Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Niat’

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan saya nikmat seorang suami dan para  sahabat yang insyaAllah bergerak menuju keredhaan Ilahi. Kerana tanpa kurniaan ini, mana mungkin saya mampu melihat dunia dengan pandangan mata hati. Alhamdulillahi rabbil ‘alamiin.

Pertamanya, assalamualaikum warahmatullah buat kawan-kawan pembaca. Entry kali ini lebih merupakan sebuah catatan peribadi sebagai peringatan buat diri saya sendiri. Semoga di masa lain, tatkala saya terlupakan hakikat diri saya, saya akan kembali di ingatkan dengan peringatan ini.

2547841532_47aa03d568_o

Beberapa minggu yang lalu, Izwan menulis tentang remark khatib solat Jumaat yang berkata, “Yang Tak Berkelubung  Pasti Tak ke Syurga, Yang Berkelubung Tak Pasti Ke Syurga”. He was shocked…His exact words was, “I’m not denying for women to cover parts of their body but I was shocked! We are human, and the judging for heaven or hell is 4JJI’s not ours.”

Melihat hal ini saya tidaklah begitu terperanjat. Kerana syaitan selalu melupakan keberadaan diri kita hingga kita berada dalam kondisi perasan benar. Ya, kita memang benar bila kawan kita tak bertudung, dia berdosa kerana tidak menutup aurat. Konsep simple was berdosa, masuk neraka. That was what been thought by us. Tapi persoalannya, (1)apakah boleh seorang dai’e mengambil singkap melabel A akan masuk neraka dan B akan masuk syurga. Itu suatu hal yang lain pula. (2) Adakah kita memang pasti dia tidak mempunyai amal-amal baik yang boleh menghantarkan dia ke syurga?

Apa kata kita kaji hal (1) ini bersama-sama?

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullullah saw bersabda: “Pada zaman Bani Israil dahulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza. Lelaki yang pertama suka berbuat dosa, sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah ini melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya.

Suatu ketika, ahli ibadah itu berkata lagi, “Berhentilah daripada perbuatan dosa.” Ahli maksiat pun menjawab, “Jangan pedulikan aku, terserah kepada Allah yang akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi setiap apa yang aku lakukan?” Ahli ibadah membalas, “Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah.” Setelah kedua-dua ahli ibadah dan ahli maksiat itu mati, Allah swt telah menghakimi kedua-dua mereka di hadapan-Nya. Allah swt menyoal ahli ibadah, “Adakah kamu lebih mengetahui daripadaku? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang berada dalam kekuasaan-Ku?” Kemudian, Allah berfirman kepada ahli maksiat, “Masuklah kamu ke dalam syurga Berkat rahmat-Ku.” Sementara kepada ahli ibadah dikatakan, “Masukkan orang ini ke dalam neraka.”[1]

Saya pernah mendengar tazkirah seorang sahabat yang mengupas hadis ini. Kata sahabat saya, Allah menghukum ahli ibadah tersebut masuk ke neraka kerana dia telah berbuat syirik kepada Allah dengan menentukan seseorang masuk ke neraka. Ini kerana kuasa menghukum mutlak milik Allah dan bukan sekali-kali hak manusia yang tidak berkuasa atas makhluk yang lain.

Melihat hal ini, saya yakin, Mustafa Masyhur menulis buku “Kami Pendakwah, bukan Penghukum” kerana kecenderungan kebanyakan Muslim yang mengaku dai’e melakukan hal seperti imam dalam khutbah Jumaat tersebut. Seumur hidup saya menjadi seorang Muslim, bukan ini kali pertama saya mendengar komentar-komentar dai’e penghukum.

Melihat hal ini, saya sangat yakin seorang daie yang terpelihara dari sikap menghukum pastilah seorang daie yang dipelihara Allah. Melihat hal ini, saya ingin sekali agar saya tergolong daripada daie yang Allah memberi saya penglihatan dari mata hati agar saya mampu melihat dari perspektif rabbani dan bukan dari perspektif saya sendiri-sendiri. Amat beruntung orang-orang yang mengamalkan doa akhir ma’thurat, “wala takkilna ila anfusina torfata aini wa aqolla min zalika ya ni’mal mujiib-Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah memperkenankan permintaan (perkenankanlah).”

Menurut pendidik saya yang amat saya kasihi, golongan rabbani yang mampu melihat dari perspektif rabbani hanya lahir daripada orang-orang yang mukhlis. Dan menjadi orang yang mukhlis walaupun merupakan impian banyak orang bukanlah perkara yang mudah. Salah satu perkara yang mesti dibuat untuk tetap menjadi ikhlas kerana Allah adalah memperbaharui niat dengan beristighfar.Dari Abu Hurairah ra, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku mohon ampun dan bertaubat kepada Allah lebih dari 70kali dalam sehari” (HR Bukhari)

renovation

Bercerita tentang memperbaharui niat, mari kita sama-sama menyemak Hadis 1/Hadis 40 yang dikumpulkan oleh Imam Nawawi rahimahullah.

hadis1

Daripada hadis ini, kita mendapat kesimpulan bahawa meniatkan sesuatu kerana Allah & rasul menjadikan pekerjaan harian kita menjadi ibadah yang dalam kata lain menjadi nilai tambah bagi seorang yang tergolong Muslim. Dengan niat kerana Allah & rasul, mandi, makan, minum, tidur kita sehari-hari, pekerjaan rumah/ofis sehari-hari menjadi ibadah dan tidak sekadar sebuah adat. Maka, niat menjadikan suatu yang kecil menjadi besar. Subhanallah 🙂

Dalam masa yang sama, niat boleh menjadikan suatu yang besar menjadi kecil. Tercatat dalam Kisah Sirah tentang si fulan yang gugur dalam medan jihad. Para sahabat Rasul saw merasa cemburu melihat  si fulan yang gugur sebagai syahid. Rasulullah saw kemudian memberitakan si fulan masuk neraka. Terkejut para sahabat ra. Rasulullah saw kemudian menjelaskan beliau tidak masuk syurga kerana niat dia berjihad adalah untuk menunjukkan keberanian dan kepahlawannya dan bukan kerana Allah & RasulNya. Maka, niat menjadikan suatu yang besar menjadi kecil – tak bermakna. Huhuhu 😦

Niat adalah sesuatu yang berkait antara keikhlasan individu dengan Allah swt sahaja. Tidak ada seorang pun yang dapat menjangka/mengukur/menilai keikhlasan seseorang. Oleh kerana niat terkait dengan diri kita dengan amal soleh kita hanya untuk Allah, kita mesti mengetahui barometer amal soleh sehingga suatu amal digelar amal soleh. Bak kata Fudhail bin ‘Iyadh, “Sesungguhnya amal perbuatan jika sudah ikhlas namun tidak benar, tidak akan diterima. Jika benar, namun tidak ikhlas, juga tidak diterima, sebelum menjadi amal yang ikhlas dan benar.Ikhlas jika hanya kerana Allah, sedangkan benar jika mengikut Sunnah Rasulullah saw”.

Jadi bagaimana kita mengetahui sama ada amal soleh kita benar-benar dikatakan amal soleh? Menurut Yusuf  Qardhawi, ada 5 syarat sehingga suatu amal boleh digelar suatu amal yang soleh.

  1. Diniatkan kerana Allah
  2. Amal yang disyariatkan-sama ada yang disyariatkan itu wajib, sunat atau harus.
  3. Amal itu dilakukan dengan tekun dan sungguh-sungguh (itqan)
  4. Tidak mempunyai unsur-unsur yang bertentangan syariat
  5. Kalau itu urusan dunia- ia tidak harus melebihi urusan akhirat seperti solat.

Maka, itulah dia syarat amal kita dikira sebagai amal soleh menurut kacamata ulama’ besar, Yusuf Qardhawi. Semoga dengan kita sentiasa memelihara rutin istighfar, memperbaharui niat dalam beramal dan memelihara solat, Allah berkenan menuntun kita untuk sentiasa ikhlas dalam beramal di dunia untuk kehidupan akhirat yang abadi. Amin.

Untuk akhirnya, saya sampaikan berita gembira dari Rasulullah saw buat orang-orang yang tulus ikhlas dengan syahadah mereka, “Rasulullah saw bersabda, “Orang yang paling berbahagia dengan syafaatku adalah orang yang mengucapkan  la ilaha illallah secara tulus ikhlas dari hatinya”(HR Muslim)

Semoga ALlah berkenan menggolongkan kita sebagai orang-orang yang ikhlas kerana Allah hingga ke titisan akhir hayat kita. Amin.

Read Full Post »