dengan muka dan kepala kakak Fida’. Well Fida’ memanglah biasa bertudung tapi tudung made of Indonesia yang harga belum tawar cuma RM8 dekat kedai. Materialnya pun kain jojet yang menyerap peluh and comfortable to children. Dia sendiri, second day sekolah, tak nak pakai tudung sekolah. Dia kata tak best…menjadikan second day to school dia pakai tudung colour pink dengan baju seragam sekolah kuning/hitam. Sebabnya, “Kakak nak tudung colour pink jugak”. Huhu. Alhamdulillah jiddah berjaya menjahitkan Fida’ dan Aqilah tudung sekolah baru before mama pegi. And mama suruh ummi dan kakak hantar ke rumah Aqilah. Hurm, kat rumah Aqilah, bukan main syok main. Jadi ummi and mama Aqilah used their moments untuk buat Kakak Fida’ setuju ikut Tok Chik pegi sekolah. At first, atas semua jenis pujukan dia still kata “Tak nak, kakak nak ummi hantar jugak”, sampai ke ayat, “Kakak Fida’ ikutlah Tok Chik pegi sekolah. Boleh main dalam kereta sama-sama, pastu kat sekolah sambung main. Jadi Kakak Fida’ boleh main lagi lama dengan Aqilah.” Oh by that ayat, alhamdulillah harapan ummi termakbul. Setiap hari lepas tu dia sanggup pergi sekolah dengan Tok Chik – nak main punye pasal. Alhamdulillah. Kirenye ni my tips untuk kawan-kawanlah nak pujuk anak-anak tumpang orang or naik bas sekolah…Hehehe. Jadi, on that account, ummi berasa agak bahagia sebab ummi tak terperuk kat Putra Station tunggu LRT waktu Malaysian’s Favourite Time. Alhamdulillah.

Pastu, on regards to Kakak & Sekolah, ade bibi’ yang perlu diarrange supaya tak lupa tunggu Fida’ balik sekolah kat luar rumah sebab tak nak menyusahkan Tok Chik kene angkat Kakak Fida’ masuk rumah kalau dia tertidur kat kereta. So, ummi kene ade remider kat phone to make sure bibi’ tak terlupa tunggu kat luar rumah waktu sekolah habis. Then, mengarrange foods for lunch untuk Kakak Fida’ eventho dia tak tentu makan. The thing is Bibi’ Yayuk is on her diet n tak nak makan nasi. It’s been more than 3 month dia tak nak makan nasi. Its not a very big matter by then tapi sekarang since nobody at home eat rice its become a big matter; sebab Ayah Su keje, Ayah Lang balik Oz and Ayah Ngah as everybody aware-memang tak makan nasi. Jadi up to that point, pasti bibi’ rasa berat nak masak. Kalau Fida’ memang jenis yang kuat makan, ok. Masalahnye Fida’ pun ade hari nak makan dan tak nak makan. Mase Ayah Lang around, its ok sebab Ayah Lang nak makan nasi and bibi’ masak kerana Ayah Lang mahu makan. Tengah ummi pening-pening, alhamdulillah mama balik ke rumah sebab papa ada meeting kat KL. So, eventho masalah ni not completely settled, but since mama back to be around, it is considered settled for a while.

CABARAN 2: EMERGENCY

Alhamdulillah anak-anak kami buat masa ini boleh dikategorikan sebagai anak-anak sihat dan ceria. Fida’ & Faatih jarang sakit yang calling us for emergency call to the hospital. Tapi entah apa pelajaran dari kehidupan yang Allah nak ajarkan buat ummi, hari ke-3 abi ke UTP without Jiddah or Ayah Ki around, Faatih demam yang panas n muntah-muntah.

It was Thursday nite. Faatih  sihat je pagi tu. Petang pun ceria je tanpa demam. Maghrib, tiba-tiba demam merengek-rengek. Lepas susukan dia, Faatih tidur. Pukul 11pm gitu, dia bangun, nangis-nangis, badan sangat panas. Belum sempat searching for thermometer, dia muntah banyak. Ummi terus angkat Faatih masuk bilik air, siram air sejuk to cool down his body temperature. Nangis-nangis dia. Ummi xsure sama ada ummi perlu bawa Faatih ke hospital. Ummi call opah. Opah saran supaya Faatih dibawa ke Klinik 24hrs yang terdekat. Ummi blur. To be honest, we never actually know Klinik Panel or not Panel yang open 24hrs kat Gombak kecuali Klinik Vijay. Tapi, ummi sendiri tak pernah masuk Klinik Vijay tu. So, I can’t tell how good the doctors are.

Ummi terus call Ayah Ngah Alif. Ayah Ngah n me decides to straight away go to Ampang Puteri dari wandering around mencari 24hrs Klinik. Sampai kat hospital, Faatih muntah lagi. After berat Faatih di ambil, MO periksa perut Faatih with certain questions kepada ummi berkenaan Faatih, darah  Faatih diambil. Pukul 2am results darah keluar and Faatih di diagnose food poisoning.

Selama kami kat hospital, Ayah Ngah Alif was very helpful. Helping me changing Faatih clothes when Faatih vomits, basuhkan baju Faatih yang kene muntah, bring me mineral water and all. And only then I know my brother was not in good health shape. Dia demam rupanya. The day chose to be emergency day was not a best day for us. Sebab, flight Ayah Lang untuk balik ke Perth was schedule at 6am the next morning. So, Ayah Ngah yang demam terpaksa hantar Ayah Lang ke airport dalam keadaan tak berapa sihat selepas balik menghantar ummi n Faatih ke rumah around 3am.  The next morning, ummi terpaksa ke office sebab dateline ARPR submission. Alhamdulillah, Jiddah on the way balik ke KL by next morning. Opah pun datang tengok cucu dia.

Hurm, Ummi rasa Allah memilih harini sebagai emergency untuk dijadikan pelajaran buat kehidupan ummi. Agar ummi lebih menghargai adik-adik disekeliling and lebih menolong mereka when time arises. Also lebih menghargai keberadaan Opah yang tak terlalu jauh dari rumah which always taken for granted. The next lesson learn is for me to be more empathy to people surviving without husband around whether mereka ibu tunggal atau kawan-kawan yang terpaksa live separated between each other macam K. Sya, Lin, Azra dll.

CABARAN 3: ANAK-ANAK SAKIT

Minggu depannya Fida’ pulak kene chicken pox. Dengan GP yang diagnose sakit kulit and turn out to be chicken pox memanglah suatu yang sungguh menarik.

Hari pertama Kakak Fida’ naik macam-macam kat kulit dia, ummi cuma letak ubat sakit kulit yang ada kat rumah. Maklum, Fida’ memang ade skin problem. Jadi tak sangkalah itu chicken pox. Hurm 😦

Malam, Fida’ sampai tak boleh tidur menggaru. Bertambah-tambah bisul bermata naik kat badan. Biasa kalau skin problem, letak je ubat kulit dia tu alhamdulillah mereda. Ini ubat tu takde respons pulak dengan dia. Huhu.

The next day, bawaklah dia dekat nearby Klinik yang memang selalu ku pening dengan doktor n servisnya. Namapun nearby. Hoah!Ada sekali Faatih demam, selamba doc tu cakap nak tumbuh gigi geraham padahal mase tu satu batang gigi pun belum tumbuh. Ummi yang bukan doctor ni dengan confusenya cakap, “Bukanke gigi depan yang tumbuh dulu?”. Kalau pregnant pun, orang mintak referral letter nak jumpa specialist dia tak bagi. Kalau Klinik-klinik panel Petronas tu diberi rating, nilah yang klinik tersenarai dapat rating failed.

Dia bagi fuccicort suruh sapu kat kulit dengan segala jenis antibiotik kat dunia. Inilah kecintaan maksima. Memberi Fida’ makan ubat. Dari kecik, kalau makan ubat syrup tuh mesti bergaduh-gaduh dengan dia. Ramai orang sekeliling yang tak sanggup tengok waktu dia diberi makan ubat. Remarks Kak Lia, “Kesiannya. Macam kene dera pulak jeritan dia makan ubat”. Haa, atas dasar penat menguatkan hati waktu mendengar jeritan dia makan ubat, kami adalah pelanggan Klinik Homeopathy untuk Fida’. Up to know, sakit kulit dia sembuh dengan rawatan Homeopathy. Makan ubat pun takde problem. Siap sekejap-sekejap mintak ubat sebab manis macam gula-gula.Oh btw, disebabkan tak nak makan ubat tapi asyik menggaru, Jiddah potong ubat pil gatal orang dewasa  suruh Fida’ telan. Menurut Jiddah n bibi’ dia pandai makan ubat telan. Wah, to us this is very good news. Alhamdulillah.

Sebab keadaan kulit dia yang makin teruk, ummi ambil cuti hari Rabu. Pegi jumpa Dr Rose kat Klinik Idzham nearby rumah ibu. Dr tu memang dapat rate The Best GP untuk experience sekeluarga. Nak mintak referral letter jumpa dermatologist. Sampai kat sana, dia buka semua baju-baju Fida’ and dia cakap, “Pada pandangan saya, ini chicken pox ni”

“Takde pulak dia demam Doc. Erm chicken pox bukan demam panas banyak hari baru keluar mata-mata dia ke?”

“Ada chicken pox tak demam. Saya rasa ni chicken pox sebab naik sampai atas kepala. Sakit kulit biasanya tak sampai tumbuh kat kepala. Btw, saya bagi referral letter untuk you jumpa paedetrician ye. Supaya confident”

Kami pegi paeditrician dengan opah sebab kata opah parking mesti penuh waktu ni. Memang betul pun, sampai kat APSH xde satu parking slot pun yang available. Opah tunggu kami jumpa paede kat dalam kereta sampai selesai kami ambil ubat kat APSH. Terima kasih Opah. Alhamdulillah opah nak hantarkan.

Sampai kat paedetrician Ampang Puteri Dr Kumari (since Dr Haliza not around), she also diagnose it as chicken pox. Siap probability percentage 70% Faatih akan berjangkit dalam masa 2 minggu. Hehe. Dr Kumari prescribe calamine lotion, and pills untuk prevent Fida’ dari kegatalan. Balik dari Klinik Dr Kumari kat APSH, ummi pegi pulak rumah M.Sholehah, DR Klinik Homeopathy As-Siddiq mintak ubat kalau ada untuk prevent Faatih dari chicken pox. Kata M.Sholehah, “Makcik tak boleh jaminlah ubat ni berkesan tapi usaha jelah. Sebab dah banyak hari Faatih terdedah kepada Fida’. Jadi, kemungkinan besarnya dia still berjangkit”. Besides ubat prevention untuk Faatih, M.Sholehah bagi ubat syampu untuk mandi supaya tak gatal-gatal sebab chicken pox. Ada kind of calamine lotion jugak tapi ummi tak beli sebab dah ade calamine lotion. And she also prescribe ubat cuci darah katanya supaya chicken pox tu tak berparut and ubat chicken pox supaya semuanya keluar at one time.

Alhamdulillah harini, chicken pox Fida’ dah kering semuanya. And Faatih belum menunujukkan tanda-tanda dijangkiti. Hamim pun ambil ubat prevention sebab main dengan Fida’ harini. Ada rasa bersalah kalau Faatih dijangkiti. Sebab Faatih belum ambil jab injection chicken pox which due last month sepatutnya. And menurut Dr Kumari, salah satu reason chicken pox Fida’ tak berapa teruk sebab dia pernah ambil jab chicken pox tuh. Well, Allahua’lam bissowab.

CABARAN 4: CAR BREAKDOWN

As known tofamily & friends, kami menggunakan Kereta Proton Iswara second hand sebagai kenderaan ke LRT setiap hari. Kereta tak semenggah tu memang kadang-kadang perlu rawatan. And selama abi around, abilah yang menjaganya which i never cares actually. Bila abi nak sambung belajar, ummi tanyalah kat abi, “Apa yang nak kene tau pasal kereta tu? Bila nak isi air ke kalau tak cukup air kat radiator atau kene service dll?” Dengan selamba abi cakap, “Takde ape. Bukan nak ke mana pun kan. Around LRT ni jekan. Nanti bila abang balik, abang tengokkanlah”. Ok, with that answer I feel at ease. Tak payahlah risau pasal kereta.

Friday morning sebab minggu sebelumnya Chinese New Year and Wilayah Persekutuan cuti hari Isnin for it Federal Territory Day, Ummi forecasted ramai orang belum bekerja. Maklum, Tahun 2009 pun baru bermula. Jadi, ramai yang AL masih bertimbun. With that condition, Ummi parking kat Taman Melati instead of Terminal Putra Station. That morning alhamdulillah semuanya ok. Tapi, petang tu ummi balik keretaku telah dilanggar kereta depan menyebabkan bumper keretaku yang dah sedekad usia terlondeh sedikit dari kedudukan asal. Baik-baik membawa kereta, keretaku ku bawa pulang. Alhamdulillah everything was ok. Maknanya takdelah dia nak terlondeh 100% pulak kan kat jalankan.

Weekend tu bagilah kat workshop depan rumah tu settlekan rupa bumper tu with any instant make up. Abi kata, “Alah, suruh ikat je pun ok. Bukan nak bawa ke mana kereta tuh”. Entah apa yang workshop tu buat, ummi cuma perlu membayar RM20 dan rupanya memang kembali jelita.

Tapi 4 hari kemudian, waktu keluar dari Terminal Putra nak balik dari office, 90% bumper kereta tu jatuh balik. Sabau je beta. Hujan lebat. Mamat jaga parking tu berkata, “Tak boleh ni Kak. Kalau bawak balik nih memang jatuh tengah jalan”.Alhamdulillah adik yang jaga parking tu baik. He helps me out dengan memegang bumper and I drove back ke tempat parking Terminal Putra. Malam lepas Maghrib, papa & Alif settlekan kereta tuh. Alhamdulillah papa balik ada kat KL sebab ade meeting kat sini. And mama menghantar kembali ke workshop kereta kami yang dah hilang kejelitaannya tuh. Balik-balik, orang workshop yang haritu mintak RM20 mintak RM145. Downzz!!Untuk kereta ke LRT, we don’t need that kind of make over u know. Hoh!

Keadaan kereta ni membuat ummi lebih mengappreciate abi. Yelah, kalau abi around, takdelah dia hantar kat workshop keje cincai nih. Jiran-jiran pun banyak complain dengan keje diorg but since itu je yang terdekat with   condition Faatih & Fida’ tak sihat, it was the best options.

CABARAN 5: BELI GROCERRIES

Fida’ perlukan kasut sekolah yang baru sebab kasut sekolah yang ada sekarang dah tak berapa jelita. Ummi beli kasut kakak waktu rest hour Jumaat tumpang Aunt Adilah di SOGO. Sekali, it turns out besar. Alhamdulillah Monday(on the Federal Territory Day), ummi and Kakak Fida’ cuti. Jadi, kami pegi SOGO kembali dengan Cheq untuk tukar saiz kasut. Alhamdulillah Cheq sudi bawak naik keta dia.Kalau tak haru jugak nak bawa Fida’ naik bas. Terima kasih Cheq!

Pastu sessi ke Giant untuk membeli susu and biskut Kakak Fida’ untuk bekal balik sekolah. Alhamdulillah Jiddah ada, so dapat pergi dengan Jiddah. Bukan tak boleh pegi sendiri tapi kalau dapat berkawan better berkawan. Ada satu malam tahun 2008, ummi pegi dengan Kakak Fida’ berdua lepas maghrib sebab abi takde. Pegi untuk beli susu strawberry kakak yang dah habis. Masa nak balik masuk ke kereta, pintu kereta tak dapat dibuka dengan kunci and ummi nampak kereta depan tu macam ada orang kat dalam. Keadaan gelap and I’m afraid kalau memang ada orang rosakkan kunci pintu yang menyebabkan I can’t open the door lock. Plus kejadian berlaku masa harga minyak bar naik and Malaysian observed peningkatan kes rompakan dan penculikan yang pelbagai. Ummi terus bawak stroller giant dengan Fida’ patah balik ke dalam giant yang ramai orang and call Ayah Ki after trying call abi several time tak dapat pass through. Ayah Ki berada kat situ within minutes dengan Ayah Ngah. Me and Fida’ also our stuff dimasukkan ke kereta Ayah Ki and Ayah Ngah bawa balik kereta kancil yang kene kopak.

After that barulah ummi tahu dah several cases recently after minyak naik berlaku kat Giant Selayang tu. Seorang kakak yang tengah masukkan barang dalam kereta tiba-tiba di acu pistol ke kepala anak dia to make her gives money to them, kes ragut dll which all berlaku pada waktu siang. So, after that kami dah tak berani nak duduk tunggu dalam kereta even abi pick up barang kat Giant especially sebab tinted kereta Iswara kami tu bukanlah tinted yang call for safety when u’re waiting in the car. Sebab tu when we buy the new car recently, abi very particular about safety and UV quality of the tinted car. Malaysia sekarang not a very safe place anymore :(. Tapi semoga dengan kita sentiasa memelihara diri kita dari maksiat, memelihara solat untuk sentiasa berusaha solat awal, berusaha membaca Al-Quran dll, Allah berkenan memelihara kita dari semua manusia yang menakutkan nih. After all, Allah kan penguasa atas semua kita tak kira orang tu baik atau jahat. Allah, tolong pelihara kami sekeluarga dan semua orang Islam yang memelihara solat dengan pemeliharaan semestinya ya. Amin.

On memelihara diri dari semua yang Allah suruh, termasuk tunduk kepada fatwa yang ulama’ tetapkan tanpa banyak persoalan. Whether it is yoga atau boycotting Israeli products sebaik mungkin yang kita dapat. Percayalah, Allah pasti melihat usaha kita sekalipun kecil. Mungkin harini kita baru dapat boycott 50% daripada semua product Israel tu tapi percayalah sekalipun kita cuma berjaya boycott 10% daripada product Israel tu lebih baik dari berniat untuk tidak memboycott langsung.

Fida’ masa umur 1+ sampai 2thn minum susu strawberry Dutch Lady sebanyak 3-4kotak setiap hari. Kira secara tak langsung kami adalah consumer tetap Dutch Lady. Benda paling segan berkenaan consume susu dutch lady masa everybody campaign to boycott product Dutch rentetan isu karikatur Rasulullah saw. We try to boycott dengan membeli susu strawberry brand lain. Dia refused. So everytime we go to Giant we still buy a lots of Dutch Lady milk dengan rasa malu. Sebab at that time of age, Fida’ sangat susah makan. Kalau takde susu strawberry tu dia sampai sanggup berlapar tunggu minum susu ummi. Sampai kami baca Ustaz Hasrizal on boycotting Denmark product issues, we buy the Dutch Lady product with ease. The main reason we felt at ease kerana Kerajaan Denmark meminta maaf dan tidak menyokong Greet Wilders yang membuat filem Fitna. So, tidak adil menghukum Denmark kerana kesalahan satu warganegara Denmark yang dia sendiri tidak diapproved oleh kerajaannya. On the other hand, Kerajaan Israel adalah mereka yang terang-terangan menyerang saudara Islam kita tanpa mempedulikan gagasan dunia antarabangsa seluruhnya dan HAM. Since there is definite fatwa yang dikeluarkan on boycotting Israeli products by Yusuf Qardhawi, we alhamdulillah have struggle in boycotting their products for more than five years now.

At first, it felt very hard sebab we are so used of their brands e.g. Kotex, Jacobs and Tiger under Danone, Milo from Nestle dll. Tapi alhamdulillah, Allah berkenan memberikan kami jalan-jalan hingga kami menemui produk-produk yang tak kurang kalah kualitinya dan bukan milik Israel. It starts years ago when I joined program untuk adik-adik dekat Kolej di Kelantan. We struggle ourselves with tables to find alternative products for each barangan yang perlu diboycott. Alhamdulillah hingga harini Allah berkenan menunujukkan kami alternatif untuk kebiasaan kami. Alhamdulillahirabbil ‘alamiin, syukur atas pertolongan mu Ya Allah.

Itulah updates ummi untuk “Home Journey without Abi”. Alhamdulillah sekalipun anticipation abi and jiddah will not be around pada tempoh yang lama, tapi Allah menakdirkan yang berbeza sehingga untuk setiap cabaran yang ummi mungkin harus menempuh seorang diri, banyak tangan-tangan yang masih sudi menghulurkan bantuan seizin Allah. Since Ayah Lang nak graduation kat Perth minggu depan, Ayah ki, jiddah, Ayah Ngah, Ayah Cik dan Ayah Su semua akan ke Perth atas ihsan Ayah Lang membelikan tiket untuk semua orang, meninggalkan ummi dengan Bibi’, Fida’ & Faatih sendirian. Harapan Ummi agar Allah berkenan memberikan kesihatan kepada Fida’ & Faatih hingga Faatih tak dijangkiti chicken pox dari Kakak Fida’ dan rutin harian berjalan kembali seperti sebelum abi pergi. Bak kata opah, “The real test will begin next week”. Hoh..mencabarnya. Tapi semoga Allah sentiasa memelihara kita dari cabaran-cabaran yang luar kemampuan kita. Amin. Ihdinassiratal mustaqim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kawan-kawan.

reg-pic

KAKAK FIDA’ DAH SEKOLAH!!!! Yeay! Alhamdulillah!!Bestkan 🙂 Hari pertama kakak Fida’ sekolah habis ummi mengecoh dengan kawan-kawan yang rapat dekat ofis. Baru masuk tadika…belum masuk darjah 1. Hehe. :D. Tapi, ummi percaya, hari pertama sekolah adalah antara moment terpenting untuk sejarah hidup Kakak Fida’ sekalipun hanya Tadika. Kerana ini hari pertama untuk Kakak Fida’ mengenal kawan-kawan sebaya dalam skala yang lebih besar. Mengenal ertikata belajar dalam erti hidup berjadual dan disiplin. Titik menyemai iman dan memanfaatkan potensi akal, rohani dan fizik.

fida-n-aqilah1

Ramai kawan ummi yang complain sebab kata mereka, Kakak Fida’ kecik lagi. Kakak Fida’ memang berumur 4tahun berdasarkan lahir tahun 2005 tapi Kakak Fida’ lahir 28 September 2005 menjadikan Kakak Fida’ baru berumur 3tahun 3 bulan pada tanggal 5 Januari 2009. Tapi orang-orang sekitar especially jiddah, opah, granny, nenek noli, opah bee dll yang mengikuti perkembangan Fida’ semua merasa Kakak Fida’ sudah bersedia untuk ke sekolah. Ummi dan abi pun rasa Kakak Fida’ sudah bersedia. Especially sebab setiap lepas mandi & pakai baju Kakak Fida’ buat announcement, “Kakak dah siap dah, nak pegi sekolah”. Lagi-lagi recently Kakak suka suruh Faatih tunggu luar pintu. Pastu dia bukak pintu, then cakap kat Faatih, “Assalamualaikum Cikgu. Cikgu nak ajar apa harini?” Such a witty child you’re 🙂

Disebabkan Kakak Fida’ pandai dan memang nak pegi sekolah sangat-sangat..dia tak nangis pun hari pertama pegi tadika. Cuma balik sebab Jiddah yang ambik dia complain, “Ummi yang hantar kenapa jiddah pulak yang ambik..Ummi hantar, Ummilah ambik”. (Hehe..pandai sangat cakap :))

she-believed

Alhamdulillah up to last Friday Jan 16, 2009 Kakak Fida’ boleh dikatakan sudah pandai mengadaptkan diri dengan rutin baru. Dah tak nangis kalau bukan ummi yang bukakkan kasut untuk masuk pintu sekolah and dah ok kalau yang ambik dan hantar setiap hari balik ke rumah Tok Chik atau Jiddah. Well done Kakak Fida’! 🙂

fida1

Ummi pernah membaca, “Muslim scholars and Western scholars agreed that the period of 0-6YO is the most critical time in developing a child’s brain”. Dan berdasarkan ingatan ummi hari ini terhadap ilmu yang ummi pelajari selama ummi hidup, ummi sangat percaya tentang hal ini. Ummi mengingat hari pertama ummi masuk tadika lebih jelas dari hari pertama ummi masuk ke universiti. Jujur saja, ummi lebih mengingat apa yang diajarkan cikgu tadika ummi dari apa yang diajar oleh lecturer ummi masa ummi ambil degree di universiti. Menyedari pentingnya hal ini, ummi sampai solat istikharah takut sangat-sangat tersalah hantar tadika. Semoga saja ini benar-benar tadika terbaik untuk pembentukan diri Fida’ di masa akan datang. Amin…

Saya percaya perkara pertama yang harus diajarkan ibubapa kepada anak-anak mereka adalah Al-Quran termasuk kisah-kisah dalam Al-Quran-pelajaran-pelajaran dari ayat, hadis, dan sirah-sirah Rasulullah, para sahabat dan tabi’ tabiian kita. Kerana itu, saya berusaha mencari tadika yang memastikan adanya hafalan-hafalan surah/hadis-hadis pendek sebagai salah satu tolak-ukur pencapaian pelajarnya. Seorang sahabat bertanya, apakah saya punya dalil yang memegang pendirian saya hingga saya bertungkus lumus mencari Tadika yang ada hafazan sebagai salah satu ciri khusus di antara ciri-ciri membaca Bahasa Malaysia, English dan Matematik.

Terpaksa saya mengatakan, saya tidak ada Dalil Al-Quran secara khusus tentang hal ini melainkan sejarah. Sahabat, sebelum saya bercerita tentang kisah tokoh-tokoh silam, saya ingin mengingatkan kawan-kawan akan tujuan asal kita belajar sejarah. Kita belajar sejarah BUKAN untuk peperiksaan. Kita belajar sejarah BUKAN untuk mengenang orang. Kita belajar sejarah agar kita (1) mengambil keteladanan dari pendahulu-pendahulu kita (2) tidak mengulangi kesilapan pendahulu-pendahulu kita.

Ibnu Sina, Al-Khawarizmi dll Tokoh Ilmuwan Islam yang pernah ditayangkan dalam TV3 mempunyai satu karakteristik yang sama.

(1) Menguasai (membaca, menghafaz dan memahami Al-Quran) pada usia muda

(2) Mengusai banyak bidang dalam 1 masa.

(3) Mampu berbahasa dengan banyak bahasa

Ulanglah video Ilmuwan Islam, saya yakin anda mendapati mereka menguasai Al-Quran dahulu sebelum mereka menguasai ilmu-ilmu yang lain.

Tatkala anda membaca sirah tentang sahabat-sahabat kecil Rasulullah saw (Kanak-kanak Islam di zaman Rasulullah saw) diMakkah dan Madinah, anda pun mendapati mereka sebagai orang-orang yang banyak menghafal hadis, dan cerdas mengeluarkan fatwa.Contohnya Khalifah Ali bin Abi Thalib kwj, Ibnu Abbas ra, Annas bin Malik ra dan tak terlupakan Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah binti Abu Bakr r.a.

Sehingga ulama’ sepakat mengatakan hikmah Allah menjadikan Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah binti Abu Bakr r.a sebagai isteri Rasulullah saw pada usia yang muda agar ada orang yang mampu menceritakan bagaimana suami seharusnya/selayaknya dalam menguruskan rumah tangga dan hal-hal kewanitaan seperti mandi haidh dll. Maka buktinya, Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah binti Abu Bakr r.a adalah yang paling banyak meriwayatkan hadis di antara isteri-isteri Rasul saw yang lain.

Ini kerana anak-anak muda mempunyai daya ingatan yang sangat kuat. Mereka mampu merakam setiap perkataan dengan sangat cepat dan tepat. Maka atas dasar sejarah, dan mengenal karakter anak adalah kuat dalam mengingat saya berpendapat, “mengapa mesti kita halakan kepada yang selainnya selain menyemai iman mereka dengan Islam dan hafalan Al-Quran.”

Sejarah Malaysia mencatatkan seorang anak perempuan berusia 13 tahun cemerlang dalam matematik hingga menjadikan beliau diterima masuk Oxford University dan digelar dunia “math prodigy” pada usia 13tahun. Wow! Itu pasti suatu yang sangat membanggakan. Tapi hari ini pada usia 24tahun,beliau menjadi pelacur di Manchester dengan bayaran £130. Ramai Malaysian yang berpendapat ini sebagai “a classic example of a child being pushed too “hard”. A child who was forced into an “education slavery” far too young without letting her being able to enjoy her childhood.”

Tapi saya secara peribadi menolak hal ini. Sebabnya:-

1) Allah berjanji dia akan mengangkat darjat orang yang berilmu, “Nescaya Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa derajat. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan” (Al-Mujadilah 58:11)

2) Sejarah Islam membuktikan Imam Syafi’e menjadi ulama’ besar pada usia 9tahun. Dia mengajarkan Islam pada usia yang kecil dan mampu mengeluarkan fatwa-fatwa yang sesuai dengan adat masyarakatnya pada usia yang muda. Dan dia tak jadi seorang yang tak berpendirian tatkala dia dewasa!

3) Kerana saya percaya ilmu bukan sesuatu yang membosankan tapi perlukan foundation yang membuat orang yang berilmu merasa puas / contented

blur

Kerana itu dalam firman Allah yang kita sebutkan tadi (Al Mujadilah 58:11),  Allah menyebut orang-orang yang beriman sebelum orang-orang yang diberi ilmu. Kerana orang-orang beriman adalah orang-orang yang faham basis semua ilmu kembali kepada Allah. Untuk setiap ilmu dia kembali dekat kepada Allah.

Anda melihat Al-Khawarizmi – tokoh algebra Islam di zaman Abassiyyah, ketika dia memahami dan menginovasi ilmu algebra beliau melakukannya untuk berkhidmat kepada masyarakat yang tentu buat Muslim berupa amal berpanjangan untuk menuju syurga. Beliau dalam bukunya Aljabar wal alMuqabalah menuliskan,”Baginda (Khalifah Al-Makmun) juga memerintahkan saya mengarang sebuah buku ringkas mengenai pengiraan Algebra dan perbandingan kerana ia amat diperlukan dalam pembahagian harta pusaka, wasiat, pembahagian hartanah perniagaan serta transaksi”.

Sampai hari ini setiap kita menggunakan ilmu algebra. Engineer, matematicians, guru matematik, saintis, dll profession menggunakan algebra secara menyeluruh. Subhanallah, sungguh banyak amal Al-Khawarizmi yang berpanjangan. Melihat ini, bagaimana kita mungkin tak tersenyum kerana menjadi Muslim dan mengucapkan syahadah. Amat benar firman Allah tatkala Allah berfirman, ” Dan jangan sekali-kali kamu mengira orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki” (Ali Imran 3:169)

Tatkala memahami iman adalah basis foundation kepada pembentukan peribadi mereka dalam menata ilmu tatkala dewasa, dan 0-6 years is the most critical time in developing child brain…tak mampu saya memberi seruan lain kepada sahabat-sahabat selain hantarlah mereka ke Tadika Islam. Tatkala memahami karakter anak-anak cepat dan cekap menghafal, saran saya hantarlah ke Tadika Islami yang memastikan anak-anak kita menghafal surah-surah pendek Al-Quran.Kerana pada saya, inilah dia bukti kita memang memahami iman sebagai faktor terpenting untuk kejayaan kehidupan anak-anak kita di dunia dan akhirat selain memanfaatkan karakter mereka yang cepat mengingat.

Semoga Allah sentiasa menuntun kita dalam perjalanan mendidik anak-anak. Dan semoga Allah menuntun anak-anak kita untuk mengamalkan ilmu Islam yang kita semai tika mereka kecil untuk sepanjang tempoh pertumbuhan mereka nanti dan menjadi basis bagi mereka menghadapi masyarakat yang berbagai warna. Allah, ihdinassiratal mustaqim. Amin.

Assalamualaikum Kak Sarah,

Ape khabar? I’ll post the answer of your questions so that it will benefit all. Anyhow, as u aware, I’m not any expertise when come to education system, so just bear with me a mother who study the iqra’ system ranting on my opinion about iqra’ system.

In my opinion, iqra’ system is good cuz it have systematize the system according to books numbers, and it kind of phonics system where you don’t have to know the alphabets to read, but just read according to the sound of the teachers.The system are proven to help lots of CHILDREN can read Quran in Indonesia, Malaysia, Singapore and Brunei within 6 month time. BUT,

THE GUIDERS NECESSITIES

1) Iqra’ system do need the teachers itself to be an excellent reader of the Al-Quran or the teacher itself have to learned from others the whole system before hand because if not, the teacher itself will makes the iqra’ system failed.

2) The teacher have to understand the whole system and objective of each of the books (simple system don’t worry :)),  so they will understand what they will teach according to student’s achievement rather than to finish the books.

3) The system really need individual one-to-one communication rather than classroom where everybody learn and jump up the book together. Thus, I proposed parents to enhance their self reading of Quran so they can help their children studying how to read quran at home.

4) From my experience teaching adults revert Muslim reading Qur’an, the iqra’ system is good tools for children who always learn things from repetitions and good at memorizing new alphabets of any language, but the adults have to start with a book or cassette which have the arabic alphabets with an introduction of its sound according to the rumi writings. They need that or they will be very blur when introduced to iqra’ system.

THE IQRA’ SYSTEM

As you aware my dear, the IQRA’ SYSTEM consist of 6 books. There are lots of people (I know since I just search it through yahoo and google) writing of the system according to education people language. But, I’m writing this system according to books,  since i think that is the most important things to understand for anybody who wants to teach  the qur’an.

BOOK 1: The QURANIC alphabets of alif till ya sound according to baris are repeated many times in the first book to make student memorizing by repeatitions each of the Quran’s alphabets. The teacher have to teach the students according to its baris and NEVER memanjangkan bacaan huruf as it is not correlated to any form of mad tajweed. If we make it spoiled like kita memanjangkan bacaan huruf or did not correct the students on makhraj huruf, we are the people who creates confusion to the children especially when we reached book 3-6.

BOOK 2: As akak aware, our Al-Quran ayah are consist of words which is not in straightforward alphabetical form likes tulisan rumi. Although I must admit it formed arts of calligraphy, it also makes us to learn more of this sort of ‘new’ alphabets and be familiarize with it before we encounter the Quran. Thus, Book 2 of Iqra’ System introduces this familiarization to the children before they encounter  the Quran itself.

iqra-2

BOOK 3: One common mistakes when reading Quran is on the harkat. The one which have to be read without harakat and the one which with harkat. Sometimes, its not we don’t know the words should be read in short, or the words should be read in long; but we tend to forget when we read. In Iqra’ 3 the mad is introduced. With repetitions, children will easily get used to which words to be read in short and long form. Again, this book 3 is also very useful as a self-study for adults who want to enhance their reading on long/short harkat weakness.

BOOK 4: In book 4, students are now introduced to tanwin or also popularly known as baris dua an,in,un and sukun (baris mati.)Here, in introducing baris tanwin, they actually introducing izhar halqy and when introducing sukun, they actually introduces nun sakinah, mim sakinah and also qalqalah without the hassle of our time remembering all of those tajweed forms. Ah, but no worries since the student and also the teacher did not have to be an excellent one in tajweed literature to teach on these part. All the teachers need is to have the “i can read so that i can teach people to read”. In my opinion, its really great to have this practicality to any people whom objective is “i want to be able to read Quran” rather than I want to be a well-verse person in Quran Tajweed Literature thingy. Though, I have to admit Quran Tajweed Literature is not a waste chapter to study. Whomever studying it in the sake of Allah, of course Allah will granted them more.

BOOK 5&6: In book 5&6, more of tajweed thingy of Quran is introduced but again with practicality and not of long literature on tajweed. Basically the teacher need only to tell them if we encounter ‘like of this  sequence of tanda’ in the Quran, how to read it. Finishing book 5 & 6, the students should be able to read the Quran insyaAllah.

To me, Iqra’ system is sequencing the Quranic teaching to the students with practicality. At the end of Book 6, the students should be able not only to read the Quran but also correct in every form of tajweed manner.The system is very well sequence and really I salute Allahyarham Ustaz Hj As’ad Humam who must be very experienced in teaching Quran till he formed ways to make people learn very quick when attending the Quran. May Allah rewards him with jannah for his effort makes children across Asia able to read Quran.

Today, you can found many more versions of ways to read Quran, some even using flash cards and also cd/cassetes. Every system i may found it special in its own way but somehow, I think Iqra’ system is universal since it doesn’t have any native other than Quranic language introduced.

If I were to asked of opinions whether the Iqra’ system need to be revised for making room of improvement to make people learning curve quicker, I will say yes.

ROOM FOR IMPROVEMENT

My revision suggestion will be:

1) To have each of the page CD/AUDIO from tahfeez students especially on the makhraj thingy since we people of ‘ajam are really not well-verse of makhraj the way tahfeez students did, so that the teacher may also learn before teaching the students.

2) To have flash cards of the BOOK 1 so the children will memorize quicker on each of Quranic alphabets

3) To have one introduction of phonic sound of each Arabic alphabets in 1 page before BOOK 1 to especially help the adults revert Muslim who are not as fast as children in catching up with new alphabets of new language

4) To have mind map system especially for book 4,5&6 so that when the children finish Book 6 and ready to read Qur’an, they will have quick references from the map if they forgot of how to read this kind of  tajweed annotations or ‘tanda baca’. This may not be of need to children who are quick at grabbing every new things but for adults revert Muslim, it will be kind of friendlier way of approach in reading Quran.

Oh, Kak Sarah if you ever to buy the Iqra’ book, pick new revised edition in the market. The one revised according to rasm uthmani by Kementerian Pendidikan Malaysia.

I guess Kak Sarah, it will be that for now. Good Luck in teaching them of Quran. Surely Allah will grant you with lights for every alphabets you teach them to read. Amin.

This video is dedicated for you. He may not well-verse due to Iqra’ system but this child really touches my heart when he read Quran.I hope Allah will grant me children whom can read Quran the way he is. Amin.

Buntu

Assalamualaikum warahmatullah…

Semalam saya menerima sms dari salah seorang sahabat akrab saya, meminta saya menulis tentang parenting~mengasuh anak-anak. Saya sebenarnya masih jauh dari perkataan ‘perfect parents’ dan lain-lain yang semaksud dengannya. Pada pendapat saya, pendidikan anak relatif berbeza dari seorang anak ke anak yang lain. Kerana setiap mereka merupakan individu yang unik dan parentsnya juga merupakan orang-orang unik yang berbeza. Bukan saja berbeza DNA, cap jari dan jenis darah bahkan setiap kita mempunyai perbezaan dalam cara berfikir dan bertindak sehingga setiap kali kita melihat keletah anak-anak kita, kita akan teringat firman Allah, “Dan di dalam bumi terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang meyakini. Dan di dalam dirimu sendiri, tidakkah kamu perhatikan?” (Adz-Dzariyaat 51:20-21)

familyillustration

Dan di pasaran pun, tak kalah banyak buku-buku pendidikan anak-anak ditulis; ceramah-ceramah parenting di adakan seluruh dunia dan tak lupa website2 yang tertuang mengenai parenting. Apapun yang tertulis, diceritakan; tetaplah ia hanya dapat dijadikan guidelines tetapi tidak 100% applicable untuk anak-anak kita. Lantas, kawan saya meminta tips pengalaman kalaupun bukan teori. Maka sekalipun kerdil, bagaimana mungkin saya menolak sedang saya membaca Rasulullah saw pernah bersabda, ” Apabila seseorang meminta nasihat daripada saudaranya, maka hendaklah saudaranya memberikan nasihat yang di pintanya”.

Sedari saya kecil, bapa saya adalah seorang yang suka membaca Al-Quran. Saya kira obsession saya untuk memahami setiap ayat dari Al-Quran adalah warisan beliau. Sampai hari ini, setiap hari beliau mesti memperuntukkan harinya untuk membaca Al-Quran. Baik yang dibaca Al-Quran atau terjemahannya. Setiap malam, kalau orang putih sibuk menidurkan anak-anak dengan ‘bed time story telling’, kami biasa tidur dari alunan ayat-ayat Al-Quran beliau.

Tapi yang namanya keunikan setiap anak, maka hasilnya anda tetap melihat perwatakan berbeza dari kelima-lima kami adik beradik. Suatu waktu dulu, adik saya K pernah mencuri duit bapa saya. Dalam sela sembang bapa saya dengan saya, bapa saya bercerita, “Adik awak K mungkin curi duri papa kerana menganggap semua harta dalam rumah adalah hak milik bersama ahli keluarga, tiada yang dinamakan hak milik persendirian, sebab tu dia ambik duit papa”. Untuk hal yang kali itu, K meminta maaf dengan bapa saya. Tapi, tahun lain berlalu dan beliau mencuri lagi. Sampai harini, duit mama, papa, saya dan abangnya S pernah menjadi mangsa. Mungkin sebab saya dan S dibiayai PETRONAS semasa belajar jadi dia merasa kami kaya berbanding adik beradiknya yang lain 🙂 Waktu tu, K sudah menginjak usia sekolah menengah, bukan sahaja mumayyiz tapi sudah cukup dewasa untuk membina jati diri sebagai seorang syabab contoh untuk adiknya. Pada usia begini, saya kira nasihat yang panjang mengenai mencuri itu berdosa, hukum mencuri kene potong tangan dan lain-lain tak lagi ‘ngam’. Saya kira sama seperti ayah saya, kalau saya di tempat beliau, saya dah tak tau bagaimana harus memberi nasihat.

Tapi setiap hari saya melihat ayah saya masuk ke bilik beliau sewaktu beliau sudah tidur. Duduk di meja belajar bilik beliau lantas membacakan ayat-ayat Al-Quran. Satu hari, S masuk dan duduk di samping K atas katil K. Saya keluar dari bilik waktu tu dan terdengar buah bicara mereka.

S berkata kepada K, ” Awak tau tak kenapa papa selalu baca Al-Quran untuk awak bila awak dah tidur? ”

K diam.

“Papa baca Al-Quran supaya awak lembut hati dengan kebaikan. Supaya titik hitam dalam hati awak tu semakin berkurang…..”

Saya yakin saya sempat mendengar lebih daripada tu tapi sampai sekarang cuma ini yang berada dalam memori saya dan dekat di hati saya. Hari itu, saya memahami kenapa papa selalu baca Al-Quran untuk kami waktu kami kecil. Supaya kami lembut hati dengan kebaikan. Dan, alhamdulillah sejak detik itu sampai hari ini K tak pernah lagi mencuri barang-barang ahli keluarga yang lain.

inmyfathersfootsteps140x100

Lantas hari ini sewaktu saya buntu menghadapi kerenah anak saya, sewaktu dia menjerit meminta A dan tatkala ditunaikan A dia tak nak dan nak B, saya melakukan praktis yang sama. Setiap dia sudah tertidur, saya membacakan Al-Quran untuknya. Agar hatinya lembut dan dekat dengan kebaikan. Tatkala keadaan tersebut berlaku dalam kegelapan malam travelling dalam kereta, saya bacakan ma’thurat dan hafalan-hafalan yang ada bersama saya.

Mungkin ada yang memperleceh saya sengan tips ini tapi percayalah, tatkala anda buntu menghadapi kerenah anak, berbaliklah kepada Allah. Kerana hanya Allah yang mengenal setiap hamba-hambanya yang unik. Hanya Dia yang berupaya melembutkan hati anak-anak kita dengan cara yang tersendiri sebagaimana Allah memberikan hidayah Islam dengan cara berbeza-beza buat semua hamba-hambaNya. “Katakanlah,’AlQuran itu petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman’ “(Fussilat: 44)

Inilah sebahagian tips parenting yang dapat saya kongsikan. Semoga dengan sahabat-sahabat mengamalkan amalan bapa saya, pahala beliau lebih bertambah dan menjadi penghijab beliau di hari hanya amalan-amalan yang berpanjangan dapat menyelamatkan beliau. Amin.

Rabbighfirlana dzunubana waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani soghira…

Baby Kawin

Assalamualaikum warahmatullah…

Weekend haritu abi balik rumah nenek kat Penang sorang-sorang. Tinggallah kami tiga beranak kat rumah. Hari Sabtu, Yani, anak Makcik Salmah bertunang. Hari Ahad pulak Makcik Zakiah buat aqiqah cucu. Hari Jumaat petang,orang pasang khemah dah sibuk pasang memasang. Cantik khemah pertunangan Yani. Siap scallop2 warna purple.

Kakak Fida’ tegur,” Ummi, orang tu cantik-cantik kenapa? Nak Selamat Hari Raya ke?”

“Bukan, anak nenek tu nak bertunang”

“Oo bertunang tu apa ummi?”

“Ermm…bertunang tu maknanya orang tu nak kawenlah tak lama lagi”

“Ooo”

Esoknya, Sabtu kami pergi makan kat majlis tunang Yani…congrats Yani 🙂 . Petang hari pertunangan Yani, orang khemah datang buka khemah dan pasang pulak khemah lain, untuk cucu  Makcik Zakiah punya aqiqah. Yang ni pun tak kalah cantik. Scallop2 jugak, warna pink pulak. Hari Ahad tengah hari kami keluar rumah menuju rumah Makcik Zakiah.

Fida’ tegur, “Ummi, ada orang kawen lagi ke?”

“Bukan, harini kita nak tengok baby”

“Ooo…baby kawen”

Hahahah… 😀

Bila kakak cakap pasal baby kawen, ummi teringatkan article yang ummi edarkan masa ummi&abi kawen. Softcopynyer entah kat mana. Yang ada cuma hardcopy yang dimasukkan dalam album. I thought, I better re-type it back for your future references, my dear. 🙂 (Jauhnyerlah ummi pikir…pakcik-pakcik awak pun takde sorang yang dah kawen..hihih )

Btw, nilah isi article tu…

nikah-muda

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh…saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari Allah, yang baik dan diberkahi.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan alhamdulillah; syukur kepada Allah baik andai pernikahan saya yang dirancang esok berjalan lancar, atau andai maut menjemput saya sebelum Allah memberi izin untuk saya menikah. Pernikahan ini hanya rancangan kita, dan Allah, Penguasa kita tentu lebih berhak merancang atas kita. ” Dan kepunyaanNyalah siapa saja yang berada di langit dan di bumi. Semuanya hanya kepadanya tunduk” (Ar-Rum 30:26)

Terima kasih tak terhingga saya buat mama dan papa atas segala keterpayahan, atas segala usaha mendidik saya dari hari pertama saya dilahirkan ke bumi ini, hinggalah hari ini. Saya meminta ampun atas dosa saya dari dulu hingga sekarang  dan yang akan datang dalam membesarkan saya. Sungguh, menghormati mama dan papa merupakan perkara kedua selepas iman..tapi saya amat yakin, terkadang dalam mengharungi hidup; saya terlanjur berbahasa, terlanjur dalam mengatur adab yang semuanya tulus lahir dari saya yang amat lemah dalam membuat perbaikan diri.

Terima kasih juga buat sahabat-sahabat seusrah mama dan jiran tetangga yang berpenat lelah menyiapkan persiapan yang takkan mampu dilakukan berseorangan. Sungguh ukhuwwah kerana Allah adalah kecintaan yang tiada tandingannya,”Jikapun kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada dibumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allahlah yang mempersatukan hati mereka” (Al Anfal 8:63)

Sebenarnya, saya sengaja menulis untuk semua saudara seIslam saya yang hadir dari seluruh pelosok Malaysia manapun untuk meraikan saya menikah hari esok, as a souvenir gitu 🙂 sesuai hadis Rasulullah ” Saling memberi hadiahlah, maka kamu akan saling menyayangi”

Hari ini saya ingin berbicara tentang keluarga dalam pandangan Islam kerana dalam Islam terkandung petunjuk-petunjuk yang memadai bagi kita. Saya tidak ingin menganjurkan seseorang hidup menyendiri dan terus membujang sebagaimana yang di kehendaki dalam ajaran rahbaniyyah yang terdapat dalam agama-agama dahulu, yang diadakan oleh pemeluk-pemeluknya. Sesungguhnya mereka tidak mampu memelihara ajaran agama mereka dengan pemeliharaan yang semestinya. Saya juga tidak menganjurkan kehidupan membujang yang diwarnai dengan kerosakan, mudarat yang banyak terjadi  di zaman materialisme moden ini, yang timbul lantaran motivasi untuk melarikan diri dari tanggungjawab kehidupan suami isteri atau untuk memuaskan nafsu syahwat. Saya hanya menganjurkan kehidupan keluarga yang terhormat dan sesuai dengan naluri manusia. ” Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isterimu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepoadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar-Rum 30:21)

Pernikahan merupakan salah satu sunnah Nabi saw “Pernikahan adalah bahagian dari sunnahku, barangsiapa membenci sunnahku, ia bukan dari golonganku”

Inilah agama fitrah, yang di atas fitrah itu Allah menciptakan manusia. Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawabnya adalah orang-orang yang tersesat, sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang cacat. “Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa” (Thaha 30:21) Nabi saw menyatakan bahawa nafkah kepada keluarga merupakan nafkah yang paling dicintai Allah swt.

Tercatat dalam catatan sirah, Ali bin Abi Thalib datang untuk meminang Fatimah. ” Aku mendatangi Rasulullah untuk meminang puteri beliau, yaitu Fatimah. Aku berkata : Demi Allah aku tidak memiliki apa-apa, namun aku ingat kebaikan Rasulullah, maka aku beranikan diri untuk meminangnya.” Akhirnya, Rasulullah saw pun menerima pinangan Ali meski hanya mempersembahkan baju besi al khutaimah (yang juga merupakan pemberian Rasul saw kepadanya suatu waktu dahulu).

Lihat disana, Rasulullah saw sanggup menerima seorang lelaki untuk anaknya yang tersayang yang paling dicintainya kepada seorang lelaki yang tidak mempunyai satu sen wang pun, kerana keyakinannya kepada Allah dalam soal rezeki anaknya. Dalam hal yang lain seorang sahabat mahu menikah tapi tidak mempunyai apapun kecuali hafazan Al-qurannya. Maka hal itu dijadikan mahar. Begitulah Islam memudahkan nikah kerana menikah adalah satu cabang pembinaan masyarakat dan menolak pergaulan bebas lelaki dan perempuan, apalagi “bercouple” kerana hal itu adalah satu cabang yang merosakkan malah mampu meruntuhkan masyarakat.

Ada orang berkata, kite kene berusaha mencari boyfriend atau girlfriend, kalau tidak masakan kita akan menikah kerana tidak mempunyai pasangan hidup. Nikah adalah termasuk empat rahsia Allah. Islam tidak mengatakan statement berusaha untuk mendapat pasangan hidup yang baik adalah suatu yang salah tetapi Islam mengatakan berusaha mencari boyfriend atau girlfriend adalah salah. Juga dalam hal ini, Islam melarang ibubapa membiarkan anak mereka berduaan dengan lelaki atau perempuan kerana Islam takut hal itu boleh menjatuhkan aib keluarga. Rasulullah saw bersabda, “Tidaklah di antara perempuan dan lelaki itu berdua, melainkan syaitan ada bersama mereka”

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik (pula) ” (An-Nur 24:26)

Disitu Islam mengajarkan individunya meletakkan suatu usaha. Islam mengajarkan setiap individu lelaki atau perempuan supaya berusaha melakukan perbaikan, pengislahan kepada diri. Kerana perbaikan ini yang kemudian, akan menjadikan seseorang mendapat suami atau isteri yang juga baik sebaik dirinya, juga menjadikan dia tergolong di antara orang yang mendapat kemenangan”Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan” (AtTaubah 9:20) Oleh kerana itu, jangan pernah berharap akan datangnya seseorang istimewa jika tidak pernah menjadikan diri istimewa.

Untuk akhirnya, saya memohon doa daripada semua saudara seIslam saya yang hadir pada hari ini dan yang membaca tulisan saya agar mendoakan pernikahan kami tergolong sebagai pernikahan yang barakah. Yang dengan pernikahan ini, akan lebih baik Islam kami, iman kami, amal kami, akhlak kami dan pelajaran kami sesuai doa yang di ajarkan Rasulullah saw kepada kita, “Mudah-mudahan Allah memberkahimu, baik ketika senang maupun susah, dan selalu mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan” (Riwayat Abu Daud, Tarmidzi dan Ibnu Majjah)

Jazakumullah khairan kathira wa Allahua’lambissowab.

thanks-of-wedding

Rujukan: Hadis Tsulatsa’ Ceramah-Ceramah Hasan Al-Banna ; Pandangan Islam tentang Kehidupan Keluarga

Bubble

Assalamualaikum warahmatullah…

Harini Fida’ & Faatih main pistol bubble dengan Abi. Fida’ & Faatih sukaaa sangat-sangat main bubble, especially kakak Fida’. Kalau xnak mandi, ajak je main bubble dalam toilet sure laju je nak mandi. Dah mandi, sampai tak nak keluar dari bilik air.

main-bubble

Cikgu yang mengajar buat bubble dalam mangkuk pastu main guna straw ialah Aunt Una. Cikgu yang main bubble buat pakai tangan pun Aunt Una. Rasanya kalau ada Pertandingan Siapa Paling Suka Main Sabun dalam keluarga, Aunt Unalah juaranya ^Wink^. Naib johan main bubble pulak ialah Abi. ^Wink.Wink^. Menurut Aunt Una& Aunt Ein yang ajar diorang main bubble ni Opah mereka atau Onyang kepada Fida’ & Faatih. Interesting kan Onyang mase muda-muda. Hehe 🙂 Btw, Fida’ & Faatih jangan risau, Opah n Jiddah Fida’ & Faatih pun masih kategori ‘Nenek-nenek Muda’.Tu yang Opah boleh main masak-masak sama Kakak and jiddah boleh ajar Kakak jahit butang, buat kuih pakai tepung uli karipap dan lain-lain aktiviti.Dadadadada Fun-fun to have Nenek-nenek Muda 🙂 Alhamdulillahirabbil ‘alamiin, be blessed with those Gift.

Seronok betul main bubble. Tapi sebab bubble jugak, Bibi’  Yayuk terpaksa pindahkan sabun kepada beberapa container sabun mandi yang lama dan yang baru supaya kakak Fida’ tak membankrupkan Abi&Ummi dari asyik membeli sabun mandi….

Bercerita pasal buih sabun, Kakak Fida’ & Faatih tau tak Allah pun ada bercerita tentang buih dalam Al-Quran. Interestingkan? Hehe 🙂 Allah berfirman: “Dialah yang telah menurunkan hujan dari langit lalu mengalir di lembah-lembah mengikut kadar yang ditentukanNya, kemudian banjir membawa buih-buih yang kembang, dan dari logam-logam yang mereka leburkannya di dalam api untuk membuat perhiasan dan perkakas-perkakas itu juga terdapat buih-buih yang sama dengannya. Demikianlah Allah membuat perbandingan di antara kebenaran dan kebatilan. Adapun buih, maka ia akan hilang lenyap terbuang, dan adapun yang bermanfaat kepada manusia, maka ia akan tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perbandingan-perbandingan” (Ar-Ra’du 13:17)

Ketika Allah menurunkan hujan dari langit lalu mengalir di lembah-lembah mengikut kadar yang ditentukanNya, Allah sebenarnya juga memberitahu kita tentang bukti betapa rapinya pentadbiran Allah sehingga air yang mengalir di lembah-lembah mengalir mengikut kadar tenaga dan keperluannya masing-masing. Dan setiap tenaga ini di pengaruhi oleh pressure gradient sehingga setiap air yang mengalir sangat bergantung kepada pressure dari atas lembah waterfall bermula hingga ke cerunannya. Kalau bekalan pressure yang dibekalkan terlebih, batu-batu dalam sungai akan pecah berderai, tapi kalau bersesuaian dengan kadarnya, maka ia menjadi sebahagian dari proses luluhawa bumi yang membuatkan terbentuk lembah-lembah baru selepas beribu-ribu tahun. Jadi, betulkan Allah sangat-sangatlah pandai dan amat rapi dalam pentadbirannya? 🙂

waterfallKakak & Faatih tengok gambar waterfall ni. Untuk setiap air yang turun, ada buih-buih yang terapung-apung di permukaan air. Buih-buih ni kembang & bertambah banyak tapi tetap tidak membawa apa-apa manfaat  sedang air yang mengalir di bawahnya membawa rahmat dan hayat sehingga pokok-pokok disekitarnya hidup subur dan kitapun mampu menghirup udara yang segar dari kesinambungan proses fotosintesis pokok-pokok.

Dalam ayat ni, Allah juga menceritakan tentang proses peleburan logam. Logam boleh jadi rantai opah, ummi dan jiddah dan boleh jadi periuk-periuk yang Kakak & Faatih tengok jiddah, ummi  dan opah guna untuk memasak. Allah menceritakan semasa proses peleburan logam pun, ada buih-buih (wap) hasil dari pengewapan bahan pejal logam atau menurut bahasa pancaindera kita habuk-habuk yang lenyap dari permukaan udara dan logam-logam yang terbentuk dari proses peleburan akan tinggal sebagai rantai, periuk, jambatan besi, pagar rumah dan lain-lain.

iron-pourDi sini Allah membuat perbandingan air yang bersih atau logam yang terhasil sebagai sebuah kebenaran dan buih-buih air serta habuk-habuk logam sebagai kebatilan. Itulah perbandingan di antara kebenaran dan kebatilan dalam hidup kita. Di mana yang batil boleh jadi timbul, mengembang dan terapung-apung seperti habuk dan buih-buih hingga kadang-kadang menutup mata hati kita dari kebenaran tapi pasti ia akan hilang lenyap ditelan arus zaman kerana tidak memiliki daya tahan yang padu, sedangkan kebenaran tetap tenang sekalipun tersorok, tenggelam, hilang atau mati, namun ia tetap teguh di bumi seperti air dan logam tulen yang bermanfaat kepada manusia.

Jadi Fida’ & Faatih, dalam meniti kehidupan sentiasalah berusaha mempelajari untuk memahami Al-Quran, hadis & sunnah Rasulullah saw agar Fida’ & Faatih mengenal kebenaran dengan mata hati hingga insyaAllah perjalanan Fida’ & Faatih sehai-hari sentiasa berada dalam arus kebenaran dan akhirnya hasil istiqamah dengan kebenaran bakal menghantarkan Fida’ & Faatih ke syurga di akhirat yang abadi.

Dalam konteks air&buih juga logam&habuk pula, jadilah orang yang bermanfaat dan bukan orang yang diklasifikasikan Allah berada dalam kerugian sehingga kita bukan saja berada dalam kebenaran sendiri-sendiri, tetapi sentiasa menjadi sahabat yang bermanfaat buat sahabat kita dan orang-orang di sekitar kita. “Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran” (Al-Asr 103:3)

Semoga Allah menunjukkan kita jalan kebenaran selama kita berada di dunia menuju akhirat yang abadi. Ihdinassiratal mustaqiim. Amin.

Courtesy kepada Sy Qutb rahimahullah atas buku tafsirnya Tafseer Fi Zilalil Quran dan courtesy kepada Ayah Ki kerana meminjamkan kitab tafsir 🙂

Fahry yang sabar

Assalamualaikum kawan-kawan,

5 December 2008 yang lepas saya menerima sms salah seorang sahabat yang beberapa minggu sebelum tu kerap mengalami contraction padahal usia kandungan baru berusia 28 minggu (Notes: kandungan matang pd umur 37-40minggu), ” Alhamdulillah.. I had safely delivered a premature baby boy, weigh 1.2kg @6.55pm this evening at Hospital Miri, Sarawak” Tahniah sahabatku atas jawatan baru yang besar bergelar Mommy of 2! 🙂

Bayi sahabat saya yang special ni memang seorang bayi yang insyaAllah akan menjadi teladan bagi orang-orang yang mencari erti ‘sabar dan tabah’ kerana sejak dari dalam kandungan beliau ditakdirkan Allah melalui pengalaman “amniotic band syndrome” yang menyebabkan bayi sahabatku special hingga sebelah kaki beliau di ambil Allah di dunia untuk diganti dengan yang lebih baik di syurga yang abadi, amin

fahry-al-hazeemFahry Al-Hazeem

Selepas lahir, beliau sekali lagi menjadi bayi yang belajar erti ‘sabar dan tabah’ yang sesungguhnya kerana terpaksa memulakan kehidupan dalam inkubator, dengan 24/7 bergantung kepada bekalan oksigen dan makanan yang sama ada ‘air’ atau susu ibu masuk melalui tiub-tiub yang di sambung ke hidung untuk oksigen dan tali pusat untuk makanan. Semoga untuk setiap sabar baby yang dinamakan Fahry Al-Hazeem ini Allah memberikan kesabaran berlipat ganda untuk mummynya yang bertungkus lumus mengepam untuk memastikan yang disalurkan ke tali pusat Fahry adalah susu ibu dan bukan ‘air’.

Semoga untuk setiap sabar mummy Fahry, abi Fahry, Hafiy yang terpaksa ditinggalkan mummy dan Fahry bermula dari lahir hingga dia dewasa untuk menghadapi masyarakat, Allah menggantikannya dengan syurga buah dari kesabaran dan ketabahan menghadapi setiap detik ujian dunia. ” Maka bersabarlah dengan kesabaran yang baik (Al-Ma’arij 70:5)””Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan (Hud 11:115)””Orang-orang yang sabar dan mengerjakan kebajikan, mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar (Hud 11:11)”

A special song dedicated for special Fahry & his family;

Kawan-kawan yang lain, mari kita sama-sama mendoakan keluarga Fahry dan belajar dari kesabaran juga ketabahan mereka. Semoga dari setiap usaha kita mengambil pelajaran dari keluarga Fahry, hati kita semakin mendekati kebaikan dan syurga menanti kita di penghujung perjalanan hidup kita di dunia. Allah, pandulah kami ke jalan yang lurus. Amin.